Saturday, 27 July 2013

KUALA LUMPUR - BANDARAYA Counter Strike

VAT 69 - Perjuangan Semalam
 
Ugutan dari Sulu: Gelombang kedua pengganas?

Pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga menghadapi ancaman musuh, termasuk berdepan ugutan terbaru pengganas Sulu yang dikatakan mahu memasuki kawasan Tambunan di Sabah, bulan depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jangan cuba mengugut kami. Bukan sekadar polis dan tentera, malah seluruh rakyat Malaysia akan bangun menentang pengganas Sulu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Ihsan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) di sini, semalam.

Hanya dengan melihat taik anda, kami sudah tau apa yang anda makan malam tadi …..  

Begitulah sebenarnya gambaran, betapa hebatnya perisikan Negara kita. Jadi kepada mereka2 yg cuba2 mahu memperkecilkan Pasukan Keselamatan kita, kami nak bagitau, janganlah hanya jadi keyboard warrior kalau kalian tidak tau duduk perkera sebenar. Rahsia keselamatan Negara memang tidak bolih kami dedahkan… untuk gambaran bayangan, berikut kami singkap sedikit tabir kami supaya kalian mengerti ….

Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh negara, agenda utama mereka ialah menimbulkan kekacauan dari dalam negara dan menyebabkan kesatuan rakyat berpecah. Inilah yg  sedang berlaku dan kerajaan terpaksa menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menjalankan perang saraf bagi mengelakkan Malaysia terus terjerumus dalam kancah ini.

Malaysia sehingga kini berjaya menepis perancangan halus dan terancang dari luar kerana mempunyai jaringan perisikan yg sangat ampuh dengan dibantu oleh pasukan risik ATM serta Cawangan Khas PDRM. Hanya negara yg mempunyai jaringan risikan dan rangkaian penyampai maklumat yg benar2 baik sahaja mampu mengatasi banyak masalah yg dilontarkan ke dalam negara.

Bukan sedikit negara lain meniru cara Malaysia yg menggunakan konsep ‘Cegah Sebelum Parah’ melalui undang2 Akta Rahsia Rasmi yg kini turut ditiru oleh banyak negara luar. 

Di mana negara lain gagal, Malaysia terus kekal aman. Cuba anda cari di dalam dunia ini, negara mana yg tidak terlepas dari diganggu oleh “tangan2 ghaib” ini, dari Indonesia sampailah ke Timur Tengah. 

Setakat ini negara kita masih mampu dipertahankan dan anda masih boleh keluar berarak, mendengar ceramah pembohong ahli2 politik dan berkempen untuk kejayaan politik anda dalam parti, kesemuanya kerana kerajaan Malaysia dan pasukan keselamatan negara bertungkus lumus berjuang dalam kepayahan untuk membolehkan anda melakukan semua ini dengan percuma.
Untuk menjamin keamanan sesabuah negara harus mempunyai jaringan perisikan yg cekap. Untuk menjamin kedaulatan, negara harus mempunyai pertahanan yang kuat. Mudah sahaja formulanya.

Asas kepada jaringan risikan yg kuat di Malaysia terletak kepada pihak tentera, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat2 kerajaan yg mempunyai dana yg kaya raya.
Terasa lucu apabila ada pihak yg menimbulkan isu “wang rakyat”, apa wang rakyat ini? Sebenarnya melalui dasar penswastaan yg diperkenalkan negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat, duit anda selamat dalam bank dan KWSP anda.

Bukan mudah untuk melahirkan perisikan kelas dunia, kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi metaliti rakyat Malaysia yg liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.

Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran. Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yg beranggapan belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada keamanan dan kemajuan republik tersebut.

Ada beberapa pihak yg menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas PDRM atau Special Branch, Kor Risik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara Angkatan Tentera Malaysia dan elemen2 dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan seperti Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik yg mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan beberapa isu dalam negara yg turut dihimpun oleh agensi yg sama atau agensi yg lain yg mengutip maklumat dari sumber tempatan.

Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri misalnya terdiri dari Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA), KEMAS, Biro Tata Negara dan individu yg dilantik secara khusus yg dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus tapisan keselamatan yg ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas anggota tentera khususnya komando.

Maklumat risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint), risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak2 yg pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yg mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.

Sebagaimana agensi risikan di luar negara, belanjawan keselamatan Malaysia dibantu oleh bajet yg datang secara rasmi seperti belanjawan untuk PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan bajet clandestine dari keuntungan syarikat2 milik kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi.

