Thursday, 14 March 2013

DRAMA SWASTA - EPISOD SENDIWARA TAHTA BERDARAH DI LAHAD DATU






FILM - PIRATE OF PRU 13
PRODUSER - NED
DIRECTOR - PANDIKUTI
PELAKON UTAMA - BADIGOL KIRAM
PELAKON WANITA - JACEL RAMOS
PELAKON PEMBANTU - TIANG CHUAK
PEROMPAK - AZZIMUDE
ORANG JAHAT - TENTERA UPAHAN NUR MAISUARI

WATAK-WATAK LAIN
AGUNG
TOK AYAH
AYAH
Abg Long
Abg Ngah
Alang
Ateh
Andak
Uda
Kak Yang
Acik
Ucu


SINOPSIS :
               Berlatar belakangkan kehidupan keluarga Rumpun Islamelayu yang tinggal di kepulauan dengan Sultan yang tidak di senangi rakyat, Negerinya ini bernama SULU dan dah beberapa kali di jajah dan ada negerinya yang telah di jual dan tergadai kepada orang lain dan di tebus oleh saudaranya yang terdekat bernama MALAYSIA......., rasa tidak puas hati mula timbul kerana negeri yang tergadai tadi yang di beri nama SABAH telah maju lebih dari negerinya setelah bernaung di bawah MALAYSIA.

               Rasa tidak senang hati ini sentiasa bersarang di hatinya dan dalam masa yang sama ada Raja Mandaliar dan Si Kitol dari Malaysia datang mengadu-domba kepada Sultan dan Panglimanya. Maka habislah semua orang di kacaunya. Sultan yang zalim itu telah melatih beberapa ratus Askarnya untuk menyerang Sabah.......

               Pada awalnya Raja Mandaliar dan Si Kitol telah "Bernyanyi-nyanyi dengan Gurindam "SABAH NAK HILANG". Selang beberapa purnama maka datanglah segerombolan orang yang lengkap bersenjata masuk dan bermain-main di Pantai Negeri Sabah yang Indah dan Damai itu. Maka seronoklah kami pun ikut bermain sama. Tapi ada juga yang risau melihat mereka ini. Ayah, Mak, Abang, Kakak dan semua keluarga sebelah Ayah dan Ibu melarang kami bermain dengan mereka ini.

               Rupanya betul..... mereka ini jahat.....mereka sudah semakin kurang ajar mereka bermain di halam rumah kita sambil mengusik Kakak dan Adek......sampai adek menangis.......




 

1 Mac 2013 - Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69
1 Mac 2013 - Sarjan Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69
2 Mac 2013 - Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
2 Mac 2013 - Sarjan Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 - Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 - Sarjan Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
2 Mac 2013 - Koperal Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.




 KRONOLOGI PENJAJAHAN SEMULA MALAYSIA

EPISOD PERTAMA

Bukti Anwar Adalah Dalang

Berikut adalah petikan pendedahan laman web Wikileaks yang didapati dari kabel Kedutaan Amerika

(http://wikileaks.org/static/html/faq.html)
http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html Dreaming of Sabah

¶8. (C) MG Dolorfino commented that Malaysia is not only concerned about Misuari’s intentions toward Sabah, where Misuari apparently still has hundreds of followers, but also about his recent contacts with Malaysian opposition figure Anwar Ibrahim, described as an “old friend” of Misuari’s. Over the past several months, Malaysian officials have held at least three meetings with Misuari and/or Misuari’s wives, according to Jainal and Dolorfino. During an April 10 meeting, a special envoy from Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi told Misuari not to meddle in Malaysia’s domestic politics, Dolorfino said. According to Jainal, Misuari promised Badawi’s representative that he had no intention of getting involved in Malaysia’s internal affairs.

Ternyata, hubungan Anwar dengan Misuari adalah lebih dari sekadar hubungan ‘diplomatik’, kerana Anwar telah digambarkan sebagai ‘kawan lama’ oleh Misuari. Malah, pendedahan ini juga membuktikan bahawa Anwar dan Misuari telah pun mula berhubungan semula sejak 2007 lagi.

Nampaknya Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat di kalangan ‘orang-orang’ yang kontroversi, termasuk musuh-musuh negara dan musuh-musuh Islam. Sebelum ini, pembunuh Umat Islam, iaitu Wolfowitz juga pernah merujuk kepada Anwar sebagai ‘sahabat baik’. Begitu juga Al-Gore yang tidak segan silu membela Anwar secara terbuka di pentas Malaysia sendiri, demi persahabatan yang ikhlas.

Rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah apabila seorang yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai sahabat dari kalangan musuh-musuh negara. Selain itu, secara logiknya, tiada umat Islam yang waras yang sanggup menerima sahabat kepada pembunuh saudara-saudara seagama dengan kita, sebagai Ketua Negara ini.

Hubungan baik dan pertemuan kedua-dua pihak yang gemar ‘mengganggu’ pentadbiran kerajaan di negara masing-masing ini tidak boleh dianggap sebagai biasa.

Apatah lagi dengan kedua-duanya terbukti mempunyai kecenderungan dan keupayaan untuk mencetuskan huru-hara.

Kita sedia maklum bahawa bukan sekali Anwar bercakap mengenai ‘Arab Spring’ dan bukan sekali Anwar cuba mencetuskan keganasan melalui demonstrasi jalanan. Semua ini dibuatnya berkali-kali dengan harapan untuk menaikkan semangat penyokong-penyokongnya agar bangkit dan membuat huru-hara sehingga kerajaan terpelanting keluar dari Putrajaya.

