Wednesday, 14 August 2013

NAK SELAMATKAN MALAYSIA ATAU NAK SELAMATKAN KERUSI PRESIDENT UMNO?


NAJIB MEMBUAT KERJA-KERJA ANWAR - SIAPA PM MALAYSIA?



ada dua perkara, bagi aku fakta
SELAMATKAN MALAYSIA - Siapa sebenarnya PM Malaysia ni?


Majoriti apa yg sedang berlaku di negara adalah acuan najib, itu yg dia mahu dan dia suka dan ini juga apa yg pembangkang suka.
contoh - pembubaran beberapa akta keselamatan tanpa alternatif yg sama kuat telah
mendedahkan rakyat kpd bahaya jenayah dan bahaya tidak hormat dan takut pd undang2 semakin berleluasa termasuk kes penginaan ugama dan bangsa.


Bagi org melayu yg menaruh harapan kpd umno, mereka sedang mempertahankan najib dan bersetuju dengan acuan dan halatuju najib sekarang, turut setuju dng najib ialah muhyiddin dan majoriti pemimpin umno yg mempertahankan najib sebagai yg berada di landasan yg betul. mahathir turut sokong walaupun mungkin tidak sepenuhnya - tidak ada bantahan keras spt mana di era paklah - mungkin takut menepuk dulang !!

Bagi segelintir kecil ahli umno termasuk blogger jalanan - umno sudah tidak boleh diselamatkan, sedang bergerak laju menjunam...
yang betul - tentulah majoriti


