Saturday, 27 April 2013

ULAMAK DAN UMARAK PERLU MENANGGUNG DOSA PERPECAHAN UMAT ISLAMELAYU DI MALAYSIA


PRU13 Dr MAZA : PAS patut henti menjaja hudud kepada Melayu


PAS harus berhenti daripada berjanji melaksanakan hudud kerana jelas parti itu tidak akan mampu berbuat demikian walaupun jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Jika sekiranya PAS menang semua kerusi pun, PAS tidak boleh buat hudud ini, ianya tidak cukup. Hudud ini bukan keutamaan sebenarnya seperti yang turut disebut oleh beberapa pemimpin PAS," katanya kepada Antarapos.
"Jadi PAS dan DAP telah terperangkap dalam membincangkan perkara yang bukan keutamaan, termasuk jugalah PKR. Itu menunjukkan tidak cukup kebijaksanaan mereka di dalam berpolitik pada musim pilihan raya ini,” tambah Asri.
"Benda yang mereka bincang ini ialah benda yang mereka tidak boleh buat, kalau BN menang pun tidak akan buat hudud dan kalau Pakatan Rakyat menang pun tidak akan buat hudud, itu adalah realitinya," katanya.

 
KENYATAAN - PAS lebih menampakan PERCANGGAHAN Najib dan Muhyidin.
Asri memuji Barisan Nasional yang dilihat lebih arif bersabit hukum hudud.

"Umno tidak akan bincang perkara yang dia tidak boleh buat tetapi tiba-tiba Pakatan Rakyat ini pergi mencadangkan benda yang dia tidak boleh buat, itu bezanya BN dan Pakatan Rakyat," katanya.
Semalam Pengerusi DAP Karpal Singh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR menolak undang-undang hudud PAS sebagai bercanggah dengan perlembangaan negara dan akan mencetuskan huru hara jika dilaksanakan.
Mereka berkata demikian setelah Timbalan Mursyidul PAS Datuk Haron Din sekali lagi memberi ketetapan PAS akan memperkenalkan undang-undang itu jika pembangkang mengambil alih Putrajaya.
Asri membayangkan PAS silap langkah dengan menjadikan isu hudud sebagai modal untuk menarik undi Melayu.
“PAS ini kita lihat kekurangan modal. Selama ini Umno tidak pernah menggunakan isu hudud tetapi dia dapat meraih sokongan orang Melayu tetapi kenapa tiba-tiba PAS (fikir) hanya dengan hudud sahaja boleh meraih undi orang Melayu?” kata beliau.

KENYATAAN - Kenapa perlu takut dan berubah "PENDIRIAN" tika bersama KAFIRUN?


Asri berkata sepatutnya PAS menawarkan rancangan holistik untuk pembangunan ummah yang pastinya akan lebih menarik kepada pengundi Melayu, namun memilih untuk memfokus kepada hudud sahaja.
"PAS boleh mencadangkan dengan buat perkara umpamanya pembangunan pengurusan zakat yang bagus, jadi masyarakat berkasih sayang yang baik dan patutnya ada modul yang PAS rancangkan dan bantuan untuk orang ramai yang lebih baik daripada yang ada sekarang.

 
DAULAH ISLAMIAH VS NEGARA BERKEBAJIKAN


"Keadilan sosial di seluruh peringkat nasional dan bawah dan banyak perkara lagi yang PAS boleh wujudkan bagaimana hendak dikembangkan tetapi dia tidak cakap macam itu, dia cakap hudud saja.
"Kalau PAS cakap bagaimana hendak memulihkan remaja agar kembali kepada syariat Islam dan kembali kepada akhlak yang baik pun sudah ramai orang boleh suka kalau dia benar-benar ada satu program yang dia boleh buat untuk rakyat daripada dia sebut mengenai undang-undang yang payah tentang hukuman," katanya.
Asri turut menasihatkan agar PAS tidak berdegil mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tidak boleh melaksanakan.
"PAS ini dia pilih benda sendiri yang keras dan menjadikan dia kelihatan keras oleh semua pihak. Dia dilihat sebuah kelompok yang konservatif macam mana gerakan Islam 80-an yang tidak mahu berubah padahal dia patut cakap banyak perkara," katanya

2. SEMBELIHAN UMNO HARAMDI MAKAN

ANTARA Amanat Haji Hadi kepada ahli PAS adalah "HARAM MAKAN DAGING SEMBELIHAN ORANG UMNO, KERANA UMNO TELAH MURTAD DAN KAFIR". Itul adalah antara 8 amanat Haji Hadi yang disampaikan dan akan terus segar pada ahli-ahli PAS yang taksub.

 
CALON PAS PERAK PRU 13- Dato Sri Nizar Jamaluddin dan Norzali Taliban
Ketika berceramah di Bukit Gantang pada 25 Oktober lalu, Norzali Musa menyatakan, “SEMBELIHAN ORANG UMNO TIDAK SAH KERANA SAMA DENGAN SEMBELIHAN ORANG KAFIR MEMANDANGKAN UMNO TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD.” - Norazli Musa


3.  NIKAH OLEH IMAM UMNO TAK SAH

Diakad dua kali selepas anggap dinikah imam UMNO tidak sah

PASIR PUTEH 22 Dis. - Akibat terlalu terpengaruh Amanat Haji Hadi, Daud Hussin, 50 sanggup diakad nikah sebanyak dua kali selepas beranggapan pernikahan yang dilakukan oleh imam UMNO tidak sah.
Ketika mengimbas kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 1984 itu, Daud berkata, beliau pada mulanya menggunakan khidmat imam UMNO bagi membolehkan proses perkahwinan didaftarkan selain menghormati ibu bapa dan keluarga pengantin perempuan.
''Bagaimanapun, beberapa jam kemudian saya menjalani upacara akad nikah kali kedua di rumah imam yang menyokong Pas kerana percaya proses pertama tidak sah di sisi agama Islam,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Tawar, dekat sini hari ini.


4. MATI MENENTANG UMNO  SYAHID

“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka

5. SOLAT DENGAN IMAM KERAJAAN TAK SAH
 

Masalah mengkafirkan UMNO atau kerajaan tidak habis di Markas atau Bilik Gerakan sahaja sebaliknya ia menular kedalam Masjid dan Masyarakat. Lihatlah sendiri dakwaan seorang Imam lama dari Terengganu yang seorang Ahli PAS, Haji Hussein bin Ahmad yang mengaku beliau akan terus dan tetap menjadi imam di Masjid Kg gong Pasir kerana pengikut-pengikutnya menganggap tidak sah solat mereka berimamkan imam yang dilantik kerajaan. Habis semua kehidupan dan  agama dipolitikkan. Siapa kita untuk menentukan solat diterima Allah atau tidak?


6.  ORANG ISLAM MENYOKONG MURTAD

Nurul Izzah Menyokong Murtad Dan LGBT



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.

“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum 'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini.

Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut. Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa  sebarang nilai Islam.

“Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.

“Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.


7.  PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Kronologi Tuntutan Kalimah “Allah”

Punca perdebatan kalimah "Allah" bermula semasa permohonan memperbaharui permit akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan

Perdebatan kalimah “Allah” dipercayai bermula semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu

Secara umumnya kronologi tuntutan terhadap kalimah “Allah” terbahagi kepada tiga peringkat. Ia bermula apabila akhbar Herald – The Catholic Weekly mengemukakan permohonan membaharui permit penerbitan akhbarnya kepada Kerajaan. Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah “ALLAH” dalam menggantikan kata nama “GOD” atau “LORD” untuk versi bahasa Melayu. Ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati maka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik. Peristiwa ini bolehlah dirangkumkan seperti berikut :
Sebelum Semakan Kehakiman
  • Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah “Allah”. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah “Allah” masih kekal.
  • Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1  November 2006.
  • Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”.
  • Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
  • Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi  tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah “Allah” tidak  digunakan di dalamnya dan perkataan “Terhad” mesti dicetak pada muka depan  majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
  • Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah "Allah"? 
Masihkah kita ingat Paderi Lawrence Andrew yang menfailkan Semakan Kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah “Allah”?

Semasa Semakan Kehakiman
  • Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
  • Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu  adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah “Allah” adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
  • Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang  Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah “Allah” hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
Selepas Semakan Kehakiman
  • Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
  • Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
  • Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan,  Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam isu kalimah "Allah"
Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam pertikaian isu kalimah “Allah”

Kronologi Polemik Penggunaan Kalimah Allah Masa Kini
Perdebatan berkaitan penggunaan kalimah “Allah” mula berputik kembali apabila ianya dibangkitkan oleh Lim Guan Eng secara PROVOKASI kepada umat Islam tanpa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menangguhkan isu ini demi kepentingan dan keharmonian negara. Sekiranya diapi-apikan secara AGRESIF nescaya isu ini akan menjadi sebab-musabab kepada timbulnya bibit-bibit perpecahan dan perbalahan di kalangan orang Islam khususnya dan masyarakat majmuk umumnya. Hal ini berlaku tidak lebih bertujuan untuk mendapatkan UNDI SIMPATI daripada pihak-pihak tertentu di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelma nanti. Perbalahan dan perdebatan ini dapat dilihat seperti rentetan berikut :

Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng adalah pencetus kepada polimik kalimah "Allah" secara nyata
Perutusan Sambutan Hari Natal oleh Lim Guan Eng yang meminta dibenarkan penggunaan kalimah “Allah” secara terbuka adalah PENCETUS kepada POLIMIK semasa di kalangan masyarakat
Pelbagai reaksi dan komen telah diutarakan oleh wakil agama dan ahli politik dalam membantah permintaan Lim Guan Eng
Mufti-Mufti mendesak agar semua pihak AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam
Mufti-Mufti pelbagai negeri mendesak agar semua pihak AKUR terhadap Fatwa yang menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam
  • Pada 24 Disember 2012, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan MEMBENARKAN masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible versi bahasa Melayu melalui Perutusan Sempena Sambutan Hari Natal.
  • Pada 28 Disember 2012, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan penggunaan kalimah “Allah” KHUSUS untuk orang Islam dan seluruh umatnya sahaja. Agama lain termasuk Kristian TIDAK BERHAK sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi untuk diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 4 Januari 2013, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan MENYOKONG penggunaan kalimah “Allah” untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 2010.
  • Pada 8 Januari 2013, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan KESAL dengan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta Kerajaan membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu.
  • Pada 8 Januari 2013, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan kalimah “Allah” BOLEH DIGUNAKAN oleh penganut semua agama DENGAN SYARAT tidak disalahgunakan selepas satu mesyuarat yang dihadiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  • Pada 11 Januari 2013, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi mendedahkan seorang Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar mengakui bahawa kalimah “Allah” adalah KHAS untuk umat Islam seperti yang diperakui di dalam buku tulisan beliau yang bertajuk; “Mengapa Nama Yahweh Semakin Popular.”
  • Pada 13 Januari 2013, susulan daripada desakan pelbagai pihak termasuk Mufti-Mufti pelbagai negeri (Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perak dan Pahang)  PAS akhirnya AKUR menyatakan bahawa kalimah “Allah” adalah KHUSUS untuk agama Islam dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN oleh agama lain selepas Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kesimpulan
Kita hendaklah beriman dan mengakui bahawa terdapat dua kalimah yang amat SENSITIF dari sudut agama Islam yang perlu dipertahankan. Pertamanya, kalimah Dua Syahadah tentang ikhtikad keimanan kita terhadap kewujudan Allah S.W.T. Keduanya, kalimah “Allah” yang WAJIB dihayati sebagai kata nama gantian kepada Rubbul’ alamin. Sewajarnya bagi umat Islam, nama “Allah” merupakan nama yang KHUSUS yang mesti  dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.
Jangan kita biarkan kalimah "Allah" dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK LAYAK dan beriman kepadaNya menggunakannya. ALLAH
Jangan kita biarkan kalimah “Allah” dipermainkan atau diperolok-olok oleh mereka yang TIDAK BERIMAN 

Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama “Allah” dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu adalah TIDAK WAJAR sama sekali, bahkan jika dilihat di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama “ALLAH” bagi merujuk kepada God atau Lord samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Wa’allahu’alam……. Sebarkanlah risalah ini demi agama tercinta.

8. ASSOBIYAH & FITNAH

PRU13 - Calon PAS Tuan Haji Husam Musa Tipu Pengundi Putrajaya



  
Calon PAS Putrajaya Tuan Haji Husam Musa telah menabur fitnah terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tentang pemencatan AJK Surau Presint 11.
PAS bukannya ajaran agama Islam. Hanya wadah perjuangan politik yang menggunakan agama demi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

PERHATIAN - FITNAH ATAU KENYATAAN?

 

ASABIYAH HALAL ATAU HARAM?



 Penjelasan ini agak panjang, tetapi merungkai banyak persoalan mengenai Asabiyah, Nasioanalisme dan Perjuangan Islam.......

Dari Dr Syeikh Muhammad ‘Uthman El Muhammady, Fellow Amat Utama Akademik Istac (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam)

Utman El Muhammady
Persoalan: Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan asabiyah? Benarkah semangat Kebangsaan itu asabiyah yang dilarang?

Jawapan: Untuk melihat permasalahan ini, elok diberi perhatian kepada beberapa perkara:

Pertama: Hadis tentang Asabiyah ,”Wahai Rasulullah , apa itu asabiyah? ”Jawab baginda: “(Asabiyah yang dilarang itu) adalah engkau menolong kaum engkau dalam melakukan kezaliman (kepada orang lain atau kepada kaum lain).”
Dalam Syarah Sunan Abi Daud dinyatakan bahawa hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud, Nasa’I dan Ibn Majah. Pengarang menyatakan tentang ‘menolong kaum engkau melakukan kezaliman ertinya taksub dengan kaumnya walhal mereka itu zalim , maka jadilah ia membantu mereka (dalam kezaliman). Termasuk juga orang yang membantu kaumnya atas perkara yang bukan hak.

Kedua: Abu Dawud meriwayatkan hadis daripada Jubair Bin Mut’aim , Rasulullah bersabda: “Tidak termasuk dalam kalangan kami,yakni perjalanan agama kami atau sahabat yang mengikut perjalanan agama kami , orang yang menyeru kepada asabiyah’ yakni kepada berhimpun dalam asabiyah dalam menolong orang yang melakukan perbuatan zalim dan seterusnya ”

Myhomesoil Persoalan : Apa itu Zalim?

Jawapan: Zalim dapat diertikan dengan meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempatnya. Antonim bagi  sifat Zalim adalah sifat Adil iaitu letakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Tidaklah dinamakan adil jika seseorang ada 2 anak , seorang lelaki dan seorang perempuan diberi jenis pakaian yang sama dari segenap segi tanpa mengambil kira jantina (sama rata , sama rasa). Itu zalim namanya.

Persoalan : Bagaimana dengan kecintaan kepada bangsa?

Jawapan: Riwayat daripada ‘Ubadah Bin Kathir Al Shami, Abu Fasilah bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W , “Wahai Rasulullah, adakah termasuk dalam asabiyah (yang tuan larang itu) sifat seorang lelaki yang sayang amat sangat kepada kaumnya?”. Sabda Baginda: “Tidak , tetapi (asabiyah) yang aku larang itu  adalah seseorang itu menolong kaumnya atas kezaliman , atau atas kezaliman mereka , atau secara kezaliman”. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah.
Berdasarkan hadis ini, kecintaan kepada bangsa adalah asabiyah yang positif dan ia tidak termasuk asabiyah yang dilarang dalam Islam.

PERSOALAN: Apakah penjelasan Asabiyah dalam konteks memperjuangkan hak satu-satu kaum seperti di Malaysia?
Tun Mahathir memimpin Malaysia ke Negara yang dikagumi
Jawapan: Di kalangan orang Melayu, soal identiti antara bangsa dan agama merupakan satu yang tidak dapat dipisahkan dan ini factor kekuatan yang sangat besar nilainya.
Pada Melayu, asas identitinya adalah pada agama Islamnya.(Tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Melayu itu Islam). Dengan itu , kebangsaannya tidak berpisah dengan agamanya. Ini nyata daripada pengarang-pengarang yang menulis dalam memperjuangkan kemerdekaan, yang mereka sebutkan “demi alif , ba , ta” yakni demi Agama , Bangsa dan Tanahair.
Tok Kenali di Kelantan pun menggunakan kata-kata itu ketika menulis dalam majalah Pengasuh yang hingga sekarang masih diterbitkan oleh Majlis Ugama Kelantan.
Sesungguhnya agama adalah roh dan hayat bagi bangsa.

Tambah beliau lagi, kita orang – orang Timur tidak seperti mereka di Barat; Hati kita dipandu oleh kesedaran tentang agama. Hakikatnya , di Asialah Allah menentukan yang kebanyakan Rasul diutuskan dan itu menandakan hanya kesedaran agama yang boleh membangkitkan orang-orang Timur dan memberangsangkannya kea rah kemajuan.

PERSOALAN: Adakah ini bermakna , nasionalisme yang positif(menuju kebaikan) dapat membantu menguatkan Islam?
Jawapan: Ibn Khaldun meletakkan asas kejayaan dengan kenyataan yang dibuatnya iaitu bahawa apabila semangat keagamaan  yang sebenar bergabung dengan asabiyah (yang halal) , itu akan menjadi kekuatan yang tidak boleh dikalahkan.
Dan beliau mendasarkan huraian ini di atas hadis:”Tuhan tidak membangkitkan Nabi melainkan ia berada dalam dukungan kekuatan kaumnya.”. Katanya kalaulah Nabi yang ada Mukjizat itu dibangkitkan Tuhan dalam jagaan kaumnya, maka apa lagi kita orang biasa yang tidak ada mukjizat ini , lebih-lebih lagi memerlukan dukungan kekuatan kaum kita (dalam erti positif sebagaimana yang disebut dalam syarah hadis tadi). Ini disebut dalam kitab Ibn Khaldun (Al Muqaddimah)



MyHomesoil: Perkara untuk difikirkan……
Apakah gerakan untuk membantu bangsa Melayu atau mereka yang beragama Islam yang lemah dari segi ekonomi dan Pendidikan disalah ertikan sebagai Asabiyah sedangkan kaum-kaum lain maju dari segi itu ditambah pula Malaysia ini merupakan Tanah Melayu suatu ketika dahulu? Tambahan lagi setelah kaum-kaum lain bersetuju dengan KONTRAK SOSIAL yang telah termetrai sebelum Kemerdekaan diberi?

Apakah Kerajaan Melayu Islam ketika ini mengamalkan sistem Pemerintahan yang menutup terus periuk nasi kaum-kaum lain sehinggakan mereka tidak boleh Berjaya langsung dalam apa jua bidang yang mereka ceburi?

Tidakkah Kerajaan Melayu Islam ketika ini tidak membantu kaum-kaum lain di dalam bidang pendidikan , keagamaan dan ekonomi?

Tidakkah Malaysia sememangnya stabil dan seimbang dari segi keharmonian sesama kaum sepanjang 54 tahun??

Fikir-fikirkanlah siapa yang meracuni pemikiran kaum lain terhadap Bangsa  Melayu sehingga tergugat Kerajaan yang dilantik dan Negara secara keseluruhannya? Ia selepas PRU 12 kan? Selepas 2008 semua perkara ‘dilihat’ tidak stabil! Siapakah dalangnya. Mahukah anda perkara ini berlanjutan dan membarah lebih teruk selepas PRU 13? Jika tidak mahu, pangkahlah kerajaan yang betul dan bertanggungjawab. Kerajaan  YANG BERPAKAT untuk kebaikan RAAYAT dan menghormati HAK pada yang BERHAK.


AMUKANMELAYU - Kembali kepada Reality bukan Fantasi, kemampuan 2/3 kerusi ISLAMELAYU dalam Perlimant, kedudukan anak-anak atau cucu-cucu kita yang Mak Bapaknya di nikahi Imam UMNO, darah yang mengalir di dalam tubuh ini setelah MENTEDARAH ayam di rumah kenduri di mana ayamnya di sembelih Wak Sarmo yang menjulang tangan Najib di Olak Lempit?,  semalam membeli nombor ekor sebelum "SYAHID" pagi tadi terkerana renjatan letrik semasa memasang bendera parti. 
Setiap ceramah menjaja HUDUD HUKUM ALLAH tapi semalam baru bercerai selepas seminggu bernikah MUTAAH dengan Suriati dari Jawa Barat. Tersenyum panjang bila mendengar perbahasan di Perlimant Lim Kit Siang dan Karpal membelasah Islam dan Sultan yang se Ugama dan sebangsa dengan kita.......akuilah yang kita telah kehilangan Tanah Melayu ini selepas kita BEPECAH dan BERKAWAN dengan KAFIRUN dan DEMOKRASI membuatkan kita menderhaka kepada ALLAH dan RASULnya.