Wednesday, 12 June 2013

GELANGGANG DAH MULA TERANG KEMBALI, GENDANG IBU SUDAH MULA KEDENGARAN,




TONY PUA TERIMA SURAT CINTA, RAHSIA SULIT DAP DIDEDAHKAN!


YB Tony Pua,

SAYA menulis warkah ini bagi menjawab kenyataan saudara yang disiarkan di dalam portal berita themalaysianinsider.com pada 7 Jun 2013 di mana saudara menuduh bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan UMNO sebagai paling rasis dalam negara ini.

Ketika Dr. Mahathir melafazkan sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1981, saudara baru seorang budak hingusan berusia 9 tahun.

Jurang intelek antara saudara dan Dr. Mahathir bagaikan langit dengan bumi dan tidak mungkin saudara atau mana-mana rakyat di negara ini mampu mencapai ketinggian serta ketajaman pemikiran seperti beliau walaupun untuk tempoh 50 tahun akan datang.

Bagi saya dan rakyat Malaysia yang menyanjungi ketokohan dan kepemimpinan serta sumbangan besar beliau kepada kemajuan dan kestabilan negara ini, tuduhan saudara umpama tombak berbisa menusuk kalbu khususnya bagi orang Melayu.

Saudara tentu sedar sejak tertubuhnya Parti Tindakan Demokratik (DAP) parti ini telah dan masih dianggap sebagai sebuah organisasi politik yang berasaskan kepada sentimen perkauman tebal, pemikiran rasis dan sempit yang hanya menggalas kepentingan agenda kaum Cina sahaja, iaitu bangsa kelahiran saudara.

Berlainan pula dengan UMNO yang lahir di tempat yang mulia dan disanjung sebagai parti Melayu yang memainkan peranan amat penting membawa nikmat kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk ibu bapa, adik beradik dan saudara sendiri.


Parti yang saudara label sebagai 'paling rasis' ini jugalah antara lain berjaya membangunkan pendidikan di negara ini sehingga saudara turut menerima tempias nikmatnya berkesempatan menuntut di Universiti Oxford.

Dr. Mahathir pernah mengatakan orang Melayu mudah lupa tetapi saya yakin orang seperti saudara juga mudah lupa untuk bersyukur terhadap segala apa yang saudara dan bangsa saudara perolehi atas perjuangan ikhlas UMNO sejak merdeka.

Sebelum saya mengemukakan bukti nyata untuk menyanggah tuduhan melampau dan tidak masuk akal saudara terhadap Dr. Mahathir dan UMNO, biarlah saya beritahu saudara mengenai beberapa perbuatan dan amalan orang Cina terhadap bangsa Melayu yang selama ini hanya memendam dan bersabar di atas diskriminasi yang mereka alami.

Tanya sahaja mana-mana orang Melayu yang membaiki kereta atau motosikal di bengkel kepunyaan Cina, pasti mereka akan merungut bayaran yang dikenakan kepada mereka 15 hingga 20 peratus lebih mahal daripada pelanggan berbangsa Cina.

Tanya pula kepada makcik-makcik Melayu yang membeli-belah di kedai runcit kepunyaan Cina, mesti mereka akan memberitahu harga yang dicaj kepada pelanggan Melayu adalah lebih tinggi berbanding bangsa mereka sendiri.

Begitu juga diskriminasi yang dilalui oleh peniaga-peniaga Melayu yang ingin mencari peluang pasaran di pasar raya milik Cina. Kerap barangan mereka dipamerkan hampir dengan setor malah ada juga di tepi tandas, walhal dari segi kualiti dan harga produk keluaran Melayu setanding dan kompetitif dengan barangan keluaran syarikat Cina.

Banyak lagi contoh yang ingin saya maklumkan kepada saudara tetapi cukuplah sekadar untuk membuka mata saudara betapa rasisnya bangsa saudara. Bagaimana pula diskriminasi syarikat Cina yang hanya mengiklan jawatan kosong untuk bangsa Cina sahaja?

Malah pekerja Melayu di syarikat Cina juga mendapat gaji yang lebih rendah walaupun mempunyai kelulusan dan dan jawatan yang sama dengan rakan sekerja berbangsa Cina.