Seperti juga pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Anwar turut beberapa kali mengundang campurtangan asing dalam pilihanraya, malah dalam kes mahkamahnya. Tindakan ini jelas menunjukkan kebergantungan Anwar kepada pihak asing sekali gus memberi gambaran jelas tentang jenis pemerintahannya sekiranya beliau mendapat mandat untuk memerintah; iaitu, negara pasti akan hilang kedaulatannya.

Berdasarkan pendedahan Wikileaks serta laporan-laporan risikan Manila yang disebarkan dan juga sikap dan tindakan Anwar sendiri sebelum dan selepas insiden Lahad Datu, kita tidak lagi dapat menolak hakikat bahawa insiden keganasan di Sabah adalah bertitik tolak dari pertemuan-pertemuan sulit Anwar dengan Misuari.

Walaupun kita tahu Anwar amat bencikan pasukan keselamatan dan pertahanan negara kita, kita tidak dapat membayangkan bagaimana Anwar sanggup meletakkan nyawa rakyat Sabah di dalam bahaya demi mencapai cita-citanya. Apatah lagi jika mengambilkira bahawa ada di antara rakyat di Sabah itu yang merupakan penyokongnya sendiri.

Namun, apa yang dihairankan lagi kerana Anwar telah membuktikan yang beliau tidak kisah menggadaikan masa depan penyokongnya, mahupun keselamatan mereka dalam siri-siri demonstrasi yang didalanginya sebelum ini.

Justeru, kenapa kita harus hairan jika Anwar sanggup menggadaikan nyawa penyokongnya dalam insiden Sulu? Bukankah Arab Spring yang diidamkan Anwar itu juga mempunyai objektif yang sama iaitu pertumpahan darah di kalangan penyokong kerajaan dan penyokongnya?

Maka, sudah sampai masanya bagi penyokong-penyokong Anwar untuk memikirkan, apakah jenis pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa penyokong sendiri?


EPISOD KE DUA

Pemerhati Bersih Dari Australia Yang Dibawa Anwar Sokong GAY May 1, 2012

Posted by ibrahimbaba in Anti-Islam, Anwar.
trackback
dipetik dari laman RockyBru:

Anwar’s “independent” foreign observers are here to tell us we are not free nor fair

But despite being invited by the office of Parliament’s Opposition Leader Anwar, the group’s members insisted today on their independence, even claiming that their expenses for the mission are being borne by themselves or their respective governments.
“We were invited by the leader of the opposition (Anwar), but the invitation could have come from anyone because there are important principles here and we know that these are concerns that have been raised.
“We will be providing a report, all of us here on the panel, we are fiercely independent and we want to provide a report that is fair, based on facts and balanced… but the whole concept has to be one that we come here as great friends of Malaysia, of Malaysian democracy,” said Nicholas Xenophon, an independent Senator for South Australia, during a press conference in Parliament this afternoon. – The Malaysian Insider, read full story
The same Nick Xenophon heading Anwar’s “independent” foreign observers
Read more about Anwar Ibrahim’s good friend here on supporting civil union ofsame-sex couples.
A Dec 2010 forum: Nick Xenophon in Msia to support Anwar Ibrahim
Independent? Hahahaha. Bo Lancao (to borrow pro-Bersih chant, here). This Nicholas Xenophon is the same one who’s openly supported Anwar Ibrahim in the past (see the screenshots I’ve independently chosen to show he’s a faithful follower of DSAI).
Don’t know about the others on the team, but I think Nick Xenophon is here to gaily do what Anwar Ibrahim tells him to. But you, Dear Readers, judge for yourselves lah, OK?
Dec 10, 2010 report. Nick X is Malaysia’s opposition leader based Down Under 




Jihad Mempertahankan Xenophon

xenophon_danby-225x225 

MEMALUKAN dan hanya menjatuhkan imej negara di peringkat antarabangsa, itulah komen pertama penulis sebaik mendengar berita pengusiran Senator bebas dari Australia Barat, Nick Xenophon dari memasuki Malaysia Sabtu lepas.
Hanya kerana Senator tersebut cenderung kepada politik Pakatan Rakyat; termasuk membantu penganjuran Bersih 3.0 tahun lepas, beliau dihalang dari memasuki negara ini oleh regim Najib dan kuncu-kuncunya.
Walaupun penulis sedar, hak untuk membenarkan atau menghalang rakyat asing dari masuk ke negara ini, adalah hak kerajaan yang memerintah, penulis tidak boleh menerima tindakan kerajaan Malaysia menghalang kemasukan Xenophon kerana jelas sekali ia bermotifkan politik.
Kalau sebab keselamatan atau penyeludupan dan sebagainya, itu penulis tidak persoalkan. Lagipun Xenophon adalah seorang Senator, tak sewajar maruah beliau dijatuhkan sebegitu rupa.

Sumber memaklumkan penulis, sebab utama pengusiran Xenophon ialah kerana beliau di dapati membawa masuk sejumlah besar wang, sumbangan rakyat Australia untuk perjuangan Pakatan Rakyat disini.

Jumlah sebenarnya penulis tidak dimaklumkan, tapi kalau mengikut Seksyen 24, Akta Kawalan Mata Wang Asing 1953, semua warga negara asing hanya dibenarkan untuk membawa nilai matawang yang sama dengan USD 10,000 tanpa perlu membuat pengisytiharan.
Penulis rasa jumlahnya lebih dari USD 10,000 tersebut.