Peranan risikan dalam Malaysia sebenarnya lebih hebat dari filem Mission Impossible dan jika anda teliti, beberapa tahun lepas ada iklan di dalam web JPM di mana “Pakar Peperangan Elektronik” diperlukan, jika kita fikir secara logik mengapa sebuah jabatan milik Perdana Menteri memerlukan pakar peperangan elektronik. Sudah tentu kepakaran ini disalurkan kepada agensi risikan keselamatan di bawah naungannya seperti MEIO.  

Jadi, rakyat Malaysia jangan risau, kepakaran intel kita masih berada ditahap tinggi … yg memungkinkan anda tidur lena, bolih santai2 kebazar ramadhan, bolih menghadiri rumah2 terbuka pada Hari Raya nanti …. Urusan Keselamatan Negara, biar kami uruskan …. Cuma harapan kami, jangan diperlekehkan usaha kami ini …. Sebenarnya dalam isu Keselamatan Negara ini …. Banyak lagi hal2 yg tak tercapai akal pintar kalian itu …. Selamat berpuasa ….
RISIK - Jabatan Rahsia Kerajaan Malaysia

KEJAYAAN LALU
KL - Bandaraya Counter Strike

    1. Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang canggih, malahan lebih hebat dari kebanyakkan ibunegara dunia yang pernah saya kunjung. Jika ada yang lebih hebat, saya undi Jakarta…saya suka Jakarta.
    2. Saya bukan bercerita tentang kecanggihan bangunan tetapi kemudahan komunikasi dan pelbagai prasarana untuk menjalankan aktiviti perisikan, untuk tujuan merancang keganasan dan penyediaan tempat-tempat  selamat “safe house”, yang penting sekali untuk masuk ke Malaysia, anda tidak perlu menggunakan visa.
    3. Jika anda orang asing terutama bangsa Arab atau Negro, tidak mengapa kerana di sini orang tidak ambil kisah dengan apa yang anda buat, tidak ada sesiapa yang akan menganggap anda sebagai ahli kumpulan militan atau perisik tetapi dengan syarat, anda jangan kacau anak dara orang atau bini orang. Itu pun sebenarnya orang tidak ambil peduli.
    4. Selamat datang ke Kuala Lumpur, belajarlah bermain Counter Strike di sini.
    5. Dahulu semasa tahun 1970an, agen talam dua muka berbangsa Melayu iaitu Siddiq Ghouse ditangkap oleh pasukan Special Branch (SB) kerana menjual maklumat kepada KGB.
    6. Negara komunis iaitu Kesatuan Soviet bercita-cita untuk membuka sebuah hospital mata di Langkawi tetapi projek itu senyap selepas agen mereka iaitu Siddiq ditangkap.
    7. Siddiq Ghouse yang merupakan pegawai kepada Tun Dr Mahathir terkejut apabila ditangkap tetapi mengakui SB dari Bukit Aman sangat cekap menghidu aktivitinya.
    8. Di antara tahun 1997-2000, kalau tidak silap saya pihak perisikan barat berjaya menangkap seorang agen talam dua muka yang berkerja dengan CIA.
    9. Beliau ditangkap selepas mendarat di Brussel  melalui penerbangan dari Kuala Lumpur.
    10.Sedar tidak sedar, beliau yang beroperasi melalui pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur sudah menjual 40 nama agen CIA yang baru direkrut (rekrut kat KL ke???) kepada agensi perisikan Russia, Glavnoye Razvedyvatel’noye Upravleniye (GRU).
    11.Kisah tangkapan lelaki ini  diceritakan penuh saspen dalam majalah berita antarabangsa seperti Times dan News Week tetapi sayang saya tidak menyimpan keratan kejadian itu.
    12.Sebelum itu Timbalan Ketua CIA yang pernah bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur,  Nicholson turut ditangkap kerana menjual senarai nama agen CIA kepada Russia dengan nilai USD 300.000 dengan alasan untuk menyara keluarga.
    13. Pada tahun 2000,  di satu kawasan setinggan Indonesia di Kuala Lumpur, seorang lelaki Aceh, kalau tidak silap saya, namanya Tengku Don Zulfahri, mati ditembak pada 1 Jun. Selepas disiasat Tengku Don ini merupakan anggota gerila kepada kumpulan bersenjata GAM  (Gerakan Acheh Merdeka) dan penembaknya…entahlah, mungkin komando Indonesia atau mungkin pihak dari dalam GAM sendiri.
    14.Jika benar ia ditembak oleh komando Indonesia, ini bermakna jaringan perisikan mereka sudah wujud di ibunegara, sudah ada Rumah Selamat atau “Safe House” dan sistem kemasukan dan pemakaian senjata yang tidak perlu diimport dari Siam.
