Sunday, 28 April 2013

THAILAND MCOT TV - ANWAR THE NEX MALAYSIAN PRIME MANISTER


Anwar 43%.. Najib 39% - Berita TV Thailand.
 
Perghhhh~ bukan main gila bilamana sebuah laman FB dengan gahnya melaporkan dalam FB beliau bahawa member beliau sedang berada di Thailand tetiba tertengok berita di TV Thailand MCOT yang melaporkan populariti Najib adalah 39% berbanding Anwar Ibrahim iaitu 43%.
Tanpa memahami setabok pun bahasa Siam. Beliau dengan gahnya translate ikut suka dia dan menyatakan UNDI popular berpihak kepada Anwar Ibrahim.

Eh... WA punya mak orang siam laaaaa.. lu nak kencing orang lain boleh la... sehingga sekarang WA tengok lu berjaya kencing 4,071 orang yang like dan 2,134 orang bodoh yang share.. muah kah kah kah kah.

WA kesian laaa.. orang yang publish pun bodoh.. orang yang share pun ikut bodoh. Sedikit berita dari MCOT yang WA sendiri dah tonton dan fahami.

...มหาวิทยาลัย มาลา ยา · สอบถาม ความเห็น ชาว มาเลเซีย กว่า · 1,400 · คน ใน เดือนนี้ และ เผยแพร่ ผล เมื่อวานนี้ ว่า · ผู้ตอบ ร้อยละ · 43 · อยาก ให้ นาย อัน วาร์ เป็น นายก รัฐมนตรี · ขณะที่ ร้อยละ · 39 · อยาก ให้ นาย นา จิบ เป็นต่อ · ผู้ตอบ ร้อยละ ·...

"Universiti Malaya mengadakan kaji selidik di antara 1,400 orang pada bulan ini, dan dari jumlah itu, 43% mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia manakala 39% lagi mahu Najib dikekalkan sebagai PM."


Itu yang sebenarnya!! KAH KAH KAH KAH KAH.. tak caya? Gi translate sendiri laaaa.. bwahahahahahaha. Alamakkk~ bodoh la korang kalau ingat populariti Najib menurun.

Setakat 43% dari 1,400 dari kajian universiti set2 Adam Adli yang bengong tu xnak kepada Najib.. WA sikit pun tak heran... keh keh keh, Baru ada 602 orang yang taknak kepada Najib, puak pakatan jahanam dah bersorak dengan laporan dari TV Thailand yang dia sendiri tak faham tu...

Waris Amp : Lain kali share la lagi benda yang sendiri pun tatau apa isi dia.. bwahahaha,,.. nampak sangat BODOH....- PaperWaris
 

Separuh Borang Kaji Selidik UM Diisi Dalam Bilik Kuliah?       

um
Hasil Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), yang antara lain menyatakan 54% orang Melayu memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya 38% memilih Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, merupakan satu perancangan licik oleh Pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman.

Kaji selidik ini dilakukan oleh para pelajar fakulti tanpa pengawasan harian daripada pensyarah mahu pun penyelaras yang berwibawa dalam bidang kajian. Para pelajar diberi borang kaji selidik untuk diisi dalam temu bual mereka bersama responden di kawasan asal mereka dan tiada pengawasan dilakukan setiap hari selama kaji selidik dilakukan.

Menurut maklumat daripada seorang pensyarah kanan Universiti Malaya, separuh daripada 1407 borang yang dikeluarkan tidak diisi oleh responden. Bagi mencukupi jumlah responden yang diperlukan, para pelajar tersebut telah diarahkan mengisinya di dalam bilik kuliah.
Terdapat juga cakap-cakap di Universiti Malaya sekarang ini bahawa pelajar yang terbabit juga dikatakan dipilih secara khusus berdasarkan kecenderungan politik mereka dan kawasan-kawasan yang merupakan kubu kuat Anwar brahim.

Sementara itu Utusan Malaysia semalam melaporkan, Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam berkata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya ekoran beliau seorang kenalan kepada Anwar.
“Apabila mengetahui Mohamad Redzuan membuat kajian tersebut, sudah pasti statistik kecenderungan akan berpihak kepada Anwar kerana kita tahu macam mana rapatnya mereka.
“Analisis yang dikeluarkan atau dibentangkan juga pasti akan memihak kepada seorang individu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Muhammad menambah, hasil kajian itu juga akan mengambil kira sentimen persahabatan di antara orang yang dikaji dengan pengkaji.
Jelasnya, sebagai pelaksana (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan diukur dan pengkaji akan mencari apa kekurangan yang dibawa berbanding individu yang beliau lagi menjadi pelaksana (Anwar).
“Apa pun hasil kaji, rakyat Malaysia tahu untuk menilai dan membuat keputusan pada 5 Mei ini. Sama-sama kita nantikan,” katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin, hasil kajian itu dianggap berat sebelah kerana Mohamad Redzuan dilihat rakan kepada Anwar.
Selain itu, katanya, Mohamad Redzuan yang merupakan bekas pemimpin ABIM yang kini menerajui Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar.
“Kajian itu tidak mewakili pandangan menyeluruh dan kita melihat ia lebih kepada sentimen persahabatan,” katanya.

 Hasil kajian UMCEDEL bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pengarahnya, Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman di Universiti Malaya di sini semalam.

Ulasan Dari Akhbar Cina, Pakatan dah Kalah di Garisan Permulaan?



Nak beli akhbar cina, taktau baca. Tapi kita nak dengar juga pendapat dari kaum cina. Betul tak? Kat bawah ni Mc bagi alih bahasa akhbar cina, bukan guna google translate, sebab guna google translate, orang cina sendiri pun tak faham. he he..


Sinchew Daily News
Perkara: antara BN dan Pakatan Rakyat?
Ruangan: Opinion Corner m/s 22
Tarikh: 22 April 2013 (Isnin)

Tajuk:
Pakatan Rakyat kalah di garis permulaan larian
Penulis: Lim Sue Guan/ timbalan editorial akhbar

Penamaan pencalonan telah pun tetap, siapa yang akan menguasai kerajaan, sama ada Pakatan Rakyat ataupun BN, PRU kali ini adalah satu cabaran yang amat besar.
Dalam penamaan calon kedua-dua belah pihak juga ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tetapi Pakatan Rakyat kelihatan lebih mundur kebelakang sedikit. Dalam kerusi parlimen sebanyak 222 kerusi yang ditandingkan, BN tanding 221 kerusi, Pakatan Rakyat tanding 223 kerusi, satu kerusi berlaku pertindihan.
Kali ini BN tidak lagi berpeluang menang tanpa bertanding mana-mana kerusi, sebaliknya pada saat akhir calon bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas calon BN tarik diri, BN telah hilang 1 kerusi, tetapi Ibrahim Ali calon Bebas lebih condong kepada BN, jika sebaliknya Ibrahim Ali menang, pasti BN akan dapat kembali kerusi itu.
Naib Ketua Wanita UMNO Kamilia Ibrahim bertindak dengan tiket bebas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, menyebabkan UMNO rasa bengang, sudah tentu kerusi Parlimen Kuala Kangsar tetap tidak akan terlepas dari tangan BN.
Jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat lebih banyak masalah dalam pembahagian kerusi, Pas dan PKR masing-masing saling meletakkan calon bertanding kerusi Parlimen mereka di Labuan. Pecah tiket undi, pastinya Pakatan Rakyat kalah sebelum bertanding kerusi Parlimen di Labuan.
Pakatan Rakyat tanding di 6 kerusi DUN di kawasan Ledang, Kota Putera, Seberang Tasik, Kota Damansara, Sungai Aceh dan Panti, mereka saling berlaga bertanding 3 penjuru dengan BN.
Selain dari itu ahli Veteran DAP Sim Tong Him bertanding sebagai calon 2 kategori, beliau bertanding di kerusi Parlimen atas tiket DAP dan bertanding di kerusi DUN atas tiket bebas, menyebabkan keadaan pilihan raya di negeri Melaka dalam keadaan kebimbangan. Dimana DAP hanya bertanding di 2 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN di Melaka.
Selain dari itu, negeri Deposit BN di negeri Sabah, kini berlaku perbalahan antara parti dalam Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat tidak dapat capai kata sepakat untuk mencabar BN, menyebabkan kerusi Parlimen di Sandakan dan Tanjung Batu sahaja lawan satu sama satu, ini menyebabkan BN mananti untuk menuai hasilnya, kerusi Parlimen hanya ada 25 kerusi di negeri Sabah, dimana BN lebih berpeluang untuk menang besar.
Dari segi pertandingan kerusi Parlimen, UMNO masih lagi peneraju untuk BN, kerana MCA telah pinjamkan 3 kerusi Parlimen termasuk ditambah satu lagi kerusi di Sabah, dimana sebelum ini UMNO hanya ada 117 kerusi kini menjadi 121 kerusi Parlimen yang akan ditandingkan, bermakna UMNO menguasai lebih banyak kerusi daripada 222 kerusi yang akan ditandingkan, jika semua kerusi yang UMNO tandingkan menang, UMNO boleh memerintah secara solo. UMNO juga menguasai 338 kerusi DUN daripada 505, dengan nisbah 66.9 peratus.
Parti ranking kedua dalam BN ialah MCA sebanyak 37 kerusi Parlimen yang ditandingkan, ranking yang ketiga ialah parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak tanding 14 kerusi Parlimen, seterusnya Gerakan 11 kerusi, dan MIC 10 kerusi.
Pakatan Rakyat pula, PKR masih unggul sebagai big brother bertanding 99 kerusi, Pas 73 kerusi dan DAP 51 kerusi. Dimana kerusi DUN Pas tanding 236 kerusi, PKR 172 kerusi dan DAP tanding 102 kerusi.
Ini bermakna kekuatan BN ialah pada UMNO, dimana kekuatan Pakatan Rakyat terletak pada PKR dan Pas, ketiga-tiga parti ini cuba merebut lebih banyak kerusi daripada pengundi. Jika dilihat dari segi kekuatan ahli bawahan, UMNO lebih unggul dan Pas yang kedua unggul, yang ketiga adalah PKR.
Jika sebarang yang tidak diingini berlaku, ia akan membawa impak yang sangat besar, dengan itu langkah untuk masuk ke Putrajaya akan ada persaingan di antara ketiga-tiga parti. Walaupun DAP dalam masyarakat Cina kelihatan begitu hebat, tetapi hanya mampu bertanding di 51 krusi parlimen dengan nisbah tidak sampai 23 peratus, jika DAP menang semua kerusi yang ditandingkan, jika menang semua kerusi sekalipun DAP terpaksa mohon restu dari rakan-rakan parti.
Berlaku perkara yang tidak pernah terjadi dalam sejarah, kini seramai 270 calon bebas akan bertanding, sebanyak 90 kerusi Parlimen lawan 3 penjuru, hanya 132 kerusi tanding satu lawan satu. Mungkin calon bebas akan tarik tiket-tiket undi penyokong Pakatan Rakyat, ini tidak menguntungkan kepada Pakatan Rakyat.
Contoh garisan pecut untuk larian ke Putrajaya hanya 400 meter, permulaaan larian Pakatan Rakyat kurang elok, sama ada boleh menang ataupun tidak, ia perlu pecutan di garisan penamat yang terakhir.
Terjemahan:
Hassan Tiong Abdullah
22 April 2013
220413047
900 karakter

AMUKANMELAYU -  Paiii naii lok oiiii .....  Aki berbinikan Orang Kg. Natoi, Hosba yang bercakap bahasa Siam pun tak berani nak terjemahkan bahasa Siam dari TV tu.....macamana hang boleh cakap lagu tu.....dia ambik dari servey bebudak penyegan UM pastu dia siarkan dalam TV Thailand....tu cerita yang sebenaqnya........