Wednesday, 23 January 2013

2 ANAK MUDA INI, MANA LEBIH LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN UMAT ISLAMELAYU MASA HADAPAN?

Ketua Pemuda Pas isytihar harta, simpanan bank RM9,000
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
15 November 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
 
KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu malam tadi turut memberikan komitmen beliau dan pemimpin Pas untuk mengisytiharkan harta masing-masing menjelang pilihan raya umum.




Harimau  Pas, SOUND Karpal Singh!!

Kelakar betul Mc dengan Ketua Pemuda Pas ni. Dia punya kenyataan memang flip flop tahap dewa. Kejap tentang, kejap sokong, kejap bagi, kejap tak bagi. Kejap garang, kejap ok. ha ha ha.. memang macam sarkas la si Tantawi ni.

Membaca kenyataan terbaru Nasrudin Hassan yang keras membidas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung tuntutannya supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura dalam isu kalimah Allah s.w.t tentunya ada yang terfikir betapa jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

"Saya bersama Pemuda Pas tetap dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diputuskan sebulat suara. Karpal Singh usah campur," tegas Nasrudin.

Sebelum ni Nasrudin sokong untuk benarkan kalimah Allah diberikan kepada kristian. Kali ni apa dia punya mimpin, dia tak bagi la pulak. 

Dengan penegasan itu bermakna Dewan Pemuda PAS sebulat suara setekad hati untuk menjunjung keputusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS yang bemesyuarat pada 13 Januari 2013 untuk menghalang penggunaan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Sepintas lalu dibaca berkemungkinan ramai penyokong PAS yang melihat dunia dari bawah tempurung akan meremang bulu roma bersemangat meluap-luap dalam jiwa. Mungkin ada yang terdetik dalam fikiran menyanjung keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS itu menyanggah teguran 'lembut' dari Karpal Singh.

Itu satu kebiasaan dalam PAS dan sudah menjadi tabie penyokongnya mudah lupa perkara lama kerana jarang sangat dikalangan orang PAS yang berfikir guna akal sendiri sebaliknya lebih kerap menerima buta tuli saja segala yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Tapi bila ia dibaca oleh khalayak yang luas pemikirannya boleh jadi tersembur muntah keluar segala isi perut. Mana tidaknya kalau dah kenyataan oleh Nasrudin pada 21 Januari 2013 itu jelas bercanggah benar dengan pendiriannya yang dinyatakan dua minggu lalu.

Dalam kenyataan pada 10 Januari 2013 itu, Nasrudin secara terbuka menyokong ketetapan rasmi PAS yang dipersetujui melalui Presidennya, Abdul Hadi Awang untuk membenarkan orang Kristian mencetak kalimah Allah s.w.t ke dalam kitab Bible.

"Rasanya tidak perlu saya mengulas perkara itu kerana Presiden sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu sudah menjadi pendirian parti dan kami Pemuda Pas menyokong pendirian tersebut," itu kata Nasrudin dua minggu lepas.

Maksudnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu beriktikad sepenuh hatinya dengan keputusan Hadi Awang untuk membenarkan kesucian kalimah Allah s.w.t dinodai oleh pendakyah Kristian sebagaimana dituntut oleh DAP.

Disebabkan keputusan yang dipersetujui oleh Presiden PAS itu dan disokong pula oleh nasrudin selaku Ketua Dewan Pemuda PAS, maka berbondong-bondonglah pengikut parti itu mengelurkan hujah untuk menyokong ketetapan yang diambil.

Semuanya dilakukan kerana Presiden, Mursyidul Am dan Ketua Dewan Pemuda PAS seia sekata yang orang Kristian boleh guna kalimah Allah hatta sekalipun untuk dicetak dalam Bible versi Bahasa Melayu yang tujuan tersiratnya untuk memesongkan akidah umat Islam.

Persoalan sekarang kenapa kini Nasrudin berubah? Apa jenis jantannya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ini kalau dah sikap dan pendiriannya berubah-ubah dan tidak tetap?

