Thursday, 2 May 2013

INI KALILAH - BN MENANG 171 KERUSI, BOLEH PERCAYA KE NI...........


Perlu Teruskan Usaha Biarpun Kemenangan BN Dalam Genggaman – Ahmad Maslan
Biarpun kemenangan dua pertiga berada dalam genggaman, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) tidak boleh leka malah perlu melipatgandakan usaha dalam masa-masa terakhir menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Ketua Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, situasi ini tidak akan menjejaskan komitmen petugas untuk terus memastikan kemenangan BN.
“Laporan terkini menunjukkan BN akan menang dua pertiga memberi kesan gembira kepada BNtetapi petugas parti jangan ambil sambil lewa. Kegembiraan melebihi (kesan) negatif dengan syarat dalam masa tiga hari ini terus gandakan usaha.
“Tumpuan perlu diberi terutama di tiga negeri yang bakal kita rampas semula Kelantan, Kedah dan Selangor dan ada sedikit lagi perkara yang perlu kita buat di Pulau Pinang (sebelum merampasnya semula),” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama 800 Pesara di Hotel Pelangi, di Muar, Khamis.
Katanya, seramai 25 orang ditugaskan memantau semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) seluruh negara bagi memastikan segala pergerakan jentera di 7,531 PDM seluruh negara berjalan lancar.
Jelasnya, 25 petugas tersebut dilengkapkan dengan peralatan komunikasi dan memantau semua perkembangan PDM tersebut 24 jam sehari yang berpusat di Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur bagi memastikan sebarang masalah yang timbul akan dapat diselesai serta merta.
“Kita dapat maklumat terus dari PDM ke ibu pejabat Umno, contohnya berapa banyak ceramah dibuat hari ini, ada tak sabotaj oleh mereka yang tidak dipilih menjadi calon,” katanya.
Jelas beliau, strategi BN mengumumkan calon lima hari sebelum penamaan calon bagi memastikan rasa tidak puas hati dapat diselesaikan secepat mungkin.
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyeru pengundi-pengundi atas pagar supaya bersama BN kerana tsunami politik yang berlaku pada 2008 sudah terhenti.
Ahmad berkata, kesan tsunami politik tersebut yang mengubah landskap politik pada PRU-12 itu berjaya ‘disekat’ melalui transformasi diperkenal Perdana Menteri termasuk melalu pemberian-pemberian bantuan secara langsung contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sementara itu, mengulas penghijrahan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib yang menyertai PAS baru-baru ini, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu proses ‘pembersihan’ dalam gabungan parti itu.
“Itu sebab Tun Dr. Mahathir Mohamad suruh dia berhenti jadi Menteri Besar. Silalah PAS ambillah orang seperti ini, kami gembira dan suka terhadap apa yang berlaku, orang yang tidak setia dalam perjuangan Umno. Dengan cara ini kita dapat bersihkan parti,” katanya.
-mStar