Bagaimanapun,  khabarnya segala peruntukkan undang-undang untuk membawa masuk wang tersebut telah dipenuhi Xenophon, tapi kerajaan BN yang mungkin merasa terancam dengan kemasukan wang tersebut, telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menghalang kemasukan Xenophon ke negara ini.

Justeru, semua penyokong Pakatan Rakyat wajib bangkit membantah tindakan tidak bertanggungjawab dan zalim kerajaan Malaysia mengusir Xenophon, kerana jelas beliau datang ke sini untuk tujuan yang baik.

2 Bakal Perdana Menteri

Selain bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Xenophon juga dijadualkan untuk bertemu dengan Setiausaha SPR, Datuk Kamarudin Mohamed Baria bagi memberi tunjuk ajar kepada suruhanjaya tersebut tentang cara menjalankan pilihanraya yang lebih telus dan berkesan.
Bukankah itu satu tindakan yang mulia, jadi kenapa beliau perlu dihalang?
Walaupun penulis tahu latarbelakang Xenophon sebagai pejuang perkahwinan sejenis di negara asalnya, selain aktif menggerakkan kempen anti minyak sawit di seluruh dunia, boleh mendatangkan curiga kepada rakyat Malaysia untuk menyokong jihad ini, tapi semua itu perlu diketepikan sekarang demi kelangsungan perjuangan Pakatan Rakyat.
Tanpa Xenophon dan bantuan kuat media Australia yang berada dibelakangnya, Pakatan Rakyat tidak akan mampu menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.  Apatah lagi penulis mendengar Xenophon adalah bakal Perdana Menteri Australia yang baru menggantikan Julian Gilliard yang pro Najib.
Penulis boleh membayangkan kemakmuran dan kerjasama yang lebih erat antara Australia dan Malaysia jika Anwar dan Xenophon sama-sama memimpin negara masing-masing kelak


EPISOD KETIGA 

Khalid Ismath Antara Penuntut Universiti Yang telah di ROSAKAN cara pemikiran mereka
 
SAMSENG - Jika zaman Aki dulu, budak seperti ini di panggil budak JAHAT. Tapi kini budak yang suka bergaduh, melawan orang tua, memukul orang dan asalkan mereka buat itu semua kerana Parti Politik tertentu.....semua ini di panggil HERO.



Lahad Datu Latest News : TIAN CHUA PANIK ... PDRM MULA BERTINDAK

Polis Buka Dua Kertas Siasatan Berhubung Pencerobohan Di Lahad Datu dan Semporna

Kuala Lumpur, 12 Mac - Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.


"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dan Cek Wira Operasi Daulat.


Khalid berkata polis sentiasa mengawasi keadaan di Lahad Datu dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan negara dan rakyat terjamin.


Dalam pada itu, Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap individu yang memperlekeh dan mempersoal tindakan anggota keselamatan yang terkorban dan cedera dalam Operasi Daulat.


Tindakan juga akan dikenakan terhadap pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara, katanya.

"Saya ingin memberi amaran kepada mereka-mereka ini, arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini. Ini satu perbuatan yang amat keji.

"Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.

Beliau berkata polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.




Good Luck Tian Chua ...


EPISOD KE EMPAT


Latihan Di Pulau TAWI-TAWI


 
PENGGANAS PIHLIPINO
Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.
- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).
Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama. Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa.

- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.
- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.
- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.
- Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.
- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.

Foto: Rakyat Sultan Bantilan II membanjiri bandar Jolo ketika perarakan besar-besaran beberapa tahun yang lalu.

Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu. 

http://4.bp.blogspot.com/_Tjt3fO3Cijo/TVSDL3Q648I/AAAAAAAACJU/rpxdOLhA_gU/s1600/Hj-Halim-Abas.jpg

Al-fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah
Beliau adalah guru kepada Sultan Bantilan II. Ustaz juga penasihat kerohanian kepada Sultan Bantilan II walau pun Baginda Sultan berada jauh di Jolo Sulu Darul Islam.

SUMBER: tausug-global

  EPISOD KE LIMA

 

   


Malaysian security forces have surrounded about 100 armed men believed to be from a breakaway rebel faction in the southern Philippines, Malaysian police and a government official said on Thursday, but a Philippine official said they were unarmed Filipinos who had been promised land. - Reuters, Thu Feb 14, 2013 4:20am EST




Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.- Reuters, Thu Feb 14, 2013 4:20am EST

Dengan laporan akhbar Reuters ni, jelas kemasukan penceroboh ni ke Lahad Datu adalah untuk memenuhi undangan " seseorang " atas urusan yang belum selesai antara mereka.. Cuma mungkin lawatan itu terlalu awal dari tarikh yang " dijanjikan ", atau mungkin lawatan pada waktu yang tepat tapi dapat dihidu oleh Pihak Berkuasa..


Berkenaan " memenuhi undangan " atau " atas jemputan ".. Mungkin juga ada benarnya seperti yang dilaporkan dalam akhbar tempatan New Sabah Times bertarikh 18 Februari 2013.



Begitu juga dengan laporan akhbar The Manila Times yang bertarikh 16 Februari 2013, turut mengaitkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dengan kes pencerobohan ini..


