Saturday, 23 March 2013

SEMUA YANG BERSANGKUTAN DENGAN ISLAMELAYU IA NYA PERLU DI HINA



ALLAH dihina

Nabi Muhammad SAW dihina

Islam dihina

Al-Quran dihina

Raja dihina

Melayu dihina

Negara dihina

Perlembagaan dihina

Undang-Undang dihina

Lagu Negaraku dihina

Bendera Jalur Gemilang dihina

PDRM dihina

ATM dihina

Masjid dihina

APA lagi yang dihina? Percayalah akan ada lagi yang dihina. Kenapa mereka begitu berani menghina? Jawapannya ialah kerana tiada tindakan dan hukuman serius pernah dikenakan.

Setiap kali berlaku penghinaan berbagai-bagai bantahan dibuat. Pelbagai amaran diberi. Bermacam-macam bentuk kemarahan ditunjukkan.

Beratus-ratus laporan polis dibuat di seluruh negara. Tetapi apa kesudahannya? Pernahkah kita dengar hukuman berat dijatuhkan kepada penghina? Yang selalu kita dengar hanya amaran demi amaran sahaja diberi. Bantahan menuntut penghina menarik balik kata-kata dan memohon maaf sahaja. Apakah cukup dengan amaran dan bantahan begitu akan membuat penghina merasa bersalah dan insaf?

Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) telah dihapuskan. Apakah akta baharu yang menggantikan ISA dapat membendung perlakuan ini? Hakikatnya sehingga kini pelbagai penghinaan masih lagi berlaku. Apakah saman malu atau hasutan boleh dikenakan kepada penghina?

Apakah Akta Hasutan yang ada dilihat gagal untuk mengenakan tindakan dan hukuman yang berkesan kepada pesalah?

Mungkin bentuk penghinaan yang dibuat tidak ada atau bertepatan dalam Akta Hasutan untuk diambil tindakan. Jika benar begitu maka satu undang-undang atau akta baru perlu digubal. Oleh itu kerajaan perlu menggubal satu akta yang boleh dinamakan Akta Hinaan yang khusus untuk pelbagai bentuk hinaan yang dibuat. Di bawah akta ini tiada lagi halangan untuk diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman.

Akta ini perlu mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah penghina supaya menjadi pengajaran kepada semua orang agar tidak sesuka hati menghina sesiapa atau apa sahaja yang boleh menyentuh sensitiviti rakyat. Jika terbukti kesalahan telah dilakukan tindakan dan hukuman perlu dilaksanakan segera.

Jangan tangguh sehingga bertahun-tahun menyebabkan masyarakat tidak takut dan tidak menghormati undang-undang dan memandang rendah kepada penguatkuasa undang-undang.

Penghinaan yang dibuat jika tidak dibendung boleh menyemarakkan kemarahan yang tidak dapat dikawal. Jangan terkejut jika rusuhan juga boleh berlaku. Sampai bila orang dapat bersabar. Kata orang kesabaran ada hadnya. Sampai bila kesabaran ini dapat bertahan? Apakah setelah rusuhan dan kemusnahan berlaku baru tindakan akan diambil? Kepada siapa tindakan akan diambil? Kepada perusuh atau kepada penghina yang menyebabkan rusuhan berlaku.

Oleh itu sebelum api kemarahan membara dan membakar maka punca api itu hendaklah dipadam semasa ia masih lagi kecil.

Percayalah selagi tidak ada satu undang-undang dan hukuman dikenakan kepada penghina yang hina, percayalah segala bentuk penghinaan akan berulang lagi di masa depan. Malah penghinaan yang lebih dahsyat lagi akan dibuat.

KITA JUGA AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA BILA KITA MENGHALALKAN KERJA-SAMA ISLAM KAFIR

Derita mangsa rogol askar Serb
Wanita yang menjadi mangsa kerakusan askar Serb mengalami tekanan mental kerana turut diseksa dengan kejam.
Derita mangsa rogol askar Serb
Ribuan bayi hasil tindakan kejam askar Serb dilahirkan dalam tahun 1990-an.
Derita mangsa rogol askar Serb
Kumpulan hak asasi kemanusiaan menggesa kerajaan memberi keadilan kepada mangsa-mangsa rogol rejim Serb.
 
