Wednesday, 22 May 2013

MELAYUKU - JASADNYA MELAYU ROHNYA ISLAM



BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia 


Mari kita imbas kembali apa yang sudah berlaku pada siri-siri yang lepas. Kepada yang baru mengikuti kisah ini, saya cadangkan anda untuk membaca siri-siri lalu kerana mungkin ianya dapat membantu anda dalam perihal yang sedikit sukar untuk di cerna oleh akal dan minda.Apa yang pasti, sebagai orang timur, kita mempunyai amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalam merealisasikan kebangkitan itu kerana itu adalah datangnya dari mulut baginda rasullullah sendiri.

Kisah bermula apabila penciptaan ADAM di dengki oleh AZAZIL di alam 'syurga'. Dek kerana ilmu nama-nama serta 'kesempurnaan' ADAM, maka AZAZIL bertukar menjadi IBLIS
 

demi menyesatkan anak cucu ADAM sehingga tempoh maut mereka tamat bila tiba hari kiamat. Maka turunlah ADAM dan isteri ke bumi yang ketika itu telah di huni oleh pelbagai jenis makhluk tapi masih terumbang ambing tiada khalifah untuk menerajui langit dan bumi. Kedatangan ADAM dan isteri telah membawa kepada satu penyatuan besar-besaran yang di kenali sebagai 'satu umat'.

Nabi ADAM juga telah di bantu oleh anak-anaknya yang bertaraf dewa-dewa. Dewa-dewi ini adalah anak ADAM yang di beri ilmu segala sama seperti ADAM. Dek kerana ilmu itulah
mereka dapat menjadi khalifah langit dan bumi. Tapi, kesesatan telah berlaku di mana ada segolongan manusia mengidolakan mereka sehingga mereka membuat patung-patung untuk di sembah. Terdapat juga penguasaan Nephilim gergasi waris AZAZIL+fallen angle yang mana telah merosakkan segala kesucian 'satu umat'. Terdapat juga Dewa-dewi yang telah belot dalam penyatupaduan umat ini. Meskipun mereka belot tapi mereka tidaklah belot terhadap tuhan dan rasulnya. Mereka ini berperanan untuk menjadikan ERA ADAM menuju ke ERA BARU.


Era baru itu adalah era 'dark and light' yang mana perang telah berluasa dan kebatilan mula menguasai. Pada tika inilah Lemuria dan Atlantis mencapai 'Golden Age'. Akhirnya, mereka semua telah di musnahkan oleh banjir besar NUH. Hanya golongan yang beriman saja yang terselamat. Tidak semua golongan beriman itu menaiki bahtera NUH. Ada antara mereka berada di tempat tinggi atau di gua-gua. Mereka yang terselamat di dalam bahtera itu di asimilasikan lantas menjadi satu golongan yang di namakan MIM atau quraisy kuno. Anak-anak NUH telah di turunkan di suatu tempat yang berasingan bersama pengikut-pengikut mereka. Raja peguasa hanya boleh di lantik dari kalangan keluarga waris NUH sahaja, manakala yang lainnya yakni pengikut haruslah menjalani kehidupan seperti biasa. Waris-waris NUH tahu bahawa tempat yang mereka turun itu bukanlah kampung halaman mereka yang telah musnah. Jadi, di atas wasiat NUH, mereka harus sentiasa bergerak menuju ke tempat asal mereka yakni PENTAS SUNDA.

Di sepanjang perjalanan mereka, ada saja ketamadunan yang hebat di buka. Bersama mereka adalah ilmu mengenai teknologi, sains, matematik, astronomi. pertanian dan maritim. Paling penting bersama mereka ialah 'kisah golongan beriman' untuk di jadikan 'guideline' serta perikatan. Oleh kerana itulah kalau di kaji, ketamadunan dulu kala seakan-akan mempunyai kisah penciptaan, raja-raja dan keagamaan yang hampir sama. Hanya masa merubah sedikit demi sedikit. Bila masa sudah berlalu, waris golongan ini tadi mulai mengamalkan kebatilan dan kesesatan sehinggalah di turunkan para nabi dan rasul.

"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat"
ayat 33, surah ali-imran


Tapi, terdapat nabi yang mana menjadi 'topik utama' di dalam Quran. Antaranya adalah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Keluarga Ali Imran dan Baginda rasul Muhammad s.a.w. Mereka ini di 'utama'kan bila terdapat surah-surah mengenai mereka untuk kita kaji salasilah mereka. Meskipun terdapat ramai lagi nabi, tapi untuk kaji ini, saya cuma mengambil sedikit sahaja dan semuanya telah terangkum sekaligus.

Era Ibrahim dan tiga isterinya yakni SARAH, HAJAR dan QETURAH atau JAWIYAH ini telah melahirkan pelbagai bangsa di dunia ini. SARAH melahirkan bangsa bani israel dan eropah. HAJAR melahirkan bangsa arab dari keturunan ismael. QETURAH atau JAWIYAH ini pula melahirkan bangsa perkasa seperti cheldea, akkadian, madyan dan sebagainya. Tapi, hanya bangsa MADYAN yang mampu berevolusi kerana telah di satukan oleh CYRUS the great atau di kenali sebagai Iskandar ZUlkarnain. Bangsa MADYAN ini di gabungkan dengan bangsa parsi yang melahirkan bangsa ARYAN. Dari ARYAN membawa kepada KEMBOJA asli yang akhirnya lari ke tanah INDO-CHINA dan membuka empayar FUNAN.

Dari ARYAN juga, mereka menjadi bangsa TIBETAN yang mana membawa diri ke YUNNAN dan akhirnya ke tanah sumatra. TIdak berapa lama kemudian, Bangsa ini bercampur lagi dengan golongan pedagang dari bangsa Arab bersusur galur ahlul bait. Surah Al-imran dan kisah Nabi MUSA juga mempunyai 'kunci' takkala baginda membawa 70 dari pengikutnya yang beriman meuju ke suatu tempat di timur. Ini di buktikan dalam ayat quran yang membawa maksud, baginda dan para pengikut tiba di sutu tempat yang menyembah berhala.
 
 
Pada ketika itu, penguasaan firaun amat besar. Jadi, untuk melihat di manakah nabi MUSA telah 'landing', maka kita harus lihat peta zaman dulu di bawah pengaruh Firaun. Kita harus melihat negara manakah yang tidak tergolong dalam penguasaan Firaun dan sekutunya. Kaji di kaji, saya berpendapat mereka mungkin telah sampai ke INDIA atau mungkin ke tanah JAWI yakni SUMATRA atau tanah JAWA. Dek kerana itulah terdapat perbezaan di antara peragai penduduk sumatra/semenanjung dengan kepulauan JAWA yang sedikit gasar (ini kerana mereka telah melayari lautan dan di 'implan'kan sifat kasar dan berjiwa kental.)
 
Para pendatang (kaum muhajirin) ini juga berasimilasi dengan penduduk asal tanah jawi/Nusantara yakni orang asli. Kemudiannya, ketika empayar melaka sedang meningkat naik, asimilasi di teruskan dengan kaum dari china dan india datang berdagang. Takkala perang berlaku, asimilasi di teruskan dengan percampuran dengan bangsa eropah. Kini, hasilnya kita dapat melihat satu bangsa yang cukup-cukup sukar untuk di tafsirkan sebagai 'bangsa'. Jadi, adakah benar Melayu itu bangsa yang tidak akan hilang seolah-olah terlepas dari sunnatullah 'tiap umat ada umurnya'?

.....................................................................

APA ITU MELAYU?


