Saturday, 5 January 2013

PADUKA SULTAN SULU KEHILANGAN JEJAK DIKALA SULU KEMBALI KEPANGKUAN BONDA



SIAPAKAH PADUKA SULTAN SULU YANG SEBENARNYA?



TIDAK siapa tahu siapakah Sultan Sulu yang sebenar, melainkan Tuhan yang selama ini menguji waris Sultan yang masih menerima RM5,300 sebulan daripada Kerajaan Malaysia?

Namun tidak siapa juga tahu bahawa wang cession berkenaan tidak dapat ditunaikan dan disimpan oleh Pemegang Amanah iaitu Peguam Ulka T.Ulama disebabkan tidak siapapun yang masih hidup diiktiraf sebagai Sulta Sulu yang sah.

Persoalannya, jika benar Kesultanan Sulu masih wujud, kenapa semua yang mengaku Sultan Sulu yang datang ke Sabah menggunakan PASPORT FILIPINA dan bukannya PASPORT SULU!


  



 
  
SALASILAH - Adakah salasilah ini di akui oleh RAAYAT SULU mengenai Sultan mereka?

Istana Sultan, Maimbung





Keluarga Kiram
Gambar kenangan Almarhum DYMM Sultan Muhd Mahkuttah A Kiram di Jolo, Sulu semasa perhimpunan selepas pertabalan baginda pada tahun 1974.

Rajamuda Muedzul T Kiram @ Baby Boy (28-08-1966) dan Datu Yildon Tan
(Masa ini Tuanku Mudarasulail sudah berada di Sabah 1974)


Dizaman pemerintahan erah Sultan Jamalul Kiram II, baginda sering menerima tetamu kehormat dari luar negara kerana baginda juga sering berkunjung ke eropah dan seluruh dunia, sehinggakan pernah seorang berbangsa British menceritakan bahawa beliau mendapat hadiah istemewa dari sultan sulu iaitu sebuah garpu tetapi emas, bayangkan pada tahun 1810 baginda sudah mulakan pelayarnya ke Eropah tanpa pengangkutan seperti yang ada sekarang dikatakan Sultan Jamalul Kiram II mempunyai kelebihan keromah, yang diberikan oleh allah kepadanya dan mempunyai emas simpanan yang tak ternilai banyaknya. Allahu alam.


Almarhum Ayahanda Sultan Muhd Mahakuttah A Kiram sedang berucap di persidangan ambasador.


Almarhum DYMM Sultan Muhd Mahakuttah A Kiram ayahanda Tuanku dengan First Lady, Emelda Marcos, era kerajaan Filipina dizaman pemerintahan Presiden Firdinan Marcos.


DYMM Sultan Jamalul Azham memerintah Sulu pada tahun 1863-1881, bagindalah yang menyerahkan Sabah ke Syarikat Hindia Timur (British) yang mana perjanjian tersebut sebagai (leased) seperti mana yang terkandung dalam surat perjanjian (THE DEED OF NORTH BORNEO) Beta serahkan North Borneo ini untuk dimajukan, selagi ada bulan dan bintang maka negeri ini adalah hak beta. Jika kamu sudah tidak mahu lagi atas negeri ini maka kembalikan negeri ini ke anak cucu beta.


DYMM Sultan Jamalul Kiram II, semasa lawatan baginda ke New York pada tahun 1910. Baginda mangkat pada tahun 1936. Oleh kerana baginda tidak mempunyai putra maka takhta Kesultanan Sulu telah digantikan oleh adinda baginda iaitu Sultan Mawalil Wassit II@Lajahmurah dari keturunan inilah lahirnya Sultan Ismail Kiram (I) dan seterusnya Ayahanda Beta naik tahkta pada tahun 1974 iaitu DYMM Sultan Muhd Mahakuttah Kiram.


