Wednesday, 1 May 2013

MENGUNDI AWAL - SPR GUNA WATER COLOUR


JAHAT SUNGGUH UMNO NI - SPR BUKA PUSAT MENGUNDI  SEBELUM SUBUH.

JAHAT SUNGGUH UMNO NI - Amat malamg Malaysia menuju KEHANCURAN
Aku rasa aku tak perlu cakap banyak dah. Tengok kat atas tu pun dah boleh tahu dah. Tu baru sikit jer bukti SPR dah "kantoi" dengan dakwat kekal...
Aku nak pesan kat SPR.. Kalau nak bukak pusat mengundi awal pagi, bagi tahu la awal-awal. Ni semalam dia bukak pusat mengundi betul-betul "lepas orang azan subuh", pukul 7.55 pagi dakwat tu boleh dipadam dengan air... boleh undi sekali lagi..kan? Heh! "Bijak" tak?
Aku memang "marah" kat SPR.. Ada ke patut diorang beli "water colour" untuk jadi dakwat kekal??? Basuh dengan air..hilang la "water colour" tuuuu... ishh!!!
Kalau korang tak puas hati jugak, cuba tengok kat bawah ni.. lagi real punya SPR "tipu" rakyat dengan "water colour" tu... ishhh..!!! Cuci dengan air pun boleh hilang laaa.. ni semua "salah BN" jugak la niiihhh...!!! Adehh!!! 


DAKWAT KEKAL BOLEH TANGGAL....TIAN CHUA BUAT LAPORAN POLIS 



Beberapa laporan mengejutkan diterima bagaimana dakwat kekal dikatakan tidak kekal sudah menjadi heboh satu dunia.

Ekoran itu demi PRU 13 ini Bersih Adil dan Telus maka satu laporan polis sudah dibuat oleh YB Tian Chua bagi mendapatkan kepastian dan penjelasan dari SPR.

Laporan mengenai perkembangan isu ini akan menyusul dari masa kesemasa sehingga rakyat benar-benar berpuashati penjelasan dari SPR.

Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.


PENJELASAN PENUH PENGERUSI SPR:-




KUALA LUMPUR, 30 April — Dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya ke-13 tidak boleh ditanggalkan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab dakwaan pihak tertentu yang meragui penggunaan dakwat tersebut.

Abdul Aziz berkata dakwat yang digunakan SPR tersebut mengandungi bahan nitrat perak (silver nitrate) yang meresap ke dalam kulit dan mustahil ia ditanggalkan dengan sebarang cara walaupun dengan apa cara sekalipun, malah bahan seperti minyak ataupun bahan-bahan lain tidak boleh menanggalkannya.


“Mustahil, saya tidak percaya dakwat kekal itu boleh ditanggalkan... gunalah minyak atau bahan apa pun, ia tidak boleh ditanggarl kerana ia dibuat daripada nitrat perak.


“Bila dakwat itu diletak pada kuku, ia akan meresap ke dalam kulit,” kata Abdul Aziz.


Walaupun kesan pada kuku itu boleh hilang jika dibasuh atau dengan menggunakan minyak, Abdul Aziz menegaskan kesannya pada kulit masih lagi boleh dilihat dan pengundi tidak akan dapat menipu untuk mengundi sebanyak dua kali seperti yang didakwa sebelum ini.


“Kalau dia guna minyak atau basuh pun, kesannya pada kulit masih ada... pegawai bertugas boleh melihat dan menghalang daripada pengundi tersebut mengundi sebanyak dua kali,” terang Abdul Aziz lagi.


Abdul Aziz berkata dakwat kekal tidak akan hilang selama tujuh hari bagi mereka yang mengundi awal, serta menggesa sekiranya pihak tersebut mempunyai bukti supaya tampil ke hadapan dan buktikan dakwaan tentang penggunaan petrol untuk menanggalkan dakwat tersebut.


“Tak boleh tipu mengundi dua kali, dakwat kekal yang pengundi awal gunakan tidak akan hilang dalam masa tujuh hari.


“Kalau mereka ada bukti, saya harap tampillah buat aduan kepada SPR,” katanya lagi.


SPR telah menyediakan lebih 200,000 unit botol dakwat kekal untuk kegunaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).


Daripada jumlah itu, 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal, manakala selebihnya untuk kegunaan pengundi biasa.


Sejumlah hampir 13.3 juta pengundi termasuk 5,200 pengundi luar negara layak untuk mengundi untuk memilih 222 wakil di Parlimen dan 505 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah menjalankan pilihan raya negeri pada 2011.





AMUKANMELAYU - kerjaya kami PETANI, kerjaya kami GURU, kerjaya saya TUKANG RUMAH, KERJAYA SAYA WAKIL RAAYAT.....kalu kalah lagumana ni......oiii pening ni...