Untuk mengetahui adakah melayu itu adalah bangsa MIM, kita harus mengetahui 'status' MELAYU itu. Di dalam perlembagaan MALAYSIA, di sebut istilah melayu itu adalah; "Orang Melayu yang tinggal di tanah MELAYU, bertutur dalam bahasa MELAYU, Mengamalkan istiadat MELAYU dan beragama islam". Jadi, apakah definisi MELAYU ini sebenarnya. DI dalam perlembagaan di sebut MELAYU itu sebagai ORANG, BAHASA, ADAT dan ISLAM. Jadi, inilah "key point" yang di berikan oleh mereka di era kemerdekaan MALAYSIA. Kalau kita menyebut bangsa cina, kita akan menyatakan seperti ini "Orang cina yang memiliki kulit kuning langsat, mata sedikit sepet, dan berasal dari tanah besar Cina."

Jadi, benarkah orang Melayu itu hanya ada di NUSANTARA sahaja? Di dalam buku teks sejarah pun, kita di dedahkan dengan frasa "MALAY WORLD". Apakah maksud MALAY WORLD itu? JIka di kaji dalam pelbagai buku yang telah di tulis oleh para pengkaji era british dahulu. Dunia melayu di bahagikan kepada 3 kelompok terbesar:-

-Mala Aborigin (berambut kerinting, berkulit gelap, bertubuh pendek)
-Etnik Kejawaan (Sawo matang, tegap, bermata kecil)
-Mali palinesian (Kuning cerah, peramah, kaum tanah tinggi)

Di dalam karya Alfred Russel Wallace, Malay Archipelago, dunia melayu ini terbahagi kepada:-

-Semenanjung tanah melayu
-tenasserim
-nicobar island dan keatas
-kepulauan Filipina
-Kepulauan Solomon dan ketimur

dan jumlah secara keseluruhnnya 'ex-pentas sunda' ini adalah lebih besar dari tanah eropah (britian). Stanford Riffles adalah orang pertama memperkenalkan konsep 'the malayan nation, the malay race' berdasarkan falsafah 'romantik', teori sosial dan biologi eropah. Pada saat inilah konsep 'divide and rule' menjadi 'rasmi'. Takkala itu, tiada lagi empayar nusantara yang di geruni tika dahulu dan sudah tiada lagi negara-negara kota yang berdiri teguh dalam mempertahankan setiap tanah jajahan.

Jadi, dunia melayu adalah dunia nusantara yang besar termasuk sedikit di Australia. Di dalam nusantara itu, wujudnya pelbagai kaum dan bangsa serta ras akibat asimilasi itu tadi. Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa dan cara tapi takkala mereka mahu bertutur di antara kaum yang lain, mereka akan gunakan BAHASA MELAYU. Jadi, dari mana pula datangnya bahasa melayu ini sedangkan tiap kaum dan bangsa di nusantara bertutur serta pertahankan bahasa 'kebangsaan' mereka?

Bahasa melayu ini berasal dari bahasa sanskrit yang berasal dari bahasa VEDIC ARYAN. Seperti saya katakan sebelum ini, ARYAN adalah asimilasi bangsa MADYAN dan PARSI. ARYAN bergerak ke tibet dan memperluaskan ilmu ke-IBRAHIM-an yang juga di kenali sebagai AGAMA HANIF. Dek kerana itulah di tanah nusantara ini penuh dengan candi-candi lama dan candi ini bermaksud kota-kota. AGAMA HANIF tidak menyembah berhala seperti sekarang. patung-patung berhala itu adalah hasil idola mereka kepada dewa-dewi anak cucu nabi ADAM. Sekali lagi kesesatan telah berlaku. Tapi, di tanah nusantara, para ilmuan mereka di sanjung tinggi dan nusantara di jadikan sebagai 'universiti' dalam pengajian AGAMA HANIF ini. Mereka tidak menyembah selain DIA, tuhan IBRAHIM. Kalau anda seorang yang tahu dalam pembacaan peta, sila selidik bearing candi-candi ini dan anda akan dapati candi-candi ini mengarah ke BAITULMUQADIS, kiblat pertama umat 'islam'.

Bahasa melayu ini di jadikan bahasa pengantar dan kerana itulah di dalam buku teks sekolah, anda akan dapati bahasa melayu pernah menjadi lingua franca pada ketika dulu. Apa itu lingua franca? Ia adalah bahasa dunia! Bayangkan bahasa inggeris yang ada banggakan itu di ganti oleh bahasa melayu ibunda anda. Tidak dapat bayangkan? Memanglah anda tidak dapat bayangkan kerana anda malu dengan bahasa dan bangsa sendiri.
Jadi, definisi Melayu ialah "Bahasa penyatuan yang menyatukan rumpun melayu yang tinggal di sekitar dunia melayu"
.....................................................................

MELAYU ITU BANGSA MIM?


Untuk meringkaskan cerita, bangsa MIM adlah bangsa asimilsi yang sentiasa 'update' waris keturunannya yang telah bermula sejak zaman nabi NUH a.s. Bangsa MIM sememangnya tidak hilang di dunia kerana ia sentiasa 'ke hadapan dalam pencampuran bangsa-bangsa dunia. Boleh di katakan Bangsa MIM adalah bangsa UNIVERSAL atau bangsa dunia secara umumnya. Tapi terdapat syarat-syarat tertentu untuk melayakkan diri menjadi bangsa MIM yang tidak hilang di dunia (sunnatullah - tiap umat ada umur/matinya)
 
 

Kita ketahui bahasa sebelum british membawa masuk CINA dan INDIA, melayu pada masa itu adalah melayu yang tidak lagi berevolusi. Mereka tetap pada campuran yang sama yang bermula sejak zaman melaka lagi. Biarpun begitu, kemasukkan cina dan india oleh british membawa kepada evolusi ini. Meskipun begitu, evolusi kali ini kelihatan sedikit tegang kerana "yang datang tidak di jemput", "yang datang tidak di sambut".
 
 
 
Tiada proses 'give and take' di lakukan. Oleh kerana itulah masing-masing membawa perkauman masing-masing. Mereka saling survival untuk menguasai tanah melayu ini. Para rahib india dan cina tahu mengenai rahsia di bumi melayu ini. Saya pernah terbaca satu artikel secara rahsia mengenai satu saudagar cina yang mana keluarga mereka datang untuk takluki 'chi' pada bangsa yang tidur ini dan seterusnya menjadikan mereka kaya dan terus kaya. Tidak terfikirkah anda kenapa kaum cina terus kaya dan kaya? India pula hanya di ladang-ladang tapi kini telah ramai jadi lawyer dan menguasai aktiviti pengangkutan dan keewangan serta perundangan?
 
 

Tidak lain tidak bukan mereka di bantu oleh mereka yang 'tahu; kerahsiaan' di bumi bertuah ini. Tapi, ini tidka bermakna melayu itu ketinggalan kerana masih terdapat kerahsiaan yang tetap tersembunyi dan akan bangkit bila tiba masanya. insyallah. Berbalik pada MIM tadi, asimilasi terbaru ini juga menghasilkan ras baru yang di gelar sebagai CHINDA yakni INDIA+CINA tapi masih belum masuk islam. Jika sekali imbas, mereka seperti wajah kemelayuan akan tetapi mereka bukan islam. Dek kerana itulah pihak JAWI kadang-kala tersilap menangkap orang di taman-taman gelap. Bila cheak I.C, rupanya bukan muslim.
 
 


Jadi, inilah satu lagi asimilasi tapi masih belum lengkap syaratnya. Tambah pula di awal millenium, asimilasi terbaru bermula di mana bangsa-bangsa seperti Bangladesh, NEPAL, VIETNAM, AFRIKA dan lain-lain mulai bercampur di sini. Akibatnya, bertaburanlah nusa kemelayuan di seluruh dunia. Proses ini berjalan dan terus berjalan. Tapi, merekakah MIM?!


"Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi."
Bacaan Tahyat akhir dalam solat
Itulah kod tersembunyi di dalam solat seharian. Takkala kita membacanya, jari telunjuk kita akan di naikkan dan tahukah anda, ia membentuk apa? Jari telunjuk dan gengaman itu telah membentuk huruf MIM. Ini bermaksud, ahli rumah (ahlul bait) itu harus bersatu dengan waris dari IBRAHIM. Syaratnya KOD RAHSIA INI HARUS DI PEGANG sebagai kad identiti anda. Ianya bukan mainan atau ritual solat, tapi ia di jadikan dengan tidak sia-sia.
.....................................................................

BUKTI - BUKTI LAIN


Bukti penerimaan agama islam di masa dulu amat jelas di mana, jika sesuatu kawasan itu akan di ambil alih oleh sesuatu yang tidak di sukainya, maka peperangan akan berlaku. Tapi, tidak di sini kerana islam telah datang dengan aman. Bagaimana ini boleh berlaku? Seperti saya katakan tadi, para rahib agama hanif di nusantara adalah yang tertinggi pangkat darjatnya. Maka, sudah tentu mereka tahu kedatangan kalki avatar, atau mahamad atau apa saja nama yang telah tertulis di dalam rig VEDA atau kitab lainnya tentang kedatangan nabi akhir ini.
 
 
 
 
Takkala itu berlaku, bangsa beriman berdarah raja ini akan patuh menerima kerana mereka tahu sesuatu di hadapan akan berlaku. Kedatangan islam juga melahirkan wali-wali hebat di tanah melayu seperti wali 9 pertama, wali songo jawa, wali 7 dan sebagainya. Ilmuan mereka tidak dapat di sanggah lagi kerana jelas lagi bersuluh bahawa merekalah bangsawan dan 'sultan' dalam bidang agama dan kepakaran masing-masing. Tapi hairannya, kenapa ulama kini menidakkan wali-wali dahulu serta ajaran mereka. Biar apapun, ini juga berlaku dek kerana sejarah. Kedatangan 'kaum muda' pada lewat 1800-an dulu telah membenamkan para 'kaum tua' dengan bantuan kolonial dan sultan. Apapun, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai itu.


Bukti lain adalah bentuk 'zakar' yang setiasa wujud di muka bumi ini. Jika di lihat peta pentas sunda, kita akan dapat melihat bentuk 'zakar' atau 'tanduk' ini. Selain itu juga,
bentuk yang sama ada di semenanjung arab. Akhirnya, ia jelas kelihatan dan bercantum dengan 'tubuh badan' dan terjadilah tanah melayu. Jadi, apa maksudnya ini? Anda sendiri cari, tapi yang pasti di dalam Al-quran ada menyebut banyak kali tentang 'berfikir' dan melihat tanda-tanda di sekitar kamu. Jadi, fahamilah ia.
 
 

Lidah paling universal juga adalah gelaran untuk melayu. Meskipun di dalam melayu terdapat rumpun-rumpun yang berbeza dialek, tapi mereka ini dapat bertutur bahasa lainnya dengan cukup fasih. Cuba bandingkan pertuturan bahasa inggeris antara cina, india dan melayu. Siapa lagi fasih. Pada mulanya saya ingatkan cina tapi, bila di teliti balik, cina tidak dapat bertutur elok tapi mereka bijak lantas terjadilah 'sleng' inggeris singapore seperti di dalam sitkom phua chu kang. Anda perasan ia?!
 
 

Bukti yang paling kukuh adalah kepelbagaian warna kulit dan wajah di dalam 'melayu'. Jika anda ke satu tempat, rupa wajahnya seperti orang arab, tapi bila ke tempat yang lain, seolah-olah cina. Jadi, yang mana satu melayu sebenar? Ada juga Mamak yang mengaku 'melayu' tapi berang pula melayu yang lainnya. Jika nada fahami apa maksud melayu, anda akan dapat membentuk prinsip 'menerima dan memberi' di dalam persekutuan melayu ini.
 
 
 

Pergaduhan dalam mengiktiraf melayu mula terjadi-jadi takkala 'divide and rule' berlaku. Ini di tambah pula dengan kepartian politik yang mana frasa bangsa melayu mula di aplikasikan. Sedangkan bangsa Melayu tidak wujud. Yang ada hanyalah melayu.
 
 
 
 Cukup sekadar melayu kerana melayu itu bahasa dan melayu itu perlembagaan persekutuan kaum dan rumpun etnik dalam dunia melayu. Dek kerana itu jugalah Indonesia dan Malaysia tidak reda-reda lagi permasalahannya. Ini belum di tambah dengan masalah singapore dan selatan thailand. Jadi, di manakah silapnya?! Jika seluruh nusantara mengetahu apa itu melayu sudah tentu semangat kemelayuan ini akan bangkit kembali.

.....................................................................
KAITAN DENGAN MASA DEPAN

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".
ayat 28, surah nuh
 
 


Pada era banjir besar dulu, NUH dan anak-anaknya menaiki bantera lantas di gelar 'ahli rumah'. Asimilasi bangsa-bangsa yang sempat di selamatkan dan di bawa ke atas bahtera itu menghasilkan satu bangsa yang satu yang di gelar MIM. Di kalangan mereka adalah waris dari NUH a.s yang harus menjadi raja kerana haqnya. Hal ini seterusnya di bawa hinggalah ke hari ini. \Walaubagaimanapun, ia telah dirampas oleh mereka yang tiada haq. Dek kerana itulah bangsa ini sudah 'tiada daulat' dan islam umpama 'buih-buih di lautan'.

 
 
 
 
 
 
Pernah dengarkah frasa 'masuk jawi'? Frasa ini adalah perlambagaan tentang seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan di saksikan oleh beberapa orang sambil jari telunjuknya mengangkat lantas membentuk MIM. Jadi, orang dulu telah berpegang pada frasa "masuk islam, masuk melayu". Dek kerana itulah islam utuh di zaman dulu dan tiada permasalah yang terjadi. Tapi kini tidak, semuanya mahu di ikut akal yang boleh mati dan terhad itu. Semuanya harus mengikut logik akal. Semuanya harus menuju permodenan dan barat. kalau nak jadi ulama harus ikut Arab sebab mereka adalah pilihan tuhan. Kegilaan apakah ini? Anda sendiri yang jawab.

Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia termasuk dalam kaum itu”

 
 
 
 
 
Allah telah menjadikan pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenali. Tiap bangsa ada ketamadunan dan adat istiadat masing-masing. Islam itu pula bersifat universal. Jadi, tidak harus islam itu menjadi sebuah ritual keagamaan berdasarkan pak-pak arab kerana adat di sana dan di sini cukup lain. Yang penting adalah islam itu meresap masuk ke dalam kemelayuan lalu menjadi adat resam kemelayuanislam.
 
 
 
 
Berbalik pada ilmu segala yang telah di punyai oleh waris ADAM, ia tidak lah hilang tapi ia tetap di warisi sehingga kini. Meskipun begitu, hanya beberapa segolongan sahaja yang berhak memdapatkannya kerana amanah yang cukup berat dalam menjadi khalifah. Menjadi khalifah bukan perkara yang senang untuk di cakap-cakap. Anda harus tahu khalifah itu apa?
 
 
 
Khalifah itu wakil ALLAH di bumi dalam memakmurkan langit dan bumi. Untuk menjadi khalifah anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk 'menguasai' yang lainya seperti jin, malaikat dan sebagainya. Jika tidak, anda hanyalah seorang raja semata-mata. Tahukah anda Khalifah itu 'title' yang sangat besar. Khalifah SULAIMAN merupakan antara raja yang dapat menguasai segalanya.
 
