Thursday, 30 May 2013

UMNO DAH TERLALU SAKIT DAN MENDERITA


UMNO PERLU BERBALIK KEPADA PERJUANGAN ASAL BIAR PUN TIDAK POPULAR 

Penasihat PM tolong Malaysiakini?


Apa kejadahnya IKLAN ETP kerajaan BN dibayar iklankan di web Malaysiakini yang jelas merupakan web pemfitnah anti ISLAM/melayu/BN/umno yang cukup tegar !

Apakah  consultant ko ni sengaja nak bagi DANA pada Malaysiakini ?  
Berapa kos iklan ?


Penasihat PM yang terlibat dengan ETP adalah berikut:


Dato RohanaMerican

Tan Sri Azman mokhtar

Ganen Savarananthan
 

Kata blogger-blogger lain, kata Dato Alies Nor paling hebat antara ramai-ramai Penasihat.



Dia insan yang maksum dari kesalahan dan nasihatnya tak boleh dipertikakan hingga ada pegawai tertinggi ibu pejabat UMNO talipon blogger untuk kata "apa tahap engkau untukj persoalkan Dato Alies Nor"

Memang meraup betul ...



Kami LUV PM. Tapi kalau PM tak tahu pikir sendiri dan tak boleh fikirkan mana punahsihat dan mana penasihat, nanti rakyat terus tak LUV BN.

PM dah lama ditegur dulu tentang Penasihat yang menjahanamkan. Kenapa tak dengar?
   
UMNO -Bagaikan Kayu Yang Reput dan Berlubang



Memang betul, UMNO berjaya menambah jumlah kerusi Parlimen berbanding pencapaian PRU-12 pada tahun 2008. Namun sesuatu yang tidak dapat disangsikan ialah UMNO bersendirian di Semenanjung tetapi berjaya diselamatkan oleh Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Kalau nak dikirakan machineries, rasa-rasanya UMNO dan BN boleh menang besar di seluruh Malaysia. Namun keputusan PRU13 telah membuktikan segala agensi yang digerakkan oleh kaum cerdik pandai yang terlebih sel-sel otak mereka berbanding orang lain, hanya membazir kewangan dan kepercayaan penyokong-penyokong UMNO sendiri.
Tuan Penasihat!!!!20%

Ramai yang menuding jari ke arah para penasihat PM yang telah menjadikan PM sebagai Cinderella menerusi pelbagai program yang akhirnya memalukan prestasi UMNO sendiri.
Pun begitu kaum cerdik pandai itu masih ada muka dan tanpa kemaluan untuk terus bertapak dengan jawatan mereka yang telah gagal disempurnakan dengan berkesan. Kaum cerdik pandai yang tergolong dari jenis yang tidak mendengar kata dan hanya bergantung kepada persepsi yang kepala mereka lebih bengkak dan otak mereka bersaiz mega berbanding orang lain.

Sehinggakan yang tak dapat beza antara selut dan lumpur juga, boleh pula bercakap memberi nasihat dan merangka strategi tanpa mereka ketahui bahawa komposisi  dan demografi negara ini sudah berubah berbanding nostalgia silam zaman mereka melihat deruan bas mini dan bas Sri Jaya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

Kerana fenomena dan trend mempercayai kaum bertali leher tengah panas dan berbakat menghasilkan persekitaran dari kertas kerja semata-mata, UMNO berada dalam keadaan yang tersangat uzur.
BLIND COLOUR - Menjadikan Melayu terus kebelakang
 
Kalaulah bukan kerana sebahagian besar Melayu-Bumiputera masih menginginkan hak-hak mereka terpelihara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, barangkali sejarang ini UMNO hanya mampu mengenang zaman kegemilangan silamnya.
Apa masalah UMNO sebenarnya selain masalah yang diwujudkan oleh pacat-pacat dan lintah-lintah berotak besar san perasan mereka lebih hebat dari manusia lain sehinggakan mereka tidak boleh ditegur, pendapat mereka perlu dianggap terbaik dan mereka berada dalam kelompok UNTOUCHABLE?

Lambat bertindak, tidak peka, gagal meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO tulen dan terlalu gemar mengambilalih peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pemimpin-pemimpin dari parti komponen lain seperti MCA dan MIC. Itu merupakan sebahagian daripada masalah lapuk yang berterusan wujud dalam UMNO dan tidak pernah cuba untuk diselesaikan.
Memang benar para pemimpin UMNO kemudiannya akan mengikrarkan taat setia dan tidak akan mengkhianati parti walau dengan apa cara sekalipun. Namun semua itu hanyalah retorik. Terlalu kurang yang mengambil sikap lebih bertanggungjawab untuk parti sebaliknya lebih mementingkan diri.

Ia samalah seperti dalam satu kes di Kedah apabila seorang Ketua Bahagian sanggup bersekongkol dengan pihak lawan untuk memenangkannya sebagai calun wakil rakyat ldan memberi bantuan untuk mengalahkan rakannya sendiri.
Terlalu banyak masalah sebenarnya yang sedang dialami oleh UMNO. Ironinya masalah-masalah berkenaan tidak ditangani secepat mungkin sebaliknya dibiarkan dengan alasan tidak mahu memecahkan perpaduan dalam parti walaupun hakikatnya tindakan berkenaan semakin mempercepatkan UMNO dengan tarikh matinya. 

Masalah sedia ada seperti mana yang dialami oleh parti-parti siasah lain tidak dibereskan, kini UMNO terperangkap pula dengan masalah kaum penasihat dan perancang yang berkepala besar dan berotak sendat tapi hanya syok sendiri di samping tidak rasa malu dengan kegagalan mereka menggalas tanggungjawab dan amanah.

Sampai bilakah UMNO yang sudah diresapi budaya elitis akan terus bertahan dengan kebongkakan, keangkuhan, kesombongan dan keegoan sedangkan pada masa yang sama UMNO masih perlu bergantung kepada Melayu-Bumiputera marhein untuk terus mengekalkan kuasa.
Barangkali UMNO tidak pernah sedar bahawa bergaya seperti orang putih dan mengadaptasi apa-apa sahaja yang dilihat sebagai kemajuan sepertimana yang cuba dilakukan oleh gerombolan Anwar Ibrahim dan angkatan Sosialisme nya, tidak akan secara automatik menukarkan biji mata masing-masing menjadi warna biru.

Mengapa agaknya UMNO hilang pedoman dan tidak meneladani DAP, MCA, GERAKAN yang begitu tebal dengan kecinaan sehinggakan yang pernah bersekolah kebangsaan pun berusaha memahiri Mandarin sama ada tulisan apatah lagi tulisan demi menunjukkan Cina adalah bangsa Superior di Malaysia?

Apakah UMNO menunggu sehingga tidak ada kuasa baru hendak berteriak melolong tentang nilai Melayu-Bumiputera yang telah dilacurkan oleh kaum penasihat termasuklah penyangak-penyangak yang diberikan tempat empuk dan istimewa dalam GLC?

Tepuk dada tanya selera... yang pasti gelagat puak-puak yang sedang menjahamkan UMNO dari dalam itu sedang diperhatikan dan dianalisa oleh penyokong-penyokong UMNO sendiri!


AMUKANMELAYU - Corak dan Idea PAS yang masih lagi di takok lama, menjadikan UMNO masih reliven(konon)sebagai wadah perjuangan Islamelayu. Tapi dengan UMNO yang semakin MEREPUT dari sebelah dalamnya.....adakah kita harus berpeluk tubuh melihat Islamelayu MENGEMIS di Negara sendiri?.