Wednesday, 24 April 2013

BAHAYA POLITIK - ULAMAK KELIRU UNTUK MENGENALI "SIPUT BABI"




MUFTI NEGERI PERLIS
 
PAGOH 24 April - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menurunkan calon tangkap muat sehingga terdapat sebilangannya mengagungkan pejuang revolusi komunis dalam mendukung perjuangan mereka adalah satu perkara besar dan berbahaya yang perlu diberi perhatian serius.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, ini kerana fahaman komunis adalah bertentangan dengan Islam kerana tidak percayakan tuhan dan adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan golongan ini dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
 
DAP - Fahaman KOMUNIS yang bersembunyi di sebalik Demokrasi

"Ada satu pihak bertempik marah berebut kerusi, antara sebab kerana dalam geng dia (pembangkang) ada calon-calon dari kalangan mereka bawa bendera Stalin dan Lenin (Joseph Stalin) dan Vladamir Lenin, pejuang (revolusi komunis di Rusia).
"Terkejut kita bila geng-geng serban bawa calon parti komunis. Takkan kita nak ikut orang yang macam ini. Ini soal akidah, babitkan (ideologi) komunis yang tidak beriman kepada tuhan. Ini benda besar bukan kecil.

"Tiba-tiba mereka yang kononnya memperjuangkan akidah boleh benarkan geng komunis masuk dalam geng mereka," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi.
 
  
SIAPA IDOLA MEREKA APABILA RASULLULLAH DI LETAKKAN SEBARIS DENGAN KARL MARX DAN STALIN? 

Sabtu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat, di Marang, Terengganu mendedahkan sebab Pas bertanding di beberapa kawasan yang turut ditandingi PKR kerana pihaknya tidak boleh menerima calon-calon itu.
Abdul Hadi berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat calon-calon itu yang menjalankan kerja haram dengan menjual pil kuda selain mengagungkan Stalin dan Lenin serta turut memuja Karl Marx, pejuang revolusi komunis dari Jerman.
Untuk itu kata Abdul Hadi, Pas meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi calon-calon PKR itu bertujuan menyelamatkan parti tersebut dan pakatan pembangkang daripada anasir 'syaitan'. - UTUSAN ONLINE


Dalam Markas Ada Gambar Stalin – Hadi Awang


Oleh Zul Rawi
Ramai di kalangan petugas pakatan rakyat yang terkejut apabila beberapa kerusi Parlimen dan DUN menyaksikan pertindihan di antara calon Pas dan PKR. Ini kerana sebelum ini pimpinan pakatan mendakwa hubungan di kalangan parti gabungan sungguh kuat dan berada dalam mood yang baik untuk menumbangkan Umno.

Ekoran itu, ramai yang mula bersuara dan mempertikaikan tidakan tersebut sehingga memaksa Presiden Pas, Hadi Awang tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut. Semalam bertempat di Kampung Tebakang, Alor Limbat Hadi menjelaskan sikap yang bercanggah dengan fahaman parti adalah antara punca berlakunya pertembungan ini.

Jelas calon Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ru Rendang ini, Pas tidak menentang calon ‘kawan-kawan’ pada pilihan raya ini sebaliknya bertindak menurunkan calonnya bertanding di beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan parti dan pakatan pembangkang daripada dicemari dengan anasir ‘syaitan’.

“Pas bertindak untuk memelihara keteguhan, bukan sahaja masa pilihan raya, keteguhan oleh Allah supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam Pakatan Rakyat,” katanya.
Pendirian tersebut dikatakan apabila Pas memutuskan untuk turut bertanding di Dun Kota Damansara walaupun PKR mencalonkan penyandangnya, Dr Mohd Nasir Hashim dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikatakan sebagai punca kepada isu ini.

Sebelum ini keengganan Mohd Nasir yang juga Presiden PSM menggunakan logo PKR pada pilihan raya kali ini turut dikatakan mengecewakan jentera Pas Kawasan Subang.
Ini ditambah dengan tindakan PSM yang seolah-olah tidak mahu menggunakan logo PKR apabila sehingga hari penamaan kelmarin, masih terdapat penyokong membawa bendera PSM malah di sesetengah lokasi di Dun bendera PSM dikibarkan lebih banyak daripada bendera PKR.

Sementara itu dalam kenyataan selepas penamaan calon semalam, penyandang kerusi Dun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim berpendirian bahawa Pas boleh bertanding bagi merebut kerusi itu dan tidak akan menghalangnya. Kerusi Dun Kota Damansara kali ini menyaksikan pertandingan enam penjuru selain BN, Pas dan PKR, dua calon bebas turut mencuba nasib.

Mereka ialah Halimaton Saadiah Bohan (BN), Ridzuan Ismail (Pas), Dr Mohd Nasir Hashim (PKR), Datuk Edros Abdullah (Bebas) dan A Suupiah dan Halmi Omar (Bebas).
Untuk rekod Pas pernah bertanding di Dun Kota Damansara pada pilihan raya 2004 namun calonnya Mohamad Ariff Md Yusof tewas dengan calon BN Datuk Mohd Mokhtar Ahmad Dahlan.
“Nak jadi calon macam mana? Malah ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini,” katanya yang merujuk individu menganut fahaman komunis tetapi beliau tidak mendedahkan orang berkenaan.

“Menjulang parti Lenin dan Stalin (mereka) orang Rusia, (malah) gambar Carl Marx duduk dalam markas.. Karl Marx ni macam Nabi Muhammad dia lah. Dia menganut ideology kominis. Ideologi kominis diharamkan di Malaysia. Dia tempek gambar Karl Marx dalam markas.. macam mana orang PAS nak buat kerja?


AMUKANMELAYU - dah namanya pun KOMUNIS.....yang pi duk bekawan dengan depa pasai apa?......depakan tak pecaya pasa Allah.....Tok Guru takkan tak tau kot!!!!.....dulu kita bagai nak rak memperjuangkan NEGARA ISLAM dengan HUDUD sebagai teras undang-undangnya. Kini setelah bekawan dengan depa, mana Negara Islam?.....itu maknanya kita dak terpengaruh dengan IDEALOGI mereka.....apala Tok Guru ni.....rentikanlah bekawan ngan depa semua tu. Jom JOIN dengan UMNO dan nyahkan MIC dan MCA dari pelukan UMNO.