Buah Pulau Janggi
Buah Pulau Janggi ini adalah simbol "hubungan persaudaraan di antara Kesultanan Sulu dan Brunei, manakalah chop mohor diraja ini adalah milik Sultan Badaruddin II Kiram. Bahan artifak ini adalah tersimpan di muzium Brunei, walaubagaimanapun ramai para penyamar Kesultanan Sulu mendahwa mamilikinya dan ada juga individu mengaku bahawa ayahandanya yang bertanggungjawab menghantar ke Brunei dan mereka cuba pula mengaku bahawa artifak adalah milik mereka.

PERTABALAN PBMM SULTAN BANTILAN II DI JOLO, SULU, DARUL ISLAM

Posted by DZULASREE @ Asree Sug
Jolo Sulu, Darul Islam, 11 Okt. 2012; Pertabalan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II Bin Datu Wasik Aranan Puyo di Jolo, Sulu Darul Islam pada 29hb Oktober baru-baru ini berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. Majlis diadakan selama 3 hari berturut-turut iaitu pada malam pertama acara Mandi Diraja yakni bersiram dengan disaksikan oleh para Datu dan Syarif, hari kedua pada 30hb diadakan perarakan mengusung Sultan Sulu mengelilingi Bandar Jolo. Kemudian pada 31hb iaitu pada hari ketiganya diadakan pula persidangan meja bulat Sultan dengan para Mantirinya dalam Rumah Bichara.
Para tetamu luar turut hadir antaranya tetamu dari Malaysia, Filipina dan Arab Saudi. Kumpulan tetamu dari Indonesia yang diketuai oleh Presiden Front Pembela Islam (FPI) merangkap Mufti Besar SSDI di Luar Negara iaitu Datu Paduka Maulana Shar'ie Habib Rizieq Syihab Al-Asy'ari Al-Syafi'e Al-Husseini tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Rombongan Mufti Besar dari Indonesia ini kemungkinan akan hadir pada 17 November 2012 sempena hari ulang tahun Kesultanan Sulu semenjak 1405, atau mereka datang pada tarikh yang dikira sesuai buat rombongan Habib dapat mengadap Sultan Bantilan II. 
Bagi PBMM Sultan Bantilan II, walau pun Syeikh Qadiriahnya iaitu Datu Syeikh Dr Umar Vadillo (WIM) tidak dapat hadir kerana sedang sibuk mengurus siapkan Dinar Dirham Sulu, sekurang-kurang Muftinya dapat hadir bersilaturrahim dengan Tausug Jolo dengan harapan ikatan kekeluargaan para Syarif Indonesia dengan Tausug akan terus terjalin dan dapat keberkatan dari Ilahi sampai bila-bila. SSDI sangat bersyukur kepada Allah swt kerana mengutus Datu Syaikh Dr Umar Vadillo dan Mufti Besar Datu Habib Rizieq Syihab demi menyemarakkan lagi keinginan Tausug dan Kesultanannya menyempurnakan lagi sistem DARUL ISLAM SULU.
Walau bagaimanapun kehadiran Habib Muhammad Tareeq Al-Husseini dari Jeddah Arab Saudi telah berjaya memeriahkan majlis Diraja SSDI selama tiga hari itu. Turut memeriahkan majlis ialah kumpulan dari Malaysia yang diketuai oleh seorang Tausug dari Pertubuhan PEKIDA bagi Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Datu Paduka Ayahanda Amran Al-Balangingi'. Sempena majlis Diraja ini NGO Malaysia yang menghantar bantuan kemanusiaan untuk Hari Raya Korban tahun ini ialah Global Peace Mission dan FGN (Future Global Network) melalui SSDI terus kepada rakyat Jolo. Dari Filipina pula beberapa individu (tanpa menyebut nama mereka) turut hadir tidak ketinggalan untuk menyaksikan hari bersejarah itu.

