Monday, 29 July 2013

KENAPA TERLALU "SLOW" PDRM BERTINDAK KE ATAS BEBERAPA ORANG DARI PARTI PEMBANGKANG?


PENGERUSI MyWATCH SEMPAT TINGGALKAN WASIAT DENGAN RAFIZI???


Beberapa jam sebelum ditembak,  R Sri Sanjeevan ada menyatakan beliau memiliki senarai nama pegawai polis yang disiasat secara dalaman kerana terlibat dalam sindiket dadah.

Pengerusi MyWatch itu menyatakan demikian kepada Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR ketika mereka bertemu di majlis berbuka puasa Jumaat lalu di rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya beritahu supaya berhati-hati kerana senarai itu adalah pegawai polis yang sedang disiasat. Saya tidak begitu memberi galakan kepada Sanjeevan," katanya.
Terkejut dengan kejadian yang menimpa Sanjeevan itu, Rafizi juga mengakui agak terkilan kerana menasihati Sanjeevan bahawa ia tidak masa sesuai untuk membuat pendedahan kerana siasatan polis masih berlangsung.

Bagaimanapun, katanya, Sanjeevan pada pertemuan itu menyatakan ia skandal besar dan kesalahan yang dilakukan serius serta membabitkan jumlah dadah yang besar.

"Mengikut Sanjeevan, pegawai polis yang disiasat itu berdepan kemungkinan didakwa mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati. Beliau yakin ia kes serius," katanya.

Rafizi dan Sanjeevan kemudian bersetuju untuk bertemu minggu depan untuk meneliti senarai berkenaan.

Ps: Hmm... Kenapa dia berjumpa dengan Rafizi dan menyatakan bahawa dia ada senarai nama tu ye? Kenapa dia tak dedahkan awal - awal?
Hakikatnya, ini satu lagi konspirasi Pakatan untuk terus memburukkan nama baik Anggota Keselamatan Negara dengan mengaitkan mereka dengan dadah. 

Orang macam Si Rafizi ni wajib dibawak ke Balai supaya dia dapat memberikan keterangan tentang apa yang dia sebut. Jangan nanti bila dah sampai balai, dia terkencing dalam seluar pulak sudah la!!!
 
 
AMUKANMELAYU - Asas siasatan telah ada, RAFIZI dah boleh di angkut kat BALAI untuk memulakan siasatan, KPN.....tunggu apa lagi........