Friday, 5 April 2013

FIKIR SECARA LOGIK - ADAKAH ANDA FIKIR ANWAR AKAN MENJADI PM YANG "BERSIH"?





KEPIMPINAN

PERJUANGAN - Perjuangan apa?

Anwar pelbagai wajah

Kedah Times petik dari bapak3 within these walls artikel ini. Menarik cuma ianya dalam bahasa Inggeris.
Menariknya, Wan Azizah menganggap Anwar adalah Anugerah Tuhan. Kedah Times bersetuju tetapi anugerah Tuhan untuk Wan Azizah sahaja bukan untuk semua manusia. 
Jadi Anwar hanya layak mungkin .. untuk memimpin Wan Azizah dan keluarganya sahaja. Itupun belum tentu dia dapat memenuhi tanggungjawab itu.
Si badrol san Ustaz jadian pula menganggap Mahdi yang dijanjikan sudah tiba dan ia adalah Anwar. Yang ini Kedah Times tak setuju sangat. Ciri-ciri Imam Mahdi tiada langsung. Cara dia bercakap pun kita sudah boleh agak dan nilai. Kita tengok Anwar bercakap dalam kandang tertuduhpun dah boleh kita nilai samada dia Mahdi atau tidak ...
Imam Mahadi tak berjanji atau berkata perkara-perkara yang pelik dan tidak boleh dilakukan. 
Sifat-sifat Imam Mahadi adalah yang terpuji. Anwar jauh aip dari panggang!
Yang seterusnya yang cuba diterangkan oleh Bapak3 adalah yang dikatakan musuh Islam nombor wahid ... teruskan membaca.

Anwar Ibrahim - Anugerah Tuhan, Mahdi Atau...II

Good grief! Anwar must really be the "Anugerah Tuhan" his wife harped about, or at least the "Mahdi" Badrul Amin tooted about. 

Anwar has so far put himself in the news by relating himself in alliance with some groups of people the Quran has mentioned before. Glory be to him, then, but are these the people whom we expect to bring Islam to power as prophesied by the Qur'an and Hadith during the end of times? Let's see who they are:

1. There was a time when a tribe of people wandered the earth from a place up in the north. Powerful, barbaric and cruel where their trophies are made up of human heads with the skull removed, and they drink their enemies' blood in victory celebrations. They brought destruction wherever they go, causing much grief to any village, town or civilization on earth at the time. By divine decree, these people destroyed the Kingdom of Jerusalem and the Israelites were doomed to be stateless:

"There is a ban on a town (i.e. Jerusalem) which we destroyed (and whose people were expelled) that they (the people) can never return (to reclaim that town as their own) until Gog and Magog are released and they spread out in all directions (thus taking control of the world while establishing the Gog and Magog world-order).”
(Qur’ān, al-Anbiyāh’, 21:95-6)

Then came a just King, the "One With Two Horns," who traveled much of the known world, and when he arrived at a pass between two mountain barriers, theorized as the Caucasus range. The people there pleaded for his help, which he did when built a dam-like barrier which prohibits the barbarians from ever climbing over or tunneling under it for a time until the promised day by God when the barrier shall crumble to pieces.

What happened to the barrier can be seen below:

“Narrated Zainab bint Jahsh: One day Allah’s Apostle entered upon her in a state of fear and said: None has the right to be worshipped but Allah!
Woe to the Arabs from the Great evil that has approached (them). Today a hole has been opened in the barrier of Gog and Magog like this. 

The Prophet made a circle with his index finger and thumb. 

Zainab bint Jahsh added: I asked: O Allah’s Apostle! Shall we be destroyed though there will be righteous people among us? 

The Prophet said: Yes (it will come to pass) when wickedness increases (i.e. scum, evil, disgusting conduct, sexual perversity, etc., overtakes the world).” (This indicates not only political, economic and military oppression of Arabs but also, they would be demonized in every conceivable obscene and malicious way.)
(Sahīh Bukhāri)

The barrier's gone, those people have descended from their high places, converted to Judaism along the way, and inter-bred with Europeans and certain parts of Asia. The battle against Islam via mind games began. It was not long when the Europeans came to power, establishing Pax Britannica, followed by the current Pax America. Looks like anwar ibrahim made an early pledge for the coming Pax Judaica, by when the world will be ruled from Jerusalem by these people's actual leader: the one-eyed liar.

These people are not Israelites, or Semitics. They never came from the lineage of Sem bin Noh but from another line. On their march to Jerusalem, they collected the Israelites and returned them to Jerusalem, especially after World War 2.

“There is a ban on a town (i.e. Jerusalem) which we destroyed (and whose people were expelled) that they (the people) can never return (to reclaim that town as their own) until Gog and Magog are released and they spread out in all directions (thus taking control of the world while establishing the Gog and Magog world-order).”
(Qur’ān, al-Anbiyāh’, 21:95-6)

Has there ever been a Semitic Prime Minister of Israel? Don't be surprised, most of them are jews from somewhere near the Caucasus region. These are the group of people who shall unleash their fury once their leader, the one-eyed liar, is killed by Isa bin Mariam, who God described as cannot be destroyed except by God. They are now in power, and anwar's not wasting any time tapping from them.

2) This next group...what can be said about them that we do not know from the Qur'an and Hadith? They comprise about 21% of the population of Israel, which is ironic as the state uses their name. Despite being a prominent race chosen by God, with prophets after prophets being chosen from them, they became a wily, whiny, hard-headed, forever misleading and selfish. I guess they must've started the trend that religion follows them for their benefit, instead of the other way around. There have been prophets murdered by them for trying to change their ways. The last attempt was on Jesus son of Mary for trying to rid usury and money-lending activities and for announcing that the final prophet will be an Ishmaelite (Arab).

It is prophesied that the Mahdi will discover the Ark of Covenant somewhere at the banks of the River Tiberius, and once opened, it will reveals secrets that will lead to the conversion of Jews and Israelites to Islam. Will anwar find it...or will he simply plunge his bent sword into somebody's river back?

