Saturday, 21 September 2013

CHIN PENG DAN CINA BERFAHAMAN KOMUNIS BERHUTANG NYAWA DENGAN ASKAR MELAYU


٧ وصيت راجا-راجا ملايو ٥ اوڬوس ١٩٥٧   

وصيت راجا-راجا ملايو ٥ اوڬوس ١٩٥٧ وصيت راجا-راجا ملايو مروجوÍ کڤد ٧ وصيت يڠ دسمڤايکن سماس راجا-راجا ملايو سماس منورونکن تنداتاڠن ڤرستوجوان ڤمبنتوقن ڤرلمباݢاءن ڤرسکوتوان تانه ملايو ڤد ٥ اوڬوس ١٩٥٧ . 

 ٧ وسيات

 ١ . کامي نامکن دان کامي ڤڠݢيل دي, بومي يڠ کامو ڤيجق دان لاڠيت يڠ کامو جونجوڠڤيرسيکوتوان تانه ملايو (سيکاراڠ دکنلي دڠن نام مالايسيا);
 ٢ . کامي ايشتيهارکان دان کامي سيمڤن اونتوق کامو دان کامي بنرکن کامو اشتهار دان سيمڤن اونتوق انق چوچو کامو, سلاءين ݢونوڠ-ݢانڠ, تاسيق دان هوتن سيمڤن, تانه سيمڤنن ملايو سهيڠݢ نيسبه ٥٠ ڤراتوس, سلبيهڽ کامو ربوتله برساما-سام قوم لاين;
RAMD - Menjunjung Nama ALLAH dan RASUL
 ٣ . باݢي منجا کامو دان باݢي مليندوڠي انق چوچو کامو سرتا هرتا هق ميليق کامو, کامي توبوهکن ريجيمن عسکر ملايو سلاءين اونتوق ممبنترس ککاچاوان دالم نݢارا دان انچمن دري لوار نيڬارا

RAMD - Di akui terbaik di dunia


3. Bagi menjaga kamu(Orang Melayu) dan bagi melindungi anak cucu kamu(Orang Melayu) serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

RAMD - Amukannya "Hingga Titisan Darah Terakhir"

 ٤ . کامي ککلکن دان کامي جامين کراجاءن دان کداولتن راجا-راجا ملايو ممرينته نݢارا ايني
  
 ª ٥ . کامي ايشتيهارکانسلام اداله اݢام ڤيرسيکوتوان

; ٦ . کامي تتڤکن بهاس کبڠساءن بهاس ميلايو

; ٧ . کامي امانهکن دان کامي ڤرتاڠڬوڠجاوابکن کڤد راجا-راجا ملايو اونتوق مليندوڠي کدودوقن ايستيميوا اورڠ ملايو دان کڤنتيڠن صح کاوم-کاوم لاءين. (کيموديان دتمبه کدودوقن ايستيميوا انق نݢري سابه دان ساراواک) . وصيت سمبيلن راج ملايو ايت ترديري دري امڤت نݢري ملايو برسکوتو دان ليم نݢري ملايو تيدق برسکوتو, دسمڤايکن سبلوم مرديک کڤد رعيت ملايو, يڠ مروڤاکن رعيت اصل دان سوبجيک راجا-راجا ملايو. وصيت اين دهاصيلکن اتس کهندق راجا-راجا ملايو اونتوق مڠکلکن کسينمبوڠن سجاره, کداولتن, دان کواس ڤوليتيک ملايو (ياڠ ترلتق ڤد راجا-راجا ميلايو) کڤد کسينمبوڠن کيداولتان نݢارا کڤد راجا-راجا ملايو سرتا منداڤت ڤنريماءن رعيت ملالوءي واکيل-واکيل صح يڠ ممڤوڽاءي لوچوس ستاندي , مک ڤرلمباݢاءن ڤرسکوتوان ممڤوڽاءي فاسال-فاسال ترتنتو

 

DARI ISI AKHBAR CINA

 

MALAYSIA HUTANG MAAF KEPADA CHIN PENG?
 
AKHBAR China Press bertarikh 17 September 2013 memaparkan berita eksklusif tulisan Lim Ai Shan mendakwa Malaysia berhutang maaf kepada Chin Peng kerana kononnya melanggar perjanjian damai.