  A - 100 hari : Cabaran Kekalkan Perpaduan

Genap 100 hari selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri hari ini, menangani cabaran pendamaian dilihat terus menjadi komitmen beliau dalam usaha mengekalkan kestabilan negara.
Beberapa pihak turut berpendapat ia cabaran terbesar perdana menteri ekoran perpecahan masyarakat yang dilihat ketara selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling berkata usaha pertautan dan kesepaduan masyarakat adalah tugas utama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara selepas pilihan raya umum ke-14 pula."Cabaran paling utama, bagaimana untuk menautkan kembali anggota warganegara yang berfikir sebagai orang Malaysia.
"Itulah cabaran pilihan raya ke-14 nanti untuk melihat sama ada pengundi mengundi sebagai orang Malaysia seluruhnya atau terus mengundi mengikut kaum masing- masing," katanya kepada Bernama.
Dari segi pembangunan, beliau berkata apa yang penting adalah rakyat dapat melihat kerajaan melaksanakan sepenuhnya apa yang telah dirancang kerana perancangan pembangunan dirangka sejak sebelum pilihan raya lagi.
Turut menyuarakan pendapat yang sama ialah aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye, yang mahu melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia, terus diperkukuh."Hasrat untuk melihat perpaduan kaum di bawah gagasan 1Malaysia mungkin tidak tercapai sekiranya segelintir pihak masih mengamalkan politik perkauman," katanya.
Justeru, beliau berharap perdana menteri lebih tegas dalam isu perpaduan ini kerana ia perkara penting dalam agenda pembangunan negara menuju ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Komitmen itu jelas diterjemahkan perdana menteri melalui Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948, dengan memberi jaminan tidak akan menjejaskan kuasa kerajaan dalam menangani perbuatan yang mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.
Walaupun kerajaan ingin menjamin kebebasan bersuara setiap warganegaranya, namun bagi rakyat sendiri ia tidak boleh disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan kaum dan keharmonian negara.
Apa yang jelas, tumpuan utama Najib sebaik diberi mandat semula adalah menyatukan semula hubungan rakyat negara ini yang sedikit sebanyak berpecah pada PRU13 sehingga membentuk polarisasi kaum.
Berdasarkan usaha ke arah itu, Najib juga mencadangkan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional pada 26 Jun lepas sebagai usaha mencapai matlamat penyatuan nasional bagi mengerat semula hubungan antara rakyat.
Aspek keselamatan turut menjadi agenda utama untuk menyediakan persekitaran yang selamat kepada rakyat.Komitmen itu dinyatakan dengan kesediaan kerajaan membantu pasukan keselamatan negara khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan apa sahaja yang perlu mengikut asas dan kemampuan untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah.
Sebuah jawatankuasa kecil yang terdiri daripada beberapa menteri termasuk menteri dalam negeri dan menteri di Jabatan Perdana Menteri ditubuhkan untuk berbincang dengan peguam negara dan ketua polis negara bagi menentukan peruntukan tambahan dalam undang-undang yang boleh memperkukuh keupayaan bidang kuasa polis untuk bertindak.
Menyentuh isu keselamatan, Lee yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata terdapat kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk menangani isu keselamatan terutama jenayah dalam pentadbiran Najib.
"Tapi untuk pastikan bahawa apa yang dikatakan oleh perdana menteri dapat dijadikan satu kenyataan, adalah bahawa arahan beliau dilaksanakan di seluruh peringkat kerajaan untuk pastikan bahawa isu keselamatan dapat ditangani dengan lebih berkesan," katanya.
Selain itu, kerajaan turut membincangkan pelbagai pandangan mengenai keperluan menggubal satu rang undang-undang baharu menyamai Ordinan Darurat 1969 yang dimansuhkan pada 2011.
Selain mendapatkan pandangan polis dan peguam negara, kerajaan juga akan mengambil kira pendapat beberapa pihak yang berkepentingan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam.
Awal bulan ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan sedang berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung draf rang undang-undang baharu itu, berkata ekoran pemansuhan Ordinan Darurat 1969 (EO), lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ramai kembali melakukan aktiviti jenayah.
Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah.Dalam akujanji BN pada PRU13 lepas, kerajaan berjanji menurunkan harga kereta dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional.
Hasilnya dapat dilihat apabila laporan menyatakan beberapa model kereta jenama Peugeot, Proton, Perodua dan Honda masing-masing menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Laporan itu menyebut pelan penurunan harga dapat dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.
Menyediakan rumah yang berkualiti dan mampu dimiliki juga masih menjadi tumpuan kerajaan yang mengumumkan pembinaan 100,000 unit Projek Perumahan Awam 1Malaysia di seluruh negara pada Julai lepas.Berkeluasan antara 1,000 hingga 1,500 kaki persegi, harga seunit rumah yang ditawarkan di bawah skim PPA1M ialah antara RM150,000 dan RM300,000.
Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu yang memuji langkah kerajaan menunaikan janji-janji pilihan raya berkata ini hanyalah permulaan kepada tempoh 60 bulan yang dimiliki Najib dalam penggal kedua beliau selaku perdana menteri.
Bagaimanapun beliau berharap kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kos kehidupan pengguna selain aspek kesihatan, pendidikan dan pengangkutan awam yang amat penting bagi golongan berpendapatan rendah.
Najib juga komited dalam meningkatkan kualiti tadbir urus dan integriti merentas semua segmen, selain memperhebat usaha memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Najib berkata untuk membuktikan keseriusan iltizam kerajaan dalam menangani isu tadbir urus, integriti dan rasuah, kerajaan telah merangka sebuah pelan integriti yang bersifat merentas batas dan menyeluruh."Butiran mengenai pelaksanaan khusus pelan ini akan saya umumkan dalam masa terdekat," beliau dilaporkan berkata.
Dalam tempoh lima tahun akan datang, kerajaan di bawah Najib dilihat akan meningkatkan pelaksanaan Dasar Transformasi Nasional ke arah memastikan pertumbuhan ekonomi negara terus mampan, inflasi dan kos kehidupan menurun, kadar pengangguran rendah dan kadar jenayah terkawal.
Selain itu, penekanan usaha turut diberikan untuk memastikan akses kepada pendidikan berkualiti yang saksama, pengecilan jurang prasarana mahupun pendapatan bandar serta luar bandar, kadar pelaburan asing dan domestik yang sihat, serta daya saing nasional terus meningkat.
~ Zuriati Zulmi & Noor Farhana

B - NAJIB..ADAKAH NAK TUNGGU NASIB JADI BUBUR?

Media pro-BN tidak lagi boleh menyelar kebobrokan pemimpin PR sewenang-wenangnya.

Banyak yang perlu dijawab dan ditangani oleh pembesar-pembesar BN.
Antara isunya termasuk:
1. Isu kalimah "Allah"
2. Isu pemansuhan ISA dan EO
3. Isu keselamatan awam (meningkatnya kes jenayah berat membabitkan pembunuhan bersenjata)
4. Isu kedatangan orang No 1 negara Uncle SAM dan TPPA
5 Isu penghinaan agama dan bangsa
6. Isu cadangan penjualan GLC kepentingan awam seperti MAS
7. Isu filem bertemakan perjuangan komunis yang diluluskan untuk tayangan sedangkan filem perjuangan nasionalis terpaksa ditunda beberapa kali
(... hanya beberapa contoh, banyak lagi sebenarnya)
Jika sebelum ini media pro-BN dengan lantang dan beraninya menyelar PR dengan tanpa hentinya.
Saya yakin, jika diberi ruang, media pro-BN juga mampu untuk menjawab segala isu-isu terbabit sekiranya mereka yang bertanggungjawab menjaga portfolio berkenaan dapat memberikan komen dan ulasan yang bernas.
Jangan sampai "kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tiada kelihatan"
Jika segala persoalan tersebut tidak terjawab, maka sia-sia sahaja berbondong-bondong rakyat keluar memangkah dacing pada pilihanraya yang lalu.
Jangan pula sampai ke tahap BN dan PR kelihatan 2x5, 5x2 sahaja
Sumber -SAM-

C - Dr. Mahathir Pun Dah Tak Tahan Dengan Najib?

