Ambiga
    AMBIGA - KEPALA 4.0
SHAH ALAM – Berakhirnya PRU13, 5 Mei lalu, pembangkang dan beberapa NGO masih tidak dapat menerima keputusan yang diperoleh memihak kepada kerajaan BN.

Mereka mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan bersekongkol sehingga PR kalah dalam keadaan yang tidak dijangka.

Rentetan itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengumumkan Bersih 4.0 akan diteruskan seandainya SPR tidak memberi tindak balas terhadap kepincangan sistem pilihan raya.

Ambiga yang dipetik daripada sebuah portal berita turut menegaskan demonstarasi jalanan akan diadakan jika SPR melaksanakan persempadanan semula di kawasan Parlimen dan negeri, sebelum daftar pemilih dibersihkan.

"Ini bukan satu ancaman tetapi janji. Kita perlu menunjukkan kesungguhan kita dan membuatkan mereka sedar yang kita benar-benar maksudkannya.

"Kita boleh melihat bukti dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) di Sabah bahawa daftar pemilih di Sabah dan di seluruh Malaysia memerlukan pembersihan. Jika persempadanan dilakukan sekarang, kita akan terperangkap untuk tempoh lapan tahun akan datang dan tidak akan ada perkara yang akan berubah," katanya.

Mengulas lanjut, Ambiga juga berkata waktu pelaksanaan Bersih 4.0 bergantung kepada maklum balas yang diperoleh daripada SPR.

"Saya ingin melihat beberapa maklum balas daripada mereka. Saya mahu melihat tindak balas mereka bahawa mereka akan membersihkan daftar pemilih sebelum meneruskan membuat sebarang keputusan," katanya.


GOBI: Kepala Geng 04


GOBI