Friday, 31 May 2013

ALLAH MENENTUKAN NASIB NAJIB BUKAN KEKUATAN FITNAH DAN PENASIHATNYA



TAK DAPAT TANDUK, TELINGA DIPULAS...


NAJIB - Baiki dulu UMNO dari dalam

Fesyen politik nak suruh orang letak jawatan dan bertanggungjawab atas perbuatan yang dia hanyalah penurut, memang sudah diketahui umum. Dek kerana itulah pepatah Melayu menyatakan 'siapa yang mahu mengaku berak di tengah jalan.'
Selepas Tun Daim mengeluarkan isi perutnya setelah rimas dengan gelagat tukang-tukang penasihat di sekeliling Perdana Menteri tetapi akhirnya memberikan nasihat busuk dan lanfsung tidak terpakai, semakin kerap ler pulak suara-suara sumbang yang diketahui siapa taukeh mereka, kedengaran menyalak dan melolong.
Kata mereka, Najib harus meletak jawatan kerana segala perancangannya telah gagal.
Sedangkan walaupun Najib mungkin menjadi Perdana Menteri dari UMNO yang mempunyai penasihat paling ramai, namun beberapa gerak kerjanya membuahkan hasil untuk rakyat Malaysoa tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
Cuma Najib bernasib malang kerana mewarisi sebuah kerajaan yang cukup lemah pada ketika itu yang telah membiarkan anai-anai bersarang sehingga akhirnya tidak terkawal apabila Anwar Ibrahim dibenarkan menggunakan platform politik untuk menghapuskan perbuatan jijiknya daripada diketahui oleh anak cucunya.
Ditambah pula dengan kebebasan yang tiada had, kelemahan banyak elemen yang sebelum ini membantu UMNO-BN untuk kekal berkuasa semata-mata untuk.mengkayakan kaum keluarga selain percampuran masalah peribadi dan keluarga dalam kerja-kerja negara membuatkan Najib bagaikan orang lemas yang akan menggapai apa-apa sahaja untuk bergayut dan berpaut.
Najib telah berjaya menstabilkan semula ekobomi dan kewangan negara. Kalau sebelum Najib, rakyat merungut tentang susahnya nak berniaga, pada zaman Najib ianyabsudah mula berubah sehinggakan ramai yang mempunyai waktu senggang dan berkualiti untuk melakukan pelbagai perkara berbanding bekerja.
Kehebatan kaum oportunis menjual diri mereka, kononnya mereka ada pakej ajaib yang bole membantu Najib mengatasi masalah kehilangan sokongan, akhirnya membuatkan Najib tertipu.
Nama-nama seperti Omar Ong tidak mendatangkan sebarang faedah politil jangka panjang buat Najib. Malah manusia ini juga tidak memberikan faedah kepada negara melainkan mengulangi semula kontrak kerajaan dari sebesar-besar sehinggakan kepada pembekalan alatulis dan buku bacaan tambahan pun disapu dek menantu.
Nak samakan Najib dengan pemimpin yang digantikannya bagikan membandingkan hitam dan putih. Najib telah membuktikan dia berupaya mencetuskan atau mengembalikan semula keyakinan pelabur menerusi projek duit buat duit bukannya bekukan ekonomi dengan alasan negara takdak duit dan kita perlu simpan duit.
Pendapat duit tak boleh dibelanjakan supaya tifak jatuh miskin hanya untuk kabinet dapur. Apabila melibatkan negara, stimulasi ekonomi memerlukan kerajaan berbelanja bagi mewujudkan lebih banyak kecairan domestik sekaligus memastikan ekonomi berfungsi secara normal.
Bajib telah berjaya melakukannya. Walaupun Pakatan cuba menimbulkan masalah hutang negara tetapi Najib berjaya menyanggah tuduhan mereka dengan simpanan serta rezab kewangan serta pegangan Malaysia yang lebih kukuh.
Tak ada sebab untuk Najib berundur dari jawatan Perdana Menteri. Setelah mengambilalih jawatan tersebut daripada prestasi yang sangat buruk, kelemahan Najib hanyalah kerana dia anak aristokrat yang bila nak makan jambu, dia tidak perlu panjat pokok jambu tetapi cukup sekadar menghulurkan duit.
Yang perludicampak, diterajang, diusir bahkan dilaknat dan dicela seluruh keluarga dan keturunan adalah manusia penasihat yamg telah mengelirukan minda Najib sehingga dia melakukan beberapa kesilapan dalam pendekatan politik yang kemudian diambil kesempatan oleh puak yang sama untuk mencuri secara halal.
Campak mereka ini dan usir serta kenakan perintah menghalang mereka daripada mendekati Najib mahupun Rosmah, maka Najib sudah pastilah akan menjadi Perdana Menteri terbaik Malaysia di tengah-tengah kegawatan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah serta Australia.
Yang perlu berambus adalah para penasihat yang telah menjadikan Najib sebagai anak patung .tanah liat yang sangat mudah patah dan hancur.


AMUKANMELAYU - JKKKKKKKKK dan K pun Najib kena duk tengok selalu, sebenaqnya depa nilah yang menghantar mesej DENYUT NADI RAAYAT, kalu depa ni yang duk mohong dan membina KEKAYAAN dengan elaun RM 800.00, semuanya menjadi BALA kepada UMNO dan orang Islamelayu......