Adakah Dr. Mahathir dah meluat dengan Najib?, adakah Tun M akan turunkan Najib sama macamana dia berjaya turunkan Paklah. Tapi nak buat macamana, yang tu ja pilihan yang ada.

Malaysiakini melaporkan:
Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil," kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancaranya dengan agensi berita antarabangsa AFP, di mana beliau dilaporkan berkata demikian. - Mkini
Selepas PRU KE 13 ni nampaknya banyak suara-suara negatif yang meluat dengan Najib. Dr. Mahathir juga nampaknya macam kurang senang dan macam meluat pun ada dengan Najib ni.

Tak meluat macamana dah Najib lemah dan kurang berhati-hati dalam semua tindakannya dan hampir kesua tindakan dia MENGIKUTI PUNAHSIHAT dia. Contohnya menghapuskan ISA dan EO. Sepatutnya semua ini di FREZZ kan. Sekarang hari-hari berlaku pembunuhan. Dari LAMBAKAN Kita-kitab Syiah di Masjid-masjid hinggalah KUMPULAN SAMSENG INDIA dan CINA mengujudkan satu rangkain kumpulan yang menjaga satu-satu kawasan dengan teknologi canggih sehabis tidak pun menggunakan Walkie Talkie sekiranya satu-satu perkara berlaku dalam kawasan mereka. Malah mereka ini seperti adalah POLIS sendirian berhad yang di ujudkan menjaga Bangsa Mereka. Tak Percaya? Cuba "USIK" bangsa meeka dalam kawasan perumah yang ada jumlah Cina dan India yang ramai. Tidak sampai 5 minit mereka akan sampai dan berkumpul dalam skala yang besar dan bersiap sedia untuk bergaduh dan PERAS UGUT jika ada kesempatan dan peluang.

Semasa zaman Tun M, mana ada perkara-pekara seumpama ini berlaku. Ini yang membuatkan Tun M kurang yakin dengan kemampuan Najib untuk mentadbir Malaysia.

Kalau tengok ke statement-statement Dr. Mahathir sebelum ni, Dr. Mahathir dah beberapa kali mengingatkan Najib agar "BERTINDAK" bijak dalam menangani sesuatu perkara. Namun ini tidak di endahkan Najib, Tidak mustahil kalau boleh dia nak Najib pun turun macam dia berjaya turunkan Paklah. Prestasi Najib semakin buruk selepas PRU KE 13.

Tapi nak buat macamana, yang tu ja yang ada.

Masalahnya kalau Najib letak jawatan yang akan naik tentu Muhyiddin Yassin. Rasanya Dr. Mahathir akan berasa selesa kalau Muhyiddin Yasin naik jadi PM.

Kalau Muhyiddin Yasin jadi PM adakah legasi dan Idealoginya akan selamat,dan  masa depan Mukhris dalam politik mungkin takkan semudah masa Najib jadi Presiden Umno.

Pasai tu kut, Malaysiakini juga melaporkan:
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.

"Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku... Saya hanya bercakap daripada segi teori," katanya lagi. - Ibid.
Kalau Dr. Mahathir takdak masalah dengan Muhyiddin tentu Dr. Mahathir tak segan silu nak sebut nama Muhyiddin sebagai pengganti Najib atau sengaja Tun M mahu berahsia?.

Aku Peduli Apa @ APA
ATAU INIKAH AKHIRNYA SEBUAH PERJUANGAN.........

TAPI TIDAK.... yang jelas Tun M perlukan seorang PM yang BERHATI MELAYU. Kerana jelas di sini acuan yang di tinggalkan mereka yang terdahulu menjadikan Malaysia aman makmur dan semua kaum mendapat peluang yang berbeda tapi semua MENIKMATI KEMEWAHANnya, melainkan mereka yang tamak dan GILAKAN KUASA.


AMUKANMELAYU - PAU semakin dekat tapi banyak yang nak BERMAIN DALAM KEADAAN SELAMAT.....nyata kini PEMIMPIN UMNO sudah tidak lagi melahirkan HULUBALANG MELAYU. Semuanya takut menghunus senjata kerana kurang PENDEKARNYA dan takut "SENJATA MAKAN TUAN".......playing safe broooooooooooooo.............