Wednesday, 7 August 2013

MELAYU AKAN LINGKOP BILA KPU TAKDAK TELOQ, PAK MENTUA KAKI TIDOQ, JIKA PERKASA JATUH TERSUNGKOQ


Akhbar bahasa Cina Nanyang Siang Pau telah menyiarkan artikel kontroversi mengenai sebab-sebab kenapa orang Cina mahukan kuasa politik bertarikh 5 Ogos 2013.


Di antara artikel Nanyang Siang Pau :

Hari ini masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina dari segi politik, kewangan, bahasa dan pendidikan berpunca kerana mereka tidak mempunyai kuasa.

Masyarakat Cina dihina dan ketidakadilan terhadap kaum itu jelas terpapar di depan mata kita.

Anak-anak Cina yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang, tidak mendapat biasiswa dan tempat untuk memasuki universiti. Bukankah pihak kerajaan agak keterlaluan?

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU- 13), orang Cina dituduh melakukan tsunami politik. Sebenarnya ia bukan begitu.

Apa yang kita nampak, orang Melayu selepas PRU-13 lebih banyak melakukan tsunami apabila mereka mula menyimpan dendam dan menghukum orang Cina.

Perkara ini boleh dilihat dengan jelas termasuk isu penutupan jalan Jonker Street di Melaka. Sudah pasti selepas ini akan timbul banyak lagi isu-isu lain secara berturutan yang berpunca daripada tindakan orang Melayu ingin membalas dendam.

Memang benar orang Melayu tidak pandai berniaga. Adalah bagus juga pihak kerajaan memberikan orang Melayu tongkat dan kereta sorong.

Biar mereka duduk sahaja sambil menerima duit yang bertimbun-timbun. Mereka mendapat habuan daripada hasil usaha orang yang bertungkus lumus mencari rezeki. Buat apa Melayu nak berniaga! Kerana orang Cina lagi bijak berniaga dan banyak membuat untung.

Hari ini tidak lagi kedengaran suara ‘yam seng’ (minum untuk menyambut kemenangan). Hanya kedengaran sekarang suara untung! untung! untung!

Selalunya masyarakat Cina akan tanamkan dalam fikiran anak-anak mereka bagaimana cara berniaga untuk mendapat keuntungan dan macam mana boleh untung besar.

Bagaimanapun mereka terlupa bahawa apabila wang telah banyak ketika kita tiada kuasa politik, semua harta dan duit bukankah bulat-bulat akan diserahkan kepada orang lain? seterusnya
Peringatan Pejuang

# Ayat yang Amukanmelayu merahkan itu JELAS mereka hendak menawan dan memiliki Tanah Melayu ini dengan MERAMPASnya dengan cara UNDI. Jika Islamelayu dalam PAS atau UMNO atau PKR atau yang tak ambil peduli pasal KUASA MELAYU ketika ini dan terus tak mau BERSATU.....kita telah berlaku kejam ke atas KETURUNAN kita yang terkemudian nanti dan jangan marah jika mereka menderhaka kepada kita kera kita terlebih dahulu MENDERHAKA kepada PEJUANG yang terdahulu yang telah amanahkan Tanah Melayu ini untuk kita jaga dan melindunginya.

DALAM TIDOQ Pak Lah 'tibai' PERKASA SEBAB DIA TAK TAU BACA PAPER CINA

Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Melalui buku barunya yang berjudul Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, beliau yang mesra dengan panggilan Pak Lah berkata, yang menjadi kesalahan apabila perjuangan itu mengketepikan hak kaum lain.

"Tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum dan komuniti namun ia tidak seharusnya dilakukan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti dilakukan PERKASA.

"Hanya kerana kamu Bumiputera, kamu tidak boleh jangka semuanya diserahkan kepada kamu dan panggil kamu sebagai tuan. Ketuanan bukanlah satu hak. Ia perkara yang kamu perlu kerjakan," katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak melabel PERKASA yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali dan dinaungi oleh bekas Perdsana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kumpulan pelampau.

NGO Melayu itu mengambil pendekatan keras terhadap bukan Melayu dan Islam.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSjedhIAZz00ruYRujoUARieNqWlpkrWMoL1k0ksGdq7JQqY7jlSnA7jGLrbLu1vodOjANdqb_sPqenD-j1K4MZ4Kb1Rs-J-wZm0HOBsPnXvnX4Xs_5udBpZwecTeB05Vka-53D4GZek0/s640/blogger-image-1618562763.jpg
KECEWA- Keluhan dan kekecewaan seorang yang gagal

Menjelang pilihan raya umum 5 Mei lalu, kumpulan itu kontroversi apabila mengugut untuk membakar Bible berbahasa Melayu manakala Naib Presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pula dalam sebuah video mempersendakan agama Hindu.

Abdullah dalam bukunya berkata konsep Ketuanan Melayu tidak seharusnya bermaksud sebagai kuasa mutlak Melayu.

"Apa maksud Ketuanan Melayu? Bagaimana kamu menjadi tuan? Dengan melakukan apa yang kamu buat - sama ada dalam pembelajaran, profesion, perniagaan," katanya.

Walaupun mengakui adanya kebimbangan sesetengah orang Melayu terhadap perjuangan bangsa mereka kerana banyak ketinggalan, namun katanya perkara itu seharusnya boleh diselesaikan dengan cara yang betul dan sepatutnya dan bukan dengan berdemonstrasi.

"Kebimbangan itu boleh disalurkan melalui kaedah yang betul, dan bukan melalui cara yang kasar seperti mana tindakan PERKASA.

KERANA MU PAK LAH - Kerana hang lepaskan "Mangkok Hayun" bapak LEBERAL tu habis kedamaian Malaysia punah-ranah.....Islamelayu di permainkan sampai tiada harga....Tok-Tok Guru pun habis di perdayakannya. Segala apa yang berlaku ni adalah selepas Mangkok Hayun tu di lepaskan dari penjara. Faham ke tak ni?


"Saya yakin kita perlu ada sebab dan rasionalnya bila kita berbicara mengenai seseorang," kata Abdullah.


pak lah yang selalu tido pun tak hapus EO dengan ISA...

NAJIB yang dikatakan pandai melampau hapus dua-duanya...

sekarang siapa lagi bangsat....mengampu agak-agak lah...!

ni orang cakap politik lebih hina dari pelacur!

ya aku RBA...so what?

Kenyataan ni Amukanmelayu ambil dari satu komen dalam Blog HOUSE PK. Betoi hoi mamat ni cakap.....dalam duk tidoq pun Pak Lah tak buat kerja bodoh.....tapi melepaskan "Mangkok Hayun" tu nak kira lagu mana?........



AMUKANMELAYUBukan nak cari HARTA bertimbun....hanya taik mata yang menggunung.