Saturday, 6 April 2013

PRU 13 - MELAYUKU KEMBALI MENJAGA WASIAT BUMI PUSAKA


NI KALILAH - ANWAR MOHON MAAF KEPADA DS NAJIB, KERANA ALLAH

IMBAS SEMULA ANWAR MOHON MAAF KEPADA DS NAJIB DI LAMAN RASMI PKR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan.

Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri. Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.

Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya. Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.

Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara. Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan. Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.

PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana. Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.

“SEBANGSA SEJIWA SENEGARA”

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun

Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
17 Ogos 2012.

Rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar Ibrahim sendiri terpaksa memohon maaf secara peribadi kepada DS Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur kerana banyak perkara yang dituduhnya ke atas DS Najib tidak benar belaka. 

Antara perkara yang Anwar sangat kecewa ialah Perbuatan Tian Chua super imposed gambar DS Najib. Anwar sangat rasa berdosa terutama dalam kes "I will support all effort of Israeli" dan "Kalimah Allah" amat menghantui rasa bersalah Anwar sehingga memaksa beliau memohon maaf. 

Dalam permohonan maaf tersebut, Anwar menyatakan semuanya beliau terpaksa lakukan kerana Desakan rakan-rakan Bukan Islam dalam Pakatan. Apakah Anwar maksudkan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng??? Hanya Anwar sahaja yang tahu.

Permohonan Maaf Anwar Ibrahim tersebut memberikan "signal" kepada rakayat Malaysia bahawa Anwar dan Pakatan perlu ditolak dalam PRU13 kali ini kerana apa yang berlaku kepada Anwar sekarang adalah kerana kakinya dipegang oleh Karpal Singh, tangannya dipegang oleh Lim Kit Siang dan Mulutnya dipegang oleh Israeli Laknatullah.

Baru-baru ini pula, CN Al-Afghani memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah suatu masa dahulu merancang untuk membunuh Tun Dr. Mahathir.
 
sumber : Mymassa 
 
 
AMUKANMELAYU - kembali bertaut kita akan menawan DUNIA..........