3) His choice of people to woo couldn't have been worse than his first two. History dictates these people first appeared in towns by the Dead Sea, or where the Dead Sea is today. There once stood Sadum and Amura (Sodom and Gomorrah). Despite having their own kings, the country cities were ruled by the Elamite King s.

Were they nice people? Well, there are historical documents stating that messengers sent from respective trading countries were found raped and killed. They were inhospitable, with an ardent taste for thievery, and homosexuality was rampant, the people were obsessed with orgies. How bad? They even want to make a move on the Angels who came to visit the Prophet Lot when they saw very beautiful people there. 

For their transgression against God, and their abominable sin of homosexuality, the punishment upon them was divine and severe: both cities and others similar to it, were rained brimstone hard as baked clay, layer upon layer, putting a horrific but just end to the people who had chosen life against the natural order set by God.

It is strange but anwar really wants them by his side...actually, does that surprise anybody in the first place?

Seriously, are these three groups combined be the "horsemen of apocalypse?" If they are, then their leader has not shown his face yet. We do know that these peoples will show up again in force during the end of days, and at this time, they are rampant enough.

Anwar's sudden disregard towards the sentiments of Muslims in Malaysia brings a new question: Is he trying to be President of Malaysia without having to win any election? Will he be "carried" to his throne by people who are considered to be "The World's Kingmakers?"

With all the data about who anwar's chosen "army" is, what do you think? Is anwar "Anugerah Tuhan," The Mahdi, or...

I wonder.



UGAMA

Anwar Ibrahim & Pluralisme

Mohd Nakhaie Ahmad,
 Anwar Ibrahim nampaknya mempunyai iltizam yang mantap dalam memenuhi impian dan cita-cita Barat seperti yang dinyatakan di atas. Iltizam itu dinyatakan dalam ucapannya di London School of Economics dengan berkata :

Today, freedom of religion without which there can be no religious pluralism, is an entrenched constitutional liberty in the established democracies. As such, favoring one religion over another or granting it a position at the expense of others may be considered as being against the spirit of religious pluralism. Yet this still happens even in certain established democracies in Europe while in the Middle East and in Southeast Asia this ambivalence has been virtually taken for granted until recently.(6)

Bahkan beliau turut beriltizam dengan kaedah mengembangkan pluralisme agama itu melalui wacana yang melibatkan persoalan utama kebebasan beragama dengan mengaitkan kebebasan itu dengan dhamir (conscience). Beliau mempertanyakan dua soalan penting sama ada kepelbagaian agama yang sebenarnya menjadikan dunia lebih berpecah atau menafikan kebebasan agama yang menyebabkan perpecahan itu.

Beliau seterusnya memberikan fatwa untuk pluralisme agama berkembang dengan pesan supaya jangan diucapkan kepada orang yang berlainan keyakinan bahawa:
Kami percaya kepada Tuhan dan kami percaya adalah di pihak yang benar. Kamu percaya kepada Tuhan kamu, tetapi kepercayaan kamu adalah salah.(7)
Dalam ucapannya itu, Anwar Ibrahim mengisyaratkan pendiriannya tidak bersetuju dengan peruntukan dalam perlembagaan bahawa Islam sebagai agama negara. Ini ialah kerana peruntukan itu mengutamakan Islam ke atas agama lain yang beliau anggap tidak wajar kerana bertentangan dengan semangat pluralisme agama.

Pendiriannya itu turut mengisyaratkan bahawa yang beliau inginkan ialah negara yang melayani agama sama rata dan rakyat juga mempercayai semua agama adalah serupa sahaja. Pastinya, pegangan seumpama itu hanya akan berakhir dengan ketiadaan iltizam semua penganut agama kepada sesuatu agama.

Bolehkah kenyataan di atas dapat diterima sebagai benar dengan disandarkan secara sewenangnya kepada keterangan al-Quran sebagai hujah? Memang benar al-Quran memberikan penegasan yang sangat jelas bahawa tiada paksaan di dalam agama dan dalam hal ini kaitan dengan kebebasan dhamir itu sendiri tidak terasing daripada tanggungjawab memilih yang benar, setelah dijelaskan dengan nyata perbezaan agama yang menjadi petunjuk dengan agama yang membawa kesesatan.
Al Quran juga dengan jelas memberi peringatan bahawa sesiapa yang menolak kekufuran dan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran daripadaNya ia berpegang kepada tali yang teguh. Al Quran bukan sekadar menyebut realiti kepelbagaian agama, tetapi juga membezakan antara agama yang benar dan agama yang palsu (8).

Agama-agama itu bukan semuanya daripada Allah. Hanya agama yang benar yang dibawa oleh para RasulNya sahaja agama daripada Allah. Yang lainnya adalah agama palsu ciptaan Taghut. Adakah agama ciptaan Taghut ini dapat membawa manusia mencapai kebenaran lebih tinggi (higher truth).
Bagi Anwar semua agama tanpa membezakan yang benar dan palsu semuanya terpusat atas kebenaran yang satu (singular truth) dengan berhujah bahawa dari Allah swt kita datang dan daripada Allah swt kita kembali. Bagi kita tidak mungkin yang benar dan yang palsu itu sama-sama bersumberkan kebenaran, apa pun jua tahap kebenaran tersebut. Memang benar bahawa Allah swt Maha Benar dan yang baik dan buruk adalah ketentuanNya belaka, tetapi penentuanNya itu adalah bersistem yang menentukan perbezaan antara jalur yang membawa kebenaran dan kebaikan dengan jalur yang membawa kepalsuan dan kejahatan.