SSDI telah menasihatkan mana-mana individu atau kumpulan yang berada di negara-negara di sekitar Laut Sulu (Filipina, Malaysia dan Indonesia) agar menghentikan fitnah dengan jangan menilai SSDI (Sulatanate of Sulu Darul Islam) sebagai mewakili mereka. Kerana beberapa khabar angin telah sampai ke telinga SSDI bahawa SSDI yang bergerak aktif di Jolo Sulu itu adalah kononnya dibentuk oleh Malaysia. Kononnya lagi gerakan SSDI ini dibuat agar Tausug dapat membawa wilayah Sulu masuk ke dalam Malaysia pula. Satu tuduhan yang melucukan dan tidak masuk akal. 
Tuduhan seperti ini datang dari pihak-pihak yang menganggap Tausug adalah bodoh, dungu dan tiada maruah serta berterusan boleh diperbodohkan dengan retorik perdamaian palsu (seperti perdamaian MNLF 1996, MILF 2012), sedangkan jelas sekali bukan sahaja Filipina yang tidak iktiraf Kesultanan Sulu malah Malaysia sendiri berusaha jauhkan diri agar tidak dikaitkan dengan Kesultanan Sulu. Tinggal lagi sebagai sebuah negara demokrasi lebih-lebih lagi Malaysia diperintah oleh umat Islam, mereka memberi sedikit timbang rasa kepada mana-mana pihak untuk melestarikan sejarah suku kaum masing-masing. 
Hal seperti ini pun turut dilakukan oleh Filipina dengan membiarkan tidak mengganggu mana-mana kumpulan yang menguatkan Kesultanan Sulu. Menurut Menteri Luar SSDI Datuk Habib Zakaria A. tuduhan tersebut tidaklah dipandang serius oleh SSDI kerana hanya dikira sebagai khabar angin. Kerana kalau benar SSDI dibantu oleh mana-mana negara seperti Malaysia mereka perlu membuktikannya. Menurut Zakaria lagi, SSDI sebenarnya membuka tangan persahabatan seluas-luasnya kepada semua pihak untuk membantu tanpa mengira Malaysia, Filipina, Indonesia malah Amerika Syarikat pun kalau datang bertemu SSDI ia akan diterima sebagai sahabat dan tetamu demi kemaslahatan ummah Asia Tenggara.- TGM



The Fake Sultans of Sulu: Satu Pendedahan Ngeri!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug
Dipetik dari http://fakesulusultans.blogspot.com/ posting seorang yang bernama Mulid Sahaya bertarikh 15 Disember 2011, yang diberi tajuk "The Fake Sultans of Sulu". Blog ini telah disebar secara meluas dalam komuniti Tausug di Facebook (FB). Data dalam blog ini memang dari satu segi tidak selari dengan doktrin Tausug Global Media (TGM) yang memperjuangkan Tausug dan Kesultanan Sulu, namun perlu diakui keseluruhan faktanya amatlah benar dan mengagumkan.

Kebiasaan TGM melaporkan tentang Kesultanan Sulu tidak meletakkan nama
"& North borneo @ Sabah" selepas ayat Sultanate of Sulu, adalah kerana North Borneo itu telah pun dimaklumi. Sebagai contoh, Pulau Palawan itu telah berada dalam tangan Filipina kerana majoriti penduduknya Visaya beragama Kristian, tapi TGM tidak akan menamakannya wilayah Sultanate of Sulu & Palawan. Kerana Palawan itu telah pun dimaklumi sebagai wilayah asal Kesultanan Sulu lama sebelum kedatangan kolonialis. Data yang diberikan dibawah ini bagi saya lebih baik dari data yang saya masukkan dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu.

Ini kerana ketika saya menulis buku tersebut, maklumat tentang pengaku Sultan-Sultan Sulu mutakhir tidak begitu banyak malah tidak dapat dijumpai dalam internet. Namun setelah buku Tausug ini tersebar luas ke seluruh Nusantara malah versi bahasa Inggerisnya telah sampai ke Brunei, Amerika, Filipina, Thailand dan tempat-tempat lain di dunia maka bermunculan lah para penulis handal yang lebih mengetahui hal Kesultanan Sulu seperti saudara
Mulid Sahaya ini.