DSAI mungkin boleh menafikan tentang penglibatannya kerana kelihatan agak sibuk dengan kempennya di SABAH.. Jalan terbaik adalah menghantar wakil ke sana untuk urusan " kemasukan  tetamu " ke Lahad Datu.. Dan calon yang paling sesuai untuk " melaksanakan misi " ini adalah Timbalannya dalam Pakatan Rakyat..



Presiden Filipina Pun Percaya Ada Dalang Di Sebalik Tindakan Puak-Puak KIRAM Ceroboh Sabah


Seperti yang kita kata sebelum ini bahawa mesti ada dalang disebalik tindakan puak-puak kiram menceroboh Sabah menjelang pilihan raya umum. 
Di Filipina pun Presiden negara itu sendiri percaya ada kepala konspirator disebalik tindakan tersebut. 
Dalam satu kenyataan dua hari lepas, Presiden Benigno Aquino III berkata apa yang berlaku bukan datang secara sendiri oleh pihak sultan sulu, tetapi percaya ada konspirasi di sebaliknya. 
Katanya, Jamalul Kiram menghadapi penyakit buah pinggang dan nak biayai kos rawatan dialisis dia sendiri pun tak mampu sehingga dibantu sebuah badan amal di Filipina. Bagaimana pula dia boleh sewa bot-bot laju dan hantar anggota tenteranya ke Sabah untuk menawan negeri itu ? 
Sedangkan segala-galanya memerlukan kos termasuk membiayai makan minum askar-askarnya....
Berikut adalah kenyataan Presiden Filipina yang dipetik dari http://www.philnews.com
President Benigno Aquino III on Monday reiterated his administration’s theory that the ongoing crisis in Sabah was the result of a conspiracy, and not solely the handiwork of Sultan Sulu Jamalul Kiram III and his followers. He vowed to hold liable those who had deliberately put the lives of thousands of Filipinos in Sabah in harm’s way.
Aquino said Kiram III's group won't be able to launch such action in Sabah without conspirators, whom he said were critics of the government. He also suggested that the conspirators were the ones who financed the voyage of Kiram III's followers to Sabah. 
Aquino suggested that Kiram III didn’t have money to bankroll the voyage to Sabah because the expenses for the latter’s dialysis were being shouldered by the Philippine Charity Sweepstakes Office (PCSO).
May sakit si Sultan Jamalul Kiram, kailangan niyang mag-dialysis. ‘Yong dialysis, tinutulungan siya ng PCSO [Sultan Jamalul Kiran is sick, he needs to undergo dialysis. He is being helped by the PCSO for his dialysis.] So even in terms of attending to his own health, he really needs assistance,” the President said.
“I’m told that renting a boat, a sufficiently large boat to go to Sabah costs about a hundred thousand pesos. And there were two boats and one speedboat that [were] used by this group. So funds, the food, money siguro dito left behind, ‘yong concerted criticisms all point to a conspiracy,” he added.

Di Filipina Aquino III sudah tentu ada musuh politiknya untuk menjatuhkan kerajaan beliau. Di Malaysia pun sama juga. Ada musuh politik untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.
Jadi adalah tidak mustahil jika musuh Aquino bekerjasama dengan musuh Najib untuk menjatuhkan lawan masing-masing dan menggunakan Jamalul Kiram sebagai alat. 
Dalam pilihan raya presiden yang lepas Aquino III yelah mengalahkan Estrada

Hubungan Anwar & Joseph Estrada

                          PHILIPPINES-MALAYSIA-ESTRADA-ANWAR
Anwar Ibrahim lebih pro kepada Joseph Estrada (bekas Presiden Filipina) dan menjauhkan diri daripada kumpulan Islam Selatan Filipina.
Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa Joseph Estrada adalah 'benar-benar musuh Islam' yang diwartakan di Marawi pada 9 Mac lalu. Menurut Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Majlis Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa itu setelah mengkaji tindakan Estrada semasa dipilih menjadi Presiden Filipina pada 1998 yang melaksankan polisi 'perang habis-habisan' ke atas umat Islam di Selatan Filipina
Estrada bermula sebagai datuk bandar San Juan pada 1969, kerusi senator (1987), naib presiden (1992) dan kemuncaknya sebagai presiden (1998). Pada 1998, slogan kempen beliau 'Erap Para sa Mahirap (Erap untuk rakyat miskin), membolot undi tertinggi di 12 daripada 15 wilayah dan seterusnya menewaskan pencabarnya, bekas Speaker Parlimen, Jose de Venecia dengan kelebihan undi sebanyak 6 juta.
Beliau menjadi Presiden Filipina selepas menang dalam Pilihan raya Filipina 1998. Pada 1 Julai 1998, beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-13.
Beliau berikrar akan membaiki kehidupan rakyat miskin . Malangnya dia digulingkan daripada Istana Malacanang atas tuduhan rasuah.
Semasa memerintah, Estrada bertindak menyerang pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao terutama di Jolo

                         News Photo: Malaysian opposition leaders Anwar Ibrahim and his wife…
Perjumpaan  Anwar bersama Isteri Wan Azizah  bersama bekas Presiden Philipina Joseph Estrada pada 6 June 2008.
Jose Marcelo Ejercito (lahir 19 April 1937), lebih dikenali sebagai Joseph Ejercito Estrada atau Erap (kawan), ialah seorang pelakon filem di Filipina dan Presiden Filipina ke-13 dari 30 Jun 1998 hingga 20 Januari 2001. Beliau digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat Kedua selepas menjalani perbicaraan pencabaran kedua di Senat yang menyaksikan sebelas orang senator Filipina enggan memeriksa sampul kedua akaun bank Jose Velarde yang dipercayai membuktikan beliau mengamalkan rasuah.
Beliau turut bertanding dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010 tetapi tewas ditangan Senator Benigno Aquino III

                              
Gambar Anwar Ibrahim bersama Joseph Estrada.
Mereka ini  mempunyai agenda tertentu disebalik tadbir Amerika  dalam  menjalankan misi-misi tertentu. 