Dengan kata lain, walaupun perjalanan hidup dan destinasi kita semuanya ditentukan oleh Allah swt, tetapi bukan bersifat jabariyyah atau juga dalam bentuk jabariyyah moden yang diketengahkan oleh Stephen Hawking dan disebut sebagai scientific determinism. Manusia bukan debu berterbangan di udara yang ditiup takdir ke mana sahaja. Tetapi ia memiliki will yang menentukan destinasinya sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran bahawa:

Yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(8)
Tidak dapat dinafikan bahawa di antara pelbagai agama di dunia ini, terdapat beberapa persamaan kebetulan mengenai kebaikan dan kebenaran. Tetapi persamaan itu tidak lebih daripada hanya pertemuan di persimpangan jalan-jalan yang berbeza. Bahkan terdapat banyak persamaan hasil daripada kesatuan agama yang asal dibawa oleh Rasul-rasul saw.

Tetapi, apabila ajaran Rasul saw itu diselewengkan sehingga didominasi kesyirikan dan penyembahan berhala-berhala ciptaan manusia, perkembangannya berubah haluan apabila yang satu berasaskan Tawhid dan yang lain berasaskan syirik. Haluan yang berbeza ini tidak mungkin dan tiada asasnya untuk dikatakan bahawa semua agama adalah sama belaka.

Penegasan tentang perbezaan itu tidak bermakna bahawa hubungan antara agama itu tidak dapat lagi diurus untuk saling memahami dan saling menghormati.. Perbezaan itu tidak menafikan kewajipan memelihara hak masing-masing untuk menjaga keamanan dan keharmonian dalam hubungan antara agama.

Tetapi, di dalam sebuah negara Islam, para ulama membuat kesimpulan daripada keterangan al-Quran bahawa di sana terdapat hak-hak fitrah dan kemanusiaan dan hak-hak kemasyarakatan sebagaimana di sana terdapat hak-hak sivil dan politik. Hak-hak itu mestilah ditangani secara semestinya dalam pengurusan kepelbagaian agama di kalangan manusia.
Mana-mana juga negara Islam yang mempunyai struktur sosial terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya bertanggungjawab memelihara hak-hak fitrah dan kemanusiaan rakyatnya tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan budaya.

Hak-hak mendapat keperluan asas, kebebasan beragama, kebebasan menuntut ilmu dan mencari kebenaran, kebebasan mengembang dan memperkasa potensi diri dan sebagainyaa mesti sentiasa dipelihara.

Begitu juga dengan hak-hak sosial seperti menjadi jiran yang baik, menghormati antara satu dengan yang lain, memelihara sensitiviti antara agama dan kaum, hubungan harmoni antara kaum, tidak mengeluarkan kata-kata dan kenyataan yang menyinggung antara penganut agama dan sebagainya. semuanya mestilah sentiasa berada dalam keadaan terpelihara. Bagaimanapun, pemeliharaan hak-hak ini di dalam negara Islam mestilah diikuti dengan tanggungjawab terhadap negara itu.
Menangani hak-hak sivil dan politik berhadapan dengan persoalan lebih kompleks. Hak berpolitik, hak mengundi, hak bersuara dan sebagainya perlu ditangani secara lebih terperinci dan mengambil kira status dan kedudukan golongan-golongan yang berbeza agama itu sendiri.

Dalam hal ini, faktor sejarah tidak harus dilupakan supaya pengurusan telus dan tidak mencarik keadilan. Kepentingan golongan yang berhak tidak dinafikan. Jika kita menoleh kepada sejarah awal perkembangan Islam dan pembentukan negara dalam sebuah masyarakat majmuk di Madinah, isu ini ditangani dengan pembentukan piagam yang dipersetujui bersama. Piagam ini merupakan kontrak sosial antara penduduk berbagai agama dan keturunan bagi membentuk sebuah negara bersama yang dijelaskan hak dan kewajipan setiap golongan terhadap negara itu.

Sudah tentu hak-hak kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti diambil kira dalam merangka piagam itu. Tidaklah suatu yang ganjil dalam pengurusan kepelbagaian bahawa kepentingan majoriti perlu diutamakan tanpa mengabaikan keadilan ke atas golongan minoriti dan kewajipan memelihara hak-hak mereka.

Ternyata, di dalam menangani hak-hak sivil dan politik ini sejak dari awal lagi Islam memperlihatkan contoh kebijaksanaannya. Kebijaksanaan yang tidak ada dalam semangat pluralisme agama seperti yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim yang memperlihatkan cara simplistik dalam menangani isu yang kompleks.

Baginya, dalam apa keadaan sekali pun ‘sikap memihak’ tidak boleh diamalkan dalam mengurus kepelbagaian agama. Ia beranggapan, ‘sikap memihak’ itu sesuatu yang merugikan. Tetapi keuntungan apakah yang akan diperoleh jika pengurusan secara simplistik dilaksanakan. Walaupun dengan golongan majoriti merelakan kepelbagaian agama diurus secara simplistik itu sebagaimana yang berlaku di Indonesia. Maka timbul di kalangan sebahagian daripada golongan majoriti itu perasaan tidak berpuashati dan tertekan, yang menyebabkan berlaku tindakan ganas dan perlakuan ekstrim yang menggugat keamanan dan keharmonian.

Di Malaysia, pengurusan kepelbagaian agama-agama dilaksanakan menerusi kontrak sosial yang kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan Perlembagaan Negara. Kandungan perlembagaan itu digubal dengan mengambil kira faktor sejarah dan kepentingan hak majoriti di dalam negara yang dibentuk itu. Peruntukan Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa, Islam agama negara dan agama-agama lain bebas diamalkan di dalam Persekutuan secara aman, adalah adil.
Ia memenuhi tuntutan memelihara kepentingan majoriti dan di waktu yang sama tidak melakukan kezaliman kepada golongan minoriti. Mereka bebas mengamalkan agama masing-masing dengan aman. Tetapi, di manakah kebijaksanannya jika semua agama dilihat serupa sahaja tanpa melayani kepelbagaiannya dan tanpa mempedulikan kepentingan meletakkan warna pada tempatnya yang sesuai dalam suatu lukisan pengurusan kepelbagaian yang harmoni?