 
 

Kita di hujung akhir zaman ini memerlukan seorang khalifah yang tidak terkalah. Ini ada di sebut dalam hadis-hadis nabi yang menyebut mengenai kebangkitan islam nanti. Pemuda bani tamim itu tidak terkalah langsung bahkan hebatnya mereka ini mampu untuk mengoncang dan mendebuhanguskan gunung ganang. Nah, siapakah pemuda bani tamim ini. Biar saya beritahu anda satu rahsia. Meskipun ia rahsia, ia sudah tidak rahsia lagi kerana tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke akhir fasa kurun hijrah yang mana harus 'seorang pembela islam' akan muncul. Jadi, siapakah pemuda bani tamin itu?

.....................................................................

TA MIM
Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan surah pertama berbunyi iqra'.."bacalah" Bacalah di sini membawa maksud 'break the code'. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan. Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.
TA = tanah,
MiM= Melayu
Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan bukit bukau itu.

Kenapa tanah melayu saja?
Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar TANAH itu adalah 'tanduk'/'Zakar'/'jantung' bumi ini.
Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan di raja adalah dari keturunan iskandar zulkarnain.
 
 
 
Jika di katakan iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. Tapi, harus di ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan, ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai lagi demi bergelar sultan. Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama. \Ddirect to the point bukan?!
 
 
 
Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua. Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap pelusuk dunia demi penerusan survival.
 
 
 
Yang tinggal kini adalah saki baki penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi? Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak dapat terima hakikat ini?

Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia (asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood dalam buku the Austronesian:-

-berdasarkan rantaian makanan
-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling 'advance' di tanah melayu)
-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi sejuk)
-berdasarkan explorasi peta sekitar
-berdasarkan pembiakan waris
-berdasarkan material kegunaan

Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh dunia kerana mereka pada masa itu cukup 'advance; tapi kenapa kini kita melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka bumi.
 
 
 
 
MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH 'HIDUP' BERSAMA BANGSA MIM. Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di kalangan mereka dan 'pendatang' dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.
 
 


Apakah proses itu 3,5, 7, 9?
Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian 5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah mereka apakah itu ILMU SEGALA.
 
 

Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia berjiwa dewa.

 
 
 
 
Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa lebih islam.
 
 
 
 
Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri. Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.


Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat UNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.
Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam, Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus faham apa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik.
 
 
 
Jika tidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akan berlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akan sengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upaya dengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun. Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.
Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imam akan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi dan seterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaun dulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang mana sebarang kata mereka pasti jadi.
 
 
 
 Dari situ timbul bongkak dan akhirnya dia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN. Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firaun tumpas di 'makan' lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampu menanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedang belajar dari anda juga.
 
 
Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya 'perang' di antara umat islam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaian adat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yang melihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tua bertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu.
 
 
 
Kita sering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dada mengatakan 'ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atau telah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan". Persoalannya, adakah golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.

Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan api perselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislam dengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik dan polimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif wau mim..sarkas.

.....................................................................

PENGAKHIRANNYA

Apa yang saya beritahu ini hanyalah kajian, pendapat dan soal selidik saya selama ini dalam membongkar rahsia kemelayuan yang sering saja di salah ertikan. Ini ditambah pula dengan mainan para pembelot bangsa serta musuh-musuh di sekeliling kita tanpa kita sedari.
Tidaklah saya menyuburkan perkauman di sini tapi cukup sekadar saya memberitahu apa makna MELAYU sebenarnya.
Ada pemimpin tahu akan rahsia MIM ini tapi mereka masukkan pula unsur politik, terus jadi rojak. Jika anda ke UiTM Shah Alam, anda akan dapat lihat dari jauh di bangunan chanselori, satu replika MIM yang berbentuk keris di letakkan atas bukit. APA MAKNANYA INI? Di tambah pula dengan sentimen politik pada tahun lepas di mana UiTM menyiarkan slogan "UiTM benteng melayu terakhir".
 
 
 
Fahamkah mereka apa yang mereka war-warkan itu? Replika di atas bukit itu bermaksud bahawa bangsa melayu ini datangnya dari bangsa-bangsa gunung (Pentas sunda yang tenggelam, Tibetan, Aryan dan lain-lain).
Pergabungan ini akhirnya menjadikan Malaysia seolah-olah satu-satunya negara yang mempertahankan kemelayuan?! Apakah indonesia tidak begitu? Apakah Thailand lebih-lebih lagi selatan thai tidak mempertahankan kemelayuan?
 
 
 
 Apa yang pasti mereka semua mempertahankannya tapi tidak langsung bergabung atau bersatu akibat politik, ketenteraan, keselamatan dan perbezaan pendapat serta kepentingan sosio-ekonomi. Ternyata ketidaksatupaduan ini telah meremuk secara halus kemelayuan sedikit demi sedikit. Mungkin lagi 10 tahun, kita tidak lagi akan di gelar melayu tapi sebagai satu negara bangsa. Negara bangsa Malaysia, negara bangsa indonesia, filipina, Thailanda dan sebagainya.
 
 
 
 Manakala sisa-sisa kota-kota lama akan di ubah mengikut siapa yang memegang tampuk penguasaan itu. Jika di situ budhaa yang pegang, maka candi tadi akan di nyatakan sebagai candi budhaa 1000 tahun lalu!!! Kalau hindu pula, mereka nyatakan candi itu milik hindu dan sebagainya. Akibatnya anak cucu tidak lagi dapat melihat asal usul bangsa ini. Jadi, jika ini terjadi, selamat tinggal bangsa Melayu, kerana kalian telah pun membangsakan MIM itu dan kalian termaktub dalam sunnatullah tentang penghapusan bangsa-bangsa seperti di dalam Al-quran. Maka, tunggulah bencana yang bakal menimpa.


"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya"
ayat 34 surah al-araf



Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-

-Waris Ibrahim adalah tanda pemegang ekonomi. Pada zaman dulu, waris Hajar yakni bangsa arab memegang ekonomi dunia (tika empayar khalifah bermula). Kemudian, di susuli dengan ekonomi para yahudi dan campurannya (yakni zaman sekarang). Maka, masa depan adalah hak milik waris dari Qeturah/Jawiyah ini pula. Tapi bagaimana pula ianya bangkit. Itu anda sendiri yang jawab.

-Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin dengan Nabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa 'jin tak jin, manusia tak manusia'...Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selalu terjadi. Anda percaya?!

-Ketua Pemuda Bani Ta MIM ini adalah Syuib Salleh. Untuk mengetahui kuncinya, carilah mengenai nabi Syuib (kaum Madyan) dan Nabi Salleh (kisah unta)

-1435 Hijrah adalah tarikh 'akhir' seorang reformer atau mujaddid harus 'muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?

-Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yang berketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yang berbadan kecil berlawan dengan seorang 'fighter' berbadan tegap dari u.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu itu ligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda jawab!!!

-Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islam itu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataan tersebut. Tapi, jika anda seorang 'melayu', tidakkah anda juga seorang islam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayu hindu. Ini semua akibat 'kebebasan beragama'. Maka taniah saya ucapkan. Lagi cepat bencana yang akan turun.

-Bencana yang selalu berlaku sering kali di anggap kebetulan atau bencana akibat alam. Tapi bila di herdik mengenai islam, terus melatah dan keluarkan hujah Al-quran dan hadis, tapi bila sebut bencana-bencana ini tidak pula mereka kata itu adalah 'amaran' dari ALLAH. Tidakkah mereka berfikir?!

-Kebangkitan adalah dengan perang? tak de benda lain ke? atau muslim dah buntu mencari jalan demi kebangkitan islamiyah?!

Apa yang pasti, seorang 'melayu' itu tidak harus tinggalkan keilmuan kemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenek moyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri.
IHSAN adalah 'engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.". Senang kata IHSAN itulah TARIQAT yang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila ini berlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuh untuk memusnahkan kita, seorang 'melayu islam' itu akan dapat menghapuskan 1000 daripadanya.
 
