Wednesday, 12 June 2013

OTAK BELACAN - PAS DAN UMNO PERLU MEMPEBAHARUI NIAT JIKA TIDAK MAHU DI MURKAI ALLAH


Penggampang DEB sanjung Melayu anti-nasionalis

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Nazir Razak dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tune Tony Fernandes

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Dato’ Seri Nazir Razak menyifatkan Ketua Eksekutif Air Asia X sebagai “Pemimpin Besar” kerana berani menyuarakan penentangan keatas  akhbar Utusan Malaysia dan NGO Melayu PERKASA.

Laporan akhbar The Edge:

CIMB’s Nazir praises Azran for criticising Utusan, Perkasa

Written by Cynthia Blemin of theedgemalaysia.com
Mon Jun 10 2013 8:06:08 PTG
KUALA LUMPUR (June 10): CIMB Group chief executive officer (CEO) Datuk Seri Nazir Razak today described the critical views of AirAsia X Bhd’s head honcho Azran Osman-Rani against Utusan Malaysia and Perkasa as “the hallmark of a great leader”.
At the prospectus launch of AirAsia X, Nazir said Azran’s act of speaking his mind made him (Azran) a great leader.

“Azran — some people think he is a little bit outspoken, but what would you expect if you have someone who is guided by a chairman like Tan Sri Rafidah Aziz,” Nazir said in his speech.
“It is this trait, speaking his mind, (that) makes him a great leader from my perspective – and has done a great job running this company,” said Nazir, the brother of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

After the May 5 general election, Azran in his Twitter Account had described Utusan Malaysia’s articles such as `Apa lagi Cina mahu’ (What More Do Chinese Want) as “racist” and suggested that AirAsia X should not place advertisements with the paper.
He also took a swipe at the right wing Malay group, Perkasa.
Azran has since come under fire from Utusan and Perkasa. There were even calls for the Umno-controlled newspaper not to accept advertisements from AirAsia X until Azran apologised.

Apart from Azran, AirAsia X’s chairman Tan Sri Rafidah Aziz also came under fire.
Later at a press conference, Rafidah defended Azran and reprimanded the media for over-sensationalizing the issue.
“What Azran said is in his personal capacity and if it relates to any advertising in any company, that is obviously a company decision which is not made by Azran alone.
“It is very important to separate between a private person’s feelings or about anything at all, but so happen he was talking about Utusan,” she said.

Rafidah said there were millions of people who tweet and people should be allowed to express their personal feelings.
“It should be allowed as Malaysia is a country that practices freedom of speech, as long as it is not seditious in nature,” she said.

When asked if the matter had affected investor confidence at a time when the airline is seeking to list and banking on retail participation in its IPO on July 10, Rafidah said: “It does not have any bearing or whatsoever on the company.”
************
Add caption
 Muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2013

Azran secara lantang mengumumkan bahawa Air Asia X tidak akan mengkilankan produk mereka dalam Utusan Malaysia, selepas akhbar itu menyiarkan muka depantulisan Zukiflee  Bakar “Apa lagi Cina mahu?”. Ianya luahan hati begitu ramai orang Melayu seabagai reaksi pertama atas keputusan yang menunjukkan rata rata masyarakat Cina secara menyeluruh menolak BN.

Ketua Eksekutif Air Asia X Azran Osman-Rani mencemuh Utusan Malaysia dalam mesej Twitternya
ARKIB : 13/05/2013

Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia dakwa akhbar rasis

KUALA LUMPUR 12 Mei – Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.
Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan’s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan).”
Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.

Azran turut menyifatkan Utusan Malaysia sudah tidak relevan dengan jumlah pembaca semakin merosot, walaupun hakikatnya jualan akhbar ini bukan sahaja tidak merosot, malah meningkat sebanyak 1,000 naskhah sehari.
“Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia,” tulis ahli korporat Melayu baharu itu.
Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu?’ yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.

Laporan berkenaan mendapat liputan meluas sehingga seorang wartawan berketurunan Cina mempersoalkannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar beliau.
Bagaimanapun, Najib dengan tenang menjawab: “Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa?.”
Dalam pada itu, Azran turut memperlekehkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila menyifatkan bahawa fikiran sempit pertubuhan itu yang membuatkan orang Melayu terkebelakang.

“Perkasa? I think Malaysia has proven that they are irrelevant. Its Perkasa’s narrow-mindedness that’s holds Malays back. (Perkasa? Saya fikir Malaysia telah membuktikan bahawa mereka tidak relevan. Fikiran sempit Perkasa yang menyebabkan Melayu ketinggalan.)”
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130513/px_26/Azran-Osman-Rani-cemuh-Utusan-Malaysia-dakwa-akhbar-rasis#ixzz2VqeGQ2ue
© Utusan Melayu (M) Bhd
****************
Malah, semasa mengumumkan BN berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan malam pengiraan undi PRU13 itu sendiri, Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak menyifatkan fenomena itu sebagai “Tsunami Cina”.

