Friday, 8 March 2013

PERANG UHUD DI LAHAD DATU - KIRAM's FAMILY IS JAHILLIAH TERRORIS


NAJIB ADALAH PENGGANAS... ~ JACEL KIRAM


"Sebenarnya Najib Razak lah yang sebenarnya pengganas.., bukannya kaum kerabat Sultan Sulu yang mahu menuntut kembali hak mereka dibumi Sabah.." kata Puteri Sultan Sulu. Jacel Kiram, anak perempuan kepada Kiram III menegaskan demikian ketika mengulas dakwaan bahawa penceroboh Sulu di Filipina adalah pengganas.

Jacel juga mempersoalkan mengapa Najib sanggup melancarkan serangan udara dan darat kepada hanya 200 orang pengikut bapanya sedangkan mereka langsung tidak bersalah. Bagi Jacel, orang-orang kesultanan Sulu hanya mahu hak mereka dikembalikan.

"Jadi Pak Razak, anda justeru lebih pengganas bersama pasukan bersenjata anda, yang ingin menghabiskan Raja Muda Kiram dan orang orang kesultanan Sulu.., jadi siapa yang ganas?" soalnya ketika ditemubual media Filipina.

Anak perempuan Kiram III itu juga menegaskan bahawa para pengikut bapanya pergi ke Sabah untuk menetap di tanah mereka sendiri dan bukan untuk melancarkan perang.

"Apakah kerabat saya atau bahkan orang orang kesultanan dianggap pengganas jika mereka mengunjungi tanah mereka sendiri? Jika mereka pergi ke rumah mereka sendiri? Jika mereka pergi ke tanah milik mereka sendiri? Mereka tidak pergi ke sana untuk berperang tapi untuk menetap, untuk menetap di tanah mereka sendiri," katanya lagi

KEJAM - KELUARGA KIRAM JAHILLIAH MODEN

ZALIM..!!! Gambar Lanun Penggal Leher Serta Cebisan Paru Paru & Hati Anggota Keselamatan Kita..!


Astagfirullahalazim..! Dalam dunia binatang takde manusia..! TAPI..dalam dunia manusia memang ada binatang..!!!

Keadaan mayat salah seorang anggota polis yang dipenggal kepalanya ketika diserang hendap oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, baru baru ini. Bulatan atas, anggota badan manakala bulatan bawah, kepala - UTUSAN
Cebisan organ paru paru dan hati salah seorang anggota polis yang dibunuh kejam oleh pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Sabah, baru baru ini - UTUSAN

Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang 
lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.

ZALIM DAN KEJAM...!

KEPADA PASUKAN ATM DAN PDRM YANG SEDANG MENJALANKAN OPS DAULAT...TOLONG HAPUSKAN SEMUA SAKI BAKI LANUN TERSEBUT...

RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG PEMBUNUHAN LANUN ZALIM INI..!

LU FIKIR LA SENDIRI!!!