    15.Ini pun bukan satu perkara pelik, sudah acap kali saya mendengar cerita bagaimana dadah dan senjata api di bawa masuk melalui peti-peti ikan mentah dan bagaimana pasar-pasar borong di kawasan Selayang menjadi pusat perdagangan bahan-bahan ini.
    16.Pada 14 Jan 1998, pemimpin pejuang Patani Selatan (PULO) Haji Sama-ae Shanam dan beberapa orang pengikutnya ditangkap di Kuala Lumpur yang selama ini menjadi pusat gerakan dan mesyuarat kumpulan pejuang pembebasan itu.
    17.Dunia juga digemparkan di Kuala Lumpur apabila perancang peristiwa 11 September dari kumpulan Al Qaeda sering menjadi ibunegara ini yang agak “Friendly” kepada orang Arab dan Muslim sebagai tempat bermesyuarat.
    18.Orang Melayu memang memandang tinggi pada orang Arab, entahlah, ramai juga yang memakai gelaran Sheikh dan Sharifah, kononnya keturunan ulamak Arab, betulke??? tapi sebenarnya Melayu ini memang sentiasa memandang tinggi kepada produk luar.
    19.Agen-agen CIA dan SB Malaysia berjaya mengesan kedudukan lelaki-lelaki perancang utama ini, mereka sering bersantai dalam Cyber Cafe tetapi seterusnya merupakan kegagalan terbesar dalam dunia perisikan barat, mereka terlepas dan insiden 11 Sept pun berlaku.
    20.Ok kita lupakan data-data di atas, sebenarnya macam-macam kumpulan ada dalam Malaysia ini, dahulu saya pernah jumpa pejuang-pejuang GAM semasa saya berada dalam tingkatan enam dan bekerja di kawasan limbungan kapal Sembawang, Johor Bahru (saya bekerja tukang buat air) kat kantin makcik saya di Sime Sembawang.
    21.Ada dua orang yang menjadi kawan baik saya, dua-dua bagaimanapun saya sudah lupa namanya tetapi mereka memakai kad pengenalan yang mempunyai lambang bendera hijau dengan simbol bulan serta bintang.
    22.Dalam kad itu, tertera pekerjaan mereka sebagai : Pejuang.
    23.Saya masih ingat dalam keratan akhbar lama, The Sun Herald yang diterbitkan di Syedney, Australia pada Feb 7, 1965, kerajaan Malaysia berjaya menangkap seorang agen perisik asing.
    24.Menurut akhbar itu yang memetik kenyataan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman, perisik asing bertaraf “Spy Master” itu sedang menyediakan satu kumpulan tentera pemberontak yang disokong oleh parti-parti pembangkang dan identiti “Master Spy” itu tidak pula didedahkan bangsa atau warganegara mana.
    25.Berita itu disalurkan melalui Rueters menyebut, “Master Spy” itu ditangkap di lapangan terbang Kuala Lumpur (masa itu di Sungai Besi) bersama sejumlah wang yang besar dan berita itu menyebut satu kumpulan yang dinamakan “the fifth column” sedang beroperasi, menatang apa tah, den pun tak tahu.
    26.Pendek kata, dengan status quo kita sebagai negara Islam yang moderate, mengalu-alukan kedatangan orang luar serta kedudukan Malaysia yang strategik dan penerbangan luar masuk yang banyak, Kuala Lumpur ini boleh disamakan dengan status Switzerland masa Perang Dunia Kedua dahulu.
    27.Switzerland masa perang dahulu merupakan negara yang berkecuali dan aman damai kerana tidak diserang Nazi atau pihak berikat.
    28.Ia menjadi pusat kepada pelarian, pusat untuk perancangan sabotaj serta perisikan bagi kedua-dua pihak yang berperang.
    29.Sekitar tahun 2000 – 2003 juga, kawasan Kementerian Pertahanan di Jalan Tembak pernah digemparkan oleh seorang lelaki Inggeris yang kononnya tersesat di Jalan Tekpi.
    30.Jalan Tekpi pada masa itu agak lengang dan merupakan jalan masuk ke Kementerian Pertahanan, sekarang ia sibuk dengan pembina kem transit yang baru.
    31.Ada khabar angin menyatakan pelancong orang puteh itu perisik, mustahil ada pelancong sesat di Jalan Tekpi pasal bukan kawasan pelancongan dan jauh dari zoo negara atau KLCC.

    SEKIAN SAHAJA SEDIKIT FAKTA YANG SAYA TAHU…ADA LEBIH, TAPI TAK BERANI LETAK NANTI SAYA KENA OSA.
  
AMUKANMELAYU -Hanya padamu kami Islamelayu sandarkan harapan, moga Islamelayu akan terus menjadi Bangsa yang TERAHSIA di dunia ini.....kami tunggukan kebangkitan serentak antara kita demi Tanah Melayu dan Islam Ugamanya....