Thursday, 18 April 2013

JAHAT SUNGGUH UMNO NI - DAP DI HARAMKAN


Pilihanraya DAP CEC Fakta Vs Auta

DAP_tipu_undi 

Memang DAP rancang supaya DAP diharamkan, apa kelebihan DAP hingga sekarang masih belum diambil tindakan sedangkan Umno pernah diharamkan oleh pihak ROS.
DAP merancang dengan rapi supaya parti mereka diharamkan dan kesalahan pengharaman ini akan diletakkan di bahu UMNO dan mereka akan menupulit UNDI MELAYU dengan  bertanding diatas tiket atau lambang PAS. Maka PAS pun bertepuksoraklah yang mereka dapat menjinakkan DAP, walhal pada hakikatnya PAS telah lama menjadi tungangan DAP. Bagaimana nak bercakap pasal "pilihanraya bersih sedangkan dalam parti sendiri penuh dengan kekotoran dan penyelewengan". Ini adalah ungkapan kita sekiranya kita tidak tahu sepak terajang POLITIK CINA
 
Ustazah!!! .....Bendera kita namanya AL - LIWA'
Pengerusi DAP Karpal Singh mengesahkan bahawa parti itu telah menerima notis daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa ia tidak mengiktiraf pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu tahun lepas.
Karpal berkata DAP telah dimaklumkan bahawa ROS tidak mengiktiraf CEC DAP yang telah dipilih dan parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan perkara itu hari ini.
“Ia adalah satu isu penting yang perlu ditangani. Kami telah mengeluarkan notis mesyuarat dan akan menanganinya secepat mungkin,”katanya.
Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw bagaimanapun berkata bahawa keadaan itu tidak akan menjejaskan kedudukan parti itu semasa hari penamaan calon Sabtu ini.
Pemilihan CEC DAP yang diadakan Disember lalu telah disiasat ROS selepas menerima banyak aduan dari tidak puas hati dari ahli parti tersebut.
DAP sebelum ini mengakui terdapat kesilapan dalam penjadualan undi semasa pemilihan CEC yang berlangsung di Pulau Pinang itu.
Dalam keputusan yang dikemaskini, calon CEC, Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini telah memperoleh kedudukan 20 teratas dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).
Zairil, yang sebelum ini dikatakan telah mendapat 305 undi, sebenarnya telah mendapat 803 undi, meletakkan beliau dalam kedudukan ke-20.
Sementara seorang lagi calon, Vincent Wu, disahkan menduduki tempat keenam dengan 1202 undi walaupun sebelum ini beliau diumumkan hanya menduduki tempat ke-26 apabila mendapat 669 undi sahaja.
Wu telah dilantik sebagai ahli CEC dan dibenarkan untuk kekal sebagai penolong setiausaha penganjur kebangsaan.
Pengarah pilihan raya DAP Pooi Weng Keong berkata mereka membuat pindaan berikutan pengauditan dalaman dan luaran. Pooi berkata kesilapan itu disebabkan oleh masalah teknikal apabila keputusan telah dipindahkan menggunakan Microsoft Excel.
“Kesilapan menyebabkan calon-calon yang telah meraih kedudukan 31 hingga 38 dan mereka yang telah meraih 61 kepada kedudukan 68 yang diberikan bilangan undi yang sama,” katanya, sambil menambah bahawa Setiausaha Agung DAP, Guan Eng telah dimaklumkan.
Seorang anggota jawatankuasa penganjuran kongres 16 parti, bagaimanapun, berkata keputusan yang diumumkan pada 17 Disember lalu sepatutnya dikekal.
“Tiada siapa yang mempertikaikan keputusan tersebut. Saya tidak faham mengapa pindaan perlu dibuat,” kata ahli yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.-AgendaDaily

AMUKANMELAYU - jangan terperangkap dengan ULAR di dalam lubang yang sama di patuk dua kali oleh ular yang sama dan masuk hospital dan katil yang sama dengan doktor yang sama dengan suntikan jarum yang sama dan di tidurkan POLITIK MELAYU untuk selamanya.