Jika Nasrudin boleh berubah pendirian hanya kerana atas dasar wala' dan taat buta tuli pada keputusan pemimpin dan parti sedangkan sudah terbukti parti yang didukungnya memanjang saja flip flop, tak mustahil selepas ini PAS sekali lagi menukar pendirian dalam isu kalimah Allah, Nasrudin juga akan u-turn sama.

Lagi penting untuk dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS paling lemah kepimpinannya dalam sejarah parti itu ialah, sejauh mana beliau sanggup membuktikan kejantanannya dalam mendaulatkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya ia menjadi dasar rasmi PR?

Sekarang PR bergerak hasil gabungan bersama DAP, PKR dan PAS, mana mungkin PAS kekal dengan pendirian baru yang bercanggah dengan ketetapan rasmi PR?

Seandainya PAS terus kekal bersama PR itu maksudnya PAS telah redha dengan dasar rasmi PR dalam isu kalimah Allah, jika demikian tiada gunanya kejantanan jadi-jadian yang dipersembahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS ini.



Balik Kawasan Pun Malas, Pemimpin Maggie Mee Ada Hati Nak Jadi PM Termuda! (Parpukari) 

 

Dalam dunia ini, kalau seseorang itu bermula dari bawah dalam apa jua yang dibuatnya, maka hasil akhirnya jika dia berjaya ialah apa yang dicapainya itu kukuh, kuat dan dihormati.

Umpama seorang peniaga, kalau bermula dari berniaga kecil-kecilan dan memanjat ke atas tangga kejayaan secara perlahan-lahan, maka apabila dia berjaya, dia akan menjadi seorang peniaga yang lebih kental dan tahan lasak dengan cabaran-cabaran dunia perniagaan.

Pengalaman semasa dia meningkat naik akan banyak membantunya untuk berdepan dengan perjalanan pasaran perniagaan yang tidak menentu.

Namun, jika seseorang itu menggunakan laluan ekspress untuk naik ke atas atau dalam erti kata lain, naik lift kejayaan, mungkin dia akan berjaya juga, tetapi kualiti yang ada dalam dirinya tidaklah sehebat atau sekuat mereka yang berusaha sendiri dari bawah.

Begitu juga halnya dengan ahli politik. Jika seseorang ahli politik itu merangkak dari bawah, merasa segala sepak terajang dunia politik, maka apabila sampai di atas, dia akan menjadi ahli politik yang hampir sempurna dari segala segi.

Begitu juga sebaliknya, jika naik guna laluan ekspress, hasilnya seseorang itu akan hanya menjadi ahli politik yang lemah dan segala tembelangnya akan mula pecah sendiri sedikit demi sedikit.

Contoh panjang lebar di atas sebenarnya hendak ditujukan kepada seorang manusia sahaja, iaitu bekas menantu no.1 negara, Khairy Jamaluddin (KJ).

Inilah contoh ahli politik yang terkenal kerana naik menggunakan laluan ekspres di negara ini.

Pasal bapak mertua dia dulu (Pak Lah) Perdana Menteri, maka KJ dengan begitu mudahnya dan secara tiba-tiba dilantik menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

KJ hampir tidak melalui langsung perit jerih yang dilalui para pemimpin pemuda yang lain yang bertungkus-lumus untuk membentuk kerjaya politik mereka.

Kalau bukan disebabkan pak mertuanya, KJ mungkin paling kuat menjadi ketua pemuda cawangan sahaja.

Selain pengaruh Pak Mertua, pengaruh wang ringgit pun memainkan peranan yang kuat dalam 'kejayaan' KJ dahulu.

Ini dapat dibuktikan apabila dia didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO sebelum pemilihan UMNO yang lalu.

Dengan sokongan-sokongan seperti ini (pak mertua dan wang), maka lahirlan pemimpin maggie mee (masak segera dalam 2 minit) seorang ini.

Umumnya, masalah dengan pemimpin maggie mee ialah bila 'tangan sakti' yang mendukung mereka hilang, maka segala kelemahan dan kemampuan sebenar mereka akan terserlah.

