Sunday, 11 August 2013

TEMBAK DULU BARU DAKWA - MALAYSIA KE ARAH NEGARA TIADA POLIS


MINGGUAN: Orang ramai semakin bimbang dengan kejadian tembak yang boleh dikatakan berlaku setiap hari, apakah punca kepada perbuatan jenayah tersebut?

AHMAD ZAHID: Secara holistik dan statistik jenayah menurun, tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks. Faktor utama peningkatan jenayah berat adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam dibebaskan berikutan penghapusan Ordinan Darurat (EO).
Polis menjadi mangsa dengan "KEMAHUAN" Pembangkang
Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang.

Faktor ketiga, ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan.

Faktor keempat ialah pencegahan di mana kita harus melakukan kempen kesedaran lebih luas lagi, itulah sebabnya Jabatan Pencegahan Jenayah diwujudkan dan lain-lain badan pencegahan jenayah ditambah. Keempat-empat faktor ini menyumbang ke arah berlakunya jenayah berat.

Pelbagai pihak khususnya Pembangkang bimbang berlaku penyalahgunaan kuasa oleh PDRM apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan memberikan apa juga kemudahan kepada pasukan itu dalam memerangi jenayah, apa komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Dalam empat akta yang dihapuskan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat, kuasa penahanan terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Ertinya kebimbangan penyalahgunaan kuasa itu kerana Menteri Dalam Negeri begitu berkuasa. Bagaimanapun dalam akta yang akan diwujudkan bagi menggantikan keempat-empat akta itu menyatakan kuasa tersebut boleh diberikan kepada anggota panel dan ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik yang menjadi menteri.

Ertinya, anggota-anggota panel ini boleh terdiri daripada ahli-ahli profesional sama ada dalam kalangan anggota polis, hakim atau Jabatan Peguam Negara. Ia bukannya diletakkan atas nama kapasiti individu tetapi atas nama jawatankuasa yang akan membuat penilaian.

Sebelum ini Pembangkang merupakan kelompok paling lantang mahu keempat-empat akta itu dihapuskan tetapi sekarang apabila kerajaan mahu mewujudkan akta baru mereka tidak setuju, bila terjadi kejadian jenayah mereka salahkan kerajaan pula?

AHMAD ZAHID: Saya fikir cadangan yang dibuat oleh pembangkang bersifat positif dan transformatif tanpa mereka mengetahui implikasi apabila semua cadangan itu dilaksanakan melalui transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Maksudnya, sejauh manakah persediaan kita dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?

Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan atau pihak berkuasa. Mereka tidak akan berasa bersalah jika ada yang terbunuh kerana penjenayah yang dibebaskan mahu membalas dendam kepada saksi, pembangkang juga tidak berasa sedikit terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.

Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri.

Kalau begitu keadaannya adakah mereka akan menerima akta baru yang akan diwujudkan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir mereka akan terima. Contohnya, mereka juga yang mencadangkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tetapi akhirnya mereka juga mengatakan dakwat kekal itu tidak boleh digunakan kerana tidak cukup kekal. Oleh itu, jika kita berilah layanan kepada tuntutan mereka, kita akan terperangkap.

Ketika ini tindakan menghina orang Melayu dan umat Islam semakin meningkat pada pandangan Datuk Seri apakah ia akan berterusan?
PERANGAI MELAYU - Hanya berani dengan bangsa sendiri sahaja
AHMAD ZAHID: Saya bersetuju dengan transformasi terutama apabila ia memberikan kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan media. Tetapi kita ada acuan dan kita ada batas, adakah kita telah bersedia mendidik masyarakat ke arah itu? Pada masa ini, kita boleh melihat bagaimana sebahagian mereka menggunakan apa sahaja medium untuk melahirkan pendapat biar pun ia menggunakan istilah yang jijik dan kotor, persoalannya adakah itu satu tindakan beretika, sedangkan undang-undang persuratkhabaran diwujudkan kerana mahu menjaga etika.
DI HINA LAGI - "PAS" yang memulakan semua ini
Akta Hasutan dilakukan kerana mahu menjaga etika, ISA diadakan kerana mahu menjaga etika bagi mewujudkan keharmonian sebagai sebuah masyarakat Malaysia. Oleh itu apabila undang-undang sedia ada dihapuskan, maka akta baru tidak boleh diwujudkan dengan hanya melihat aspek-aspek undang-undang sahaja, sebaliknya ia harus dilihat dari segi aspek sosial budaya, geopolitik dan sosio ekonomi.

