KIRAM - "Macamana VAT 69 tahu umah aku ni"...?
Kementerian Luar Diminta Desak Filipina Ektradisi Jamalul Kiram
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul RijalAbu Bakar berkata walaupun Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di LahadDatu dan berada di Filipina, namun sejak peristiwa itu, dia menunjukkan sokonganmelalui beberapa kenyataan.
"Jamalul Kiram tidak menyertai pencerobohan di Lahad Datu, namun ia tidak bermakna dia tidak buat kesalahan sebab dalam undang-undang kita, dia tetap bersubahat melakukan satu kesalahan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata adalah wajar jika kerajaan memohon Filipina mengekstradisi Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', untuk dibicarakan di mahkamah negara ini.
Penganalisis politik Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pada dasarnyabersetuju dengan desakan itu, namun mahu pertuduhan kukuh berlandaskanundang-undang dikaji terlebih dahulu.
"Pakar undang-undang di Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar perlumain peranan dalam hal-hal diplomasi dan mengkaji hal berkaitan undang-undangantarabangsa supaya pertuduhan kukuh dapat dibuat," katanya.
Mahu tindakan sewajarnya diambil terhadap Jamalul Kiram, bekas PengarahJabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan berkata pencerobohan itumengakibatkan kekejaman di wilayah berdaulat, dan ini tidak boleh diterima.
"Tindakan itu begitu ganas, ia dilakukan dengan mendapat sokongan daripadaJamalul Kiram, dan sokongan itu membawa kepada kematian lapan anggota poliswalaupun pada hakikatnya polis telah menawarkan untuk berunding," jelasnya.
Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti UtaraMalaysia Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed pula berkata dari suduthubungan diplomatik, kerajaan Malaysia boleh meminta kerajaan Filipinamengekstradisi Jamalul Kiram.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara (Respa) DatukMohamad Jamil Mohamad Hassan bersetuju supaya peruntukan undang-undangantarabangsa dikaji, terutama yang melibatkan soal ekstradisi.-BERNAMA
Syiling Komando Malaysia di depan rumah Jamalul Kiram III?
Siapakah lelaki tersebut, menjadi persoalan kepada para penyokong Jamalul Kiram III namun cerita tentang komando-komando Malaysia yang telah pernah berjaya memasuki Kompleks Pertahanan Udara Singapura di Bukit Batok dan melekatkan setem pada setiap peluru berpandu negara seberang itu suatu ketika dahulu, pastinya perlu diingati dan dihayati.
Baguslah jika komando Malaysia berjaya menemui rumah Jamalul Kiram III ini. Mau sakit jantung tak senang tido Jamalul Kiram III yang perasan menjadi Sultan. Cit! Kita ni sama ja hamba Allah s.w.t. Baik tok Kiram ni pegi haji dan banyak2 beribadat..
AMUKANMELAYU - bukan nak kurang ajaq dengan oghang tua, tp nak bagi tau...... semua ini KEHENDAK ALLAH. Allah yang memilih kita ni dan Allah juga menetukan segalanya di atas muka bumi ni dan Allah jugha yang menentukan sesiapa yang akan jadi pemimpin. Kalu tak dapat jadi pemimpin.....maka jadilah RAAYAT.....janganlah jadi penentang pula.