Joseph Estrada antara individu yang dikecam akibat tindakannya yang dilihat memerangai habis-habisan umat Islam di negara itu.Joseph Estrada juga turut mencampuri urusan dalaman negeara MALAYSIA
                                      
Foto Anwar berdailog dengan Tan Chee Koon di Majlis Gereja Wesley pada 11 November 1979. Semasa dailog pengikut gereja memuji-muji keterbukaan penganut Islam bernama Anwar Ibrahim



Joseph Estrada merupakah seorang yang beragama Kristian.Anwar dari dahulu lagi bersifat terbukaan mengenai Islam & mendapat pengaruh dari institusi gereja.




Tidak lama selepas menang besar dan menjadi Presiden pada 1998, bekas bintang filem aksi ini melancarkan serangan tentera besar-besaran ke atas MILF dan mengusir kumpulan pemisah ini dari pangkalan utama mereka di Mindanao.

“Selepas mengkaji tindakan dan dasar Estrada sebelum dan selepas pilihan raya sebagai Presiden sehingga saat ini, kami dapati beliau sebenarnya musuh Islam,” MILF memetik Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro sebagai berkata. Bekas bintang filem Estrada, yang secara umum membantah rundingan damai, berada di kedudukan ketiga pilihan dalam undian pendapat, sembilan tahun selepas disingkir dalam rampasan tentera tanpa pertumpahan darah diikuti pendakwaan atas tuduhan rasuah.
“Ulama yang berpengalaman dalam selok belok Islam, berhak untuk mengeluarkan satu fatwa bagi menentang sesiapa saja jika menerusi tindakan mereka terbukti mencela Islam, negara Moro dan hak kami,” 

Joseph Estrada antara individu yang memainkan peranan dalam menghancurkan umat Islam di Filipina atas sokongan dan juga mendapat bantuan dari Amerika Syarikat..Begitu Juga yang berlaku di Malaysia dimana pernah didedahkan Anwar turut menyokong Keselamatan Israel dalam Wall Street Journal.

 EPISOD KE ENAM 

Lagu Tanya Sama Najib Apa Sebab Goyang mula di nyanyikan pada12hb Feb. 2012

Tanya Sama Najib" Nyanyian Anwar Ibrahim. 



"Tanya Sama Najib, Apa Sebab Goyang... Nanti Jawab Najib Sabah Nak Hilang..." 

Inilah lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan lepas setiap kali beliau turun berceramah. Mungkinkah sudah tiga bulan Anwar tahu Sabah akan diserang pengganas Sulu? 


                            Lagu ini mula di kesan pada 02/12/12

 PENCIPTA - Bang Non
 PENULIS LIRIK - Bang Non
SUSUNAN MUZIK - Bang Non
PENYANYI - Bang Non

BUKIT KATIL 8 Mac: Tindakan media  Umno BN mengaitkan lirik lagu nyanyian Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan insiden di Lahad Datu, sekadar menjadi bahan ketawa dalam  ceramah Pakatan Rakyat.
Dalam program Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) di Bukit Katil, Melaka, semalam, ketua umum KEADILAN itu mengulas tindakan memanipulasi lirik lagu ‘Tanya Sama Najib’ yang selalu dinyanyikan beliau dalam program Pakatan.
Anwar secara berjenaka merujuk laporan Buletin Utama, TV3  menyiarkan rakaman nyanyian berkenaan untuk mengaitkannya sebagai dalang pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Lahad Datu.
“Umno BN punyalah teruk sampai lagu yang saya nyanyi pun mereka salah faham.
“Lirik lagu saya ialah ‘tanya sama Najib, apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang’.
“Sebab lirik lagu ini, Umno BN riuh rendah kata ini bukti saya dalang kumpulan pengganas Sulu. Lemah sungguh pemikiran Umno BN sekarang,” katanya disambut ketawa hadirin.
Menurut Anwar, lagu berkenaan tidak bermaksud memberi Sabah kepada kumpulan penceroboh seperti digambar media Umno BN.
“Kita maksudkan rakyat Sabah nak tolak Umno BN dalam PRU, bukannya nak bagi Sabah kat kumpulan penceroboh.
“Sebab fitnah Umno BN ini, saya akan saman media mereka,” ujar Ahli Permatang Pauh sambil disambut sorakan orang ramai.
Hari ni, Anwar memfailkan saman terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dan stesen TV3 kerana mengaitkan beliau dengan pencerobohan tentera kesultanan Sulu di Sabah.
Tempoh 24 jam diberi kepada media berkenaan untuk menarik dakwaan dan memohon maaf, namun kedua-duanya gagal berbuat demikian.

EPISOD KE TUJUH

Lahad Datu : Kenapa kapal USS Guardian berada di Laut Sulu 24hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah?.

RM6 juta adalah sebahagian kos yang dibelanjakan oleh Suaram untuk membiayai pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan membunuh anggota keselamatan.Tanpa bantuan kewangan pengganas ini sudah pasti tidak akan mampu membeli senjata yang moden kerana harganya yang sangat mahal.

