Monday, 4 March 2013

PARA SHUHADA PDRM DAN SAUDARA YANG TERKORBAN DARI SULU......MAAFKAN KAMI KERANA TERLEWAT MENGURUSKAN JENAZAH KAMU.



Jenazah Sarjan Aziz Sarikun kini berada di surau perumahan IPD Semporna untuk disembahyangkan.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Allahyarham Sarjan Aziz meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Allahyarham berasal dari Johor.



SEBAK dan sedih apabila melihat dua lagi keranda diusung turun dari kapal terbang di TUDM Subang sebentar tadi. Sayu hati apabila mendengar tiupan semboyan yang menandakan gugurnya pahlawan negara di bumi Sabah.
Sebentar tadi dua lagi jenazah wira negara telah selamat sampai dan akan dihantar terus ke Subang dan Klang. Hampir menangis melihat dua keranda berkenaan dijunjung menemui ahli keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah untuk Allahyarham L/Kpl Azrul bin Tukiran dan Allahyarham ASP Ibrahim bin Lebar.




Gambar Mayat Penceroboh Sulu Yang masih belum dialihkan


MAYAT seorang pencerobohan terbaring di atas jambatan di Simunul, Semporna, Sabah hari ini....klik tajuk

BEBERAPA penduduk melihat mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati oleh anggota polis dalam kejadian Sabtu lalu yang masih belum dialihkan di sebuah rumah penduduk, di Simunul, Semporna, Sabah hari ini.
SEORANG penduduk melihat mayat salah seorang penceroboh yang ditumpaskan oleh anggota polis dalam kejadian Sabtu lalu, yang masih lagi dialihkan di dalam sebuah sampan, di Simunul, Semporna, Sabah hari ini.
Mayat-mayat kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di Kampung Simunul di sini Sabtu lalu sehingga kini masih belum dialihkan.
Tinjauan Utusan Online hari ini mendapati beberapa mayat bergelimpangan di kawasan rumah penduduk kampung tersebut dan ada diantaranya dalam keadaan mengerikan.
Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh kumpulan penceroboh di Kampung Srijaya, Simunul. Enam penceroboh turut terkorban.
Laporan langsung insiden pencerobohan berdarah di Sabah dapat diikuti melalu.

 Uruskanlah Mayat Saudara Kita Ini......ingatlah contoh yang telah di tinggalkan oleh SALAHUDDIN AL AYUBBI.
 
AMUKANMELAYU - Dengan rendah hati dan dengan nama Allah dan Rasul, Aki mohon kepada kerajaan Malaysia dan Ketua Kampung dan Imam-Iman di kawasan kejadian, sempurnakanlah mayat-mayat ini. Mereka seugama dengan kita. Maafkanlah mereka. walau pun kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka. Maafkanlah Aki jika posting Aki ini menyakitkan hati sesiapa terutamanya kepada PASUKAN POLIS dan KELUARGA mereka yang masih bersedih dengan kematian orang yang tersayang kerana Aki juga turut bersedih kerana peristiwa yang tidak di duga ini jika tidak dengan ada tangan-tangan di belakang kejadian ini, kerana Aki yakin perkara ini tidak akan terjadi......tapi kuasa Allah tidak siapa dapat menduganya. Maafkan Aki sekali lagi.
 

Pengurusan Mayat Terbahagi Kepada Tiga Aliran

Dalam masyarakat orang Islam di Malaysia, apabila berlakunya sesuatu kematian seorang Islam dalam sebuah kampung ataupun bandar, maka berlakulah  aliran pengurusan mayat yang berbeza-beza mengikut hukum, adat dan kemudahan. Huraiannya adalah seperti berikut di bawah ini:

Aliran Pertama - Pengurusan mayat yang afdal dikendalikan sepenuhnya oleh waris-waris terdekat si mati di atas perkara-perkara berikut: 
  • Laporan si mati kepada pihak yang berkuasa.
  • Mandi, kafan, sembahyang, dan perkebumian si mati.

Aliran Kedua - Pengurusan mayat yang diamanahkan oleh waris-waris terdekat si mati kepada pihak masjid atau surau di atas perkara-perkara berikut:
  • Laporan si mati kepada pihak yang berkuasa - oleh waris atau pihak masjid.
  • Peruntukan kewangan di perolehi daripada waris terdekat si mati oleh pihak masjid.
  • Mandi, kafan, sembahyang, dan perkebumian si mati - urusan pihak masjid.

Aliran Ketiga - Pengurusan mayat diamanahkan oleh waris-waris terdekat si mati kepada "Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Islam" daerah masing-masing di atas empat perkara seperti berikut:
  • Mandi mayat.
  • Kafan mayat.
  • Sembahyang mayat.
  • Perkebumian mayat.

AMUKANMELAYU - bersabarlah dengan dugaan Allah ini.