Saturday, 20 April 2013

"IBU MENGANDUNG 1 MALAYSIA"


 
OLAK LEMPIT - 20hb. April 2013, Sebenarnya malas nak menulis di petang macam ni, tapi bila nampak muka cucu Mohammad Qhairul Iman Al- Farris dan Aisyah Ivan Firnas langsung teringatkan PM Najib. Pertama Penulis nak ceritakan kebanggan penulis kerana anak-anak tak ambil pun BR1M yang di beri tu. Bukannya banyak sangat duit, tp penulis dah ajar anak-anak "menadah tangan hanya pada ALLAH" . Itulah sebabnya anak-anak tak ambil pun BR 1M tu. Lagi pun kita anak beranak hanya mengikut SURUHAN ALLAH dan RASULnya dan bukannya suruhan "manusia' yang sama akalnya dengan penulis.

Sebentar tadi di hulurkan anak buah mengenai buku 1 Malaysia.....setelah di baca berkali-kali tiada satu pun cadangan atau ke arah ISLAM 1 MALAYSIA dan satu lagi suka penulis nak cadangkan disini perlu juga ada "ORANG BARU 1 MALAYSIA (My Kid 1 MALAYSIA). Sumbangan RM 1,000.00 dalam SSPN
 

atau RM 1,000.00 di beri kepada Ibu bersalin dengan membawa My Kid Card untuk di ambil dimana-mana intitusi yang di lantik kerajaan........dan ikut suka dialah dia nak buat apa.....okey ke kalu sungguh PM Najib buat "Bantuan Ibu Bersalin" ni? Saja nak memenuhi masa waktu petang ni.... ada sapa-sapa nak sampaikan pada PM Najib?......penulis tiada access ke pejabat PM Najib....maklumlah penulis bukan Geng Songkok Tinggi.

AMUKANMELAYU - salam perjuangan pada semua kawan-kawan.