Fang Shan, bekas rakan perjuangan Chin Peng berkata, Perjanjian Damai Hatyai membenarkan bekas anggota komunis Malaya pulang ke tanah air tetapi kerajaan Malaysia melanggar perjanjian selepas melarang Chin Peng pulang.
“Chin Peng adalah seorang yang berjasa kepada negara, kerajaan terhutang maaf kepada Chin Peng," katanya.

Fang Shan yang menerima kunjungan daripada akhbar China Press berkata, Chin Peng telah banyak kali membangkitkan hasrat mahu pulang ke Malaysia dan walaupun selepas bertahun-tahun menghadapi pelbagai rintangan, beliau tetap tidak mahu melepaskan hasratnya itu.
“Setiap kali kami berjumpa, beliau tetap menyatakan hasratnya mahu pulang ke Malaysia, kali terakhir perjumpaan kami di Bangkok tahun lalu sekali lagi dia timbulkan hasrat itu. Ini menunjukkan beliau benar-benar mahu pulang," katanya.

Fang Shan berkata, selepas kumpulan komunis diterima kembali ke tanah air, Chin Peng sendiri hadir mengucapkan selamat jalan. Hasrat Chin Peng yang paling besar adalah mahu pulang tetapi hasrat itu tidak dapat dikotakan sebelum beliau meninggal dunia.
“Hari ini Chin Peng telah pun meninggal dunia, saya harap abu beliau dapat dihantar pulang ke Malaysia supaya Chin Peng dapat memenuhi hasratnya," jelasnya.

SELARIKAN SEJARAH ORANG CINA MALAYSIA

AKHBAR Nanyang Siangpau bertarikh 15 September 2013 pula melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan tulisan Phang Sin Cai berkenaan cadangan selarikan sejarah orang Cina di Malaysia.
Baru-baru ini saya berpeluang membaca beberapa keluaran majalah pertubuhan Cina yang meraikan usia 100 tahun penubuhan serta naskhah tarikh peringatan hartawan dan pejuang (peneroka) kawasan. Tiba masanya untuk mengumpulkan maklumat dalam majalah serta butiran pejuang setempat supaya dapat dikekalkan dalam ingatan anak cucu.

Pada 31 Mei 2013 hingga 1 Jun 2013, berlangsung perjumpaan kali keempat persatuan KuTien, iaitu perjumpaan persatuan persaudaraan KuThien antarabangsa yang diadakan di Setiawan, Perak. Tajuk pembukaannya juga menyambut usia 100 tahun persatuan.
Saya diberi senaskhah majalah berjudul Pejuang Daerah Setiawan, ia mengimbas kembali ingatan zaman lampau. Pengeluaran majalah pejuang daerah ini mampu mengumpulkan maklumat yang tersorok.

Penghijrahan kaum Cina ke Malaysia, sejarah Cheng Ho turun ke Nanyang (Laut Cina Selatan) sahaja usianya telah menjangkau 600 tahun. Bukit Cina di Melaka adalah bukti yang kukuh, kawasan perkuburan ini setiap tahun dikunjungi jutaan pelancong dari China. Malangnya, Bukit Cina tidak dihias indah, duit daripada industri pelancongan ‘berselerak’ seperti tanah perkuburan.
Kesan peninggalan nenek moyang kita berselerak di kota-kota besar, pekan-pekan dan daerah-daerah seluruh negara. Mereka menggunakan kudrat satu persatu mencangkul tanah membuka hutan-hutan. Selepas beberapa generasi barulah menjadi wajah-wajah pekan-pekan dan kota.
Pepatah zaman dahulu mengatakan, ‘tiada orang Tang, tiada Po’. Orang Tang itu bermaksud orang Cina, Po itu bermaksud Bandar, contohnya Jilongpo (Bandar Kuala Lumpur) dan Xingjiapo (Bandar Singapura).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002 mengakui, “jika tolak semua bangunan dan pembangunan orang Cina, pastinya di Malaysia tiada bandar-bandar besar dan pekan-pekan kecil dan juga hari ini tiada pusat perniagaan dan pusat industri, tiada wang untuk orang Melayu dapatkan gaji dan elaun serta mendapat bantuan dan kemudahan-kemudahan infrastruktur."

