Monday, 5 August 2013

UMNO DAN PAS BUAT ORANG MELAYU MACAM KELUARGA 69




TUN M - BANGSAku jangan menangis lagi

1Malaysia KINI menjadi perangkap MAUT untuk MELAYU

 1 - KATA AYAHANDA TUN M - “Kerosakan UMNO bermula dari Pak Lah, DS Najib gagal memperbetulkanya dan bertambah buruk”.

 
      AMUKANMELAYU -
Kerosakan UMNO bermula dengan keluarnya "Ulamak" dalam UMNO dan tubuhkan PAS

 
2 -
KATA AYAHANDA TUN M - “Akibat perpecahan orang Melayu, orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.


    AMUKANMELAYU - Berpecah tak mengapa asalkan tujuannya adalah untuk Alif Ba Tha.


3 -
KATA AYAHANDA TUN M - “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

    AMUKANMELAYU - Najib Gila Talak nakkan undi Cina juga(MCA adalah Cina Buta yang telah menodai kepercayaai UMNO) kelemahan Najib adalah kerana dia tidak percaya kepada "SOKONGAN MELAYU". Cina nakkan ISA di mansuhkan tapi Najib bagi bonos berganda dengan EO juga di mansuhkan, kerana inilah sendi Kekuasa Melayu

4 - KATA AYAHANDA TUN M - “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi” 1Malaysia tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”

AMUKANMELAYU - 1 idea yang terkebelakang, 1 Malaysia telah ujud dengan Tengku memberi 1 juta Kewarganegaraan tanpa persetujuan Orang Melayu.

5 - KATA AYAHANDA TUN M - “Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

AMUKANMELAYU - Semua PUNAHSIHAT  Najib adalah "Blind Colour" dan lebih teruk dari budak-budak "Tingkat 4"

6 - KATA AYAHANDA TUN M - “Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu. “Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam”

AMUKANMELAYU - Budak Tingkat 4 adalah GENERASI BARU yang di biarkan bertindak sendirian. Tun juga bersalah kerana menjauhi diri dari mereka dan mereka berjuang untuk menjadi PM di usia muda walau pun "TAKDAK TELUQ"

7 - KATA AYAHANDA TUN M - "Banyak pihak yang berjumpa dengan saya, mereka merasakan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutama nya orang cina. Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan".

    AMUKANMELAYU - Najib GILA TALAK pada Undi Cina atau petunjuk awal Najib nak jadi "BAPA TRANFORMASI", memaksa Melayu menerima  Cina sebagai PM Malaysia...........

 

1MALAYSIA PERANGKAP MAUT UMAT MELAYU
  
 

1. Akhir-akhir ini, banyak agensi kerajaan dipertikaikan kredibilitinya. Satu demi satu cuba dibongkar supaya menelanjangkan kelemahannya. Pembangkang cuba memainkan kelemahan agensi kerajaan agar rakyat lihat bahawa tiada agensi kerajaan yang benar-benar berwibawa.

2. Kelemahan tetap ada. Semua agensi terbabit ditadbir oleh manusia. Setiap manusia ada kelemahannya. Tidak tahu lah jika ada manusia yang menganggap dirinya suci tanpa ada dosa dan merasakan dirinya sahaja yang betul.

3. Apa yang penting adalah kesedaran pada pentadbirnya supaya menjaga tingkah lakunya agar tidak ketara kelemahan tersebut. Lebih baik jika setiap manusia di dalam organisasi sentiasa melakukan muhasabah diri, mencari jalan memperbaiki kelemahan yang ada. Bukan menuding jari kepada orang lain atas kelemahan diri sendiri.

4. 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM Najib adalah gagasan yang bagus dan relevan. Apa yang kurangnya ialah cara penyampaian maksud 1Malaysia itu sendiri. Inilah tugas yang berat perlu ditanggung oleh setiap penjawat awam supaya menerangkan maksud sebenar 1Malaysia kepada umum.

5. Salah penerangan boleh mengakibatkan pelbagai isu dan sensitiviti timbul. Salah pendekatan akan memburukkan keadaan, malah boleh menjerumuskan pihak yang terlibat ke dalam kacau bilau. Tidak semua isu boleh dipersetujui atas nama 1Malaysia.

6. Malah ia akan jadi perangkap kepada penjawat awam sendiri jika ia tidak dijelaskan dengan betul. Pembangkang juga akan menggunakan 1Malaysia ini untuk kepentingan mereka. Penjawat awam juga tidak perlu melatah jika dijentik oleh pembangkang.

7. Menteri dan Timbalan Menteri tidak perlu tunduk kepada desakan pembangkang. Pembangkang akan cuba menjadi jaguh pelbagai isu sedangkan mereka sendiri tidak ada kredibiliti untuk menjadi pemerintah sebaik atau sekurang-kurangnya hampir baik kepada BN.


AMUKANMELAYU - Tak tau nak bagi pingat apa kat ROSMAH sebab terlalu sayang kat PAHLAWAN-PAHLAWAN kita sampai menangis tersedu-sedu masuk tibi tiga berita UTAMA sensasi lagi. .......