Secara tidak langsung, Nazir menyifatkan abang sulung beliau iaitu Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak sebagai seorang yang ‘Bukan Pemimpin Besar’. Ini kerana Perdana Menteri Najib mempertahankan hak Utusan Malaysia untuk menyiarkan muka depan itu, dengan mempersoalkan bagaimana sekian lama akhbar akhbar bahasa Cina begitu tegar membawa isu isu Chauvinis Cina dan rasis.

Dalam nafas yang sama, Nazir wajar mengagungkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim and Penasihat DAP dan Maharaja Chauvinis Cina Lim Kit Siang sebagai ‘Pemimpin Besar’ kerana mereka juga secara lantang sentiasa mengutuk Utusan Malaysia dan PERKASA.
Untuk rekod, Nazir pernah menunjukan sifat anti-nasionalis beliau apabila ‘Menggampangkan Dasar Ekonomi Baru’ semasa menjadi panelis dalam Kongress Ekonomi Cina pada 15 Ogos 2010. Ianya mengundang banyak reaksi, termasuk Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelas Nazir lupa daratan kerana beliau mendapat peluang untuk memajukan diri sehingga mengetuai sebuah bank, yang asalnya Bank Bumiputera.

Bank Bumiputera ujud khusus untuk membantu ekonomi orang Melayu dan memberi kemudahan kewangan kerana kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank bank yang pada masa itu dikuasai oleh orang asing dan Cina. Ianya lahir dari Kongress Ekonomi Bumiputra pertama pada 1965.
Melayu Melayu lupa daratan dan kenyataan kenyataan cemuhan mereka memberikan modal kepada Bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang sememangnya mahu melihat dasar dasar tindakan affirmatif seperti DEB dihentikan dan mereka membolot semua peluang ekonomi. Akibatnya, negara tidak akan stabil kerana majoriti rakyat akan terpinggir dari kegiatan ekonomi perdana dan akan tidak puas hati.

Setakat ini, tiada bukti jelas menunjukan dasar dasar tindakan affirmatif DEB mencacatkan pertumbuhan ekonomi.
Sebaliknya, DEB tidak menafikan hak Bukan Melayu untuk berniaga tetapi mengadakan peluang bagi orang Melayu dengan mengembangkan kek ekonomi. Penglibatan segelintir orang Melayu dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan bererti mereka akan menggiatkan lagi aktiviti perniagaan borong, yang sememangnya menguasai oleh peniaga Cina. Penglibatan orang Melayu juga akan menambah kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi.

Utusan Malaysia dan PERKASA setakat ini hanya mempertahankan dasar dasar yang ada dan peruntukan yang terangkum dalam Perlembagaan Persekutuan, terutama yang menjaga dan menjamin kepentingan orang Melayu. Ianya tidak menafikan hak atau mengahalang Bukan Melayu, terutama masyarakat Cina dari meneruskan aktiviti ekonomi dan menguasai pasaran pasaran terutama terutama modal dan hartanah.

Sekiranya menyuarakan kedudukan ini dianggap sebagai ‘rasis’, maka kandungan dan pendekatan apa yang dibangkitkan oleh media yang dikuasai orang Cina keatas penentangan dasar dasar tindakan affirmatif dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan terutama dalam nada Chauvinis Cina wajar disifatkan sebagai ‘rasis’, jika tidak sebagai anti-Malaysia.

Namun, Melayu lupa daratan seperti Nazir dan Azran tidak pernah memberikan komen atau mengkritik kandungan dan pendekatan yang dibawa oleh media yang dikuasai orang Cina ini.
Golongan professional yang berjaya seperti mereka ini sepatutnya membantu untuk menambahkan lagi professional Melayu, jika tidak peluang untuk usahawan Melayu berniaga dengan kumpulan syarikat yang mereka terajui. Namun sikap mereka jelas mereka sebenarnya lebih mudah menggampangkan usaha untuk orang Melayu berbanding dengan menyumbang.

Jelas episod yang lahir dari reaksi rata rata orang Melayu terhadap orang Cina berhubungan corak undian pasca PRU13 memaparkan hati budi mereka yang sebenar.


