Friday, 19 July 2013

OTAK BELACAN - RAMAI "PEMIMPIN ZUHUD" MAAFKAN VIVIAN KERANA TAKUT DI HALAU KE SUMATERA DAN DIPAKSA MAKAN SUP BABI


PEMIMPIN PAS JANGAN DUK PERASAN, INI BUKAN KES DENGAN KELUARGA HANG UNTUK HANG MAAFKAN DEPA, INI KES DENGAN UGAMA DAN PENGANUTNYA ISLAM DAN KAMI TIDAK ADA KEPENTINGAN UNDI DENGAN DEPA DAN HANG

RESPON PEMIMPIN PAS INI TERHADAP ISU PASANGAN KEKASIH HINA ISLAM
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat
1. Ia adalah satu jenaka yg agak biadab terhadap ummat Islam dan Islam itu sendiri. Tidak wajar dilakukan dan pasangan ini wajib meminta maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam. Merekaperlu disedarkan bahawa ianya melanggar sensitiviti agama dan mereka wajar dibimbing agar faham dan tidak berterusan melakukan kesilapan ini.

2. Walau bagamanapun…dlm bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang sinonim sebagai bulan kasih sayang,bulan kemaafan dan keampunan, adalah wajar kita menangani dan mendepani isu-isu seumpama ini dengan jujur, hikmah dalam berdakwah hatta bersifat pemaaf. Jgn bakar kemarahan kita dan menidakkan kemaafan walaupun yg mlakukn kesalahan adalah daripada mereka yang bukan beragama Islam. Seerah perjuangn Nabi SAW banyak menunjukkan suri teladan tika berhadapan situasi seperti ini. Ia perlu dihadapi secara dakwah, bukannya hukuman kejian kutukan dan celaan. Biasalah mereka tidak atau kurang faham. Maka tugas kita dakwahlah sehingga mereka faham dan berubah.

3. Adalah tidak wajar bila ada pihak yg dilihat sengaja menghangatkan isu ini dan menaikkan kemarahan ummat Islam secara tidak bertanggungjawab. Terus mengapi-apikan semangat permusuhan dan ketegangan agama dan kaum hanya kerana tindakan seorg dua orang bukan Islam yg tidak sensitif dan kurang bijak adalah satu tindakn tidak bertanggungjawab dan merendahkan diri kita sendiri sebagai orang mukmin yang bijak dan pemaaf. Hatta merendahkan kemuliaan bulan kemaafan dan keampunan ini.

4. Jangan lepaskn peluang kita berdakwah terhadap orang bukan Islam hanya kerana kesombongan kita atas keIslaman kita lantas semudahnya memandang orang lain sebagai rendah. Islam bukan agama yg sombong. Islam itu rahmat kpd sekalian alam.

5. Justeru, semua pihak harus menghentikan polemik kebencian ini. Pasangan yang bersalah juga wajib segera sedar insaf dan memohon maaf.

6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn.

7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN!

Aiman Athirah Al Jundi
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Pusat
APA SALAH SAUDARA SENDIRI - SEHINGGA DI DO'Akan SEDEMIKIAN RUPA?
  

PAS NEGERI MELAKA ANJUR MAKAN BAK KUT TEH UNTUK BERBUKA PUASA!!!


HOT ! LAWYER PAS PULAK SOKONG BLOGGER PORNO ALVIN & VIVIAN !


by Generasi Pejuang Bangsa
 
Drama kebaculan pemimpin Pas Pis Pus  berterusan di Ramadhan dalam isu penghinaan blogger porno Alvin Vivian terhadap agama Islam .

 Kali ini giliran lawyer PAS yang juga Ahli Parlimen Sepang , Hanipa Maidin pulak   mahu seluruh umat Islam di negara memaafkan pasangan lucah ini .

Untuk rekod pasangan lucah ini  pernah  menyentuh sensitiviti penyokong BN dengan berbogel sambil memegang bendera parti .

Apakah Hanipa  akan marah dengan mereka ini bila mereka berbogel pulak sambil memakai bendera bulan PAS ?

PAS ternyata lebih membela pasangan lucah ini dengan sokongan kaumnya  daripada  mempertahankan maruah agama Islam sendiri .