Fika, 15, dan kakaknya berumur 17 sewaktu ditangkap dan dirogol bergilir-gilir oleh sepasukan askar Serb yang menawan wilayah timur Bosnia di awal tahun 1990-an lalu.

"Selepas saya di rogol, mereka (askar Serb) merogol kakak. Mereka turut memaksa saya menonton perbuatan kejam terhadap kakak.

"Mereka juga memaksa kami mengaku sebagai pengintip, jadi kami dipukul dan dicabut gigi.

"Kakak meninggal dunia selepas beberapa hari diseksa," kata Fika yang kini berumur 34 tahun dan telah berumah tangga.

Walaupun peristiwa hitam itu berlalu lebih 20 tahun, Fika dan ribuan wanita Islam Bosnia yang pernah menjadi mangsa kerakusan rejim Serb, terus menagih pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan yang sehingga ke hari ini takut untuk menuntut pampasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan kumpulan hak asasi kemanusiaan mula kehilangan sabar, sekali gus mengeluarkan amaran bahawa jumlah penghidap masalah psikologi akibat kekejaman itu terus meningkat dan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari.

"Sebenarnya mangsa-mangsa rogol rejim Serb ini tertekan dalam diam dan mereka sudah tidak boleh mengawal perasaan lagi," menurut laporan Majlis Pengampunan Antarabangsa.

Setakat ini, kurang daripada 40 kes rogol mendapat pengadilan dalam 17 tahun lalu sejak perang Bosnia-Herzegovina ditamatkan.

Pihak perundangan peringkat negeri pula bertindak melambatkan hak pampasan dan pemulihan mangsa-mangsa rogol perang yang sehingga ke hari ini belum terjawab sekali gus menjadi mainan politik.

Bosnia-Herzegovina didiami tiga utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Kira-kira 100,000 penduduknya terbunuh dan majoritinya adalah Islam.

'Hati saya hancur'

Sesudah perang, Republik Persekutuan Yugoslavia juga sebuah negara yang dibubarkan dan terbahagi kepada dua iaitu Republik Serb dan Persekutuan Bosnia-Herzegovina didiami masyarakat Islam dan Croatia.

Sementara itu, beberapa sumber melaporkan jumlah wanita dirogol rejim Serb meningkat kepada 35,000 orang dan kebanyakannya adalah wanita Islam.

Fika enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang dengan stigma masyarakat sekeliling yang masih memandang rendah kepada mangsa rogol perang Bosnia.

Beliau dan kakaknya ditangkap askar Serb sewaktu operasi penghapusan etnik Islam di timur Bosnia.

"Kami dibawa ke kem tahanan pelarian Serb dalam bandar Vlasenica," katanya dengan menambah sudah tidak dapat mengira berapa kali dirogol oleh askar rejim.

Beberapa bulan kemudian, Fika dibebaskan dan beliau menuju ke utara bandar Tuzla yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah Persekutuan.

"Selepas itu, saya terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibu dan adik selepas ayah terbunuh dalam peperangan," katanya.

Kini, Fika yang juga seorang ibu belum berani untuk menceritakan kisah silamnya kepada anak-anaknya dan masih percaya lelaki yang merogolnya masih hidup.

"Mereka telah menghancurkan diri dan hati saya. Sehingga ke hari ini peristiwa itu tidak padam dan sentiasa ada dalam ingatan saya," katanya.

Lebih tragis lagi, perkahwinannya hancur sebaik sahaja menceritakan detik dirogol kepada suaminya.

Tiga tahun lalu, Fika diberi kekuatan untuk membuat laporan mengenai kisah silamnya kepada pihak berkuasa selepas mendapati dua daripada suspek yang merogolnya masih menduduki bandar Vlasenica.

Namun sehingga ke hari ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.

Fika turut disahkan mengalami tekanan post-trauma dan diberikan 250 euro (RM101) setiap bulan daripada Pertubuhan Islam-Croatia disebabkan penyakitnya itu.

Menurut Fika, ramai lagi wanita senasibnya yang tinggal di Republik Serb tidak diberikan pengadilan.

"Mengikut undang-undang, mangsa wajib membuktikan kerosakan sekurang-kurangnya 60 peratus pada badan mereka dan tidak membabitkan trauma psikologi," kata Fika.

Sekurang-kurangnya tiga tuntutan berasingan telah dibuat dalam tahun kebelakangan ini yang menggesa memasukkan hak-hak mangsa rogol perang dalam akta negeri namun tidak berhasil kerana ia masih disekat pihak Republik Serb.