 
 
Inilah IKHWAN YANG TIDAK TERKALAH ITU. Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslah bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar, bukannya pesilat.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah."
Surah Hud ayat 75

.....................................................................

AKHIR KATA


Syukur Alhamdulilah akhirnya telah selesai amanah yang harus saya sampaikan. Ia cukup-cukup membebankan dan selagi saya tidak menyampaikan, ia akan memberatkan saya.
Definisi yang harus anda faham adalah:-
Bangsa MIM adalah asimilasi kepelbagaian bangsa lantas menjadi satu identiti tapi masih mengekalkan ada istiadat sesuatu kaum yang asal.
Melayu pula adalah bahasa penyatuan yang menyatupadukan rumpun-rumpun kemelayuan di dunia melayu.
Dunia melayu adalah geografik tempat tinggalnya rumpun-rumpun melayu yang mana adalah bekas pentas sunda yang tenggelam dan ia merangkumi semenanjung tanah melayu, kepulauan jawa, sumatra, borneo, sulawesi, filipina, kepulauan polynesia, utara australia dan indo-china.
Keilmuan Melayu adalah ilmu yang berasal dari nenek moyang (mungkin dari jurai kenabian) yang mana merangkumi spiritual, fizikal, sains, kimia kuno dan astronomi serta maritim. Ia juga merangkumi ilmu keagamaan islam serta sedikit dari agama hanif Ibrahim.
MIM adalah huruf hijayiah/arab/jawi yang bermaksud Muhammad rasullulah serta bersimbolkan anak kunci kepada sesuatu pintu.
Definisi yang saya ingin berikan mengenai bangsa mim+melayu islam di nusantara ini adalah seperti berikut:-
"Bangsa asimilasi berjuraikan kenabian, berdarah para dewa dan raja agung, dari tanah-tanah tinggi yang berasal dari tanah sunda tertinggi yang mengamalkan syariat islamiyah serta hidup berserumpun bersandarkan bahasa melayu sebagai bahasa penantara"
Sekali lagi kita imbas untuk kali terakhir:-

"Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunya untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skala kekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatan mereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuat patung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa ini menetap terus di 'langit-langit' dan tidak lagi mahu turun sehinggalah pintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau di beri ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di 'atas' sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasa sehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkan PENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehingga hanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kita diami sekarang.

Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa. Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar 'rumah' pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam 'rumah' itu dan menwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH ini terbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkan kerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahan sesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harus mengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang di musnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulah yang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepada generasi kita.

Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di 'takdirkan demi masa depan'. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang mana menerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh para pelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanah bekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telah terselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedagangan china dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galur HAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSA lantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana 'lost'nya tribe ini, maka ia tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh para pengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.

Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harus mengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan itu berkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq pada mereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasan kerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiada haq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugis dan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlah negara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amat logikal akalnya akan berkata 'ahh..itu cuma kebetulan'. Kebetulan kepala hotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta kerana kebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.

Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di buka dengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukan kerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dan tidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. SANG NAG SEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukan saja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yang mana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapan timur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah di nyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya. Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika 'giliran perekonomian IBRAHIM' itu sedang berlangsung.

Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistem kapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba, muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti anda saksikanlah ia."
Realiti ini amat jelas jika kita melihat di sana sini orang mulai mencari spiritual dan kekuatan tenaga alam semesta. Realiti itu sehinggakan di pawagam ada saja Hollywood menayangkan cerita-cerita 'superpower' seperti x-man dan sebagainya agar bila orang menceritakan perkara itu, lantas mereka akan memotong lalu berkata "kau banyak tengok movie ni".
 
 
Apakah ALLAH itu lemah dalam memberikan sesuatu yang di luar adat manusia. Adat manusia kini saja yang tidak mempercayai kekuatan spiritual sedangkan ianya adalah kebiasaan pada zaman dulu kala. Maka, fikirkanlah. Apapun, sekali lagi saya katakan bahawa siri-siri bangsa MIM ini adalah kajian, pendapat, hasil pengumpulan data dan cerita orang lama. Maka, ianya hanyalah 'tool' untuk anda untuk mempercayai bahawa kisah kebangkitan akhir zaman bukanlah satu dogengan atau cerita bertaraf 'Harry Potter'.
Oleh itu, di tangan andalah ianya akan di luaskan. Jika anda sayangkan Islam dan Melayu, maka sebarkanlah ia dengan kreativiti anda sendiri. Jangan pula taklid pada ilmu saya kerana ilmu saya masih cetek. Kaji dan analisalah klue dan 'tools' yang saya berikan ini agar kebangkitan islam kedua akan menjadi realiti. Insyallah ianya akan menjadi realiti. Akhir kata dari saya, ampun maaf jika ada salah silap dalam karya ini dan semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Dunia adalah permaian dan gurauan tapi AKU tidak bermain dengannya.

”Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”. (HR Imam Ahmad)

“Apabila jiwa manusia benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa, nescaya akan terbang dia ke alam malakut (di langit), kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmah tanpa berhajat pada guru”. (HR Imam Ahmad)

Allah berfirman kepada Isa: “Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu (ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka, mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, mereka sabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan hati) dan ‘ilm [ilmu].” Isa bertanya: “Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah, tanpa hilm dan ‘ilm?” Allah menjawab: “Aku memberikan mereka sebagian dari hilmKu dan ‘ilmKu.”(Hadis Qudsi; Futuh Mishr wa Akhbaruha)
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
Hang Tuah

Anda fahaminya sekarang?!


.....................................................................


rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua



BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 4)



salam...


Imbasan artikel lalu,

ADAM di turunkan selepas bumi di 'bersihkan' dari makhluk-makhluk yang suka membuat 'perang' yakni di gelar JAN. Azazil yang berasal dari bangsa JAN ini di naikkan ke langit dan menjadi IBLIS bila dia enggan untuk 'sujud' pada ADAM. Maka, turunlah IBLIS dan kuncunya lalu membentuk pelbagai makhluk di muka bumi yang ketika itu terumbang-ambing tiada pegangan. Lantas ADAM turun untuk menjadi khalifah dan membawa semua makhluk itu menuju 'satu umat' lantas dapat membina ketamadunan yang amat hebat. Takkala itu, manusia dari benih ADAM yang di beri ilmu 'pengurusan' di naikkan'pangkat' menjadi raja. Para raja-raja ini mampu naik turun di mana sahaja yang menjadi 'matrix' dunia manusia. Kenapa sampai begitu sekali? sudah tentu mereka mampu kerana mereka itu khalifah di langit dan di bumi.
 

 

Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukan perkara di luar adat manusia. Seandainya, kita mendengar ketamadunan di mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa 'pemerintahan' waris ADAM yang di gelar raja@dewa.
 


Apapun, misteri dewa-dewi dan mengenai adam-adam ini memberi impak yang besar kepada pengunjung Nusanaga. Sejak siri 1 hingga 3, ramai yang bertanyakan mengenai ADAM, dewa-dewa dan tentang ILMU nama-nama atau di kenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah,
 


Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis kerana ianya memerlukan fakta yang benar-benar kukuh. Artikel pada sebelumnya lebih pada cerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secara fizikalnya sukar untuk di buktikan. Biar bagaimanapun, artikel akan datang akan membongkar 'puzzle-puzzle' yang telah saya berikan pada anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah satu artikel panjang yang di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan tetapi lebih pada kelompok data yang harus saya kronologikan agar kita semua dapat melihat siapakah 'melayu' itu sebenarnya.


.....................................................................