Hari ini, peninggalan nenek moyang itu telah dianggap milik negara asing, sebaliknya mereka melancong ke luar mahu melihat peninggalan dan pemandangan nenek moyang di luar sana. Ada sesetengah bahasa daerah keturunan mereka telah bertukar nada, ramai dari daerah itu sudah tidak tahu menggunakan bahasa daerahnya, ia telah hilang fungsi asal dan tujuan sebenar.

Penulisan sejarah daerah dan tempatan serta pengekalan bahan-bahan sejarah orang Cina bukan sahaja dapat menyedarkan tetapi dihayati oleh muda-mudi Cina. Ia juga boleh dijadikan bahan bacaan sekolah-sekolah Cina untuk dijadikan panduan masa hadapan. Mereka boleh mempelajari semangat perjuangan orang terdahulu, bersemangat gigih mengharungi kepahitan dan kesusahan.
Sejarah mampu mengeratkan dan mengiktiraf perhubungan dan budaya di antara daerah yang mampu membawa kepada kemajuan masyarakat dalam konteks perpaduan kerana mereka mempunyai hala tuju, semangat dan sejarah yang sama; membantu semangat kekitaan di negara ini; lancarkan semangat cintakan tanah air dan menyayangi orang ramai.

Ia perlu dimulakan dengan penerapan nilai dan zahirkan semangat sayangkan orang ramai, sama seperti orang-orang yang memperjuangkan pendidikan sekolah Cina. Mereka boleh saling berinteraksi selain boleh bekerjasama. Semangat penerokaan orang terdahulu, bukankah ia boleh meninggalkan nama? Inilah yang sepatutnya pertubuhan Cina tidak memandang ringan dan lepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.

NAJIB RASIS KERANA BANTU EKONOMI BUMIPUTERA

AKHBAR Sinchew Daily News bertarikh 16 September 2013 memaparkan pandangan rasmi akhbar tersebut berkaitan polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera di dalam ruangan Sudut Pendapat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan meluluskan lima polisi mengukuhkan ekonomi bumiputera, juga dikatakan membalas budi mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) lepas. Lima polisi ini amat luas, menggunakan dana berbilion ringgit termasuk dalam sektor pendidikan, perniagaan, peluang-peluang inovasi serta kuasa pemilikan harta dan saham.

Pada 7 September lalu, kerajaan di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera telah umumkan beberapa polisi baharu perkukuhkan ekonomi bumiputera, dengan jelas ada kaitannya dengan meraih penyokong dan perkukuhkan kedudukan dalam parti. Dalam cuba raih kedudukan dan sokongan, pada masa sama pasti tidak dapat memenuhi kehendak semua orang dan ini boleh menjejaskan pembangunan ekonomi negara.

Kami pasti dan percaya, perancangan pembangunan ekonomi negara pada hakikatnya mampu dan boleh tingkatkan ekonomi bumiputera, kecilkan jurang perbezaan miskin dan kaya, beri kestabilan dan keamanan serta perpaduan dalam masyarakat.
Selama ini kerajaan memberi keutamaan kepada bumiputera, sudah nampak kesannya, pendapatan kasar keluarga bumiputera daripada RM172 sebulan pada 1970 kini meningkat kepada RM4,457 sebulan, 64.8 peratus keluarga miskin pada 1970 kini turun mendadak sekitar 2.2 peratus sahaja. Tetapi, kerajaan tidak lepaskan lagi memimpin tangan bumiputera supaya mereka lebih gigih, mampu bersaing dan berdikari. Sebaliknya, semakin menambah polisi imbuhan serta subsidi dan ini jelas membelakangi konsep globalisasi dan keterbukaan.

Pada 3 April 2009, semasa Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau lancarkan slogan "1Malaysia", seterusnya “Model Baharu Ekonomi" sebagai pengganti kepada DEB. Najib berkali-kali beri jaminan akan menjadi pemimpin yang tidak mengira warna kulit, perbezaan agama dan konsep politik, mahu menjadi Perdana Menteri untuk semua rakyat.