                                 
                                 SENJATA - Antara senjata yang di gunakan oleh PENGGANAS


“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.
“Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).,” lapor laman itu lagi. M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47, Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas ini


“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit. “Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.  
















   

KOMANDER USS Guardian sengaja "MASUK" ke terumbu karang dan Kapal ini telah di musnahkan. US telah berbelanja besar.....tapi apa habuannya?

  Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013. Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef. Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. 

 Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina “The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,” USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina. “There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),” 

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang. Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang. Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun. 

 Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

EPISOD KE LAPAN

1.   12 Februari 2013 - SABAH  DI CEROBOH
 

1) Kumpulan bersenjata warga Filipina telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu. 
2) Kumpulan terbabit memiliki seramai lebnih kurang 200 anggota dan antaranya terdapat lima orang wanita
3) Namun keadaan terkawal dan dikatakan tiada kekasaran dilakukan ataupun menganggu penduduk kampung.  
4) Penceroboh-penceroboh itu telah menyusup berlindung di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan kedatangan mereka dikatakan menyebabkan ramai penduduk kampung itu keluar melarikan diri menuju ke Tanjung Labian di Lahad Datu untuk berlindung.

5) Kesemua penceroboh lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjatakan senjata api seperti M14, M16 dan .45mm dan juga beberapa senjata tajam.

2.   Thursday,14 February  2013

Keadaan di Lahad Datu terkawal, kerajaan pilih berunding - PM

PAPAR 14 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan di Lahad Datu adalah terkawal dengan kerajaan memilih cara perundingan, bukannya pertumpahan darah bagi membolehkan sekumpulan orang asing bersenjata api keluar dari negara ini dengan aman.
Katanya, kawasan yang diduduki mereka pada masa ini telah dikepung oleh pasukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia yang mencukupi kekuatannya untuk bertempur.
"Mereka mempunyai saudara mara di sini dan kita tidak mahu melakukan apa-apa tindakan yang menyebabkan ada nyawa terkorban. Kita minta mereka balik secara baik ke selatan Filipina," katanya selepas majlis bersama rakyat di sini hari ini. - UTUSAN

3.   Pceroboh menuntut TANAH yang dijanjikan?



Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.

Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut.

Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri.

"Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina.

"Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi tersebut, kepada Reuters.

Katanya, lelaki bersenjata itu disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao.

Seorang pegawai kanan tentera Filipina menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.

Katanya, satu mesyuarat berhubung tuntutan tanah itu, telah menarik ramai orang dan mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia.

"Kita tahu bahawa orang-orang ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan mereka adalah dari pulau-pulau berhampiran," kata pegawai tersebut yang meminta namanya tidak disiarkan.

"Sesetengah daripada mereka sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan mereka biasanya menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah."

NONE  


Bilangan pendatang haram Islam dari selatan Filipina yang miskin telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan ia menimbulkan ketegangan sosial dengan penduduk asal beragama Kristian di Sabah.


Kerajaan Filipina telah menandatangani perjanjian damai dengan pemberontak Islam lewat tahun lepas untuk menamatkan konflik selama 40 tahun di selatan negara itu, tetapi sesetengah puak telah menyuarakan bangkangan.

Sejak perjanjian damai yang ditaja oleh Malaysia itu, pengikut puak serpihan kumpulan Misuari telah memutuskan untuk mencetuskan beberapa masalah dan mewujudkan ketengangan di Sabah, kata seorang pegawai kanan Malaysia yang merujuk kepada puak dalam kumpulan pemberontak MNLF.

Pada tahun 2000, sebuah kumpulan militan dari selatan Filipina telah menculik 21 pelancong dari Sabah yang menyelam di kawasan peranginan Sipadan.

Pada tahun 1985, sebelas orang terbunuh apabila lelaki bersenjata yang dipercayai dari selatan Filipina, memasuki Lahad Datu di Sabah, menembak secara rawak sebelum merompak cawangan Standard Chartered Bank tempatan. - HANGIT

Timbul persoalan di dini. Siapa tawarkan tanah kepada mereka, bila dan untuk apa? 

- wasukalu





4.   Jumaat, 15 Februari 2013
Pewaris KONONnya keturunan 'Raja Sulu' ceroboh Lahad Datu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiE_LLfjcrPWBq3YdEYWgh5vwm0ra3Pc-hyTj0H2KiWbVdLUVI1ob41IwU4oN7zv9V4EdqrL3btvHnFadBUJHn6MvQ83dGUy7tO9NbnkQCyREXzeFXsuVOdYvyL3PaWhRvFOBaOSMcnVw/s1600/raja+sulu.jpg

(Siapa Sultan Sulu Yang Sebenarnya??... lihat bawah berita ini)

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.

Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. BERNAMA.
5.   15/02/2013
Polis masih berunding dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7yelPIRvu9ucOuuQj73NgaSJtCnfNINtcYWnuXNlfxCuUJ5YbABZKgeEDPIOrITluYuGJXEK3NR6qTQFNuSSW3qXjNc02oGBNpAMTWS9MT4QHh5aPm6xnPEVRRnfiBtEBv_tINq_6sAG0/s1600/Kronologi+Tentera+Sultan+Sulu+Ceroboh+Lahad+Datu+Sabah.jpg

KOTA KINABALU: Polis masih meneruskan rundingan dengan kumpulan penceroboh yang mahu diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan yakin ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang media sebentar tadi berkata, keadaan di sekitar lokasi kejadian di Kampung Tandou dekat Tungku, tidak membimbangkan namun polis masih membuat kawalan rapi.