BANJIR BESAR YANG PALING BESAR



Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjir yang di anggap telah memusnahakan hampir separuh ketamadunan manusia di muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi dalam agam lain juga menyebut perkara yang sama tentang banjir yang hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-bangsa di muka bumi ALLAH ini di 'implan'kan memori mengenai banjir besar ini melalui cerita-cerita orang tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.

Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua bangsa dan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR... persoalannya, kenapa BANJIR? kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir atau apa saja yang melibatkan air dan kemusnahan?
Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang hujan lebat seperti musim tengkujuh di pantai timur. Seperti di dalam filem 2012, apa yang kita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan peristiwa gempa bumi yang dasyat yang membawa kepada
banjir 'super'.

Seperi di dalam wikipedia, Banjir bermaksud:
"Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas"

Limpahan yang tidak dapat di bendung akan menyebabkan sesuatu kawasan itu di naiki air. Arus yang sedang meningkat naik itu akan menyebabkan pergerakan di atas dan di bawah air yang besar kemungkinan akan menyebabkan ombak besar dan tusnami. Banjir yang paling menakutkan ialah banjir yang berpunca dari laut. Seperti yang kita tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan hilang di sebabkan arus laut yang semakin mendadak ini. Ini juga di sebabkan limpahan air yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara yang semakin mencair. Di antara yang di khuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu, Kiribati, dan Palau, serta Maladewa di Samudra Hindia. (klik sini)

Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang menyebabkan banjir besar pada zaman nabi Nuh a.s dulu? mari kita kaji tentang ini.


.....................................................................

BANJIR DI SELURUH DUNIA


"Dan Nuh berkata: "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya."
Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
"Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya - sedang anak itu berada di tempat
yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir."
"Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi
hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu
termasuk orang-orang yang ditenggelamkan."
"Dan difirmankan: "Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit berhentilah," dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun
berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim ."

Ayat 41-44 surah Huud

Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja. Untuk mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data yang ada dan membuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai menadah ilmu dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun dan saling berkongsi tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.

Baiklah, di antara klue-klue yang di perolehi adalah:-

1- Hampir seluruh kebudayaan dan agama menceritakan tentang banjir besar yang pernah terjadi di zaman dahulu (klik sini)

2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula, Era Nuh adalah era di mana kerajaan 'satu umat' masih berkuasa. Terdapat juga beberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya, ketamadunan itu turut musnah atau masih kekal dan berevolusi?

3- Di dalam buku stephen oppenheinmer, Model 'Dryas Flood' di katakan yang terbaik untuk menerangkan kejadian banjir-banjir besar yang pernah terjadi pada zaman dahulu.
Dryas adalah Model yang menerangkan keadaan bumi yang super sejuk yang mana menyebabkan pencairan yang mengejut lantas memnyebabkan bumi
mengalami limpahan banjir. Terdapat 3 zaman di mana peristiwa ini pernah berlaku, yakni:

- oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak membawa banjir
- older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir pertama
- young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir kedua

Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian suhu menurun di katakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku. Ia berakhir pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut. Young dryas adalah model penyejukan yang paling mengejut dan membawa bencana.

Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat 'membina' bongkah-bongkah ais raksasa dan kemudiannya mencair dengan begitu pantas sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan aras garam di lautan menjadi tidak stabil lantas menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Besar kemungkinan, akan berlaku ribut petir yang dasyat kemudian di susuli dengan gempa bumi akibat ketidakstabilan di bawah tanah akibat mendapan air laut yang super berat. Tekanan demi tekanan kepada bumi akan menyebabkan ia berlaku secara total binasa. Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh di permain-mainkan. Bila ia berlaku, ia akan menberi impak pada seluruh dunia. Tiada maaf bagimu!!!

4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-quran dalam pengkajian ini. Siapa kata ilmu sains dan ilmu agama tidak boleh disekalikan. Dek kerana itulah banyak pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi. Jadi, surah Noh menceritakan segalanya.

"Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya : "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih",
ayat 1, Surah noh

"niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,"
ayat 11, surah noh

"Nuh berkata: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi."
ayat 26, surah noh


Bukan hanya surah nuh yang memberi kata kunci mengenai apa yang sedang berlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang menceritakan perkara yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain supaya apa yang anda baca itu anda akan faham. Kebanyakkan yang saya lihat pada zaman kini, ramai yang mengatakan supaya kita harus kembali pada Al-quran, akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya memandang remeh pada orang yang membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba menghalang mereka yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-quran dan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir dan musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong dari kalangan itu? Sedaya upayalah kalian menjauhinya.

Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda semua dapat simpulkan. Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada sesuatu kawasan
atau hampir seluruh dunia?

Jawapan saya...di seluruh dunia.


.....................................................................

PELAYARAN DI BAHTERA PALING BESAR

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".
ayat 28, surah nuh
 


Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan pelbagai spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah tentu anda akan melatah dan berkata 'kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi yang di namakan Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat. Di katakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.
 


Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian mereka tentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini adalah golongan perosak sebelum banjir besar itu berlaku.
Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-

"Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya dan mereka tetap dan menyombongkan diri dengan sangat."

dan surah nuh, ayat 23
Dan mereka berkata: "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr ".
 
 

Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai sesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan 'satu umat' pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite pada masa itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Nuh dan kita ini.
 


Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa 'serpent atau lizard men'. Pada era nuh pula, mereka di kuasai Nephilim dan berupa raksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di tambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari waris nabi ADAM yang juga di gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para kafir pada ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi, samakah kita dengan era nabi nuh itu?!
 


Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata baginda nuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar 'ahli rumah'. Pada ayat 28, surah nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki 'rumah' Nuh itu, akan di ampuni dosanya. Dan demikianlah 'dosa-dosa' itu
di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru dan daratan baru.
 


Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalam bahtera NUh menghasilakn bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM. Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang mengatakan merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy baru yang melahirkan nabi muhammad dan seterusnya.
 


Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana pula dapat melahirkan 'suatu bangsa' dalam tempoh 10 tahun sahaja. Sudah tentu ia memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini. Jika kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti kini, agaknya, mampukah ia bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?
 


Di katakan, Nabi Nuh adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah mencipta bahtera di kala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telah pun 'menghantar' pentanda-petanda kedatangan azab akibat banjir kepada mereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan alam, sedikit perubahan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.
 


Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta arkitek yang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-kaum yang beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi 'gerak-geriNYA' dalam menyelamatkan kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos bangsa lain.
 


Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh tika bencana).
 


Ketiga-tiga waris Nuh ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki
bahtera nuh itu tadi.
 


Bagaimana ini boleh terjadi?
Di dalam bahtera nuh itu anak-anak Nuh melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat NOh. Apakah itu wasiat NOh?
Wasiat noh adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke tanah asal mereka yakni pentas sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.

.....................................................................

PERGERAKKAN WARIS NUH YANG HEBAT


"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat"
ayat 33, surah ali-imran


Waris-waris Nuh ini bergerak menuju ke pentas sunda setelah mendarat di daratan yang cukup jauh dari kampung halaman mereka. Ayat quran di atas adalah klue yang harus kita ambil demi membongkar siapakah sebenarnya 'ahli rumah' atau 'ahlul bait' ini. Ahlul bait bukanlah syarif atau syarifah dari golongan arab semata-mata. Kita harus membongkar agar kesenimbungan waris ini dapat di jalinkan.
 


Kita telah mengetahi tentang Waris ADAM yang melahirkan raja-raja (khalifah) agung yang bertaraf dewa-dewi. Dan kemudiannya, ilmu segala itu di wariskan pula pada waris Nuh yang terselamat dan melahirkan ketamadunan yang sukar di jawab sepenuhnya pada zaman kini. Jadi, marilah kita selesaikan puzzle ini sebelum kita beralih arah ke waris Ibrahim pula. Tapi, jika anda mahu lebih pemahaman, saya ajurkan anda untuk pergi ke Mistis Files
 

dan membacanya sehingga tamat kerana di situ sudah di terangkan tentang pergerakkan waris IBRAHIM ini. Cuma, ada sedikit pertelingkahan tentang lokasi dan jarak masa yang berlaku. Biar apapun, misteri bangsa MIM yang melahirkan rumpun melayu kian terbongkar.
 
Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar. Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap' ini.
 

Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir besar menetap di tanah yang cukup tinggi.
 
 

Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,
 

sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat. Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan (tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa
(tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh ayat 1)
 
 
 
 


Apabila banjir berlaku, di dalam bahtera yang besar itu, berlakunya perjanjian 'ahli rumah' di mana, manusia-manusia yang berasimilasi itu akan di pimpin oleh waris-waris nabi nuh a.s sebagai raja-raja mereka. Bila banjir surut, anak-anak nabi nuh di turunkan di tempat yang berasingan dengan pengikut masing-masing. Mereka membina ketamadunan yang hebat di sepanjang perjalanan mereka menuju ke pentas sunda dengan harapan IBU TANAH itu akan di jaga kembali.
 
 

"Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka itu pemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana kesesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu."
Ayat 73, surah yunus
 
 
 

Darah keturunan Nuhlah yang menjadi raja dan bangsawan sehingga menerbitkan raja-raja agung di ketamadunan yang hebat. Akan tetapi, semakin lama semakin mereka lupa akan wasiat itu. Cuma segolongan yang 'ingat' sahaja akan meneruskan perjalanan mereka menuju 'the promised land'. Hal ini di tambah pula dengan penyembahan berhala akibat dari pemujaan dewa-dewi serta raja-raja agung pada zaman dulu kala. Dek kerana itulah turunnya para rasul dan nabi untuk memberi peringatan dan amaran tentang kesalahan mereka yang berat itu.
 
 


Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian ini bermula dari ADAM, NUH dan seterusnya. Daripada klue yang kita dapat pada surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang membentuk sesuatu di kemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita menelusuri zaman-zaman selepas banjir Nuh.

.....................................................................

ERA PARA RASUL DAN NABI



"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat memajukannya"
ayat 34 surah al-araf

"Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka tidak dianiaya."
ayat 47 surah yunus


Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi pada era selepas banjir besar nuh. Memanglah pada awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti cukup beriman kerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah golongan yang beriman. Tapi, anak cucu mereka yang mengidolakan atau menyembah raja atau dewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah yang akhirnya membentuk agama penyembah berhala yang di terangkan di dalam Al-quran. Hampir setiap pelusuk dunia menyembah berhala ini.
 
 

Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-araf ini. Surah ini telah menyusun kronologi kenabian mengikut zaman dan genetik. Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah ini:-

1- Nabi HUD dan Kaum Aad
Ayat 65-72: 7
Di dalam ayat 69, "Dan ingatlah oleh kamu sekalian di waktu Allah menjadikan kamu sebagai pengganti-pengganti sesudah lenyapnya kaum Nuh"
jelas menunjukkan bahawa Nabi Hud adalah antara generasi selepas Nabi Nuh yang mewarisi keilmuan dan teknologi dari ERA ADAM.
 


2- Nabi Salleh dan Kaum Tsamud
Ayat 73-89: 7
 

3- Nabi Luth dan kaumnya
Ayat 80-84: 7
 


4- Nabi Syuib dan kaum Madyan
Ayat 85-93: 7
Kaum Madyan ini di kaitkan dengan anak Qeturah, isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s.
 


5- Nabi Musa dan Bani Isreal serta Firaun
Ayat 103-169: 7
Kisah nabi musa dan bani israel ini amat menarik untuk di kaji. Berikut adalah ayat yang mempunyai 'key point' dalam pengkajian ini:-

-105:7
mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah status hamba pada para firaun)
-133:7
berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda
-136:7
firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan
-137:7
"Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan baratnya yang telah berkah padanya"
-142-148:7
kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani israel menyembah patung anak lembu
-155:7
Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan
-160:7
12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut 'bahagian' masing-masing (Nabi musa dan 70 yang terpilih meneruskan perjalanan)
-163-166: 7
Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet (dari mana perkataan 'orang hutan' bermula?)
-169: 7
 
 
Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan mengambil dunia dan tidak puas dengan itu (masonic dan sekutunya)
 
 
 


Daripada klue-klue di atas, apa yang anda semua dapat? Rasanya, banyak yang akan terlintas di fikiran anda. Tapi, benda utama yang saya ingin ceritakan kepada anda ialah, TIAP UMAT MEMPUNYAI BATAS WAKTU. Lihatlah bangsa atau umat yang mempunyai genetik marker yang sama seperti kaum Aad, Tsamud, Madyan dan lain-lain mempunyai batas waktu atau senang kata - di binasakan.
 
 
 


Inilah perjanjian atau alastubirabbikum. Tiap sesuatu mempunyai ajal. Baik manusia, haiwan, jin, setan, dajjal, angin, air, bumi dan lain-lain. Begitu juga dengan umur umat dan masa itu sendiri. Inilah perjanjian terbesar di dalam perbinaan 'dunia'. Tiap sesuatu mempunyai batas waktu.
 
 
 


Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap umat atau bangsa itu akan musnah atau di hapuskan, baik cina, india, yahudi, orang putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan kita ini ke bab seterusnya.

.....................................................................

ERA IBRAHIM


Nabi ibrahim adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal -uzair. Nabi Ibrahim datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini. Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.
 
 


Pada zaman ini, ada suatu golongan di gelar "patriarchs" ataupun golongan "bangsawan' yang membina keluarga dan mempunyai negarakota sendiri.Nabi Ibrahim adalah salah seorang daripada golongan itu. Di pendekkan cerita, Nabi Ibrahim memasuki ketamadunan awal mesir dan di tahan olehFiraun. Firaun cuba mengoda isteri baginda, Sarah akan tetapi dengan kebijaksanaan SARAH, Firaun melepaskan Sarah dan menghadiahkan 'puterinya'
sendiri untuk di nikahi. Wanita itu adalah HAJAR.Ada pendapat juga mengatakan, baginda mempunyai seorang lagi isteri yang bernama QETURAH.Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan kewujudan QETURAH ini. Ada juga yang mengatakan HAJAR dan QETURAH adalah orang yang sama.
 
 
 


Sebagaimana kita ketahui, SARAH melahirkan ISHAQ. Daripada ISHAQ, lahirnya YAAKUB yang mempunyai 11 orang anak termasuklah Nabi YUSUF a.s. Nabi Yaakub inilah di gelar sebagai ISREAL. Bani israel bermaksud anak-anak yaakub kerana dari yaakub inilah lahirnya ramai lagi nabi-nabi lain.
 
 
 Antara anak-anak Yaakub adalah Reuben/Rehaven, Simeon/Shiman, judah/Yahudah, Issachar/yissachar, Zebulun, Dan, naphtahi, Gad, asher, Levi, Bunyamin dan Joseph/Yusuf.Daripada mereka-mereka inilah lahirnya sukuan dalam Bani israel. Bunyamin dan Yusuf adalah bersaudara di bawah satu ibu. Manakala lainnya dari ibu yang lain dan cukup dengki pada Yusuf. Akibat dari itu, yusuf di bawa ke mesir dan pelbagai ujian di temphinya
 
 

termasuklah di penjara. Akhirnya, dia di lepaskan dan menjadi gabenor di ketamadunan mesir ketika itu. Saudara-saudaranya meminta ampun dan mereka semua hidup bahagia. Tapi, ada satu ayat yang cukup menarik untuk di kaji. Bunyamin dan Yusuf ini mempunyai sesuatu tanda di badan mereka atau genetik yang membawa kepada generasi selepas mereka. Cuba perhatikan ayat 12 surah Yusuf. Yahudi yang ada sekarang adalah hasil asimilasi daripada bani Judah dan Benjamin.
 