Malah ketika ini hampir setiap beberapa bulan saya mendapat maklumat berupa email, sms atau FB, dari orang-orang tertentu (yang tidak mahu perkenalkan diri) memberi maklumat secara sukarela tentang gerakan sultan-sultan Sulu palsu ini di mana-mana. Apa pun pihak TGM mengucap jutaan terima kasih kepada saudara Mulid Sahaya kerana blog beliau tersebut turut mendapat perhatian dari orang-orang Perancis (Eropah) dan tempat-tempat lain. Mari kita lihat siapakah Sultan-sultan Palsu yang dimaksudkan.


PERHATIAN:
Tambahan gambar dan penjelasan bahasa Melayu di bawah ini adalah dari saya sendiri. Harap maklum!

----------------------------------------------------------------

The Fake Sultans of Sulu

This website is to expose the Kirams who claim to be sultans of sulu but are actually dogs of the Philippines, they accept sabah money for themselves and forget the people, at the same time going together with non tausugs, preferring non people of sulu over the sulu people.


Listed below are the names of self-proclaimed sultans. As a public service, we warn the unsuspecting public, the various governments and the foreign banks that hold the deposits of the late Sultan of Sulu and North Borneo/ Sabah, not to be fooled and duped by many false sultans and self-appointed sultans who have no rights to claim the rank and title as "Sultan" as they masquerade like clowns being a laughing stock as sultans of Sulu and Sabah.


The motivations of these self-appointed sultans why they proclaimed themselves without any right to the crown and throne of Sulu and Sabah are due to personal vested interest such as:

  • to withdraw the perceived cash and gold assets of the late Sultan of Sulu and Sabah, and;
  • 2) to be paid by Malaysia to masquerade as sultans to further destabilize the Sultanate of Sulu and Sabah, to sow confusion, so that the Sultanate will have difficulty to recover Sabah from the illegal occupation of Malaysia since 1963. Indeed indications pointed out that Malaysia paid many of these self-proclaimed and false sultans. They are false sultans because they did not fulfill the Law of Succession to be Sultan of Sulu and North Borneo as stipulated in the Tartib kesultanan Sulu which was violated by the Kiram family and kept the people of Sulu in the dark, even abandoning them.

The claims of these self-proclaimed sultans are questionable and fictitious, and their so called "genealogy and family tree" are fantasies and fairy tales designed to impress and mislead the public. Their claims are just pigments of their imagination. Their claims as sultan have no foundation whatsoever.


Their acts and appointments made (such as creation of new royalty or nobility, like datuk or other awards and any authority relating to the asset recovery of the late Sultan of Sulu and Sabah in foreign banks) whether written or oral are all null and void ab initio and non-binding.


Because fraud and deception are criminal offenses. Plus prudence and wisdom will dictate that if any asset of the late Sultan of Sulu and Sabah is to be wihdrawn, the only one who can withdraw them is none other than the true and legitimate Sultan of Sulu and North Borneo/ Sabah. It is easy to recognize the true and legitimate Sultan -- the one who fulfilled the Law of Succession, and the One that is trully acknowledged and welcomed by its people.




LIST OF IMPOSTORS AND FAKE SULTANS OF SULU & SABAH :

(Datu Jamalul Dalus Kiram) Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan (Boe-tye hitam), dengan bangga bersama permaisurinya (baju merah) bergambar disisi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Sultan Negeri Sembilan). Dipetik dari malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com.

