Thursday, 28 March 2013

Lahad Datu - Wikileaks MENJADI ALAT UMNO


Lahad Datu - wikileaks
Ramai yang berpendapat bahawa terdapat penglibatan pihak Amerika Syarikat dalam insiden pencerobohan Lahad Datu. Ini berdasarkan sebuah kapal perang yang tersadai di batu karang di kawasan Laut Sulu Satu yang kemudiannya dimusnahkan.
Pelik, kerana modus operandi AS hanya memusnahkan kapal perangnya ketika berperang. Malah, untuk sekadar imbasan, anak kapalnya telah dipindahkan ke Jepun, walhal Filipina jauh lebih dekat dari lokasi berkenaan. Mengapa agaknya? Itu belum diambil kira dari laporan di Filipina yang mengatakan pihak marinnya diberi amaran agar tidak menghampiri kapal berkenaan atau berisiko ditembak!
Maklumat ini lebih meyakinkan apabila berlakunya satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manilla ke State Department di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh laman Wikileaks. Komunikasi tersebut menyentuh perkembangan terbaru mengenai Nur Misuari.
Ketika itu, Misuari sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkan dirinya bertanding untuk kerusi Gabenor Sulu. Laporan Wikileaks juga secara jelas menyebut bahawa NurMisuari adalah kenalan lama kepada Anwar Ibrahim, dan beliau berniat untuk menakluk Sabah melalui proses ketenteraan.
Maklumat ini memberitahu bahawa bekas pemimpin Barisan MNLF itu jelas mempunyai niat untuk menakluk Sabah dan merampasnya dari Malaysia.
Wikileaks 11 Mar 2007 mendedahkan 10 perkara berkaitan isu Sabah dan isu-isu dalaman Filipina.
Misuari juga masih menaruh harapan untuk ambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan. Ia bukanlah mustahil, kerana dendamnya terhadap Malaysia apabila ditangkap dan diekstradisi ke Filipina masih belum padam. Persis Anwar, Misuari sememangnya adalah seorang pendendam.
Bagi penulis, segala-galanya amat jelas bak kata pepatah “sudah jelas lagi bersuluh”. Namun, seperti biasa, “denial syndrome” mula meresapi batang tubuh setiap seorang penyokong Pakatan.
Kalau suatu ketika, mereka cukup yakin dengan Wikileaks sebagai salah satu “kitab anutan” mereka, tiba-tiba terdapat lambakan pendapat dari mereka yang mempertikaikan kesahihan maklumat berkenaan. Itu belum diambil kira dengan tuduhan kononnya UMNO yang membayar agar perkara tersebut ditulis.
Untuk panduan, maklumat berkenaan bertarikh 11 Mar 2007, yang tidak pernah diambil pusing sebelum ini sehinggalah berkumandangnya lagu “Tanya Sama Najib” dendangan ketua umum Pakatan sendiri yang kemudiann membawa malapetaka kepada Lahad Datu.
Apa yang berlaku menunjukkan sikap penyokong mereka, yang hanya mempercayai isu-isu yang melingkari BN sedang menafikan isu-isu yang melingkari pemimpin mereka sendiri. Bukankah itu berbohong kepada diri sendiri? Kasihan bukan?
Lebih malang, ramai pula yang berkata bahawa kandungan Wikileaks boleh disunting. Mungkin sudah sampai masanya untuk Rafizi Ramli tubuh satu kelas khas untuk mengajar perbezaan diantara Wikileaks dan Wikipedia!

AMUKANMELAYU - Jahat sungguh UMNO ni.....habis di belinya semua MEDIA Antarabangsa untuk kenekan PR dan Ketua UMUMnya