Ertinya, apakah implikasi yang berlaku selepas sesuatu undang-undang itu dihapuskan dan sejauh mana berkesannya kewujudan undang-undang lain yang dilihat tidak berbentuk pencegahan.

Salah satu isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat ialah bagaimana beribu-ribu laporan polis yang dibuat dalam sesuatu kes tidak diambil tindakan, adakah ini benar?

AHMAD ZAHID: PDRM melakukan siasatan tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan kecuali dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Apabila undang-undang yang dulunya tidak ada lagi, kertas pertuduhan dibuat oleh pihak lain, bukan PDRM.

Kita hanya sedia kertas siasatan, banyak pihak boleh mengetepikan pertuduhan itu atas alasan kononnya kertas siasatan tidak lengkap, dari segi teknikal tidak begitu kuat dan dari sudut perundangan tidak kukuh. Oleh itu PDRM tidak harus dilihat hanya sebagai satu agensi penguatkuasaan sahaja.

Perdana Menteri meminta supaya penyelarasan dilakukan ke atas semua agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan untuk bekerjasama.

Jadi dalam hal ini pada pandangan saya masih belum terlambat kalau kita melihat semula segala perubahan perundangan dan bentuk tindakan. Bagi saya, masyarakat akan mengambil sedikit masa untuk melalui proses kematangan di dalam transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Sekarang ini wujud persepsi bahawa bukannya orang awam takut kepada polis tetapi polis takut kepada orang awam, apakah persepsi ini betul?


Inilah permulaan kepada TEMBAK-MENEMBAK sekarang ni
AHMAD ZAHID: Saya fikir 'gigi' polis agak kurang tajam sekarang sebab dulu kuasa mereka diperkukuhkan dengan undang-undang. Dalam hal ini apabila sebarang tindakan pencegahan perlu melalui proses mahkamah, maka bukan soal siapa takut kepada siapa tetapi soal yang sedang dihadapi masyarakat ialah bahawa mereka lebih bebas berbanding dengan dahulu.

Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang apabila masyarakat merasakan bahawa kebebasan dan hak asasi manusia lebih utama daripada soal keselamatan dan ketenteraman awam.

Berikutan undang-undang yang dilihat semakin longgar, apakah kesannya jika tindakan seperti penghinaan dan perkauman berterusan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah menjadi alternatif kepada beberapa undang-undang terdahulu tetapi undang-undang adalah ciptaan manusia, tentulah ada kelemahan yang perlu diperbaiki.
PAS OH PAS - PAS masih berusaha hendak mengambil hati. Kenyataan ini adalah satu PERANGKAP yang di pasang oleh PAS kepada PENDAHWAH ISLAM. Dengan LOWYER mereka(kafirun) yang hebat yang sentiasa menyerang ISLAM, sudah semestinyalah mereka akan menekan dari kaedah lain yang istilah itu sememangnya di gunakan di dalam Al-Quran, seperti perkataan KAFIR. Mereka mampu untuk mengekang PEMBELAJARAN Islam dengan tidak di benarkan perkataan kafir di gunakan atau perkataan-perkataan lain yang sememangnya ada dalam Quran untuk menggambarkan KAFIRUN adalah sesat dan jahat. Aku kesian dengan PAS yang sentiasa terperangkap kerana sememangnya mereka (PAS) adalah saudara kita yang lurus dan mereka tidak mampu untuk menyelami NIAT JAHAT kafirun. Sebab itulah PAS di perlakukan sedemikian rupa.