Walaupun penggubal perlembagaan itu tidak mengetahui sejauh mana dan di mana titik perbezaan antara pelbagai agama yang diamalkan oleh rakyat Malaysia, tetapi mereka mengakui hakikat kepelbagaian agama itu dan memikirkan tentang pengurusan yang sesuai. Dalam hal ini, pendekatan yang eksklusif atau inklusif tidak lagi relevan. Kerana yang diperlukan ialah pengurusan kepelbagaian yang saksama untuk mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Memang diakui bahawa dalam perbezaan agama-agama itu terdapat juga persamaan dan sememangnya ada persatuan dalam kepelbagaian, seperti yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim. Tetapi apakah perkara yang menyatukan itu atau di noktah manakah terdapat persamaan dalam agama-agama itu?

Adakah persamaan itu pada perkara fundamental yang menghasilkan tenaga penyatuan yang kuat atau persamaan itu hanya pada perkara-perkara cabang yang berlaku secara kebetulan belaka?
Kita tidak seharusnya membuat kesimpulan yang simplistik dengan menyatakan bahawa pluralisme agama menjadi tenaga penyatuan tanpa menilai dengan wajar tentang titik persamaan yang ada antara agama-agama yang diyakini mengeluarkan tenaga penyatuan itu.

Perbezaan antara Islam dan agama-agama lain bukan di dalam perkara cabang semata-mata. Perbezaan itu berlaku di dalam persoalan fundamental. Perbezaan antara Tawhid dan syirik bukan perbezaan cabang. Tiada masalahnya jika kita berkata bahawa semua agama mengajak orang berbuat kebajikan. Tetapi, betapa besarnya jurang antara agama yang berpaksikan Tawhid dengan agama yang berpaksikan syirik. Perbezaan yang tidak mungkin dapat disatukan.

Namun, perbezaan besar itu tidak pula memustahilkan wujudnya hubungan yang damai dan harmoni, menerusi pengurusan kepelbagaian yang saksama dan adil. Tetapi, untuk menyatakan bahawa pengurusan itu harus didasarkan kepada penerimaan bahawa Tawhid dan syirik itu sama belaka, tidak mungkin dapat diterima oleh Islam. Bagi Islam, penyampaian kepada kebenaran yang mutlak dan taqarrub kepada Allah swt tidak mungkin terjadi melainkan menerusi jalan Tawhid.
Di manakah logiknya untuk membenarkan tanggapan bahawa pluralisme agama itu turut didokong oleh Islam dan para pemuka intelektual Islam seperti mana yang disarankan oleh Anwar Ibrahim di dalam ucapannya?

Anwar Ibrahim berhujah bahawa semua agama membawa kepada yang satu dan ibadat semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth). Menurut beliau, apa pun juga agamanya sama ada ia itu Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, baginya bahawa kebenaran-kebenaran yang tinggi itu yang merentasi amalan-amalan semata-mata dan ibadat semuanya berpusat atas kebenaran yang satu (singular truth) bahawa : Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Tetapi pengakuan agama-agama lain mengenai yang satu itu adalah kabur dan tidak memenuhi makna Tawhid yang sangat jelas seperti yang diajarkan oleh Islam. Konsep ketuhanan seperti yang diungkapkan dalam trinity adalah kabur dan bertentangan dengan Tawhid.

Lagipun di dalam Islam, keyakinan mengenai Yang Esa itu tidak terpisah antara iktiqad, pengakuan lisan dan perbuatan. Justeru, amalan-amalan tidak boleh diasingkan daripada kefahaman mengenai yang satu. Apabila amalan itu berlawanan dengan kefahaman yang satu, ia menafikan Tawhid dan membentuk syirik. Justeru, percubaan pluralisme untuk menyamakan konsep yang satu itu kelihatan terlalu naïf dan membawa kepada penyelewengan yang nyata.

Bagi saya, tidak ada salahnya jika dikatakan bahawa faham pluralisme agama itu sebagai suatu penyelewengan dan konspirasi terhadap agama-agama. Ia sebenarnya bertujuan melonggarkan pegangan dan iltizam penganut-penganut agama kepada agama mereka.
Tiada salahnya untuk menyakini bahawa pluralisme itu produk Barat yang bertujuan menyempurnakan misi permusuhan tradisi penganut sekularisme ke atas agama Kristian yang kemudiannya melebarkan permusuhan itu kepada semua agama. Bukti mengenai perkara itu dinyatakan dengan fasih dalam sejarah kebangkitan Eropah dan faham-faham yang berkembang daripadanya yang akhir-akhir ini terungkap dengan jelas dalam faham pasca-modernisme.
Masyarakat Islam tidak seharusnya rasa bersalah jika menyimpan keyakinan seperti itu. bahkan mereka seharusnya berwaspada mengenai pengaliran faham pluralisme ke dalam masyarakat Islam. Kecurigaan terhadap pluralisme agama bukan suatu penyelewengan tetapi suatu kewajipan mempertahankan kesucian dan kebenaran agama Islam.

Kecurigaan terhadap pluralisme agama itu adalah satu kekuatan dalam kerangka mempertahankan aqidah ummah. Namun, kita juga sedar bahawa di dalam masyarakat Islam sendiri terdapat kelemahan yang memungkinkan pengaliran faham itu. Gejala intellectual consumerism begitu ketara di kalangan cendekiawan Muslimin yang menjadi saluran masuknya pelbagai fahaman dan pemikiran Barat yang menyimpang daripada aqidah Islamiyyah. Lebih bahaya lagi, pengaliran pemikiran itu diolah kembali dengan hiasan-hiasan ayat-ayat al-Quran, al-Hadith dan nukilan daripada kitab-kitab klasik yang ditafsirkan di luar konteks sebenar.

Persoalan aqidah dibicarakan dalam konteks hukum fiqhiyyah, samalah dengan percubaan mendengar dengan mata. Undang-undang Islam untuk mengatur hubungan kemasyarakatan antara agama, tidak membawa pengertian bahawa Islam menyamakan semua agama dan menerima apa jua bentuk aqidah agama-agama itu sebagai benar dan serupa.