Mohamed Hanipa Maidin (gambar) meminta umat Islam memberikan peluang kepada pasangan lucah Alvin Tan dan Vivian Lee untuk menebus kesalahan mereka kerana melakukan provokasi terhadap penganut agama terbesar di negara ini. 
Ahli Parlimen Sepang dari PAS itu juga mahu umat Islam bertindak waras dalam memberikan respon terhadap provokasi seumpama ini dan belajar untuk memberikan kemaafan. 
"Islam, saya yakin, juga agama rahmah. Di dalam al-Quran juga Allah menyatakan bahawa Allah menulis untuk diriNya rahmah (belas ikhsan)," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS kepada The Malaysian Insider.
"Maka saya berpendapat tidak salah bagi umat Islam untuk menerima kemaafan pasangan itu dan memberi mereka peluang untuk tidak lagi mengulangi perbuatan biadap mereka itu," katanya. 
Bagaimanapun, Mohamed Hanipa tidak mahu campur tangan terhadap tindakan undang-undang pihak berkuasa terhadap mereka. 
Namun begitu, beliau menolak penggunaan Akta Hasutan terhadap Tan dan Lee. 
Pasangan itu menghina Islam dengan menyiarkan posting di akaun Facebook aksi memakan sup tulang babi sebagai hidangan berbuka puasa. 
Pelbagai pihak menggeluarkan kenyataan supaya tindakan tegas diambil terhadap Tan dan Lee walaupun mereka sudah meminta maaf di atas keterlanjuran mereka itu. 
Ramai yang mendesak mereka dikenakan tindakan undang undang termasuk didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. 
"Pendapat peribadi saya sebarang perbuatan menghina mana-mana agama apatah lagi Islam adalah satu perbuatan yang terkutuk," katanya. 
Mohd Hanipa yang juga seorang peguam berkata, ia tidak sewajarnya dilakukan oleh orang yang waras dan Islam tidak membenarkan penganutnya menghina agama atau kepercayaan orang lain kerana penghinaan itu membuka ruang kepada penghinaan Islam itu sendiri. 
Beliau percaya mereka sudah cukup terseksa dengan luahan kemarahan umat Islam di negara ini. Itu sudah cukup, baginya menjadi hukuman perit ke atas mereka. 
"Saya rasa ugutan bunuh ke atas mereka, jika benar berlaku, bukan anjuran Islam. 
"Namun saya rasa tidak perlu mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana Akta itu sendiri sudah banyak menzalimi rakyat negara ini," katanya. 
Jika mereka didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Islam tidakkah pasangan remaja ini juga akan merasa bahawa ada diskriminasi dan ketidakadilan ke atas mereka, soalnya. 
Ini kerana orang Islam yang ingin bakar Bible dan menghina anutan orang Hindu tidak didakwa sehingga kini. 
"Adakah ini keadilan? Tidak malukah kita kepada orang bukan Islam apabila kita sendiri gagal bersikap adil? 
"Di mana keadilan yang juga menjadi prinsip utama ajaran Islam hendak kita campak?" katanya. 
"Mereka adalah remaja yang mudah tergelincir. Percayalah Islam tidak akan dilemahkan dengan penghinaan mereka berdua dan Islam juga tidak dikuatkan hanya kerana kita melaung kuat untuk menghukum mereka di bawah Akta yang zalim seperti Akta Hasutan," katanya. 
Beliau mencadangkan semua pihak yang prihatin supaya mendekati mereka dengan lemah lembut dan berhemah supaya segala keraguan mereka atas agama ini dapat dipadamkan daripada benak pemikiran mereka. 
Dalam sejarah Islam, katanya, pernah berlaku seorang penyair bukan Islam yang suka menghina Nabi Muhammad hingga menyebabkan sahabatnya, Umar Al -Khattab meminta izin untuk mencabut gigi penyair itu, namun Nabi tidak membenarkannya. 
Katanya, akhirnya penyair itu memeluk Islam dan menggunakan bakatnya pula untuk menyebar ajaran Islam. 
Pasangan itu akan didakwa hari ini di atas kesalahan mereka. - 18 Julai, 2013. 
 http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/07/IMG-20130713-WA003.jpg
 vivian chong 

ALVIN DAN VIVIAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERBUKA PUASA DENGAN SUP HERBA RUSUK BABI

Pasangan Alvin dan Vivian dikenali, infamous,  kerana bertindak berani memaparkan aksi seks di internet.  Barangkali kerana tidak begitu ramai berminat menonton  aksi ghairah mereka,  keduanya mencari ide lain  untuk mencetuskan  provokasi sebagai attention seekers.

Gambar di atas dipaparkan di facebook Alvin and Vivian, klik di sini.

Perhatikan tulisan di atas ...

'Selamat berbuka puasa (dengan bak kut teh ... wangi, enak, menyelerakan)'

Klik di sini untuk mengetahui apa itu bak kut teh.

Lebih  babi daripada babi,  poster sama dicetakkan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.

Dua budak CINA menghina jutaan UMAT ISLAM di Malaysia, itu fakta. Mustahil jika mereka tidak mengetahui gambar dipaparkan di media sosial itu  akan mengguriskan hati orang Islam di negara ini. Namun tetap mereka muatnaik untuk dipamerkan. Apakah tujuan sebenar tindakan Alvin dan Vivian?

Adakah siapa peduli? 

Meletakkan logo JAKIM seolah-olah, menghalalkan bak kut teh.


Sila ke sini untuk berbuka puasa, menikmati makanan HALAL dan ENAK.




DAN AKHIRNYA BEGINI.........................................
PENING - Peguam Islamelayu menjadi Peguam untuk Orang Islam nak MURTAD
 
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul.
Permohonan itu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
NOR AISYAH - Di Murtadkan oleh Kafirun Cina
Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”
Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Katholik”.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.


AMUKANMELAYU  .........

مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيکمک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن 

اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠلاءين سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي