Tuesday, 30 April 2013

PEMBUNUHAN Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim ADALAH BALA YANG DI BAWA PAS KE PUTRAJAYA



VIDEO MUSTAPHA ALI DAN PEMBUNUHAN Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim, mungkin ... BALA ALLAH YANG DI BAWA PAS KE PUTRAJAYA
السَّلاَمُ َعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Terima Kasih kerana baca.


Saya ada terbaca satu artikal kononnya ditulis oleh seorang penjawat awam yang hadir ke ceramah Nik Aziz di presint 3, Putrajaya.


Dalam artikal tersebut, dinyatakan bahawa itulah suasana yang pembaca inginkan selama ini. Kononnya dalam majlis tersebut suasananya sangat aman, sangat tertib dan penuh dengan pengisian kerohanian. Pendek kata (bukan panjang yg kata) suasana tersebut mendamaikan hati sanubari setiap yang hadir.


Sebenarnya, suasana aman damai dan tenteram ini bukan pelik kepada warga Putrajaya. Artikal tersebut sebenarnya di karang secara tersusun, jelasnya bukan penjawat awam, tetapi dari Unit Media Pas sendiri. Lain tidak bukan hanya untuk mempengaruhi fikiran dan jiwa warga Putrajaya.
Namun begitu, saya terpanggil untuk menjawab artikal itu. Suasana aman dan tenteram di Putrajaya bukan kerana kehadiran Nik Aziz atau Azhar Idrus, sebaliknya Putrajaya berdiri atas kesejahteraannya sendiri dengan izin Allah.


Warga Putrajaya lebih kenal Putarajaya. Kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Putrajaya ini sekian lama telah merasai keamanan dan rasa bangga ini ada dalam diri setiap warga putrajaya. Saya rasa, keamanan dan kesejahteraan selama ini semakin rosak sejak beberapa hari ini dengan kehadiran jentera Parti Pembangkang ke Putrajaya. Lihat sahaja poster dan flyers yang di tabur ke rumah-rumah penjawat awam, ke peti-peti surat, ke kaki lima bangunan, penuh dengan penipuan. Malah poster2 ini menjadikan pemandangan indah Putrajaya yg diimpikan Pas dan pembangkang ini semakin rosak dan tercemar.


Harus diingat, keindahan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini bukan ladang rakyat yang boleh Pas pajak kepada Cina Dap sewenangnya. Harus diingat, Putrajaya ini bukan tanah Balak Kuala Krai yang boleh Pas agihkan kepada Kontraktor Dap utk dirogol. Perlu juga diingat bahawa kakitangan kerajaan bukan bahan alat utk Pas niagakan seperti Nik Aziz menjual maruah tanah negeri Kelantan 10k ekar kepada Ngah dan Ngeh.


Suasana aman di Putrajaya dgn susunatur rumah tanpa pagar ini telah lama tersergam, bukan kerana kehadiran Nik Aziz disini. Elok Nik Aziz pujuk Husam Musa dari menjadi alat Anwar Ibrahim mencapai cita2nya. Umum tahu bahawa Husam adalah proksi Anwar dalam Pas, dan sanggup menjadi alat menggadai maruah sehingga masyarakat Salor di Kelantan tercari-cari 'mana pergi wakil rakyat mereka'. Elok Husam balik tunaikan janji kepad org Kelantan terlebih dahulu.


Kepada Husam, di Putrajaya ini tidak ada kawasan yang anda boleh letakkan 'batu asas' untuk membuat janji kpd warga Putrajaya. Di Putrajaya ini, tidak ada ruang untuk anda dan Pas membuat pasaraya 'BILAL' yg namanya sahaja Islamic, tetapi pemiliknya Cina. Di sini juga tiada tanah utk anda membalak atau membina 'KB MALL' yg Pas agungkan sebagai kayu pengukur PEMBANGUNAN di Kelantan. Elok anda dan Pas segerakan Hudud yang dijanjikan di Kelantan selama 23 tahun, kerana ianya dibawah kuasa negeri.


Tetapi, buat Husam dan Pas.... Disini, di Putrajaya ini, jika nak datang melawat, kami warga Putrajaya sangat mengalu-alukan. Eloklah datang melawat, disini tempat yang sesuai untuk belajar tadbir Negeri dan Negara. Anda dan Pas bole belajar bagaimana membawa masuk pelabur dari luar, bagaimana mengurus air dengan baik, bagaimana mentadbir negara dengan cekap. Tapi, jika anda hendak belajar memfitnah atau berceramah, rasanya tidak perlu belajar... Itu anda dan Pas semulajadi Pakar.


Warga Putrajaya akan sediakan penginapan, akan sediakan kemudahan, akan sediakan pengangkutan. Tetapi ingat.. Penginapan samada di Kuarters atau Hotel-hotel di Putrajaya ini bukan tempat untuk MEMBUAT RAKAMAN FILEM SENDIRI seperti orang yang menyerupai Anwar dan Mustapha Ali. Kami tidak redha!!!!
Fikirlah... Tidakkah Video Mustapha Ali itu satu Bala kepada PAS!!!

AMUKANMELAYU - jika anda beriman kepada Allah....semua doa keburukan dari PAS untuk UMNO, kini sedang BERBALIK kepada PAS.....