Wednesday, 15 May 2013

ANWAR - DARI YANG TERHEBAT KINI MENJADI CACAT


Perjuangan Anwar sudah tidak relevan, bancian mahu Anwar bersara. 

  

ADOYAI......nape The Edge wat macam ni.....

 

Lebih 81 peratus pembaca akhbar The Edge mahu Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan tersebut gagal membentuk kerajaan pusat selepas PRU13, 5 Mei lalu. Bancian online The Edge melalui laman www.theedgemalaysia.com menunjukkan setakat jam 3 petang semalam, sebanyak 12,588 mengambil bahagian dalam bancian tersebut.

 Daripada jumlah itu, 10,275 undian mengatakan sokongan supaya Anwar memenuhi janji untuk meletakkan jawatan tersebut. Sementara itu, sebanyak 2,314 orang pula mahu Anwar terus mengetuai pakatan pembangkang kerana berjaya memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum lalu. Bancian ini masih berlangsung dengan soalan berbunyi, ‘PR telah gagal menawan Putrajaya pada PRU13. Adakah Anwar perlu meletakkan jawatan sebagai ketua?’.

 Anwar dalam video ucapannya pada 17 Ogos tahun lalu berkata beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah jika rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU13. Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu menukar pendiriannya sebelum ini untuk bersara dari dunia politik kerana mendakwa PRU13 dipenuhi penipuan dan akan terus memperjuangkan hak rakyat menuntut pilihan raya adil dan bersih.


 MINTA CAMPUR TANGAN ASING MEMBUATKAN ORANG MUDA HILANG KEYAKINAN PADA ANWAR

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia.

"Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq. "Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar.

Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu. Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa". "Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab. "Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela.- utaranews.com.


Checkmate Anwar Ibrahim sudah tiba. Walaupun mungkin sebahagian besar daripada pimpinan DAP seperti Lim Kit Siang akan menunjukkan simpati kepada Anwar Ibrahim, namun Anwar Ibrahim juga sedar, dia sekarang sedang bersendirian bersama-sama konco rapatnya.
Tiada mana-mana pihak termasuklah dari DAP dan PAS yang mahu bersama-samanya ke TALI GANTUNG
 
 
 
AMUKANMELAYU - Menjadi Menteri, anggota kabinet, pemidato, penyajak, penyanyi, pemimpin jalanan dan kini TAK KETAHUAN.