Oleh itu mungkin dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, ada beberapa klausa yang perlu diperkukuhkan dalam SOSMA. Begitu juga apabila Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Unsur-unsur yang berbentuk penguatkuasaan boleh dilakukan biarpun undang-undang pencegahan tidak dapat dibuat seperti dahulu apabila penahanan tanpa bicara dihapuskan.

Kita akan mengambil masa agak lama untuk mendidik masyarakat kerana kita tidak boleh membandingkan negara ini dengan Amerika Syarikat (AS). Mereka menjadi sebuah negara merdeka lebih 200 tahun lalu, kita baru 50 tahun dan tidak semua yang dicipta di negara tersebut yang terbaik kerana ia hanya sesuai dengan acuan mereka, di Malaysia kita ada acuan yang sesuai dengan masyarakat negara ini.

Saya menasihatkan semua pihak yang mahu menggubal undang-undang memahami bahawa acuan kita sesuai untuk suasana kita.

Kerajaan berhadapan dengan pembangkang yang dikatakan mempunyai peguam-peguam yang handal, sebahagian mereka sering sahaja mengendalikan kes-kes kontroversi dan kadang kala menjadikan kes itu sebagai isu politik, apa pandangan Datuk Seri?


AHMAD ZAHID: Satu perkara yang perlu kita lihat apabila kes-kes dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan kerajaan menang, mereka akan anggap itu tidak adil, tetapi apabila kes yang memihak kepada pembangkang maka mereka berhujah keadilan sudah ditegakkan, apa harga keadilan sebenarnya?
ANWAR - PEJUANG ATAU SI KITOL?
Adakah kerana kemenangan itu dilihat dari segi aspek perundangan atau aspek teknikal? Bagaimana dengan harga dan nyawa yang terpaksa dibayar? Bagaimana dengan soal keselamatan yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi? Bagaimana soal jenayah berat ditanggung oleh masyarakat keseluruhan yang tidak bersalah?

Dari segi perundangan penjenayah tersebut mungkin boleh dilepaskan tetapi bagaimana kesan kepada mangsa? Adakah apabila penjenayah itu dilepaskan kerana telah mengupah peguam yang terbaik maka mangsa yang dibunuh, mangsa rompakan, mangsa ragut itu diadili dengan sebaik-baiknya berbanding dengan penjenayah yang dilepaskan kerana mengikut undang-undang dan hal-hal teknikal? Saya mahu tahu daripada masyarakat di manakah keadilan sekarang ini.

Adakah itu yang diperlukan oleh pembangkang dan kita ikuti, atas nama perubahan dan adakah ia memberi keadilan kepada mangsa?

Menyentuh soal keadilan, apabila berlaku kematian dalam tahanan, polis akan diserang habis-habisan tetapi apabila polis menjadi mangsa seperti mana dalam pencerobohan Lahad Datu, ia terjadi sebaliknya, kenapa ini berlaku?

AHMAD ZAHID: Yang ditahan itu adalah gangster, ahli kongsi gelap dan penjenayah tetapi yang disalahkan ialah pihak polis. Berlaku adillah kepada pihak polis. Polis boleh melakukan siasatan dengan adanya kamera litar tertutup (CCTV). Polis boleh melakukan tindakan mengikut SOP yang ditentukan dan polis boleh melakukan siasatan mengikut waktu pejabat, tetapi adakah itu cukup berkesan?
SEJARAH BERULANG - Ideologi KOMUNIS telah bersarang di kepala kebanyakan Cina dan mungkin  KETERAMPILANnya sahaja yang berbeza

Walaupun saya bukan pakar undang-undang tetapi saya melihat sesuatu tindakan yang dilakukan oleh pihak polis itu dari segi logik berdasarkan kepada pengalaman mereka yang terdahulu dan situasi semasa. Kalau masyarakat merasakan sesuatu tindakan oleh polis agak lambat, mereka menyalahkan pasukan itu, tetapi kalau penjenayah bertindak ke atas polis, pihak polis juga disalahkan, jadi saya fikir keadilan perlu diberikan kepada pihak polis.

