Monday, 19 August 2013

SATU PELURU DUA TARGET - ADAKAH ISLAMELAYU TAHU SIAPA AMBIGA?


Ambiga: Bersih 4.0 Pasti Jika SPR Terus Berdiam
 

Ambiga
Ambiga
  
SHAH ALAM – Berakhirnya PRU13, 5 Mei lalu, pembangkang dan beberapa NGO masih tidak dapat menerima keputusan yang diperoleh memihak kepada kerajaan BN.

Mereka mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan bersekongkol sehingga PR kalah dalam keadaan yang tidak dijangka.

Rentetan itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengumumkan Bersih 4.0 akan diteruskan seandainya SPR tidak memberi tindak balas terhadap kepincangan sistem pilihan raya.

Ambiga yang dipetik daripada sebuah portal berita turut menegaskan demonstarasi jalanan akan diadakan jika SPR melaksanakan persempadanan semula di kawasan Parlimen dan negeri, sebelum daftar pemilih dibersihkan.

"Ini bukan satu ancaman tetapi janji. Kita perlu menunjukkan kesungguhan kita dan membuatkan mereka sedar yang kita benar-benar maksudkannya.

"Kita boleh melihat bukti dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) di Sabah bahawa daftar pemilih di Sabah dan di seluruh Malaysia memerlukan pembersihan. Jika persempadanan dilakukan sekarang, kita akan terperangkap untuk tempoh lapan tahun akan datang dan tidak akan ada perkara yang akan berubah," katanya.

Mengulas lanjut, Ambiga juga berkata waktu pelaksanaan Bersih 4.0 bergantung kepada maklum balas yang diperoleh daripada SPR.

"Saya ingin melihat beberapa maklum balas daripada mereka. Saya mahu melihat tindak balas mereka bahawa mereka akan membersihkan daftar pemilih sebelum meneruskan membuat sebarang keputusan," katanya.


Datuk Ambiga – Siapakah Datuk Ambiga Pengasas Perhimpunan bersih ?

Datuk Ambiga, Nama yang cukup terkenal dan sering menjadi sebutan dan pujaan sesetengah orang sejak kebelakangan ini.
Nama Datuk Ambiga  mula menjadi sebutan adalah rentetan daripada Pengajuran Perhimpunan Bersih dan sebenarnya Amukanmelayu tak berapa nak ambil kisah dengan perhimpunan bersih ni keranakebanyakan orang pergi kesana adalah mereka yang mempunyai Pemikiran Negatif yang amat hebat....tapi mereka sering lupa dengan bercaturan Allah. Sesetengah dari mereka ini adalah orang yang kecewa atau hilang peduman dan tiada arah tujuan hidup.

Tapi yang menarik perhatiaan Amukanmelayu ialah Kisah dan Latar belakang Datuk Ambiga yang sejak BERSIH dulu memang hangat diperkatakan terutama dari Blogger blogger yang pro UMNO, Benar atau tidak, Rasanya Kau orang boleh selidik sendiri, kerana pada Amukanmelayu bukti tak bermakna tanpa penerimaan oleh Akal….

Namun Amukanmelayu cuma nak Kongsikan beberapa fakta yang Amukanmelayu jumpa mengenai Datuk Ambiga ni…

Ambiga Sreenevasan – Penganjur Perhipunan BERSIH
Nama: Ambiga Sreenevasan
  1. Agama Hindu
  2. Bekas Presiden Majlis Peguam
  3. Orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
  4. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
  5. Turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
  6. Penyokong Tegar Kes Murtad
  7. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat Islam yang hendak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.
  8. Penyokong kuat kepada seorang wanita India yang hendak memohon menjadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak

Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
14 Tuntutan  Suruhanjaya Antara Agama (IFC)
  1. Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.
  2. Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
  3. Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  4. Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.
  5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
  8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
  9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.
  12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.
  13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnyadigunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah

Inikah suami Ambiga?

Kenapa tidak banyak yang diketahui mengenai suami Ambiga? Yang ke depan hanya dia, tetapi sedikit tidak diketahui akan pasangan hidupnya.

Posting berikut kami ambil dari blog Rakyat Malaysia:

Chotta Rajan yang dikatakan bersembunyi di Malaysia. Siapa melindunginya?

Terkejut membaca berita bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pulang dua individu, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), ke Sri Lanka baru-baru ini .

Dua orang yang mempunyai kaitan dengan LTTE dan ditahan di bawah ISA dan diusir balik ke Sri Lanka. Butiran lanjut tentang pengusiran dua yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa itu akan didedahkan hari ini.

Berapa ramai lagi pengganas LTTE masih bersembunyi di Malaysia? Apakah Malaysia menjadi tempat persembunyian mereka?

Bagaimana mereka boleh lolos? Apakah ada bantuan pihak-pihak tertentu di Malaysia melindungi pengganas dari India ini? Bagaimana mereka boleh berleluasa di Malaysia?

Pada 3 Mei lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia tidak pernah menjadi sasaran oleh mana-mana pergerakan pengganas.

Menurut beliau, dakwaan negara ini menjadi sarang rangkaian pengganas untuk merekrut pengikut terutama di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah tidak benar.

"Sehingga hari ini tiada yang perlu dibimbangkan bahawa Malaysia menjadi sasaran pengganas. Bagaimanapun untuk menghadapi ancaman pada masa depan adalah amat penting untuk kita memahami minda dan rancangan penjenayah. Mereka bukanlah terdiri daripada rangkaian militan Islam semata-mata malah melibatkan kumpulan lain," katanya.

Anehnya pada 6 Julai lalu, India Today, dalam edisi terbarunya melaporkan dari New Delhi bahawa penjenayah kedua paling dikehendaki di India mungkin berada di Malaysia.

Pengganas berkenaan mengarahkan pembunuh upahan membunuh wartawan kanan Mumbai yang menulis mengenai aktiviti jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh ketua penjenayah itu.

Chhota Rajan, didakwa bersembunyi di Malaysia, dipercayai menghubungi konco-konconya untuk membunuh editor meja jenayah Jyotirmoy Dey dari tabloid MidDay pada 11 Jun lepas.

Rajan, penjenayah kedua paling dikehendaki selepas pengganas Dawood Ibrahim — telah hidup dalam buangan selama beberapa dekad dan mungkin telah menggunakan Malaysia sebagai pangkalannya apabila mengarahkan pembunuhan itu, yang menyebabkan dua orang penerbit rakyat India terkorban.

Pada ketika pegawai kanan polis dilaporkan mengaku mereka tahu Rajan kini berada di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri ‘berusaha menafikan’ beriata berkenaan.
Selain itu, bagi mengulang perarakan Hindraf bagi mengekori perarakan Bersih 2007, dipercayai perarakan 3.0 akan melibatkan kaum India. Itu yang pembangkang cuba perbesarkan penahanan 6 ahli PSM.

Baca HHalem analisa mengeni Intraf pula di sini. Intraf dikepalai oleh ketua2 dalam Hindraf juga.

PKR pun mula nak menyerlahkan satu personaliti India yang biadap baru sini dan sini
 
 

AMUKANMELAYU - Sukanya kalu ada BERSIH 4.0 .....ari tu semasa Perhimpunan di padang Merbuk dengan senang-senang saja dapat jual air pakai Trolly jer dapat RM 500.00 bersih....buat la lagi...buat la lagi....tidur kat sana pun tak mengapa.....LEPAS RAYA BANYAK KERING MA....