Kegagalan Najib mendakwa Pembawa Fitnah akhirnya melemahkan Kerajaannya
BERANIKAH @NajibRazak GUNA SEMULA AKTA INI....
Sejak akhir-akhir ini
kita dapati pelbagai insiden yang cukup meresahkan berlaku dalam
masyarakat kita. Perbuatan hina-menghina sesama agama, keturunan semakin
menjadi-jadi.
Bab jenayah jangan ceritalah…rompak, samun, bunuh semakin kerap
dilaporkan. Lebih menakutkan, kes bunuh menggunakan senjata api juga
semakin tinggi kekerapannya.
Gambar dan video mengenainya mudah saja diperoleh dan disaksikan dalam
platform media sosial seperti blog, Facebook dan sebagainya.
Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?
Ternyata ada sesuatu
yang tidak kena telah terjadi dan mesti dilihat kembali. Bila bercakap
tentang peningkatan kes hina-menghina, jenayah dan sebagainya ini…baru
kita teringat betapa berkesannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan
Ordinan Darurat (EO) yang kini telah pun dimansuhkan.
ISA memperuntukkan sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari
berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan
mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh
dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri, dan sekali gus
membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Kerajaan sebelum ini banyak kali menegaskan yang ISA merupakan
undang-undang yang berunsur pencegahan serta-merta yang sering kali
digunakan bagi mengelakkan unsur-unsur subversif dan anarki.
Agensi perisikan negara yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai
kegiatan untuk mencetuskan huru-hara selalunya akan menyarankan
langkah-langkah pencegahan ini.
Tentulah amat sukar untuk mendakwa atau mengambil tindakan menerusi
perbicaraan biasa ke atas mereka yang merancang melakukan sesuatu
jenayah.
Ini kerana kebanyakan undang-undang hanya mengambil tindakan selepas berlakunya jenayah.
Apatah lagi proses perbicaraan di mahkamah akan mendedahkan proses
risikan dan kedudukan anggota risikan dan sekaligus akan menjejaskan
keselamatan negara pada masa akan datang.
Jika kita lihat di negara rantau Asean ini, yang aman dan stabil tanpa
mengalami masalah huru-hara, pengemboman dan pertumpahan darah hanyalah
Malaysia, Brunei dan Singapura.
Ketiga-tiga negara ini berkongsi satu persamaan iaitu kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Malahan undang-undang berunsur pencegahan ini juga turut digunakan di
Amerika Syarikat sekarang ini selepas berlakukanya peristiwa pengeboman
pada 11 September 2001 lalu.
Apakah rakyat Malaysia juga mahukan pengeboman dan huru-hara terlebih dahulu sebelum mempercayai keberkesanan akta ini?
Perlu diingat, jumlah pemimpin politik yang ditangkap dan ditahan di
bawah ISA selama 60 hari atau dua tahun jauh lebih kecil berbanding
pesalah lain seperti pemalsuan kad pengenalan, komunis, pengganas
(terrorist) dan penjenayah “underworld” atau kongsi gelap.
Kebanyakan ahli politik yang ditangkap pula bukanlah kerana mereka
menentang kerajaan namun mereka secara jelas cuba menghuru-harakan
keselamatan negara sehingga menyebabkan tangkap perlu dibuat bagi
“menyejukkan keadaan”.
Sama seperti ISA, EO ini digunakan untuk menahan seseorang tanpa sebarang bicara untuk masa yang tidak terhad.
Semuanya demi mencegah mereka-mereka yang ditahan ini daripada melakukan jenayah yang mereka rancang.
Tapi sayangnya kini kesemua ‘mereka-mereka itu’ terpaksa dibebaskan atas nama hak asasi manusia.
Untuk rekod, sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini
terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang
dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.
Kini ada lebih kurang 2,000 tahanan EO yang dibebaskan dan ‘ada’ di keliling kita.
Sebab itulah semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara KENA memahami
permasalahan polis yang kini macam ’tidak bergigi’ selepas ordinan itu
dihapuskan.
Polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam
Negara juga tidak seharusnya melihat kepada aspek perundangan
semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.
Kita berharap akta baharu yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak
perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan
pencegahan.
Kita tidak boleh berdiam lagi…telunjuk dah naik ke mata…dah beraja di mata, dah bersultan di hati.
Persetankan makhluk-makhluk yang dok menjerit hak asasi semua itu…mereka
bukan ikhlas sebenarnya, mereka lebih kepada nak bela kaum keturunan
mereka yang sebelum ini ramai disumbat ke dalam penjara.
Persetankan makhluk-makhluk yang dok menjerit-jerit di Parlimen…yang
mereka pentingkan adalah undi dan populariti…yang lain pergi mati.
Mereka mungkin tak rasa apa yang seorang ibu rasa bila anak
perempuannya dirogol, mereka mungkin tak rasa apa yang seorang isteri
rasa bila suaminya dibunuh, mereka tak mungkin rasa apa yang seorang
penganut Islam rasa bila agamanya dihina hingga disamakan dengan sup
babi!
SiakapKeli
AMUKANMELAYU - Sesebuah kerajaan sebenarnya tidak perlu pun kepada undang-undang yang KERAS, tetapi memadai menyedari keperluan raayat dan mematikan 'BOM JANGKA" yang di pasang pembangkang. Kegagalan Najib menghalang GELOMBANG FITNAH pembangkang menjadi punca kepada semua gejala Jenayah ketika ini. Undang-undang pencegah sebenarnya adalah mematikan hujah pembangkang dan mendakwa mereka yang menyebarkan fitnah dengan bukti yang sememangnya jelas di Alamaya dunia siber ini.