 
 
 Nabi Musa yang membawa dan menyelamatkan bani Israel dari penghambaan itu adalah dari sukuan LEVI.Kita telah ketahui bahawa Nabi Musa membawa 70 pengikutnya yang beriman menuju sesuatu tempat. Di katakan, 70 orang inilah di kenali sebagai 'the lost tribe' oleh para yahudi. 'The lost tribe' ini di katakan dari bani Manaseh dan Ephrahim, dari darah keturunan Nabi Yusuf a.s.

Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat, silalah berkongsi.
 
 
 
 Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan HUSSIN. Daripada mereka inilah 'ahli rumah' mula kedengaran semula. Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannya di buru oleh para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab mempunyai banyak kaum dan keturunan dan
mereka tidak bersatu padu.
 
 
 
 Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu membantu saudara mereka di atas nama 'ARAB', bahkan membenarkan musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang terang lagi nyata turun dari kalangan 'ahli rumah' Bahtera Nuh.
 
 


Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan. Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAH ini
 
 
Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah keturunan MADYAN dari QETURAN + IBRAHIM. Dek kerana itulah keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga. Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah antara dari susur galur QETURAH ini.
 
 


Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS THE GREAT ini pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh terjadi?
 
 
 


ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA. Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga. Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.


.....................................................................


ERA KELUARGA AL-IMRAN

"Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Ya'qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, 'Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri."
ayat 84, surah ali-imran
 



frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran. Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan. Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan. Daripada keturunan Ali Imran ini juga lahirlah wanita yang mana melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat kebangkitan akhir zaman akan bermula.
 


Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t, mereka berjaya melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan sampai ke satu daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak yang di lalui oleh mereka bukanlah
jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya amat luas ketika itu.
 
 
 Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah pun
tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui. Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya kerana tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa "the lost tribe of jews"? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya membentuk yahudi. Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yang berkitabkan TALMUD sesat itu.
 
 

Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba masa DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis cuba merampas PALESTINE meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.
 
 


Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani israel dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda 'di larikan' dari bangsa yang di khabarkan akan 'musnah' pada akhir zaman di tangan baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi kebangkitan masa hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana risau 'tercalar iman'?!
 
 

Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan hilang? Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.

Jadi, nampakkah anda tentang kesenimbungan antara 'dahulu', 'kini' dan 'masa depan'?


.....................................................................

PEMBINAAN BANGSA MIM - takkan hilang di dunia


Kita semakin menghampiri kepada kemuncak tajuk. Segala puzzle hampir selesai. Cuma tinggal sedikit saja lagi mengenai misteri bangsa MIM ini. Apakah itu MIM dan apa kaitannya dengan MELAYU pula. Mari kita selesaikan misteri ini dengan secepat mungkin dan dengan padat.

Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU TANAH. Tiap perkara mempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitu juga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda tetap di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'.
 
 
 
 Tapi, penciptaan dunia dan akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang 'mati' akan 'bangkit' kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu hanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika' sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.

"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain."
Ayat 6 surah al-anaam

Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak akan musnah selama-lamanya.
 
 
Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat sangatkah?!

Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada ADAM dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan bangsa yang terakhir akan 'mati' adalah bangsa MIM. Jadi, apakah sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang terakhir ini.
 
 
 
 
 


Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan seterusnya.
Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan memimpin manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di namai Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir mulai berlaku. Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat mereka yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU SEGALA ini.
 
 
 


Darah keturunan yang sepatutnya menjadi raja di buru dan di bunuh. Bangsa MIM mulai berpuak-puak dan membentuk suku kaum masing-masing. Akhirnya pelbagai bangsa wujud akan tetapi ia di khianati dengan penyembahan sesama makhluk yang sepatutnya tidak berlaku. Dari situlah bencana mulai berlaku. Bangsa-bangsa ini di hapuskan dan di ganti dengan bangsa yang lebih baik. Maka, kitalah generasi di zaman ini menunggu-nunggu detik
'mati' bangsa-bangsa seperti yang di beritahu dalam Al-quran.
 
 
 


Seperkara lagi, meskipun banyak bangsa di hapuskan, akan tetapi akan terdapat mereka yang di selamatkan. Golongan yang di selamatkan inilah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi yang juga mempunyai ILMU SEGALA ini. Tapi tidak semua bangsa pada zaman dahulu yang di hapuskan. Ada juga yang berevolusi dan menjadi bangsa pada zaman ini seperti bangsa eropah yang bermula dari golongan Babarian.
 
 
 


Kemudiannya, pada ERA IBRAHIM, isteri-isteri baginda yang datang dari darah keturunan yang mulia banyak melahirkan bangsa yang menjadi induk pada masa kini. Seperti yang kita ketahui, Hajar melahirkan ARAB, Sarah melahirkan Bani isreal dan eropah dan QETURAH melahirkan bangsa pahlawan seperti Babylon, Akkadian, Cheldea dan ARYAN.


.....................................................................

DI SINI BERMULA, DI SINI BERTEMU, DI SINI BERAKHIR


"Takkan MELAYU hilang di DUNIA"
hang tuah


Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di paku pada memori setiap 'melayu' yang melayu pada zaman kini. Hang Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu wasiat yang harus kita 'tepati'. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.
 
 


Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan bongkah klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap bangsa ada 'matinya' dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang mengantikan itu pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para nabi
 
 

dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di mana percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.
 
 


Bangsa Aryan dari keturunan QETURAH telah bertemu di Indo-China, Nusantara.Manakala, bangsa arab pula di temukan dengan aktiviti perdagangan dan perkahwinan campur sejak era kesultanan melayu lagi. Bangsa Israel yang terpilih pula di bawa oleh Nabi Musa dan ianya tidak di ketahui kerana terang dan jelas golongan mereka ini di gelar sebagai 'the lost tribe'.
 
 
 
 Kalau sudah 'lost' bagaimana pula dapat di bongkar. Jika, tak dapat di bongkar, kenapa pula ramai bercerita mengenai ini. HAHAHA...jangan bimbang, inilah di katakan 'MASA SUDAH TIBA'. Jika anda mengkaji hadis nabi mengenai kebangkitan bermula dari timur di akhir zaman, ada hadis menyebut mengenai 'apa saja yang di sembunyikan akan jelas sejelasnya'.

Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu kala lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai contoh, ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu (India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan MUHAMMAD di NUSANTARA ini.
 


Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening kerana ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
"Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai kenabian"..
 
 
Bagaimana harus 'mati' sedangkan asimilasi bangsa MIM ini sentiasa 'updated' sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita boleh katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat NABI MUHAMMAD tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar terjadi.

.....................................................................

Artikel hadapan akan membincangkan kod-kod yang terdapat di sekitar kita mengenai bangsa MIM ini. Selain itu, apakah kaitannya bangsa MIM terbaru ini dengan masa depan. Apakah pula cabaran yang terpaksa di hadapi oleh bangsa MIM terbaru ini. Bangsa MIM adalah bangsa 'ahli rumah' dari bahtera nabi noh, maka apa kod yang membuktikan kita inilah bangsa MIM yang sebenar sedangkan yahudi dan amerika juga bangsa asimilasi?! Apa pula maksud Melayu itu dan kaitannya dengan MIM ini. Apakah peranan kita demi kebangkitan timur seperti di wasiatkan oleh NABI MUHAMMAD seperti mana wasiat ADAM dan NUH sebelum ini? Saksikan segalanya di dalam artikel BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri akhir) pada masa akan datang. Sekian wassalam
...................
rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis
-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua