Monday, 8 April 2013

MALAYSIAN MALAYSIA - PAS TERPERANGKAP, UMNO MELOMPAT, PKR MENJILAT


ARTIKEL KHAS UNTUK BACAAN ORANG ISLAMELAYU


Tun Dr Mahathir berucap di Dataran Emas, Muar malam tadi dan dia mempertingkatkan serangan terhadap Kit Siang dan DAP. Secara kebetulan, Lim Kit Siang sudah umumkan DAP mahu kerusi Bakri dan Kulai dan enggan beri jalan kepada PKR.

Ini membuat Chua Jui Meng kecewa. Dahlah kerusi PKR di gelang Patah diberikan Anwar kepada Kit Siang, dia tak dapat pulang ke kawasan lamanya Bakri. Padan muka Jimmy Chua yang berharap sangat untuk hidupkan politiknya melalui PKR. Ahhh .... padan muka kena guna.

DAP ni ... orang punya dia nak. Dia punya dia tak akan share. Pasti Melayu-Melayu badigol yang baru masuk DAP akan sedar dipergunakan. Hatta Wahari dah menghilang, Amran yang dahulu di pejabat Kit Siang, Tunku Aziz dan ramai lagi dah hilang.

Oleh itu, walaupun ada pihak kata DAP hanya buat alih pandang membesar-besarkan kemasukkan Kit Siang di Johor untuk menakluk Negeri Sembilan dan masaalh di Pulau Pinang [baca ABITW SINI], Tun M tetap menyerang.

Berikut petikan laporan ucapan Tun M:





Beliau mengupas sejarah DAP sebagai ‘anak PAP’ dan konsep ‘Malaysian, Malaysia’. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Cina kepada orang Melayu, kunun kunun semua peluang dalam negara ini hanyalah untuk orang Melayu semata mata.


“Apabila Singapura disingkirkan Persekutuan, agenda menghasut untuk menimbulkan kebencian orang Cina ini diteruskan oleh DAP. Kununnya kita (orang Melayu) menafikan hak mereka ( orang Cina); bahasa mereka, hak mereka, peluang perniagaan, sekolah mereka dan ugama mereka”.
Hakikatnya, ianya tidak benar malah sebenarnya pembohongan yang berniat jahat.
“Lihat seluruh negara ini. Orang Cina bebas berniaga dan mengumpul kekayaan. Orang Melayu sedia ber’kongsi kuasa’ dengan semua kaum dan berkongsi kekayaan. Ini formula kejayaan kita. Tapi DAP cuba membakar hati seolah olah orang Cina dinafikan hak dan ditindas”


"Over my dead body" kata Karpal Singh bila mengutuk PAS kerana mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Maka bertempiklah para mujahidin dan bakal syuhada di dalam PAS menghentam dan memaki hamun Karpal Singh & DAP sehingga nak terbalik si punjabi tak berturban tu! Malah ada yang sanggup mati syahid untuk menentang Pengerusi DAP ini!




Belum pun mati si Karpal Singh, tau-tau Presiden Parti Islam SeMalaysia PAS mengisytiharkan pada hari Ahad 03 Rejab/ 06 Jun 2011 bahawa PAS tidak akan memperjuangkan lagi penubuhan Negara Islam dengan fatwa "negara Islam tidak ada dalam Al Quran!!!".

Tentu tidur Karpal Singh nyenyak penuh dengkuran puas, pasti Kitsiang tersengeh meleret macam Anwar tengok China-doll melihat pendirian PAS yang terkulai kini. Tidak cukup dengan pemimpin PAS mengisytiharkan sanggup mati mempertahankan Karpal, kini PAS sudah sanggup mematikan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islamiyyah. Ini tidak ada bukti lain selain membuktikan bahawa cengkaman DAP sudah lengkap bukan sahaja keatas PKR, malah kini keatas PAS!!!

Apa yang menyedihkan ialah fatwa terbaru Ustadz Hadi ini sangat menghina para syuhada', mujahidin dan pejuang-pejuang PAS terdahulu yang bukan sahaja berkorban harta benda dan keringat peluh, malah ada yang membayar dengan nyawa demi mencapai impian Amanat Hadi untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Ramai yang terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga ada yang mengkafirkan UMNO dan orang Melayu yang didakwa kononnya menolak penubuhan sebuah Negara Islam.

Akibat daripada Amanat Negara Islam Hadi ini, maka muncullah isu solat jemaah dua imam, pemboikotan kenduri walaupun di kalangan sanak-saudara, putus hubungan ahli keluarga, suami isteri ada yang bercerai berai, anak-anak kehilangan ibu bapa akibat dirasuk fahaman penubuhan Negara Islam melalui Amanat Hadi ini. Melihat sendiri orang kampung  yang walaupun hidup kais pagi makan semalam, kais petang makan minggu lepas, tapi sanggup belanja duit untuk buat frame Amanat Hadi yang nak menubuhkan sebuah negara Islam. Rupanya 30 tahun pengorbanan mereka semua selama ini sia-sia, perjuangan yang mereka sokong selama ini tidak ada dalam Al Quran pun!!!

Dan persoalan besar ialah: adakah perjuangan orang saperti Ustadz Ibrahim Libya selama ini sia-sia; sedangkan beliau difatwakan mati syahid kerana memperjuangkan sebuah Negara Islam, demi memenuhi Amanat Hadi tersebut. Fatwa terbaru bahawa "perjuangan menubuhkan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran" adalah satu penghinaan besar terhadap ‘Assyahid’ Ustadz Ibrahim Libya dan ‘para syuhada' yang lain!!!




Kalau ikut logik fatwa terbaru Ustadz Hadi itu, maka Negara Islam Madinah yang ditubuh oleh Rasulullah saw juga tidak ikut Al Quran lah jugak agaknya! Malah kalau ikut fatwa terbaru ini, PAS perlu ubah namanya kerana nama Parti Islam SeMalaysia pun tiada dalam Al Quran!

Padanlah Rasulullah saw berpesan kepada kita, kelak kamu nanti akan diratah oleh kafir kerana walaupun kamu besar dan ramai, tetapi kamu terkenapenyakit hubbud dunya wakarohiyatul maut - terlalu cintakan dunia, dan takut mati!!! Na'uzubillah min zalik!



Cukup diyakini  ramai ahli akar umbi PAS yang tidak bersetuju dengan perubahan dasar perjuangan PAS ini. Ramai juga yang melahirkan perasaan sedih dan dukacita mereka. Kepada para ahli akar umbi PAS, inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS demi memenuhi nafsu seorang manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. PAS berterusan mahu bergayut kepada Anwar, PAS akan terpaksa membayar harga yang mahal.




Dalam keadaan DAP bukan sahaja masih kekal dengan prinsip perjuangannya Malaysian Malaysia, perjuangan mahu menyamatarafkan semua agama dan kaum dalam negara ini, malah makin bertambah cauvinis, rasis dan biaDAP; tau-tau PAS pulak yang bukan sahaja tumPAS dan gagal mempertahankan prinsip perjuangannya untuk mendaulatkan sebuah Daulah Islamiyyah; malah menghalalkan tindakan mematikan perjuangan menubuhkan sebuah Negara Islam atas fatwa "ianya tidak ada dalam Al Quran!!!". Na'uzubillah min zalik! Moga ALLAH mengampuni kita semua.

Mungkin selepas ini para kuffar dan muysrik akan berebut mengundi PAS. Mungkin selepas ini para kaafirun dan musyrikun akan berasak-asak memangkah calon-calon PAS menjadi Yang Berhormat. Mungkin selepas ini para penghalal khinzir ini akan menobatkan kepimpinan PAS ke Putrajaya bersama Anwar, Karpal & Kitsiang. Mungkin selepas ini para taukeh judi & arak akan turut sama memenuhi tabung jihad PAS demi membiayai perjuangan negara kebajikan PAS. Tetapi apa guna itu semua jika prinsip tergadai, aqidah berkecai, perjuangan bersepai!!! Bolehkah para kuffar, musyrik, penghalal khinzir ini membantu kita di hadapan ALLAH nanti?!

Pesan  kepada para ahli akar umbi PAS, Janganlah dikorbankan perjuangan PAS semata-mata kerana kilauan palsu Putrajaya. Kalau dahulu UMNO dikafirkan kerana kononnya tidak menerima Negara Islam, bagaimana pula dengan dakwaan pemimpin PAS sendiri yang memfatwakan Negara Islam tidak ada dalam Al Quran? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing .
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Semoga ALLAH memberikan kita semua hidayah dan istiqamah, dan memberi petunjuk kepada kaum yang perlu diberikan petunjuk.
Amin. 

Tipudaya Iblis Kepada Golongan Berilmu

Dr. Fathul Bari Mat Jahya
ISLAM amat menitikberatkan soal penjagaan akhlak dan peribadi, sehingga diutusnya Nabi SAW adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia sebagaimana yang disebut oleh Baginda, “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Bukhari dalam al-Adabul Mufrad, Ibnu Sa’d, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a, dihasankan oleh Al-Albani dalam Al-Shahihah)
Bahkan dalam hadis yang lain, Baginda bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat At-Tirmidzi. Lihat Ash-Shahihah)
ALLAH menguji akhlak manusia dari pelbagai perspektif. Orang berilmu diuji dengan kesombongan. Orang berharta diuji dengan sikap tidak mahu bersedekah. Pemimpin dan penguasa pula diuji dengan hal-hal tertentu. Semua manusia menghadapi ujian.
Saya tertarik dengan satu kitab tulisan Imam Ibnul Jauzi berjudul Talbisu Iblis (Tipu daya Iblis). Disusun dari mula tentang bagaimana iblis menipu daya manusia dari sudut akidahnya, menipu daya ulama, pemerintah, golongan sufi dan pembaca al-Quran.
Bagi orang yang diberikan ilmu; apa tipu daya iblis kepada mereka? Pertama, kefahaman tentang ilmunya. Kedua, kesombongan.
Orang yang ALLAH SWT berikan kepadanya al-Quran, di mana dia boleh membaca dan dia boleh mengulas al-Quran. Namun bagaimana dengan kefahamannya? Pernah atau tidak kita mendengar kenyataan seorang tokoh Islam liberal yang popular beberapa belas tahun dahulu, tentang isu aurat contohnya. Dia mengatakan (penutupan) aurat wanita hanyalah budaya Arab, bukan satu kewajipan.
Dia mengambilnya dari mana, sedangkan dia juga membaca al-Quran, dia adalah seorang profesor. Dia bukan tidak tahu al-Quran, dia bukan tidak tahu hadis, tetapi masalahnya adalah kaedah atau metodologinya dalam memahami.
Sebab itu kaedah memahami ini penting. Tidak semestinya orang yang membawa al-Quran dan hadis, benar-benar apa yang diungkapkannya itu adalah kefahaman yang benar. Jika tidak, tidak akan berlaku orang berdalilkan al-Quran untuk mengkafirkan orang lain secara serampangan, menyesatkan orang secara mudah, melantik dirinya menjadi Nabi, berdalil dalam bab kahwin dua, tiga dan empat sekali gus.
Sumbernya sudah benar, tetapi cara memahami tidak betul. Jadi salah satu cara untuk menyatupadukan ummah, kita harus kembali kepada kaedah pemahaman yang benar. Iaitu dengan mengikut penjelasan dan pentafsiran para ulama muktabar. Bermula dengan generasi sahabat Nabi kerana mereka adalah ketua para Ulama. Susulannya adalah tabi’in dan tabi’ut tabi’in.
Kita perlu faham, ulama-ulama juga banyak berbeza dalam hal-hal berkaitan fiqh secara khususnya. Contoh perbezaan mudah yang masyarakat kita berkelahi sampai ke hari ini tidak habis-habis; isu qunut. Isunya kecil sahaja, tetapi kita bergaduh tidak habis-habis. Ulama kita walaupun berselisih, perselisihan mereka disusuli dengan adab.
ALLAH menguji orang yang berilmu dengan akhlaknya. Walaupun seseorang itu berpegang dengan Mazhab Syafii, ada orang lain pula berpegang dengan Imam Ahmad bin Hanbal kerana Imam Ahmad bin Hanbal lebih hebat dalam bidang hadis berbanding Imam Syafii. Orang lain pula mengatakan Imam Syafii lebih hebat dalam Ushul Fiqh, yang lain pula mengatakan Imam Malik Tok Guru kepada Imam Syafii.
Adakah kita hendak berterusan bergaduh seperti itu? Tidak faham adalah satu masalah, kemudian ditambah pula dengan sifat sombong. Ini yang disebut Nabi SAW dalam hadis tentang kibr, di mana sifat takbur ini bukan hanya ada pada orang kaya. Ia merangkumi semua orang yang ALLAH berikan sedikit kelebihan padanya, lalu dia berasa sombong.
Akan lahir pada orang yang sombong ini dua perkara seperti kata Nabi; 1) menolak kebenaran, dan 2) merendahkan-rendahkan manusia lain. Itulah yang berlaku kepada Bani Israel ketika menolak kebenaran yang dibawa para Nabi mereka. Akibat buruk dari itu sebahagian mereka dirubah oleh ALLAH menjadi kera yang hina dan mati tanpa meninggalkan zuriat. Sifat sombong juga dimiliki oleh Firaun dan Hamam sebagaimana diceritakan  dalam al-Quran.
Ancaman ALLAH terhadap orang yang sombong sangat berat. Firmannya yang bermaksud, (Dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong.” (Surah al-Mu’min, ayat 40)
Ini adalah ujian ALLAH SWT kepada orang yang berilmu. Sama-samalah kita bermuhasabah dan memelihara adab dan akhlak supaya kita tidak termasuk dalam golongan berilmu yang seperti itu.
Penulis adalah CEO iLMU
Artikel ini disiarkan di akhbar pada Ahad, 07 Mac 2014

AMUKANMELAYU - siapa akan membetulkan ULAMAK sekiranya mereka melakukan KESILAPAN?