  • 1. DATU JAMALUL DALUS KIRAM -- Outsider. Not a member of the Royal blood line of succession.
  • 2. DATU ESMAIL DALUS KIRAM -- . His former name was ISMAIL but he changed it to ESMAIL to mislead the public that he is directly related to Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I. He was a candidate in his province of Sulu in the 1992 election as provincial board member but he was rejected by his own constituents as he lost that election.
  • 3. DATU AGHBIMUDDIN DALUS KIRAM -- Jamalul, Esmail and Aghbimuddin are not members of the Royal blood line of succession who are three (3) brothers who also installed themselves sultans of Sulu at the same time. No one in his/her right mind will believe that one family can have three (3) sultans of Sulu and succeed one another while the 3 are still alive at the same time, when no one died or abdicated if they were true royalty and true Sultan of Sulu. These 3 brothers are seen as clowns as they fight each other, with no respect for their own family, that they are treated with derision, disbelief and a laughing stock.

Esmail Kiram II ni adik kepada Jamalul Kiram III di atas. Mereka satu kampung mengangkat diri menjadi Sultan Sulu serentak. Walhal orang-orang Sulu maklum yang mereka ini adalah anak Punjungan, Punjungan pula adalah anak Mora Nafsa Lagayan dari suami lain yang masa itu masih dalam perut 4 bulan ketika docolek oleh Rajamuda Mawallilwasit untuk dijadikan isteri. Hairan, dimanakah maruah mereka ini sebagai TAUSUG berdarah Bajau SIMUNUL. Seolah-olah mereka tidak tahu yang rakyat jelata mengetahui DIRI MEREKA asal dari mana.


Sultan Rodinood Julaspi, mungkin ayahnya mahu "berkat" dari nama ROBEN HOOD yang suka merompak wang "kerajaan" dan dipulangkan semula kepada rakyat miskin. Namun yang berlaku ialah merompak harta kerajaan Kesultanan Sulu yang sebenarnya bukan harta pribadi tapi harta negara Sulu, lalu digunakan untuk berfoya-foya. Buktinya kalau betul dia Sultan Sulu yang kaya dan mendapat WANG PAJAKAN SABAH seperti yang beliau selalu dakwa, sudah tentu beliau dah membina istana dan mengatur gerakan rakyat di Jolo, Sulu. Apa yang lebih malang, di Malaysia beliau dikenali sebagai "penjual surat jongkong emas Kesultanan Sulu" yang kononnya berada di Bank luar negara. Inilah Modus Operandinya untuk mengumpul wang dari orang-orang kaya Malaysia. Malangnya, rakyat Malaysia tidak serik.

  • 4. RODINOOD JULASPI -- (FABRICATING HIMSELF A KIRAM). Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. Not a descendant or male heir of Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (Sultan 1947-1973). He is not from Sulu but an Ilocano from the Ilocos region of the Philippines . The grandfather of Rodinood Julaspi and Kudar Julaspi was Hadjirul, a commoner with no royal blood, who worked as a horse handler in a horse stable. There is no truth to the claims of Rodinood and Kudar and his father they are descendants of Sultan Jamalul Kiram II, as the Sultan was unfortunately impotent, and did not have any male or female offspring.
  • 5. KUDAR JULASPI -- (FABRICATING HIMSELF A KIRAM). Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. Not a descendant or male heir of Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (Sultan 1947-1973). Rodinood and Kudar Julaspi do not belong to the Royal blood line of succession who are brothers who proclaimed themselves sultans at the same time, which is an insult to the intelligence of many as no one in his/ her right mind will believe two (2) brothers can succeed each other while they are both alive. Kudar is not from Sulu but an Ilocano from the Ilocos region of the Philippines . Kudar and Rodinood are seen as 2 clowns in the Sultanate of Sulu & Sabah.