Britain ambil langkah

Nasib malang yang menimpa ribuan wanita Islam Bosnia memberi ilham kepada Britain untuk mengetengahkan isu meningkatkan tahap kesedaran terhadap keganasan seksual peperangan dalam perhimpunan G8  melibatkan negara-negara perindustrian pada tahun depan.

Di bawah Inisiatif Mengelak Keganasan Seksual, kerajaan Britain merancang untuk menghantar pegawai-pegawai polis, peguam, ahli-ahli psikologi dan pakar forensik ke Bosnia serta negara-negara konflik lain untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengenai isu terbabit.

"Setakat ini, kita hanya akan mengutamakan Bosnia Herzegovina. Kami yakin akan diberi peluang yang besar dalam menangani isu itu dan proses keamanan tidak akan berjaya jika tiada resolusi," kata jurucakap program berkenaan, Ann Hannah.

Beliau berkata, pasukannya perlu tiba di Bosnia seawal yang mungkin pada 2013 depan. - Reuters

BANGGA Kerana Membunuh Lebih 1000 Orang Islam Bosnia Pada 1995



Seorang saksi yang juga pembantu dalam pembunuhan Muslim Bosnia dipanggil oleh pendakwa dalam pengadilan pemimpin perang Serbia-Bosnia Radovan Karadzic, di depan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk bekas negara Yugoslavia. Pada sidang Selasa lalu, saksi berkenaan yang dipanggil itu menjelaskan secara terperinci bagaimana dirinya membantu pembunuhan lebih dari 1,000 Muslim di bandar timur Srebrenica pada Julai 1995.
Saksi itu Drazen Erdemovic, asal Croatia yang ikut dalam perang Serbia Bosnia selama tahun 1992-1995 mengatakan, ia dan tujuh tentera Serbia membunuh antara 1,000 dan 1,200 Muslim di sebuah ladang di desa Pilica pada pertengahan Julai 1995.

Erdemovic mengatakan, kumpulanya dipimpin ke lokasi pelaksanaan oleh seorang leftenan dari Serbia yang "tinggi dan gemuk". Namun Erdemovic tidak ingat namanya itu dan mengatakan bahawa semua lelaki Muslim Srebrenica yang ditawan dibawa dengan bas ke desa Pilica untuk dibunuh.


Saksi dan pelaku ini mengatakan, para tawanan menggunakan pakaian awam, beberapa dari mereka dengan mata tertutup kain dan tangan terikat. Mereka dibawa dalam kumpulan-kumpulan yang mengandungi sepuluh orang, dan dijalankan oleh Erdemovic dan anak buahnya.


Dalam 15 hingga 20 bus yang membawa tawanan warga Bosnia Muslim tiba di desa Pilice dan dilaksanakan pembunuhan pada sekitar pukul 10 pagi hingga pukul 4 petang.


Dalam sidang media, Erdemovic mengatakan ia dan pertanda yang lain membuat identiti palsu untuk menyembunyikan identiti mereka. Tapi ia ditangkap di Serbia pada tahun 1996, setelah ia menceritakan pembunuhan itu kepada seorang wartawan Amerika yang dibawa ke mahkamah Den Haag.


Erdemovic mengaku bersalah dan dalam perjanjian dengan pendakwa, ia dijatuhi hukuman hanya lima tahun penjara. Namun ia hanya menjalani empat tahun saja di penjara Norway.


Sementara itu Radovan Karadzic sendiri didakwa dengan sebelas tuduhan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh anak buah dibawah komandonya. Dakwaan itu fokus pada pembunuhan lebih daripada 7,000 Muslim Srebrenica dan pengepungan selama 44 bulan dan pengeboman ibukota Sarajevo.


Karadzic yang berkeras tidak bersalah ditangkap di Belgrade pada tahun 2008 dan membantah seluruh tuduhan. Alasan Karadzic adalah sangat mustahil dirinya membunuh begitu banyak orang dalam masa yang singkat. 
AMUKANMELAYU - Tragedi LAHAD DATU gagal untuk menyedarkan bahayanya bila kita mengimpot pemikiran luar di bawa masuk kedalam masyarakat MALAYSIA......dan yang menjadi mangsanya nanti adalah ISLAMELAYU.........