1) PDRM telah selesai berunding dengan ketua kumpulan bersenjata warga Filipina yang telah menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai Lahad Datu pada 12 Februari 2013 yang lalu.
2) Sumber polis berkata sekitar jam 5 petang Khamis (14/2/2013), satu rundingan telah diadakan diantara Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah, ACP Zulkifli Abd Aziz dengan ketua kumpulan bersenjata itu yang dikenali sebagai Datu Agbimudin Datu Kiram yang didakwa sebagai Raja Muda Sultan Sulu.

3) Hasil perbincangan akan diumumkan kemudian.

6.   18 Februari 2013
1) Kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.
2) Kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal dan permintaan mereka sedang diusahakan.
3) Pihak polis Sabah rahsiakan siapakah gerangan personaliti rahsia terbabit tetapi berkata Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini (Sabah).

Siapakah personaliti terbabit???





7.   22 Februari 2013

1) Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

2) Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, Lahad Datu, Sabah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhEDNEiExvD6imG1vsBfpiue4D9vJ-aiqPS-YDhpfpwbpv-u8NIiMOh9voL87BuX5soeSDuEJlzPpSpWd0JPPSdFKitSmsmEZmMxFYxSdZymW8AnkGsHkBiwioNuHwv6Xz_6w5sKTW4zIxi/s1600/Peristiwa+Ceroboh+Lahad+Datu+Sabah.jpg

3) Kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

4) Filipina akan membantu sekiranya ada konflik tetapi tidak dapat menolong mereka.

5) Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang.

6) Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan.

7) Mereka dilaporkan dalam keadaan siapsiaga untuk menghantar pulang kumpulan berkenaan namun mereka masih menunggu agar rundingan dapat diselesaikan tanpa sebarang pertumpuhan darah.

8) Dalam pada itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.

9) Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

10) Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.


EPISOD KE SEMBILAN

JUMAAT 01/3/2012 - AIR MATA DI LAHAD DATU

Perkembangan terkini di Lahad Datu Sabah. PM sahkan bahawa dua anggota polis mati dan tiga cedera dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu, sabah pagi tadi.

Perdana Menteri memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk ambil tindakan sehingga kumpulan penceroboh Sulu ditumpaskan. Mari sama-sama kita doakan agar tentera dan polis yang terlibat dengan usaha keamanan di Lahad Datu Sabah memperoleh kejayaan dan mengusir penceroboh yang tidak diundang itu keluar dari negara kita. BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!!
Mohamad Akmaruddin Zulkifli (5 tahun)
PILU -"Ayah dah mati....Ayah masuk kubur...Ayah kene Bom"

1) Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina juga turut terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Takziah kepada anggota keselamatan kita yang terkorban demi menyelamatkan negara. ANDA SEMUA WIRA BANGSA, PENYELAMAT MARUAH NEGARA MALAYSIA!

2) Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi. Juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.

3) Pihak polis juga merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.

4) Tiada perintah berkurung dilaksanakan di Lahad Datu kerana keadaan adalah terkawal.

5) Semua pihak dinasihatkan berjaga-jaga agar pertempuran sengit antara tentera kita dan polis dengan para penceroboh tentera sultan Sulu ini tidak melibatkan pertumpahan darah seterusnya. Pelajar-pelajar di UMS juga dalam keadaan yang terkawal dan selamat.

6) 2 anggota keselamatan yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

7) Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.


2 Mac 2013

1) Melalui website Berita Harian, dilaporkan bahawa tepat jam 12.30 tengah hari tadi, pesawat Charlie 130 yang membawa dua jenazah anggota komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia dari Lahad Datu selamat sampai di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang.
2) Jenazah kedua-dua anggota keselamatan yang terbunuh itu akan dimakamkan sebagaimana wira-wira negara yang pernah tumpas sebelum ini.

3 Mac 2013

1) Daripada risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila.

2) Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak. Namun pihak anggota keselamatan sudah mempunyai rancangan dan mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera.

3) Sementara itu, di Semporna Sabah yang terletak beberapa kilometer dari Lahad Datu, 5 orang anggota polis kita terkorban ketika membuat penyiasatan tentang terdapat penceroboh bersenjata di kampung tersebut. Manakala, 2 orang penceroboh yang terkorban.
4) Nama 6 lagi anggota keselamatan yang terkorban setakat 3 Mac 2013 adalah:
  • Superintendent (SP) Ibrahim Lebar - SB Bukit Aman
  • Assistent SP (ASP) Michael - KCKD Semporna
  • Sarjan Ibrahim - SB
  • Sarjan Aziz - PGA Semporna
  • Koperal Salam - SB Tawau
  • Lans Koperal (L/Kpl) Azrul - PGA Semporna


5) Malam tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang tadi.

6) Pasukan anngota keselamatan berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota yang terkorban kepada enam orang.

7) Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah pihak musuh. Mengikut sumber beberapa akhbar, jumlah pihak musuh yang terkorban setakat ini adalah seramai 21 orang.

8) Serama 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain pangkat 21RAMD berpangkalan di Pengkalan Chepa diterbangkan terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia bagi membantu operasi di Lahad Datu.

9) 20 orang penduduk kampung Sri Jaya, Semporna membunuh lelaki sulu yang menawan mereka dan dijadikan tebusan selama beberapa jam.