Jawapan Kepada Melayu Liberal: Neo-nationalism

Satu perkara yang kita perlu terima: sejak dari zaman British hingga Merdeka, sejak zaman Tuanku hingga Tun Mahathir, dan hingga sekarang; tidak ramai orang Cina yang ingin 'diMalaysiakan'. Menjadi Malaysia adalah menerima Melayu dan pribumi sebagai penduduk asal, mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan menghormati Islam, adat resam dan Raja-raja Melayu.
Tidak perlu mereka menjadi Melayu, tetapi dari segi bahasa tidak ada kompromi dalam urusan rasmi. Sultan-sultan Melayu perlu dihormati dan berada di atas politik. 
Melayu merupakan bangsa yang paling rendah semangat nationalism dan rasism mereka. Oleh itu mereka boleh menerima apa saja perlakuan kaum lain terhadap kebudayaan dan bahasa mereka. Malah lebih teruk lagi mereka semakin ditekan semakin menjadi apologetik.
Kita ingin menjadi global tetapi lupa kendiri bangsa  masih belum dimantapkan. Kita ingin kelihatan terbuka dan liberal tetapi ekonomi dan pendidikan bangsa masih jauh ketinggalan.
Maka akan lahirlah Melayu liberal. Melayu liberal ini selalunya lebih berjaya dalam bangsanya. Merekalah yang disifatkan 'good breed' atau 'high class'. Mereka tidal bercampur dengan Melayu kebanyakkan. Mereka meningkat naik dalam strata social melalui hasil polisi 'tongkat'. Kemudian mereka akan mengutuk polisi tongkat itu.
Saya berani bertaruh, tidak ada Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan, politik, pendidikan jika tidak diberi peluang secara 'tongkat'. Setidak-tidaknya untuk generasi pertama. Makin mereka berjaya, makin mereka terpisah dari kelompoknya: 'binatang jalang dari kumpulannya yang terbuang.'
Hasil dari kebijaksanaan bapa-bapa politik Melayu, Malaysia sedang dikuasai oleh Melayu liberal. Mereka berada di puncak kuasa dalam politik, berada dalam GLC, berada dalam perniagaan yang didukung oleh kerajaan.
Mereka tidak kisah sangat tentang nasib Melayu yang tidak elit ini. Malah Melayu liberal tidak suka dikaitkan dengan mereka. Bagi mereka, Melayu marhein ini kebanyakkannya tidak liberal. Dan bagi mereka liberal itu merupakan salah satu 'hallmark' kepada kehalusan peradaban(cultured)  kelas mereka.
Mereka adalah 'cream of the creams' kerana kaya, bijak, lulusan Oxford dan duduk dalam kelas 'cigar' bukan cigarette. Hilton dan Mandarin Oriental merupakan kedai mamak mereka. 
Jadi sudah enak, sudah selesa, sudah lemak, mereka menganggap nationalism ini perkara remeh. Semangat menyintai bangsa Melayu dan mengangkat kepentingan Melayu bukan urusan mereka. Urusan mereka adalah kuasa dan mengekalkannya. Urusan elit Melayu liberal ini adalah dollars and cents. 
Dan apabila Utusan Melayu berkata-kata, selalunya agak racist, mereka menjadi malu. Mereka akan menjadi apologetik bagi phak Utusan. Mereka akan jadi apologetik bagi pihak Melayu. Mereka hentam apa saja kononnya perkauman. Mereka hentam Perkasa. Mereka hentam Utusan. Mereka hentam golongan Melayu jati yang bersuara bagi kepentingan Melayu. (Melayu jati di sini bukan secara nasab tetapi secara assabiyah).
Mereka menjadi malu dengan rakan-rakan bukan Melayu mereka. Mereka lupa, disebalik liberalisasi yang kununnya ditunjukkan oleh rakan-rakan bukan Melayu, kaum itu tidak hentam Dong Zhong, Sin Chew dan sekolah Cina.
Jadi liberalisasi ini hanya hipokrasi. Seperti 'demokrasi', ianya di puja oleh Barat jika menguntungkan Barat. 
Adakah benar Amerika liberal? Guantanamo liberal? Bertepatan ke dengan semangat 'all men are create equal'? British dengan sejarah 'gunboat diplomacy'nya liberal? Lee Kuan Yew liberal? 
Tun Mahathir liberal? Tun Razak liberal? Suka atau tidak, Tun lebih kenal bangsa Melayu lebih dari mana-mana ahli politik. Dan hingga kini, tanpa menjadi liberal kedua-dua Tun itu berjaya mengubah landskap politik dan ekonomi Melayu.
Cuma saya sedih, Tun Razak melahirkan kambing bukan singa hasil dari DEB. Baca juga sini.
Saya seru Melayu dalam UMNO yang tidak elit, grass root, rakyat marhein agar kembali bersatu menjadi nasionalist. Dan para nasionalist ini dulu memerdekakan Tanah Melayu. Nasionalisme juga merupakan ideologi UMNO. Dan melalui ideologi asal ini, kita nyahkan Melayu liberal dalam UMNO.
Persetankan Melayu Liberal. - by