Ketegasan Datuk Seri menerajui Kementerian Dalam Negeri nampaknya tidak disenangi pembangkang sehingga mereka mula melaksanakan pelbagai serangan ke atas Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Saya tidak peduli sebarang serangan oleh pembangkang. Saya merasakan bahawa ini adalah amanah Allah SWT kepada saya apabila Perdana Menteri memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi Menteri Dalam Negeri.

Saya tidak mahu apabila saya tidak lagi memegang jawatan ini apatah lagi kalau saya telah meninggal dunia, kubur saya akan dilempar najis kerana tidak dapat menyelamatkan masyarakat.
Saya tidak mahu itu berlaku justeru selagi saya masih hidup dan diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri maka saya mahu menterjemahkan bahawa saya seorang menteri yang benar-benar menterjemahkan segala pertanggungjawaban demi kepentingan negara dan masyarakat keseluruhannya.

Apa yang mendorong Datuk Seri menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden?

AHMAD ZAHID: Saya merasakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan pasukan yang serasi. Saya merasakan saya salah seorang yang telah diserasikan dengan kedua-dua pemimpin itu.

Apakah kriteria yang perlu ahli UMNO a lihat sebelum membuat keputusan?

AHMAD ZAHID: Sudah tentu tidak ada kriteria tetap kepada semua calon yang mahu menawarkan diri bagi memegang jawatan utama sama ada di peringkat nasional mahupun peringkat bahagian.

Ia bergantung kepada tujuan untuk merelevankan UMNO dengan kumpulan sasaran PRU-14 kerana profil pengundi akan berubah dengan drastik, apabila seramai 40 peratus adalah pengundi baru. Keduanya, apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan ertinya geopolitik dan landskap kepada pemikiran politik juga berubah ketika itu.

Oleh itu, pada hemat saya akar umbi harus memilih pemimpin-pemimpin yang bukan hanya sesuai untuk PRU-14 tetapi juga boleh membawa parti bagi menghadapi PRU-15 supaya terdapat kesinambungan dari segi pelaksanaan kepada pegangan kepada ideologi politik kepada UMNO..

Sayangilah UMNO sebagai satu-satunya wadah untuk memberikan kesinambungan kepada perjuangan orang Melayu dan anggaplah UMNO bukan hanya sebagai sebuah parti politik tetapi UMNO adalah sebuah institusi sosial orang Melayu yang menjaga agama Islam, yang akan memberikan keadilan kepada semua rakyat, oleh yang demikian pilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik.- Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130811/re_01/Bersikap-adil-kepada-polis#ixzz2bhhnuDMb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/p480x480/306761_493073000745800_722633420_n.jpg
PEMIMPIN MELAYU - Teloq sendiri pun di pulas orang.
 
AMUKANMELAYU - Semua ini bermula dengan terlalu "PERCAYA" kepada kafirun. Telah lama UMNO berduaan dengan MCA, kini UMNO kata "sampai hati kau MCA " ......dan kini PAS bertepuk-bertampar dengan DAP....suka sangat "pengantin baru" lah katakan....selepas habis madunya nanti, PAS juga akan mengatakan "sampai hati kau Omar Ibnul Aziz", selepas semuanya hak Islamelayu telah menjadi hak orang dengan "KEBODOHAN" hangpa yang gilakan kuasa dan sombong sesama saudara.....hangpa adalah PENGKHIANAT kepada Aku dan Anak cucuku dan kesemua Islamelayu yang terlalu setia dengan "KEBODOHAN KAMU'........pemimpin Islamelayu yang tiada TELOQ.