Jika benar, sepatutnya mansuhkan polisi ‘tongkat’ dan ambil kira untuk semua rakyat, bukan hanya utamakan ekonomi satu kaum. Kumpulan kaum bumiputera yang lemah sama seperti kumpulan orang Cina serta India yang lemah dan miskin, sepatutnya kerajaan hulurkan tangan membantu kumpulan-kumpulan ini juga.

Kerajaan memberi pakej subsidi kepada bumiputera dikatakan sebagai membalas budi pengundi, ini bukan polisi untuk seluruh rakyat. Jika mahu timbulkan isu balas jasa, cuba lihat PRU 1995, 1999 dan 2004, BN mendapat sokongan padu masyarakat Cina dan dapat terus kekal memerintah, terutama sekali pada 1999 semasa kemelesetan ekonomi dan kes Anwar Ibrahim yang mampu menjejaskan PRU. Pada masa itu, BN dapat sokongan penuh pengundi Cina, adakah orang Cina mendapat dan terima balasan daripada kerajaan?

Keputusan PRU sebenarnya memberi implikasi dan maklumat bahawa rakyat telah menolak politik rasis. Sebaliknya, kerajaan melayan rakyat dengan menjeling mata sahaja, pimpin ke jalan melawan arus, menyebabkan rakyat rasa begitu hampa.- Utusan Melayu

MCA SAMAKAN  CHIN PENG DENGAN MAYAT MUSLIM

Kejadah apa Ketua publisiti parti MCA, Datuk Heng Sia Kee nak pertikaikan keputusan kerajaan Malaysia menghalang waima abu Chin Peng yang dah dibakar sekalipun dari memasuki Malaysia Tanah Melayu tercinta ini?

Kejadah apa dia nak samakan bangkai Chin Peng dengan mayat Nordin Mat Top dan Azahari Husin? Arwah Azahari Husin dan Nordin Mat Top adalah rakyat Malaysia yang sah yang disokong dengan dokumen-dokumen sebagai membuktikan kewarganegaraannya. Apa buktinya Chin Peng tu warganegara Malaysia?

Heng Sia Kee juga nak bandingkan Chin Peng dengan pemimpin komunis lain yang Melayu seperti Syed Hamid Ali dan Shamsiah Fakeh yang dibenarkan kembali. Heng Sia Kee ni paham ke tidak apa yang dipersetujui dalam Perjanjian Haadyai? Ini bukan soal kaum, bukan soal agama. Kalau betul Chin Peng warganegara Malaysia, kenapa tidak dia kemukakan permohonan dalam masa setahun kepada kerajaan Malaysia dan permohonan tersebut mestilah lengkap dengan dokumen-dokumen sokongan yang menunjukkan bahawa dia perlu diiktiraf sebagai seorang warganegara Malaysia di Tanah Melayu ini.

Apa permainan yang mahu dimainkan oleh MCA ni? Kalau betul Chin Peng berjuang menentang Inggeris, kenapa selepas mendapat kemerdekaan, Chin Peng masih menentang kerajaan Tanah Melayu yang merdeka? Maka Chin Peng ni berjuang untuk memerdekakan Tanah Melayu atau berjuang mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai Tanah Cina dan dia (Chin Peng) menjadi Maharajanya? Kerana perjuangannya mahu menjadi Raja Cina di Tanah Melayu yang diCinakan, maka MCA perlu berjuang untuknya???

MCA jangan bermain sentimen kaum dan agama dalam isu bangkai Chin Peng ini. Sila dapatkan data dari KDN, berapa ramai bukan Melayu dan bukan Muslim yang dibenarkan kembali ke Malaysia setelah Perjanjian Haadyai setelah memenuhi syarat-syarat yang dipersetujui semasa rundingan. Apa, MCA ingat Chin Peng tu terlalu istimewa sehingga dia tak perlu melalui semua proses permohonan dan dokumentasi sebagaimana bekas-bekas komunis yang lain? Ingat, kalau yang lain tu cuma komunis, Chin Peng tu bapak pengganas komunis! MCA jangan bermain api!!!



AMUKANMELAYU - Aku memang Melayu RESIS.....Lu longsi Lu Mati.......apa lagi Lu mau?