Friday, 15 March 2013

USTAZ NASA AKAN KEMBALIKAN PAS KE LANDASAN ASAL


“Biar Tak Jadi Kerajaan, Asalkan PAS Kembali Tulen Macam Dulu…”


pas
Sebetulnya saya baru pulang dari Kuala Lumpur atas urusan kerja di sana. Selalunya jika ke Kuala Lumpur, saya akan bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan di sana untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu politik semasa.
Tapi lain pula kali ini bila saya diajak bertemu dengan orang-orang kuat PAS di peringkat nasional. Saya agak teruja kerana ingin mengetahui tentang perkara yang bakal kami bualkan nanti. Bukan apa, beriya-iya benar mereka nak jumpa…
Mengenangkan perasaan ingin tahu dan tidak mahu menghampakan sahabat-sahabat, saya terpaksa mengalihkan jadual bertemu rakan separti demi memenuhi hajat rakan-rakan dari PAS itu.
Mereka meminta saya merahsiakan pertemuan kami demi keselamatan mereka. Jadi tak perlulah saya ceritakan di mana kami bertemu, bersembang dan berseloroh. Cukuplah saya simpulkan isi kandungan pertemuan itu saja..kan?
Boleh dikatakan lebih dua jam kami bertemu dan saya dihidangkan bergelas-gelas teh tarik sepanjang pertemuan itu. Nak tahu apa yang kami bualkan?
Rupa-rupanya, rakan-rakan saya yang selama ini menjadi tulang belakang pada PAS itu mahu meluahkan perasaan kecewa, marah dan bengang mereka pada Anwar dan PKR. Marah sungguh mereka malam itu. Merah muka! Nasib baik tak terbalik meja…
Pada mereka, Anwar langsung tidak layak untuk jadi PM. Mereka tak mahu Anwar jadi PM jika Pakatan Haram menang. Terlalu banyak dosa dan rahsia gelap yang ada pada Anwar sehingga menyebabkan mereka tak tahan lagi disindir rakyat kerana Ketua Pembangkang itu.
Bukan saja teman-teman sepejabat mereka yang menyindir, malah isteri, keluarga terdekat, saudara mara dan sahabat handai mereka selalu memerli mereka dengan kata-kata sinis yang membuat telinga mereka bertukar menjadi warna merah padam!
Apa yang mereka mahu ialah Hadi Awang dinobatkan untuk menjadi PM jika Pakatan Haram menang. Yang menjadi batu penghalang pada kemahuan mereka ialah DAP yang sebelum ini bersetuju untuk Anwar menjadi PM jika Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya.
Menurut mereka, gerakan besar-besaran sedang dijalankan di dalam PAS di mana golongan akar umbi parti itu disaran untuk tidak memberikan undi pada calon-calon PKR di seluruh negara pada PRU ke-13 nanti.
Mereka berpendapat, kurangnya kerusi yang dimenangi PKR akan menyebabkan parti Anwar itu tidak menjadi parti majoriti di dalam kerajaan Pakatan Haram nanti dan mereka ada alasan untuk menafikan Anwar untuk menjadi PM.
Paling melucukan, salah seorang dari mereka memberitahu bahawa akar umbi di Permatang Pauh sedang giat menjalankan gerakan rahsia itu dan memujuk agar puak-puak PAS di Parlimen itu tidak memberikan undi pada Anwar jika dia dicalonkan di situ lagi.
“Biar dia kalah terus! Padan muka dia! Dah tentu dia tak boleh jadi PM kalau dia kalah. Ayah Chik (Hadi) boleh jadi PM..!” katanya bersemangat.
Apapun, gerakan itu terpaksa dirahsiakan dari para pemimpin PAS yang dikenal pasti sebagai pro-Anwar, telah “dibeli” Anwar dan golongan Anwarinas. Katanya, ia adalah untuk memastikan Pakatan Haram menang pada PRU ke-13 kali ini.
Pun begitu, saya masih lagi belum boleh percaya pada isi kandungan yang kami bualkan malam itu kerana rakan-rakan saya itu tahu dan kenal saya sebagai seorang UMNO tegar yang benar-benar tulen dengan perjuangan alif, ba, ta.
Manalah tahu kalau mereka sengaja buat-buat cerita untuk mempengaruhi saya. Bukannya boleh percaya sangat dengan “lebai-lebai PAS” ni, kan?
Namun bila saya “counter” balik dengan rakan-rakan PAS di Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Pahang, mereka mengesahkan kebenaran isi perbualan tersebut.
“Biarlah kami tak menang. Tak jadi kerajaan pun takpa asalkan PAS kembali jadi tulen macam dulu” kata seorang rakan PAS saya dari DUN Sungai Limau (DUN Azizan Razak). Begitulah ceritanya. Apa pandangan anda pula?

AMUKANMELAYU - yang di kejar tak dapat dan yang di dalam kendungan berciciran........