4 Mac 2013

1) Selepas ATM mengetuai situasi krisis di Lahad Datu, Sabah. Kini Zon Merah telah diistihar di kawasan terbabit membabitkan Tanjung Labian dan Tanjung Batu.


2) Datuk Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) dalam twitternya menegaskan ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahat Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau.







5/3/2013

1) LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin enggan mendedahkan senjata dan bahan letupan digunakan pihak keselamatan Malaysia dalam serangan terhadap penceroboh di Lahad Datu, pagi tadi sekitar jam 7:00 pagi kerana operasi masih berjalan. Untuk info, sekitar jam 7:00 pagi tadi pasukan tentera dengan kerjasama PDRMtelah memulakan operasi udara di Kg Tanduo, Lahad Datu, Sabah, dengan menggugurkan bom menggunakan jet juang. Gegaran dan dentuman boleh didengari sekitar beberapa kilometer dari tempat kejadian. (**Aset negara yang digunakan termasuklah 5 unit Hawk, 3 unit F18)

Akhbar Kosmo! melaporkan,
·         Gerakan pukul 7 pagi itu bermula dengan serangan bom MK81 seberat 113 kilogram sebutir itu berlangsung hampir 30 minit membabitkan lapan jet pejuang masing-masing tiga buah F/A-18D Hornet dan lima buah Hawk 208.
·         Sebaik serangan udara yang dibuat dalam lingkungan empat kilometer di kampung itu tamat, pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja pula melepaskan tembakan mortar untuk melumpuhkan saki-baki musuh.
·         Selepas itu, anggota komando Tentera Darat dan polis bersama kenderaan perisai Condor memasuki lokasi serangan untuk operasi penggeledahan kawasan yang diserang.

2) Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata serangan mencapai objektif dan menafikan laporan media Filipina bahawa bom digugurkan pasukan keselamatan Malaysia terkena kubu sendiri.

3) Pihak keselamatan memperketatkan kawalan keselamatan di zon merah selepas serangan ofensif yang dilancar ke atas penceroboh bersenjata di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo beberapa jam lalu.

4) Tinjauan oleh wartawan Bernama mendapati pasukan keselamatan meletakkan zon penampan bagi membezakan kawasan perang dan ruangan untuk orang awam di laluan masuk ke Kampung Tanduo, Labian dan Tanjung Batu yang dikawal ketat oleh anggota keselamatan terdiri daripada tentera dan polis.

5) Sekitar jam 11:00 pagi, operasi serangan udara dihentikan dan pasukan anggota tentera di darat mengambil alih operasi.

6) Sehingga jam 1:30 tengahari tadi, operasi sedang berjalan dengan pasukan anggota tentera menggunakan kereta perisai disertai oleh anggota PDRM melakukan 'mopping up' - operasi menggeledah, mencari saki baki penceroboh dan menawan kemudiannya membersihkan terus kawasan yang terlibat daripada ancaman musuh.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhoeNTE9BOqrb-C4xVD2LGdNj_1Ku1o7f9BUJIGOAEd1HP8AYS9y0PNv-BhF7UFW4ZqVDkVIf4YqOQEBApLcua5Xkd3wU1xI-NipDYQ1TOb79RsCqazQEMEAP2hrJH_tdB4xvWL3seShUMw/s1600/Berita+Terkini+Krisis+Pencerobohan+Lahad+Datu+Sabah.png

7) Kira-kira jam 3:55 petang tadi KPN buat sidang media dan menyelar laporan berita daripada Manila yang membuat laporan tidak tepat. Menurut laporan media Manila itu, serangan daripada anggota keselamatan menyebabkan pihak musuh dan anggota keselamatan kita ramai yang terkorban.
8) Operasi 'mopping & searching' sedang berjalan hingga kini. Kawasan yang luas menyebabkan operasi agak lambat untuk ditamatkan.

9) Melalui Buletin Utama pukul 8:00 malam tadi, melaporkan bahawa pengikut Sultan Sulu di Filipina mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan bangunan kedutaan malaysia di Filipina siang tadi. Namun tiada sebarang tindakan kekacauan yang dilakukan dan keadaan terkawal.

10) Sehingga artikel ini ditulis dan update terkini iaitu pada pukul 9:00 malam tiada sebarang perkembangan dan angka musuh yang terkorban yang diisytiharkan.

11) Berita terkini pukul 10:30 malam - Kira-kira 600 orang penduduk di kampung berdekatan dengan Kg Tanduo di pindahkan ke Dewan Embara bagi memberikan perlindungan dan keselamatan ekoran daripada operasi offensife yang di jalankan pada awal pagi tadi.

12) KL & Manila sama-sama berpendapat bahawa pengikut Sultan Sulu sebagai pengganas.

Semasa artikal ini di tulis 2 lagi anggota Tentera/keselamatan yang terkorban.

"Takziah kepada para pejuang negara kita. Kepada para anggota keselamatan yang sedang di perbatasan, terima kasih dengan jasa-jasa anda!"
Untuk perkembangan terkini, sila rujuk artikel berikut:


AMUKANMELAYU - cerita di atas adalah SENDIWARA semata-mata dan ianya tidak kenemengene dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati......nama-nama dalam skrip juga adalah rekaan semata-mata walau pun sama dengan nama-nama orang yang masih hidup. Gambar-gambar juga adalah secara kebetulan menyerupai beberapa orang yang masih hidup dan mungkin mereka nampak seperti gambar orang-orang yang GLEMOUR........