KJ apabila pak mertuanya pencen, pengaruhnya yang kuat habis dalam sekelip mata. Semua kelemahannya mula muncul.

Antara ciri kepimpinan sebenar yang dapat dilihat dan dinilai kini ialah sikap pemalas KJ untuk turun melawat kawasan Parlimennya di Rembau, Negeri Sembilan.

Dengar cerita, untuk KJ pulang melawat kawasan sebulan sekali pun susah.

Alasan yang diberikan kepada orang-orang tempatnya ialah dia terlalu sibuk di Kuala Lumpur kerana Perdana Menteri/Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan banyak tanggungjawab dan kerja kepada untuk membantu memperkukuhkan UMNO.

Sebesar-besar temberang kat dunia ni. Mungkin dia ingat orang Rembau semua orang kampung yang tidak tahu menilai atau mengetahui perkara sebenar.

Sesibuk Najib pun, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk balik ke Parlimennya di Pekan, Pahang. KJ pula duk menjaja dia sibuk sampai tidak berkesempatan untuk balik. Apakah kedudukan KJ selaku Ketua Pemuda UMNO lebih penting daripada kedudukan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri?

Hakikatnya, KJ tidak pernah bermula dari bawah. Hidupnya senang sejak kecil. Dia tidak faham kesusahan rakyat di bawah dan dia juga nyata tidak mahu berlajar untuk memahami kesusahan mereka.

Justeru, penduduk Rembau mungkin penting di matanya ketika dia hendak bertanding pilihan raya semata-mata.

Sesudah itu, penduduk dan masalah mereka tidak perlu diberikan perhatian.

Mungkin itulah yang ada dalam benak KJ.

Jika dia merangkak dari bawah, dia akan faham betapa pentingnya untuk menjaga hati pengundi dan penduduk dalam sesuatu kawasan Parlimen.

Dengan sikap seperti ini pun, KJ masih menaruh impian dan cita-cita untuk menjadi Menteri dalam Kabinet Najib.

Lebih kronik, semua tahu impian KJ adalah untuk menjadi PM termuda di negara ini.

Persoalnnya, kalau melawat kawasan pun gagal, adakah orang seperti ini layak diberikan tanggungjawab yang lebih besar?

Timbalan Menteri pun KJ tidak layak sebenarnya.


KATA ANAK MUDA
Oleh Ziana2006.(Article ini ditulis dalam Penerbangan Malaysia dari KLIA-Dubai)

Setelah hampir setahun pulang ke Malaysia dari luar negara,ziana rasa bagai ingin tertawa melihat ahli-ahli politik di Malaysia yang rata-rata berebut jawatan dan rakyat pula sibuk dan demo segala nak sabotaj minyak bagai.Dari banyak-banyak menteri-menteri sekarang,Ziana rasa hanya Khairy Jamaludin paling layak bergelar Perdana Menteri Ke-6.

10 Sebab-sebabnya adalah;

    1)Warganegara Malaysia
    2)Lelaki
    3)Lulusan Oxford
    4)Kacak
    5)Kulit Tan
    6)Gigi Putih dan tersusun rapi
    7)Berjiwa Kental walaupun diherdik dan dihina
    8)Idaman Semua wanita dan pondan berangan
    9)Senyuman Menggoda
    10)Berciri Pemimpin


Untuk Abang Khairy,Ziana2006 sentiasa menyokong abang dari depan

amukanmelayu - pemuda ISLAMELAYU sepatutnya hanya ada satu ketua. Antara dua orang anak muda ini, perlu berentap untuk menjadi pemimpin umat ISLAMELAYU. Nasharuddin mengistiharkan hartanya....tapi amukanmelayu lebih TERTAWAN jika Nasharuddin mengatakan "Saya hanya ada kereta second-hand dan masih tiada rumah kerana saya cuba mengelakan amalan RIBA jika saya membuat pinjaman BANK". dan KJ pula perlu belajar menjadi orang susah dan bekerja kuat untuk menjadi PM seterusnya.....kerana anda berdua adalah PEMIMPIN masa hadapan.