Saturday, 13 April 2013

AKHLAK PEMIMPIN - DUA YB KONGSI SATU CIKARO?


MACAMANA MAHFUZ YAKIN VIDEO DIA PUN ADA SAMA?


Hahaha!!! Mengarut sakan dah puak - puak Parti Angguk Saja ni. Tuan punya badan pun tak banyak bunyik, orang lain pulak yang jadi tukang jawab.

Semuanya dah panas punggung belaka beb. Dah tak boleh nak duduk diam dah. Terpaksa jugak la 'cover line' untuk member - member. 

Tapi, dalam ramai - ramai tu, Si Mahfuz Bean ni boleh jadi tukang jawab. Huk aloh!!! Dah tak de orang yang lebih bernas ke nak dijadikan tukang jawab ni?

Kata Mahfuz, video seumpama itu mampu dilakukan kepada sesiapa sahaja. Malah, tak mustahil kalau orang lain pun akan turut menjadi mangsa.
SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menolak penglibatan Datuk Mustafa Ali dengan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS itu bersama seorang wanita yang tidak dikenali, sedang melakukan hubungan seks.



Sebaliknya Mahfuz seperti yang dijangka menuding jari kepada Umno Barisan Nasional (BN) dan menganggap pendedahan itu sebagai fitnah kepada PAS.

"Iya, ini dibelakangnya adalah Umno Barisan Nasional. Tak ada (Mustafa Ali), ini semua cerita rekaan. Orang boleh buat macam-macam orang boleh buat sekarang ni.
"(Macam mana) Umno BN boleh buat kepada Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), begitu juga dia boleh buat kepada semua orang," kata Mahfuz ketika dihubungi Antarapos.
Wah!!! Macam dia ada video yang sama je. Kalau tidak, kenapa pulak dia cakap macam tu? Ada lagi ke video lain yang akan disebarkan oleh PKR?

Yang herannya, kenapa Si Bang Mat tu tak nak pulak bersuara? Kalau dilihat dari satu sudut, Bang Mat pernah jugak dihadapkan dengan tuduhan yang hampir serupa.

Yang berbezanya, Bang Mat tak de video. Cuma yang ada pengakuan terbuka oleh bekas suami kepada isterinya sekarang dan rakaman suara 'panas' je.
Jadi, dalam hal ni, Bang Mat perlu jugak tampil ke hadapan dan cuba meleraikan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni. Maklum la. Kes Bang Mat kita semua pun tau siapa dalangnya. Dan kali ni, tak pelik kalau 'orang tu' jugak yang punya angkara!!


  2 YB KONGSI SATU "CIKARO"


Setelah tersebarnya video seks babitkan pemimpin PAS, Tukang Screw menyelongkar kembali diari tahun lepas mengenai beberapa maklumat yang disampaikan oleh 'networking' Tukang Screw. 
Sebelum itu, Tukang Screw ingin peringatkan bahawa skandal seks yang berlingkar dalam politik hari ini sudah menjadi senjata ampuh orang politik. Stigma ini ada kebenaran kerana mula-mula tercetusnya ugutan seksual sebegini sudah berlaku kira-kira 15 tahun dulu.
Masih ingat dengan skandal seks DP. Vijendran? Kemudian meletup dengan skandal seks songsang Anwar Ibrahim dikuti dengan Chua Soi Lek. Ini antara rentetan skandal seks orang politik yang pernah mewarnai sejarah politik moden negara.
Berbalik kepada skandal seks orang PAS. 
Tukang Screw ingin sekali peringat bahawa tidak semestinya alim warak hafal Al-Quran mampu mengelakkan diri daripada terjebak dengan 'manifesto syaitan' menafikan kehendak diri. Nafsu syaitan ini adalah perkara yang paling kuat untuk berjihad. 
Serban, tasbih dan kehebatan membaca doa mandi junub bukanlah tiket untuk menonjolkan diri mengaburi mata rakyat akan kemuliaan diri sendiri.
1 Wanita Tapi 2 Orang Pakai

Berita ini sangat mengejutkan Tukang Screw. Apa yang dikhabarkan wanita yang tersiar dalam video itu bukanlah melayan seorang pemimpin PAS tetapi adegan ranjang itu sebenarnya secara bergilir di waktu yang berlainan tetapi lokasi yang sama!
Mudah kata, wanita yang dikhabarkan benama **T* itu melayan 2 orang pemimpin PAS. Seorang yang tertangkap dalam video ini dan seorang lagi bakal bertanding sebagai ahli parlimen di utara tanah air.
Mengikut cerita dari sumber Tukang Screw bakal ahli parlimen itu orangnya amat lantang di peringkat nasional. Kebolehan dan kehebatannya amat memukau penyokong taksub tetapi dalam atmosfera blog bakal ahli parlimen itu selalu diketawakan pemain media baru. 
Siapa orang itu? Tukang Screw akan ceritakan nanti.....