Mudarasullail ni confirm PELAWAK kerana ketika saya bersama satu bilik hotel ketika dulu beliau selalu memaparkan cerita lawak tentang dirinya (polis berjawatan DSP di Johor katanya, boleh tampar orang sesuka hati). Mau tak lawak, pada awalnya beliau mengaku Datu Muidzullail Kiram, alih-alih beliau mengubah namanya kepada Mudarasullail pula. Ustaz Hj Abdul Halim Abas Kedah dan saudara Al-Dusuni (perwira Muallaf Sabah dan pengasas Stesen Radio, CahayaFM) yang mengenali beliau, tergelak bila dengar nama barunya kerana jelas penipuan berupa lawak tersebut.

  • 6. MR. MUDARASULAIL @ DATU PAIJAL -- Descent unknown. Outsider & Commoner. Not of Royal blood . He fabricates himself to be a Kiram. Not a descendant or male heir of HM Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I (Sultan 1947-1973). The claims of this man are pure fiction and fantasy made up by his warped and distorted mind. His claim as a datu is questionable and without foundation. He lives in Sabah and works in the police in a lowly position. His claims as sultan are deliberate manipulations to further confuse and destabilize the Sultanate of Sulu.
  • 7. IBRAHIM PULALUN -- Pulalun was proclaimed using the money of Stan C. Brandenburg, a tax agent, an American claiming to be the U.S. Ambassador to Sulu and North Borneo/ Sabah, but they had a falling out and Brandenburg instead supported and installed Bahjin afterwards. Scorned Pulalun advertised on Zamboanga City newspapers that he had nothing to do with Brandenburg .
  • 8. DIGNIM PULALUN -- Another unscrupulous usurper and impostor sultan. Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. He is the son of Ibrahim Pulalun who also installed himself sultan without any lawful rights. So now you have Ibrahim and Dignim Pulalun (father and son) clowning and masquerading without rights to be sultan. These father and son are regarded as clowns in the Sultanate along with the other fake sultans listed hereto.
  • 9. AYDAL ALIUDDIN -- Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. Arrested and imprisoned in Brunei for impersonating the rank and title of Sultan of Sulu.
  • 10. MUHD. YAHCUB ALIMUDDIN V -- Descent unknown. Outsider. He is an Indonesian.
  • 11. HAJI MUHD. AL SAGOV VAN ELDIK (A DUTCHMAN) -- Adopted son of the father of Kudar and Rodinood Julaspi.
  • 12. DEMETRIA OMAR KIRAM -- (FABRICATING HIMSELF A KIRAM). Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. A Zamboanga City hotel in the Philippines is looking for him for failing to pay his hotel bills up to now. He is not from Sulu.


Datu Muedzullail T. Kiram @ Sultan Muedzullail sedang bergambar dengan 3 orang penyokongnya. Sehingga hari ini beliau hanya dikenali sebagai Datu yang mengaku Sultan Sulu tapi tiada gerakan di Sulu mendekati rakyat sebab itu beliau dikenal sebagai Sultan yang tiada rakyat apatah lagi KERAJAANNYA sendiri. Beliau keluar negara memakai Passport Filipina sebagai bukti pengakuannya bahawa "Presiden Filipina" adalah SULTAN lebih tinggi darinya.