Sistem Millet Othmaniah yang disebut oleh Anwar, disebut sendiri oleh beliau sebagai sistem yang mendasari prinsip hormat dan pengiktirafan hak-hak orang bukan Islam untuk mengikut ajaran-ajaran agama mereka dengan bebas. Sistem itu harus dilihat dalam konteks pengurusan kepelbagaian agama bagi mengujudkan keharmonian dalam hubungan antara agama. Tetapi tidak sama sekali bermakna bahawa sistem itu mengiktiraf aqidah agama-agama lain sebagai benar dan dengan itu sistem tersebut mendukung faham pluralisme.

Begitu juga dengan pandangan Ibn al-Jawziyyah mengenai kewajaran Mahkamah Syariah mengiktiraf hak penganut agama Zoroaster mengamalkan perkahwinan mengikut agama mereka. Ia tidak bermakna turut mengiktiraf agama tersebut sebagai benar.
Pandangan Ibn al-Jawziyyah itu tiada langsung kaitannya dengan faham pluralisme agama. Sumber-sumber klasik seperti itu tidak boleh digarap sebagai asas faham pluralisme dalam Islam.
Kebijaksanaan kesarjanaan Islam klasik bukan sahaja tidak boleh dilupai, tetapi juga kebijaksanaan itu perlu difahami secara mendalam sehingga tidak menyebabkan kekeliruan. Bahkan seluruh ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta penjelasan dan pandangan kesarjanaan mengenai ajaran-ajaran itu, mesti difahami bukan hanya sekadar petikan untuk membenarkan sesuatu kenyataan, tetapi untuk mendalami makna dan pengertian yang terkandung dalam kebijaksanaan itu.
Kebijaksanaan itu bukan suatu alat justifikasi bagi sesuatu kenyataan, tetapi hikmah yang mempunyai maknanya yang tersendiri yang terpancar daripada pemahaman dari sumber wahyu. Hasil kesarjanaan yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi itu, tidak sama dengan amalan-amalan putar belit dan manipulasi yang menggunakan sandaran daripada firman-firman Allah swt dan sabda-sabda Rasulullah saw serta hasil-hasil kebijaksanaan klasik.

Mengembangkan faham pluralisme untuk menggantikan fahaman-fahaman arus perdana ajaran Islam, bukan citra islah. Penolakan terhadap pluralisme bukan disebabkan sikap beku dan berfikiran rigid. Penolakan terhadap pluralisme demi memelihara dan mempertahankan kemurnian Islam. Bahkan, penolakan itu juga bertujuan memelihara supaya keperluan kepada islah dan tajdid dalam pemikiran Islam tidak tersasar daripada landasan islah yang sebenar yang dituntut di dalam agama Islam. Percubaan membawa islah dalam pemikiran islam menerusi pluralisme, merupakan penyemburan gas beracun ke dalam udara bersih yang diperlukan untuk umat Islam bernafas.
Begitu ketara sekali kejelekan yang terjadi apabila Anwar memetik sumber-sumber kalsik dan ayat-ayat al-Quran untuk menjustifikasikan faham pluralisme yang dikatakannya mempunyai asasnya dalam Islam. Beliau begitu keliru mengenai hakikat agama Islam dan hukum-hukum pelayanan terhadap penganut-penganut agama lain dalam negara Islam yang masyarakatnya berstrukturkan kemajmukan kaum dan agama. Ketohoran (kecetekan) intelektual ini seharusnya diperbaiki untuk melihat suatu persoalan ilmiah dengan cara yang bijaksana.

*Dipetik dari buku “Pluralisme Agama di Alam Melayu, Satu Ancaman kepada Kesejahteraan Umat”, MUAFAKAT, 2012.
Nota kaki:

(6) Anwar Ibrahim, Religion and Pluralism in a Divided World, International Relations Department public lecture, London School of Economics, dalam http://anwaribrahimblog.com/2010/03/22/public-lecture-by-anwar-ibrahim-at-the-london-school-of-economics-march-18-2010//
(7) Lihat Pluralisme Agama, Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah. Terbitan MUAFAKAt, 2012, teks pada m/s 264.

(8) Al-Quran, Surah Al Baqarah, ayat 256-257 seperti berikut:
Ertinya: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufar) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.



MORAL
 
PORNO - Siapakah pelakon ini atau adakap pelakonnya orang yang kita KENALI?

Bersihkan Moral Anwar & Azmin Dahulu Kalau Nak Buat BERSIH 4.0



SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali perlu meletak jawatan dan membubarkan parti kerana kegagalan mereka memberi penjelasan serta tidak mengambil tindakan undang-undang berhubung isu moral yang dihadapi, kata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Beliau berkata sikap tidak bertanggungjawab itu tidak mencerminkan sistem demokrasi di negara ini yang memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan keadilan sekiranya terdapat tohmahan dilemparkan ke atas diri mereka.

"Macam saya dulu pernah dituduh, saya ambil tindakan undang-undang dan buktikan bahawa saya tidak bersalah. Saya saman dan berjaya tunjukkan bahawa saya benar, tetapi sekarang kenapa pemimpin pembangkang berdiam diri? Adakah mereka fikir bahawa berdiam diri adalah satu strategi kononnya rakyat akan lupa dan tidak ambil peduli tentang isu seperti ini.

"Oleh sebab itu suka saya nasihatkan pemimpin PKR jika tidak boleh buat penjelasan atas isu penting, letak jawatan atau bubar sahaja (parti) kerana setiap isu mengenai akhlak yang paling dipandang serius oleh masyarakat tidak terjawab sehingga sekarang," katanya kepada pemberita selepas menutup pertandingan fotografi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda)-Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2012 di UiTM di sini, Rabu.

Abdul Rahim yang juga pengerusi Risda berkata demikian ketika mengulas dakwaan skandal seks yang mengaitkan seorang pemimpin parti pembangkang seperti disiarkan beberapa blog semalam. Beliau sebelum ini bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim pernah mendedahkan rakaman video seks yang didakwa pelakunya mirip Anwar.

