Monday, 17 June 2013

TIKA KEDAMAIAN MENJADI MAHAL, UNDANG-UNDANG JADI DAGANGAN


Lembap! Kenapa lambat bertindak


Tindakan biadap beberapa pengendali laman sosial seperti Facebook dan blog yang menghina Islam dan raja-raja Melayu ternyata amat keterlaluan. Pengerusi Kerusi Undang-undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon berkata, hukuman berat terhadap mereka yang mencabar Perlembagaan Persekutuan itu perlu dikenakan sebagai pengajaran supaya tiada lagi pihak yang menyalah guna kemudahan Internet pada masa depan. Baginya, kelewatan mendakwa mereka hanya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap jentera keadilan di negara ini.
Kepada wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan jurugambar, ISMAIL KAMADIN di Pulau Pinang, Ranjit berpendapat, pendakwaan perlu disegerakan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi terutama Seksyen 114A Akta Keterangan 1950.
UTUSAN: Apa pendapat anda mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab dalam Internet seperti menghina Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad SAW sejak kebelakangan ini?
RANJIT: Apa yang saya perkatakan ini mungkin tidak akan disenangi oleh ‘kaki’ Internet yang sering mendabik dada kononnya menjuarai hak kebebasan bersuara. Namun, setiap kebebasan mestilah ada hadnya. Jika tidak, boleh berlaku anarki di mana masyarakat boleh membuat apa sahaja yang mereka suka mengikut nadi serta cita rasa sendiri.
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengenakan lesen portal tetapi berhasrat mewujudkan kawalan kendiri media sosial, bertujuan mengelak wujud kumpulan penulis tidak bernama dalam kalangan pengamal media sosial. Sebenarnya golongan ini tidak berani berdepan untuk mendedahkan identiti mereka kerana takut dikenakan tindakan undang-undang.
Adakah peruntukan undang-undang yang sedia ada memadai untuk situasi sebegini?
Sememangnya undang-undang sedia ada mencukupi. Bagaimanapun, apa yang mengecewakan adalah tiada pelaksanaan segera dan tegas, seolah-olah masih teragak-agak serta memilih bulu. Tindakan awal memanggil mereka yang terlibat ke balai polis untuk penyiasatan seterusnya memberi amaran keras jelas tidak berkesan. Mereka ini tidak lagi takut dengan ‘layanan’ sedemikian kerana tiada pertuduhan akan dikemukakan di mahkamah.
Oleh itu, di balai polis mereka mengaku insaf, memohon maaf dan mungkin menitiskan air mata, namun sebaik-baik keluar dari situ mereka menggiatkan lagi serangan dalam Internet. Sepatutnya sudah boleh diambil tindakan tegas kerana serangan mereka jelas terarah kepada agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Apakah peruntukan undang-undang yang boleh digunakan untuk kes-kes sebegini?
Antaranya Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta beberapa seksyen di bawah Kanun Keseksaan termasuk yang paling serius, Seksyen 121 ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati. 
Jika sudah ada peruntukan undang-undang, kenapa kerajaan seolah-olah melengah-lengahkan dakwaan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab ini? Adakah terdapat kesukaran dalam proses ini?
Perkataan-perkataan yang berbentuk penghinaan sebenarnya sudah mencukupi untuk membuat pertuduhan. Sabitan pula adalah di tangan mahkamah selepas mendengar segala keterangan termasuk penjelasan daripada orang kena tuduh (OKT). Terdapat dua eleman dalam setiap kesalahan, iaitu perbuatan yang salah (actus reus) dan niat yang salah (mens rea).
Perbuatan yang salah (actus reus) senang dibuktikan, adakah ini benar?
Perbuatan yang salah adalah lebih senang dibuktikan dengan penggunaan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang baharu di mana nama, gambar, nama samaran, pendaftaran kawalan komputer boleh dianggap sudah melakukannya kecuali OKT dapat membuktikan sebaliknya (tidak berbuat demikian).

Bagaimana pula dengan niat (mens rea)?
Niat adalah sesuatu syarat tersirat tetapi kita boleh melihat contoh yang terdapat huraian mengenainya seperti dalam kes Mahkamah Rayuan, Pendakwa Raya lawan Karpal Singh.
“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta 15, selepas membuktikan bahawa OKT telah menyebut perkataan-perkataan yang didakwa menghasut, bagi elemen kedua - sama ada perkataan-perkataan tersebut menghasut, pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan bahawa perkataan-perkataan tersebut mempunyai kecenderungan menghasut di bawah mana-mana satu atau lebih dari enam perenggan di bawah Seksyen 3(1) Akta 15."
Oleh itu, jika undang-undang sudah mencukupi, kenapa pihak berkuasa seolah-olah berlengah mendakwa mereka?
Mungkin proses pengumpulan bukti atau mungkin untuk mendirikan suatu ‘water tight case’ melambatkan proses berkenaan. Namun, intipati-intipati tuduhan sudah jelas tertera dan sepatutnya boleh dikemukakan dakwaan segera. Tindakan melambatkan proses ini boleh memaparkan imej yang kurang meyakinkan dalam kalangan orang awam terhadap Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimana pula pandangan anda mengenai kritikan lantang Majlis Peguam terhadap pertuduhan ke atas pemimpin dan aktivis propembangkang seperti Tian Chua, Adam Adli Abdul Halim serta pemansuhan Akta Hasutan 1948?
Majlis Peguam kononnya mahu menjadi juara hak asasi manusia antarabangsa tetapi harus diingat bahawa penduduk di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang berlainan bangsa dan agama. Tiada tumpuan dan pandangan langsung diberikan dalam aspek ini, mereka hanya mengikut pandangan dari Barat.
Kini sudah wujud keadaan tegang di antara kaum-kaum berbeza tetapi pemimpin serta aktivis propembangkang ini terus mengeluarkan kenyataan provokatif tanpa batasan. Bagaimanapun, Majlis Peguam sebagai sebuah badan profesional guaman tidak bertindak untuk menghalang keadaan seumpama ini daripada berterusan.
Kritikan tanpa kompromi nampaknya dilakukan terhadap satu pihak (kerajaan) sahaja. Akta Hasutan belum dimansuhkan dan tiada tarikh pemansuhan ditetapkan. Ini adalah undang-undang, apatah lagi toleransi kaum serta sikap kesederhanaan semakin berkurangan dan hampir pupus daripada generasi sekarang.
Jadi, sepatutnya Majlis Peguam mendidik rakyat mengenai peruntukan ini dan syarat-syaratnya. Paling penting perlu diberi penerangan kepada rakyat, akibat perlanggaran undang-undang ini, seseorang boleh dikenakan hukuman penjara -