Monday, 18 February 2013

PM LETAK JAWATAN - WARKAH FITNAH UNTUK RAAYAT MALAYSIA


Olak Lempit - Isnin 2 Rabiulakhir 1434, terkejut bewak penulis bila banyak blog menyiarkan PM meletak jawatan, apa punya haru la fitnah macam ni. Memang la negara ni terbuka dan hangpa bebas nak buat apa pun. Tapi hangpa jangan menimbulkan suasana tidak tenang kepada masyarakat, perlulah ada sedikit tanggung jawab kepada apa yang hangpa tulis.

 
Lagakan PM dan TPM - Nizar duk jadi batu api......

Jabatan Penerangan pulak, takkan la sampai takdak langsung "budak-budak" yang pandai menghalang computer dari di ceroboh atau di godam. Kalu setakat pekara lagu ni pun hangpa gagal mencegahnya, lagu mana hangpa nak pertahankan negara dan bagaimana hangpa simpan segala maklumat rahsia kerajaan....atau pun memang hampa ada kakitangan yang menjadi "Gunting Dalam Lipatan?" atau hangpa dah lupa apa hukumnya orang yang menjadi "Tali Barut".

Yang duk gila nak ke Putrajaya pulak, janganla duk syok lebih......hangpa kena akui, bukan semua orang suka kat hangpa. Dalan dua tiga minggu ni penulis tengok hangpa gambra semacam jar.... relex la. Jangan buat orang sampai meluat kat hangpa. Orang yang duk prati ni lebih ramai dari yang duk sokong hangpa atau pun BN. Insaf-insaflah......kita ni ada Ugama....tapi tak tau la kot-kot hangpa dah tak menganut Islam lagi....sebab perangai hang pun bukan macam orang yang mengikut Sunnah. Pikiaq-pikiaq la baik-baik.....orang kapiaq duk tunggu nak halau kita dari Tanah Melayu ni. Kalu kena halau nak pi mana?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjD3ejDETKWkro_Yzpaqn2_dRBC7sIxDPyhLBC_enutwOxH5A8o7H0iGTsI-B88uBMwXQINE2AYC1_nIPk-_kkTDvFj6_xoRchlGrSCq6Lr8i4ixqSa8tqPAc96Eq1544QKtpQcbooeddI/s1600/Najib+kena+buli+lagi.JPG

Jabatan Penerangan nafi keluar kenyataan Najib letak jawatan

 



Jabatan Penerangan menafikan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dipetik dan tersebar di beberapa laman media sosial yang disedari pagi ini, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata, penafian ini dibuat susulan daripada sistem e-Akhbar dan e-Press milik jabatan itu yang disyaki telah digodam dengan penyiaran dua kenyataan – ‘Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan.’
“Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil tindakan awal dengan memadamkan kenyataan palsu itu daripada kedua-dua sistem tersebut.
“Tindakan awal ini bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Ibrahim berkata, satu siasatan dalaman mengenai perkara itu sedang dibuat oleh pihak jabatan disusuli dengan laporan polis.- Bernama

Elaun Fitnah Untuk Media Troopers SABOTAJ

 

Dibayar Sejumlah Wang Untuk Sebar Propaganda & Fitnah


  

AMUKANMELAYU - politik menanam KEBENCIAN semakin menebal di lubuk hati orang Islamelayu. Kalau kita mengundang musibah....maka musibahlah yang Allah akan berikan pada kita......tunggulah kemusnahan yang saudara-saudara inginkan. Gendang tarian singa semakin kuat bergema mengalahkan gendang SILAT...