Thursday, 15 August 2013

ZAHID HAMIDI - TEAM NAJIB YANG CUBA DI SABOTAJ "PAKATAN" SEBELUM PAU.....adakah ini juga strategi NAJIB dan ANWAR?



http://extraordinaryperson.files.wordpress.com/2011/04/lemak-biawak.jpg
BIAWAK - Haiwan pemakan "BANGKAI" ia sangat busuk seperti makanannya juga

ZAHID HAMIDI - MENJADI MANGSA NAJIB dan ANWAR? 


Didalam satu temuramah bersama laman web Asia Sentinel, Anwar mengesahkan bahawa Najib Razak melalui wakilnya telah menawarkan kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan diantara UMNO dan PKR.

Menariknya, didalam temubual berkenaan juga mendedahkan bahawa wakil kerajaan Najib Razak bagi pertemuan berkenaan adalah Zahid Hamidi, iaitu merupakan Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik selepas PRU13 lalu.


Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa beliau telah menolak tawaran dari Najib tersebut memandangkan kerajaan Umno yang disifatkan amat rasis serta mempunyai semangat perkauman yang ekstrem.

Anwar juga menegaskan didalam temubual tersebut bahawa Najib dan kerajaan UMNO/BN harus melakukan perubahan terlebih dahulu didalam parti dan komponen sebelum menawarkan sebarang bentuk kerjasama.

"Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. 

Persoalan yang timbul disini ialah, jika Anwar bersedia untuk menerima tawaran kerjasama dari Najib Razak, bagaimanakah nasib PAS dan DAP yang selama ini jelas mengharapkan Anwar didalam Pakatan Rakyat?

Dan mengapakah Najib Razak tidak mahu menawarkan perpaduan bersama PAS yang merupakan parti melayu kedua terbesar didalam negara tetapi sebaliknya memilih Anwar yang mempunyai reputasi buruk didalam UMNO dan juga dimata umum? ~ MPP News

Ps: Bagi SH, hanya inilah caranya yang mampu dilakukan oleh Pakatan untuk membunuh karier Politik Datuk Seri Zahid Hamidi. 

Diorang jual pulak nama dia untuk merosakkan reputasi dia dalam UMNO. Perkara ni bukannya baru diorang buat.

Dek kerana terasa tindakan tegas yang diambil oleh Datuk Seri Zahid terhadap pembangkang sejak kebelakang ini, maka ianya membuatkan diorang semakin terdesak!!!
 
 

Pendedahan Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla Mengenai Sikap Anwar..

Pendedahan Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla Mengenai Sikap Anwar..

KUALA LUMPUR 27 Jun - Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, dalam satu pertemuan bersama Ketua Pembangkang tersebut selepas pengumuman keputusan pilihan raya, beliau telah memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. 
"Malangnya, Anwar ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang 133. 
"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti dipetik daripada portal berita Merdeka Online di http://merdeka-online.com/home/wawancara- penuh-jusuf-kalla/ baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Jusuf mendedahkan, perhimpunan Blackout 505 yang digerakkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.
Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut. 
"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu? 
"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP?. Anwar terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli Parlimen dari parti lain," katanya.
Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.
Berhubung pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, beliau berkata, terdapat campur tangan daripada pihak-pihak tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di negara itu yang memberikan sokongan kewangan dalam pencerobohan tersebut.
"Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia. Mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut," katanya.
 
 
AMUKANMELAYU - Sifat Anwar nampak jelas "KEBURUKANNYA".....tapi sikap Najib masih sukar untuk di baca. Tapi adakah nasib Zahid sama dengan penyingkiran Ali Rustam dari "Team Najib" supaya mengurangkan pengaruh MUHYIDDIN YASSIN dan Najid tidak sedar yang BLOGGER macam AMUKANMELAYU ini dapat membaca apa yang sedang  Najib sedang lakukan ini seperti "MENJALANKAN PLAN" Anwar bagi membolehkan Anwar  dan KELUARGANYA di bawa masuk ke dalam UMNO?