Sunday, 4 August 2013

Tiba-Tiba Nazri Aziz Berubah Pendirian Terhadap Namewee?! Apakah Kerana PAU Namewee berintikan BAK KUT TEH?


http://yanmieonline.com/wp-content/uploads/2011/01/kuih-pau.jpg
PAU 2013 - Namewee beri NAZRI PAU berinti BAK KUT TEH

 

Ini kenyataan yang dibuat oleh DS Nazri Aziz pada 2 Januari 2011. Ketika itu beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Merdeka Review telah memetik wawancara bersama Nazri Aziz ini disiarkan dalam Sin Chew Daily.  Antara isu yang diulas termasuklah isu buku teks sejarah, politik UMNO, kuota bumiputera dan tidak ketinggalan penyanyi tempatan yang mencungkil kontroversi - Namewee. Baca rujukan Merdeka Review, di sini.
DULU bukan main lagi.....macam dua beranak
Semalam, 03 Ogos 2013, DS Mohamed Nazri Aziz yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, telah mengeluarkan kenyataan yang jauh berbeza daripada apa yang diucapkan olehnya pada tahun 2011. Kenapa beliau telah membuat "U-Turn" sebanyak 360 darjah sehinggakan mengelar Namewee sebagai "budak yang tidak tahu sejarah, budak yang bodoh, berhingus dan tidak faham tentang sejarah negara kita"? Rujuk Utusan Malaysia, di sini.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5oqOGFuzSZvHwQVWHMRSQkVECoMUkg0JM6Dba71PmqG19ySI2X0HNRXJuGwLO-oc-Ojbsu2I3j6aHbytblI0Dfm_P_1hd33DzLyKshyOt7r_nqLRK8BiyVuiGuD5Cp5rj89H21Od51gwY/s320/umno+tidur+1.jpg
PAU telah menjadi tempat Raja Lawak bersidang

Kenapa DS Mohamed Nazri Aziz tiba-tiba sudah tidak suka, sayang dan kasih kepada Namewee yang selama ini dipertahankannya? Apakah pemimpin-pemimpin UMNO sedang bermain sandiwara memandangkan Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang bakal menjelang tiba? Hati orang-orang Melayu UMNO harus dijaga. Kalau tidak undi perwakilan melepas beb!!!






AMUKANMELAYU - Kahkahkahkah.....orang tua kene main dengan budak-budak.....TAIKO PADANG RENGAS lagi broooo........jangan marah Yob.....Aki pernah nolong kamu, samalah ngan Aki pernah nolong TUN M. Kalu betul TAIKO.....tampo jer budak Cina lahanat tu.....sebelum Orang Melayu tampo UMNO di PRU ke 14 nanti.