RAMALAN AWAL BN MENANG 171 KERUSI
 
 
HUSAM MEMEGANG KUNCI PUTRAJAYA - Putrajaya milik PAKATAN RAKYAT

Di dalam blog ini atau dalam komen-komen di fb sejak dulu, Jokiden selalu mengandaikan bahawa BN akan memenangi 171 kerusi Parlimen dalam PRU13 ini. Sementara PAS hanya memenangi 9 kerusi Parlimen, PKR 5 dan DAP mampu memenangi sebanyak 36 kerusi. Yang satu lagi itu Jokiden berikan kepada calon bebas.
Di dalam mana-mana ceramah juga Jokiden sering mengulangi angka yang sama. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menaikkan semangat jentera UMNO/BN disamping untuk memperlekehkan pihak lawan.
Ada yang ketawa sinis dengan angka Jokiden dan ada juga yang sama-sama mendoakan agar angka tersebut menjadi kenyataan. Ada yang bertanya bagaimana Jokiden mendapat angka tersebut. Ada juga yang ingin tahu fakta dan kaedah apa yang Jokiden gunakan untuk mencipta angka tersebut.
Beberapa orang pemimpin UMNO/BN pula langsung tidak boleh menrima angka tersebut. Namun rata-rata pemimpin UMNO/BN dan Pakatan berkeyakinan untuk memenangi sebanyak 112 kerusi untuk parti masing-masing.
Jokiden juga tidak pernah meminta sesiapa untuk mempercayai angka dan andaian seperti di atas kerana ia hanya ramalan semata-mata. Memandangkan PRU13 hanya tinggal 3 hari dan rakyat bakal membuat perhitungan maka di sini Jokiden perturunkan kerusi-kerusi yang bakal dimenangi oleh BN dan Pakatan.
P1 PADANG BESAR BN (1)
P2 KANGAR BN (2)
P3 ARAU BN (3)
P4 LANGKAWI BN (4)
P5 JERLUNG BN (5)
P6 KUBANG PASU BN (6)
P7 PADANG TERAP BN (7)
P8 POKOK SENA BN (8)
P9 ALOR STAR PKR (1) ***
P10 KUALA KEDAH PKR (2) ***
P11 PENDANG BN (9)
P12 JERAI BN (10)
P13 SIK BN (11)
P14 MERBOK BN (12)
P15 SUNGAI PETANI BN (13)
P16 BALING BN (14)
P17 PADANG SERAI BN (15)
P18 KULIM BANDAR BAHARU BN (16)
P19 TUMPAT BN (17)
P20 PENGKALAN CHEPA PAS (3) ***
P21 KOTA BHARU PAS (4) ***
P22 PASIR MAS BEBAS (1) ***
P23 RANTAU PANJANG BN (18)
P24 KUBANG KERIAN PAS (5)***
P25 BACHOK BN (19)
P26 KETEREH BN (20)
P27 TANAH MERAH BN (21)
P28 PASIR PUTIH BN (22)
P29 MACHANG BN (23)
P30 JELI BN (24)
P31 KUALA KRAI BN (25)
P32 GUA MUSANG BN (26)
P33 BESUT BN (27)
P34 SETIU BN (28)
P35 KUALA NERUS BN (29)
P36 KUALA TERENGGANU BN (30)
P37 MARANG BN (31)
P38 HULU TERENGGANU BN (32)
P39 DUNGUN BN (33)
P40 KEMAMAN BN (34)
P41 KEPALA BATAS BN (35)
P42 TASEK GELUGOR BN (36)
P43 BAGAN DAP (6) ***
P44 PERMATANG PAUH PKR (7)***
P45 BUKIT MERTAJAM DAP (8)***
P46 BATU KAWAN DAP (9)***
P47 NIBONG TEBAL BN (37)
P48 BUKIT BENDERA DAP (10)***
P49 TANJUNG DAP (11)***
P50 JELUTONG DAP (12)***
P51 BUKIT GELUGOR DAP (13)***
P52 BAYAN BARU BN (38)
P53 BALIK PULAU BN (39)
P54 GERIK BN (40)
P55 LENGGONG BN (41)
P56 LARUT BN (42) ????

P57 PARIT BUNTAR PAS (14)***
P58 BAGAN SERAI BN (43)
P59 BUKIT GANTANG BN (44)

P60 TAIPING DAP (15)***
P61 PADANG RENGAS BN (45)
P62 SUNGAI SIPUT BN (46)
P63 TAMBUN BN (47)

P64 IPOH TIMUR DAP (16) ***
P65 IPOH BARAT DAP (17) ***
P66 BATU GAJAH DAP (18) ***
P67 KUALA KANGSAR BN (48)
P68 BERUAS DAP (19) ***
P69 PARIT BN (49)
P70 KAMPAR BN (50)
P71 GOPENG BN (51) ???
P72 TAPAH BN (52)
P73 PASIR SALAK BN (53)
P74 LUMUT BN (54)
P75 BAGAN DATOK BN (55)
P76 TELUK INTAN BN
(56)
P77 TANJUNG MALIM BN(57)

P78 CAMERON HIGHLAND BN (58)
P79 LIPIS BN (59)
P80 RAUB BN (60)
P81 JERANTUT BN (61)
P82 INDERA MAKHOTA BN (62)
P83 KUANTAN BN (63)
P84 PAYA BESAR BN (64)
P85 PEKAN BN (65)
P86 MARAN BN (66)
P87 KUALA KRAU BN (67)
P88 TEMERLOH BN (68)
P89 BENTONG BN (69)
P90 BERA BN (70)
P91 ROMPIN BN (71)

P92 SABAK BERNAM BN (72)
P93 SUNGAI BESAR BN (73)
P94 HULU SELANGOR BN (74)
P95 TANJONG KARANG BN (75)
P96 KUALA SELANGOR BN (76)
P97 SELAYANG BN (77)
P98 GOMBAK BN (78)
P99 AMPANG BN (79)
P100 PANDAN BN (80)
P101 HULU LANGAT BN (81)

P102 SERDANG DAP (20)***
P103 PUCHONG DAP (21)*** ???
P104 KELANA JAYA BN (82)
P105 PETALING JAYA SELATAN PKR (22)***
P106 PETALING JAYA UTARA DAP (23)***
P107 SUBANG BN (83)
P108 SHAH ALAM BN (84)
P109 KAPAR BN (85) ???

P110 KLANG DAP (24)***
P111 KOTA RAJA BN (86) ???
P112 KUALA LANGAT BN (87)
P113 SEPANG BN (88)


P126 JELEBU BN (89)
P127 JEMPOL BN (90)

P128 SEREMBAN DAP (25)***???
P129 KUALA PILAH BN (91)
P130 RASAH DAP (26)***
P131 REMBAU BN (92)
P132 TELUK KEMANG BN (93)
P133 TAMPIN BN (94)

P134 MASJID TANAH BN (95)
P135 ALOR GAJAH BN (96)
P136 TANGGA BATU BN (97)
P137 BUKIT KATIL BN (98)

P138 KOTA MELAKA DAP (27)***???
P139 JASIN BN (99)

P140 SEGAMAT BN (100)
P141 SEKIJANG BN (101)
P142 LABIS BN (102)
P143 PAGOH BN (103)
P144 LEDANG BN (104)
P145 BAKRI BN (105)
P146 MUAR BN (106)
P147 PARIT SULONG BN (107)
P148 AYER HITAM BN (108)
P149 SRI GADING BN (109)
P150 BATU PAHAT BN (110)
P151 SIMPANG RENGGAM BN (111)
P152 KLUANG BN (112)
P153 SEMBRONG BN (113)
P154 MERSING BN (114)
P155 TENGGARA BN (115)
P156 KOTA TINGGI BN (116)
P157 PENGERANG BN (117)
P158 TEBRAU BN (118)
P159 PASIR GUDANG BN (119)
P160 JOHOR BAHRU BN (120)
P161 PULAI BN ( 121)
P162 GELANG PATAH BN (122)
P163 KULAI BN (123)
P164 PONTIAN BN (124)

P165 TANJONG PIAI BN(125)

Huh!!! sampai ke Johor sahaja BN sudah mampu memerintah semula. Pakatan jangan lupa kata-kata sendiri yang selalu diungkapkan dalam ceramah iaitu Sabah dan Sarawak merupakan fixed deposite BN. Mari kita tengok selanjutnya.

P166 LABUAN BN (126)

P167 KUDAT BN (127)
P168 KOTA MARUDU BN (128)
P169 KOTA BELUD BN (129)
P170 TUARAN BN (130)
P171 SEPANGGAR BN (131)
P172 KOTA KINABALU BN (132)???
P173 PUTATAN BN (133)
P174 PENAMPANG BN (134)
P175 PAPAR BN (135)
P176 KIMANIS BN (136)
P177 BEAUFORT BN (137)
P178 SIPITANG BN (138)
P179 RANAU BN (139)
P180 KENINGAU BN (140)
P181 TENOM BN (141)
P182 PENSIANGAN BN (142)
P183 BELURAN BN (143)
P184 LIBARAN BN (144)
P185 BATU SAPI BN (145)
P186 SANDAKAN BN (146)
P187 KINABATANGAN BN (147)

P188 SILAM BN (148)

Huh!!! sampai SILAM sejarah silam sudah terukir kembali, BN sudah berjaya mendapat dua pertiga. Calon PKR yang kauseling jam tiga pagi tewas kepada calon BN Datuk Datu Nasrun Datu Mansor. Meraung Nuar sebab Sabah tak jadi hilang.