Apa pula jawapan saudara mengenai budaya penyalahgunaan dadah, rasuah, aktiviti haram dan maksiat seperti rumah urut, pusat judi, pusat siber kafe haram, pusat karaoke haram dan sebagainya yang rata-rata dikendalikan oleh bangsa saudara?

Mungkin dasar Perdana Menteri yang 'amat rasis' ini jugalah yang berjaya meletakkan 29 daripada 40 billionaire dan jutawan berbangsa Cina dalam senarai individu Malaysia paling kaya majalah Forbes pada tahun 2012.

Semasa DAP, Pas dan PKR menguasai Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008, sudikah saudara menjelaskan mengapa antara langkah terawal kerajaan negeri adalah menutup 700 Tabika Kemas yang memangsakan lebih 13,000 murid dan beratus-ratus guru Kemas yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu?

Begitu juga dengan tindakan kerajaan DAP-Pas-PKR yang sengaja memperlahankan pembinaan masjid dan sekolah agama baharu sepanjang 11 bulan memerintah Perak sementara sekolah-sekolah swasta Cina bercambah dengan diberikan tanah manakala kampung-kampung baru diberikan status kekal.

Ini hanya sekelumit sahaja daripada tindakan-tindakan rasis yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang dikawal oleh DAP.

Akhir sekali, biarlah saya mengingatkan kembali kalimat-kalimat rasis yang ditujukan kepada orang Melayu oleh penyokong-penyokong parti saudara dalam tragedi berdarah 13 Mei 1969. Jika saudara musykil silalah rujuk kertas putih yang disediakan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengenai tragedi berdarah 13 Mei 1969.


Dokumen ini ditandatangani Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Datuk Hussain selaku Pengarah MAGERAN.

Menurut laporan ini pada muka surat 33 bab 12, ketika melintas Balai Polis Brickfields penyokong-penyokong Cina DAP telah melaungkan kata-kata mencaci, "Apa polis boleh buat? Kita Raja" dan "Buang semua polis Melayu".

Dalam perarakan DAP meraikan kemenangan mereka di depan Balai Polis Jalan Travers, sekali lagi penyokong-penyokong Cina DAP mengucapkan kata-kata kesat dan biadab terhadap orang Melayu seperti, "Mati Melayu, Sakai pergi masuk hutan!" Berhampiran dengan pondok polis Bukit Bintang, penyokong-penyokong Cina DAP dan Gerakan (ketika itu pembangkang) bertempik dengan mengeluarkan kata-kata amat rasis sekali, "Apa ini Melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan Melayu punya."


Saya anjurkan saudara baca sehelai demi sehelai laporan MAGERAN setebal 104 halaman ini supaya saudara mendapat pencerahan minda dan kesedaran serta keinsafan siapakah rasis nombor wahid di negara yang dipanggil Tanah Melayu ini.

Mungkin pahit untuk saudara telan sedikit daripada kebenaran dan fakta yang saya kemukakan tetapi saya percayakan pepatah Melayu yang mengatakan mana harimau yang boleh tukar belangnya? - UM

Laporan MAGERAN klik baca SINI







AMUKANMELAYU - nak kata satu perkataan  sahaja "BERSYUKUR" kerana di terima oleh ISLAMELAYU menjadi RAAYAT/WARGA NEGARA MALAYSIA. Kerana kemiskinan dan kekurangan pekerjaan dan penghambaan atau banduan denngan kesalahan mencuri kerana nak hidup, akhirnya British membawa "Datuk Nenek" kamu berhijrah ke sini. Jika tidak kerana itu kamu masih di Tanah Besar China. Kotor, Anak di hadkan, kemiskinan yang masih melampau di sana dan Kongsi Gelap yang tak mampu di selesaikan. Kekejaman Pemerintah Komunis yang kamu sendiri tahu seperti kami tahu......dengan kemewahan yang anda dapati disini, apa lagi yang kamu mahu? Peperangan, pergaduhan kaum, membakar kadai dan membunuh? Ingat.......berapa banyak nyawa melayang semasa 13 Mei dan berapa banyak kaum kamu lari keluar negara semasa 13 Mei. Kami akan tetap disini dan kami akan mati disini....kerana kami tahu hanya ini yang kami ada. Kamu masih tidak mengenali ISLAMELAYU......walau pun kita berjiran.