Abdul Rahim berkata rakyat Malaysia pada masa ini sudah maju dan merupakan warganegara yang bukan sahaja patriotik serta demokratik tetapi punyai minda yang inginkan penjelasan terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan dari semasa ke semasa.

"Eloklah pemimpin seperti ini undurkan diri kerana mereka tidak berhadapan dengan fakta, bagaimana pemimpin seperti Anwar atau Azmin nak berdiri di depan rakyat, cakap tentang rasuah, bercakap tentang akhlak, moraliti dan nilai sedangkan diri mereka seperti 'ayam berkokok berdegar-degar tetapi belakang penuh tahi'.

"Mereka tiada locus standi untuk berdiri di depan rakyat kerana mereka berdiam diri, ini tidak dapat diterima rakyat," katanya.-BERNAMA

SOSIAL




HUBUNGAN LUAR

Yahudi & Anwar Ibrahim Yang Anda Perlu Tahu




Layanan Terhormat Dari Puak Amerika Buat Al Juburi


Akhirnya Anwar Ibrahim sendiri mengaku bahawa dia mahukan formula ‘two state solution’ (formula dua negara) ketika menjawab isu Wall Street Journal (WSJ), 26 Januari 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang.


“Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai ‘Two-State Solution’


Petikan di atas adalah jawapan Anwar sendiri bertajuk ‘Jangan putar belit kenyataan demi menghambur fitnah’.


Ini sebahagian Jigsaw Puzzle Games untuk mengenali siapakah Anwar Ibrahim.
Di sini juga bermulanya kotak pandora.


Blogger Jebat Must Die menjawab siapa sebenarnya yang putar belit dan siapa pula yang menabur fitnah.
Katanya, jawapan Anwar yang ditujukan kepada masyarakat Malaysia selepas terdedah isu tersebut tidak sama dengan apa yang diucapkannya khusus kepada masyarakat antarabangsa seperti dilaporkan WSJ.


Katanya lagi, ini sekaligus mengesahkan laporan The Economist 2009 yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai seekor binatang sesumpah atau ‘chameleon’ yang boleh bertukar warna mengikut keadaan dan tempat.


Dan benarlah seperti kata sahabat setahanan ISA, Ibrahim Ali, memang sikap Anwar, apabila tersepit, dia akan bersandar kepada orang lain untuk menutup pekung di dadanya.



Bersandar Pada Orang Lain


Kini Anwar sudah tidak kekuatan sendiri, kecuali hanya bersandar pula kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Katanya, Anifah Aman pun sama dengannya, sokong ‘Two State Solution’.
Anifah menjawab, Anwar telah memfitnahnya untuk menyelamatkan diri. Katanya, konteks yang dikemukakan Anwar yakni mendahului Israel, tidak sama dengan kontek yang dikemukakannya yakni mendahului Palestin semasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


“Saya ingin menegaskan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan Israel seperti dijelaskan, malah telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.


“Seperti yang kita ketahui, kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac 2010 yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep regim Zionis Israel telah membawa kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.


“Dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar di Wall Street Journal itu, jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian beliau berhubung isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri,” kata Anifah dalam kenyataan medianya, semalam.


Anwar pula seperti dilaporkan wartawan WSJ, Shibani Mahtani lebih memfokuskan sokongan kepada Israel dan mengkesampingkan isu Palestin.


WSJ, 26 Jan melaporkan dalam wawancara bertajuk “Malaysia’s Anwar Presses On Despite Appeal“, Anwar telah berkata; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians


Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan Negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.


Anwar ketua pembangkang Malaysia mendahului kepentingan Israel, sedangkan Anifah, Menteri Luar Malaysia mendahului kepentingan Palestin.
Perbezaan paling ketara antara kedua tokoh itu, Anwar mengiktiraf konsep Negara Israel, sedangkan Anifah tidak mengiktirafnya.


Kedua, Anwar sudah bermain dengan andaian melampau iaitu ‘ada hasrat untuk membuka hubungan diplomatik dengan Israel sedangkan Anifah tidak pernah membuat andaian seperti itu, kerana beliau tahu kedudukannya hanya sebagai Menteri Luar dan bukannya individu yang sering bermimpikan untuk menjadi Perdana Menteri.


‘Two State Solution’


Isu berkenaan ‘Two State Solution’ bukan baru, malah sudah didedahkan sejak laman AIDC dibina sekitar April 2008.
Pencetus idea ‘Two State Solution’ adalah badan yang ditaja George Soros, ICG (International Crisis Group), di mana Anwar juga salah seorang anggotanya.


Anwar Ibrahim turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.


Anwar sendiri mengaku turut hadir dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac – 24 Mac 2007, ketika membincangkan isu Israel/Palestin.


Menurut kenyataan media ICG bertarikh pada 26 Mac 2007, cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin dengan mengikuti resolusi yang telah diputuskan oleh UN Security Council resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David peace accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) yang bermatlamat mengiktiraf sebuah Negara Israel yang sah serta diiktiraf oleh seluruh dunia, termasuk dunia Islam.


Anwar Ibrahim satu-satunya individu muslim yang berada dalam mesyuarat itu bersetuju dengan konsep ini.
Ini cara halus, badan tajaan Soros untuk mendapatkan status sebuah ‘Negara Israel’ dengan berselindung di sebalik solusi ‘Two State Solution’.


Usul ICG adalah mencadangkan kerajaan Palestin (yang dipimpin oleh Abu Manzir/ Mahmoud Abbas dari Fatah) bekerjasama dengan Hamas supaya bersetuju menerima kemerdekaan Palestin, tetapi syaratnya mesti iktiraf Negara Sah Israel.


Isu utama adalah keselamatan dan Negara Sah Israel.
Nama Anwar Ibrahim turut tercatat sebagai individu Islam yang bersetuju pengktirafan sebuah Negara Israel. Klik di sini


Kenyataan media yang dikeluarkan oleh ICG pada 26 Mac 2007, memutuskan beberapa perkara penting untuk menyelesaikan krisis tersebut, antaranya;


Pertama, mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut.


Kedua, menggesa semua pihak mematuhi The Quartet yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan mencadangkan ‘two state solution’ iaitu mengiktiraf ‘dua negara’, Israel dan Palestin sebagai sebuah negara sah.


Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (Pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.


Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir Amerika Syarikat iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.


Dalam surat lobi kepada Presiden Bush itu, ICG, USMEP dan New America Foundation mencadangkan agar kerajaan Amerika Syarikat mengutamakan konsep ‘two state solution’ iaitu sebuah negara Israel dan Palestin yang sah, Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiran Israel akan menjadi milik Israel, manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.



Annapolis Summit


Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.


Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sini dan di sini


Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA.


Selain pendedahan Steve Clemons, ICG,USMEP dan New America Foundation turut menyebarkan di internet penama-penama yang menyokong usaha Annapolis Summit dalam bentuk PDF di prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net.


Nama Anwar Ibrahim tercatat dalam kedua-dua PDF tersebut. Klik di sini dan di sini


Pada 27 November 2007, Presiden Bush telah menganjurkan Annapolis Summit atau The Annapolis Conference di United States Naval Academy, Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat dengan menjemput wakil Palestin, Presiden Mahmoud Abbas, dan wakil Israel, Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) bersama-sama mencapai ‘perdamaian’.


Namun usaha Annapolis Summit itu menemui kegagalan kerana ditolak oleh majoriti rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai wakil mereka. Negara-negara Islam yang lain seperti Iran dan Syria turut menolak perjanjian yang lebih menguntungkan Israel itu.


Anwar’s Apology Tour


Dua tahun lepas, episod paling menyayat hati Anwar. Dia marah apabila B’nai B’rith International, pertubuhan Yahudi tertua di Amerika Syarikat mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.


Ini gara-gara keceluparannya membangkitkan isu APCO di parlimen Malaysia.


“Tak ada anti Yahudi..saya dah ulang kerana ini bukan soal anti Yahudi”, kata Anwar ketika ditanya oleh wartawan Mstar, adakah beliau anti -Yahudi ketika membangkitkan isu APCO di Malaysia. Klik di sini


Dengan perasan sayu Anwar berkata, “Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi) APCO, bahkan telah menghantar surat rasmi ke ICG mengatakan yang saya anti-Yahudi”.


Menyedari kedudukannya tergugat, maka Anwar merancang satu misi memohon maaf ke AS yang pihak Barat gelarkan sebagai ‘Anwar’s Aplogy Tour’.
Salah satu program dalam ‘Anwar’s Aplogy Tour’ adalah berucap di Woodrow Wilson International Center (WWIC).


Peserta bernama Stanley Kober dari Cato Institute yang bertanyakan Anwar berkenaan tuduhan anti-semitik yang dilemparkan kepadanya:


Soalan : Baru-baru ini, saya membaca satu jurnal yang mengkritik anda (Anwar) kerana telah mengundi di Parlimen Malaysia untuk menyokong usul mengkritik Israel berkaitan insiden flotila. Jadi, saya ingin bertanya anda kenapa anda menyokong usul tersebut ?


Jawapan Anwar : “Perdana Menteri Najib (yang) telah mengemukakan usul tersebut, mengkritik tindakan kejam negara Zionis Israel. (Saya dan) Pihak pembangkang, (sebenarnya) rasa sangsi, (untuk) menyokong resolusi tersebut.


“Tetapi saya fikir, secara umumnya, rakyat Malaysia tidak mempunyai pandangan yang kompleks, seperti soalan yang dikemukakan. Sebagai contoh, sentiasa terdapat kekeliruan di antara istilah Yahudi, Israel dan Zionis, di mana kesemuanya dilihat sebagai satu.


“Tetapi ramai di kalangan kami(Anwar dan pakatan Rakyat?) sedar bahawa tidak perlu untuk bersikap anti-Yahudi, anti-Semitik kerana sama seperti perkauman.


“Saya fikir, saya mempunyai hak untuk menyatakan seperti apa yang telah kita nyatakan sebelum ini. Banyak contoh, seperti menentang rasuah di dalam Pentadbiran PLO pada masa lalu.


“Saya mewakili (International Crisis Group?) telah memberikan pendapat mengenai “Two State Solution” (penyelesaian dua negara), bagi konflik Palestin – Israel.


Jawapan Anwar di atas nampak seperti berbelit-belit tetapi dapat dirumuskan bahawa yang anti semitik adalah PM Najib dan bukan dirinya. Kata Anwar, Najib yang kemuka usul tersebut dan menuduh Israel kejam, dia hanya menyokong kerana terpaksa, hakikatnya Anwar mengaku dia sangsi dengan usul tersebut tetapi terpaksa menyokong juga.

Adakah Anwar anti semitik ? Anwar jawab tidak. Dia telah menjawab berkali-kali sebelum ini bahawa dia bukan anti semitik kerana dia menyokong “two state solution” (Pengiktirafan Dua Negara Sah iaitu Israel dan Palestin).


Malah Anwar turut mengkritik korupsi dalam PLO (kumpulan Fatah) yang menyebabkan cadangan ‘two state solution’ gagal.


Maknanya, memang sah Anwar adalah penyokong Negara Israel melalui slogan ‘two state solution’.



"Kah Kah Kah
Kita dah Bodohkan Mereka"
Anwar Ibrahim sememangnya merupakan Agen Zionis keparat yang mana memang niat mereka para Kafir Lakhnat ini ingin melihat Malaysia sebuah lagi negara Islam hancur sepertimana negara negara yang lain. Apakah anda semua lupa bahawa Anwar Ibrahim mendapat layanan Istimewa RED CARPET di Amerika Syarikat? 


PENGURUSAN KEWANGAN

KENYATAAN DAIM ZAINUDIN MEMBUATKAN  MASYARAKAT CINA HULANG KEPERCAYAAN DENGAN KEPAKARAN EKONOMI ANWAR




Wawancara Tun Daim Zainduddin yang tersiar dalam Berita Harian dan The New Straits Times pada Ahad dan Isnin lalu sekadar mengesahkan lagi tanggapan ramai orang terhadap kebolehan dan kemampuan Anwar Ibrahim untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.



Sungguhpun Daim menyatakan bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, merupakan individu yang lebih mengenali Anwar Ibrahim, namun sesungguhnya Daim merupakan orang yang sangat akrab dengan Anwar dalam politik. Sebab itu, apabila Anwar dipecat, Daim mengambil langkah yang sangat berbeza daripada ahli politik lain.



Beliau tidak membuat banyak kenyataan terbuka mengenai Anwar Ibrahim, apatah lagi memburukkannya di khalayak awam. Namun Daim tidaklah sediam yang disangkakan. Apabila Anwar dipecat, Daim banyak mengadakan perjumpaan tertutup dan menerangkan pandangan beliau terhadap Anwar dan sokongannya kepada Dr. Mahathir. Penulis antara kumpulan mahasiswa yang dipanggil secara “diam” oleh Daim untuk menerangkan sisi pandangannya mengenai Anwar.



Selepas hampir 15 tahun, Daim tidak lagi diam. Beliau muncul secara terbuka menyatakan pandangannya terhadap Anwar. Bagi beliau, masa Anwar untuk menjadi Perdana Menteri telah berakhir. Kata Daim, “Anwar telah mendapat peluangnya dan ia telah berakhir. Sekarang masa untuk memberi peluang kepada Mohd Najib membuktikan kemampuannya.”


Daim antara orang yang rapat dengan Anwar. Mereka seumpama belangkas dalam politik. Daim melalui kekuatan kewangan dan restu Dr. Mahathir telah melaksanakan agenda menaikkan Anwar Ibrahim hingga hampir ke persada kepimpinan UMNO dan Negara. Anwar tanpa bantuan Daim dan Mahathir tidak mungkin menjadi bintang politik sekelip mata meningkat naik tanpa melalui jalan susah dan payah seperti mana pemimpin lain.

Justeru tiada orang lain yang boleh membicarakan kemampuan Anwar sebagai ahli politik, ahli kabinet dan calon Perdana Menteri kecuali Daim Zainuddin. Berbanding Dr. Mahathir dan Sanusi Junid yang berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar Ibrahim, Daim memilih jalan yang sederhana.

Beliau tidak mempunyai perasaan dendam mahu pun marah terhadap Anwar. Anwar tidak menjejaskan apa-apa kehidupannya, Anwar juga tidak memberi apa-apa keuntungan pada dirinya. Daim tidak memerlukan apa-apa dari Mohd Najib mahu pun Anwar Ibrahim. Daim juga tidak akan terjejas jika siapa pun menang pilihan raya. Pada usia melebihi 70 tahun dan kekuatan empayar perniagaannya, Daim tidak tersangkut pada apa-apa beban untuk memihak kepada sesiapa pun.

Sebagai anggota kabinet yang berpengalaman, rakan Anwar dan mengenali Mohd Najib, Daim ibarat jauhari yang mengenal manikam dalam pilihan raya umum kali ini.

Daim secara berterus terang berpendapat bahawa rakyat Malaysia perlu memberi peluang kepada Mohd Najib melakukan transformasi dan perubahan dalam penggal akan datang.

Sesiapa yang mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim pasti akan bersetuju dengan kenyataan Daim yang berikut,
“Itu adalah apa yang beliau katakan, iaitu beliau adalah adiwira yang memerangi jenayah dan rasuah dan perlu ditumpaskan. Jika anda tahu perkara mengenai beliau yang saya tahu, bahawa dakwaannya adalah kelakar, dan paling berani ialah menyatakan ia adalah menegakkan kebenaran.”
Sebab itu saya sentiasa tegaskan bahayanya Anwar ialah beliau lebih Sukarno daripada perkara lain. Semua ucapan berapi-apinya siap dengan kenyataan ekonomi, sebenarnya penghasut yang hebat.
Jika kita boleh meletakkan kepercayaan kepada Daim Zainuddin sebanyak dua kali untuk menyelamatkan ekonomi negara apakah kita tidak boleh memberi kepercayaan kali ketiga kepada beliau denganmemberi kepercayaan kepada Mohd Najib selama sepenggal ini?

Daim telah memberi satu rumusan terbaik kepada rakyat Malaysia,
 Jika anda bertanya kepada saya, di antara Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan memberikan Najib peluang. Berikan beliau mandat dan lihat jika adakah mampu memenuhi kehendak kerana Anwar sudah mempunyai peluang, tetapi dia mensia-siakannya. Saya mahu Najib menang kerana saya tidak fikir Anwar adalah calon tepat untuk menjadi perdana menteri. Saya percaya beliau (Anwar) akan mengacau-bilaukan negara dengan mendapatkan nasihat daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan (Paul) Wolfowitz (bekas Presiden Bank Dunia).
Percayalah, Daim ada kelemahan, kekurangan dan kecacatan, namun untuk seorang manusia Melayu yang telah dua kali menyelamatkan negara ini dari bencana ekonomi, Daim adalah Jauhari dalam politik negara hari ini.





EKONOMI

Fakta Kegagalan Anwar Penasihat Ekonomi Selangor


Amukanmelayu Olak Lempit  05/04/13, di petik dari Blog anginperubahan menyiarkan carta perbandingan kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan Barisan Nasional (2003 – 2007) dengan Pakatan Rakyat di mana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya.
Perbandingan ini dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Selangor 2007 & 2011.




AMUKANMELAYU - ISLAMELAYU di dalam PAKATAN perlu musnahkan ANWAR dan MEREKA yang bersekongkol dengannya. PAS perlu mengumpul kembali kekuatan dengan TENAGA PONDOK dan SEKOLAH UGAMA RAAYAT dan mulakan gelombang ISLAM tanpa PARTI dengan SLOGAN "AMBIL SEMULA HAK KITA"