P189 SEMPORNA BN (149)
P190 TAWAU BN (150)
P191 KALABAKAN BN (151)

P192 MAS GADING BN (152)
P193 SANTUBONG BN (153)
P194 PETRAJAYA BN (154)

P195 BANDAR KUCHING DAP (28)***
P196 STAMPIN BN (155)
P197 KOTA SAMARAHAN BN (156)
P198 MAMBONG BN (157)
P199 SERIAN BN (158)
P200 BATANG SADONG BN (159)
P201 BATANG LUPAR BN (160)
P202 SERI AMAN BN (161)
P203 LUBUK ANTU BN (162)
P204 BETONG BN (163)
P205 SARATOK BN (164)
P206 TANJONG MANIS BN (165)
P207 IGAN BN (166)

P208 SARIKEI DAP (29)***
P209 JULAU BN (167)
P210 KANOWIT BN (168)
P211 LANANG BN (169)
P212 SIBU BN (170)
P213 MUKAH BN (171) YAHOOOO!!!! BN MONANG BOSA.
P214 SELANGAU BN (172)
P215 KAPIT BN (173)
P216 HULU RAJANG BN (174)
P217 BINTULU BN (175)
P218 SIBUTI BN (176)
P219 MIRI BN (177)?????
P220 BARAM BN (178)

P221 LIMBANG PKR (26)???????
P222 LAWAS BN (179)
P114 KEPONG DAP (30)***
P115 BATU BN (180)
P116 WANGSA MAJU BN (181)

P117 SEGAMBUT DAP (31)***
P118 SETIAWANGSA BN (182)
P119 TITIWANGSA BN (183)

P120 BUKIT BINTANG DAP (32)***

P121 LEMBAH PANTAI BN (184)



Jika sebelum ini, kita sering mendedahkan bahawa Merosakkini sering melaporkan berita - berita yang separuh mentah dan tidak tepat.

Tapi lain pulak kali ini. Ramalan yang dibuat oleh laman portal Pro Pakatan tu memang cukup tepat sehinggakan ia membuat Si Nurul Izzah tu ketar lutut.

Apa yang pasti, tanpa ramalan tersebut, ianya akan menjadi kenyataan. Si Nurul Izzah tu bukan sekadar menghadapi laluan sukar. Dia tetap akan kalah dalam PRU kali ini. Tu pun bukan salah orang lain. Tapi semuanya salah dia sendiri!!!
AIDCNews – 01/05/13 – Daripada seorang ‘bintang’ kini telah bertukar menjadi ‘underdog’ di Lembah Pantai, begitulah rumusan portal pro-pembangkang, Malaysiakini yang merujuk kepada penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar.

“Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sedang menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandangnya menentang Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba dalam persaingan tiga penjuru.

“Masalah utama bagi Nurul Izzah, 32, ibu kepada dua anak, apabila terdapat 16,500 pengundi baru di kawasannya – yang beliau yakin 5,000 daripadanya pengundi hantu kerana tidak boleh dikesannya, ” lapor Malaysiakini yang mula meletakkan kambing hitam – pengundi hantu- satu alasan semborono tanpa bukti konkrit.

Sepatut Raja Nong Chik sebagai ‘underdog’ dan bukannya Nurul Izzah, namun kini strategi diterbalikkan.

“Walaupun sebagai penyandang, Nurul Izzah kini dilihat sebagai calon underdog atau bukan pilihan menentang jentera besar dan bertenaga Raja Nong Chik, yang juga mempunyai reputasi baik berkhidmat kepada rakyat pada masa mudanya.

“Raja Nong Chik, 60, pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai sekitar tahun 80-an.

“Malah, gambar-gambar lamanya yang menunjukkan beliau menolong orang ramai, seperti mangsa banjir dan kebakaran di setinggan masih boleh dilihat sampai hari ini.

“Beliau juga dilihat sebagai pemimpin akar umbi,” lapor portal itu lagi.
 
 
P122 SEPUTIH DAP (33)***
P123 CHERAS DAP (34)***
P124 BANDAR TUN RAZAK BN (185)
P125 PUTRAJAYA BN (186)



 AMUKANMELAYU - dengan menggunakan BANCIAN rambang yang sebenarnya hanya menumpukan kepada penyokong sendiri dan dengan menggunakan CYBERTROPER yang mempunyai akaun Twitter dan Facebook yang banyak dengan sendirinya PR dan BN sukar untuk mendapatkan SURVEY yang tepat.....LAPORAN RAMALAN di atas Amukanmelayu ambil dari Blog JOKIDAN. Jika demikianlah KEPUTUSANnya maka banyaklah orang yang FRUST menonggeng dan janganlah hendaknya menyesakkan HOSPITAL TANJUNG RAMBUTAN.....