  • 13. DATU MUEDZUL-LAIL T. KIRAM -- A member of the Royal blood line but not acceptable and not proclaimed as Reigning Sultan by the Royal Datus and the Sharifs of the Sultanate of Sulu and Sabah . He is also not acceptable to the major groups of Sulu. As per his own admission Datu Muedzul-Lail accepted from Stan C. Brandenburg monthly payment of P50,000 and a Starex van, plus an additional P10 million for himself and P2 million for his mother-in-law and P3 million for his stepmother, in exchange for Brandenburg becoming Sulu Prime Minister of Datu Muedzul-Lail, but Brandenburg did not give him a cent and did not fulfill his promise to pay and instead proclaimed Bahjin twice. As a result many Sultanate leaders commented "Datu Muedzul-Lail sold his line to the Royal succession so cheaply which made him incapable and unsuitable to be Sultan of Sulu." Due to this unfit and improper conduct of Datu Muedzul-Lail, he eliminated himself to the rank and title of Sultan.
  • 14. JUAN T. DELA CRUZ (FABRICATING HIMSELF AS AMIR KIRAM) -- Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. Many people are looking for him due to loss of money they gave him as he promised to recover the assets of the late Sultan of Sulu and Sabah in foreign banks but he disappeared. He is not from Sulu.
  • 15. ALAWI MOHAMMAD KARIM alias ALFONSO SAGUN BAUTISTA alias ALAWI JULKARNAIN AZAM KIRAM (FABRICATING HIMSELF A KIRAM) -- Commoner & Outsider. This man is trying to claim the assets of the late Sultan of Sulu and Sabah and now called himself a Kiram.
  • 16. ABDULLAH AZAM ATALAD -- Commoner & Outsider. Not of Royal blood and not a member of the Royal blood line of succession. This man tried to represent himself as the Sultan of Sulu in the U.S. Congress but no one believed him and took him seriously. He lives in Mindoro . He is not from Sulu.


Sultan Mohammad Fuad Abdulla Kiram, beliau pernah bekerja dengan pihak keselamatan Filipina di Malacanang dan mungkin masih bertugas, tapi tergamak mengaku Sultan Sulu. Beliau hari ini sedang giat usahakan gerakan "menuntut Sabah" untuk diserah kepada Filipina, kerana ayah beliau Sultan Esmail Kiram I telah serahkan Sulu tanpa persetujuan Rakyat Tausug kepada Filipina. Maka Filipina pun melompat gembira hinggakan bersusah payah menuntut Sabah setelah itu (hingga hari ini), bukan untuk Kesultanan Sulu tapi untuk Filipina "yang bermimpi di siang hari". Kerana Filipina ingat Esmail Kiram I ada kuasa serahkan Sulu kepada negara Kafir? Fuad dalam bahaya kerana rakyat Tausug sudah kenal dirinya, sekiranya beliau tidak membersihkan nama Kesultanan Sulu (keluarga Kiram) dari tangan kotor Filipina maka selama-lamanya keturunan beliau (Kiram) dicaci nista dalam lipatan sejarah Tausug?

  • 17. and lost but not the least but the most scandalous is Mohammad Fuoad Abdullah Kiram who is disowned by the very people of sulu who claims to be Sultan Foad., One who gets non-Tausugs and non-sulu peoples to assist him because no honorable Tausug wishes to assist him, he claims the Sabah money for himself and has forgotten the peoples of Sulu. A very irresponsible person who does nothing except appoint royal titles to Non tausugs while ignoring the people of Sulu and North Borneo.

Sebagai tambahan dari saya ialah gambar Sultan satu lagi dibawah ini yang tidak tersenarai di atas,

Menurut para Datu dan Syarif, beliau bukanlah keluarga Kesultanan Sulu malah jauh sekali dari susur galur Shakirullah (salah satu dari cabang salasilah Kesultanan Sulu, belahan dari keluarga Kiram juga). Peliknya, beliau diakui SULTAN SULU oleh seorang tua yang mengaku sebagai Pengerusi kepada "Council of Royal Datus" iaitu Datu Albi A. Julkarnain, seorang keturunan Datu Bajau dari Pulau Ubian (Tawi-Tawi). Lebih pelik lagi Datu Albi ini turut mengesahkan bahawa Dr Bahjin walau pun bukan keturunan @ kerabat Kesultanan Sulu, namun beliau berpendidikan tinggi dan boleh dijadikan "ayam sabung" demi mendaulatkan semula Kesultanan Sulu. Ayam Sabung untuk apa? Untuk kaut wang dan jongkong emas Sulu mengkayakan diri sendiri?

amukanmelayu - perebutan KUASA untuk berada di atas TAHTA adalah penyakit tradisi KESULTANAN MELAYU......elakanlah supaya kita kembali GAH seperti dahulukala.