Sunday, 8 September 2013

JANGAN DURHAKAI UGAMABANGSA BANI TAMIM DAN DULI TUANKUNYA, KELAK MUSIBAH MEMAKAN DIRI 1


DO'A MERDEKA ADALAH SUMPAH YANG AKAN MEMUSNAHKAN MEREKA YANG DURHAKA KEPADA BANI THA MIM


DOA DAN AZAN PADA 31 OGOS 1957

MERDEKA - SAYU dan SEBAK di dada, berderai air mata..MERDEKA
Saat Laungan Azan oleh Tan Sri Hassan pada 31 Ogos 1957

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،
اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،
اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،
اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud, Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.(1)

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubahan hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. 

Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.(2)

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan.(3)

Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang. 

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.(4)

Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima. AMINNN.........

Oleh,
Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957. Sumber Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Pengisytiharan tersebut telah dibuat oleh Tunku Abdul Rahman disertakan laungan "MERDEKA" 7 kali. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru oleh Ustaz Hassan Azhari (Tan Sri) dan tembakan meriam seratus satu das.

TARIKH 31 OGOS 1957
Sebelum Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Bapa Kemerdekaan Malaysia mengetuai rombongan ke London untuk berunding tentang tuntutan kemerdekaan dengan kerajaan Inggeris pada 1 Januari 1956, Tunku telah meminta nasihat daripada Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika itu yang juga merupakan salah seorang tokoh di bidang ilmu falak.

Tunku Abdul Rahman beranggapan bahawa beliau perlu berjumpa dengan Syeikh Abdullah Fahim (datuk kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5) yang pada pendapatnya mempunyai firasat dan kasysyaf agar tarikh yang baik dapat dipilih bagi kemerdekaan Tanah Melayu (Mokhtar Petah, 1997).

Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun-tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan. Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962.

Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
Teknik falak yang dikatakan digunakan oleh Syeikh Abdullah Faim diceritakan di SINI
Sidang menyarankan kita bersyukur kepada Allah, berterima kasih kepada pemimpin era merdeka bersama para ulama yang bersatu-padu, perajurit-perajurit yang tidak didendang dan seluruh rakyat yang bekerjasama mematuh perlembagaan negara ke arah kemerdekaan sehingga apa yang kita nikmati selama 54 tahun ini. 

# APAKAH ALLAH HANYA MAHU KITA BERSATU DI BAWAH UMNO SAHAJA UNTUK MENJAGA ISLAMELAYU DAN TANAH MELAYU INI? - Dari pemerhatian AMUKANMELAYU, banyak mereka yang tidak terlepas dari terkena "TULAH" do'a ini hingga sekarang ini. Ianya meliputi semua kaum yang tinggal di TANAH MELAYU. Jika baik maka BIKlah BALASANYA.........Jika DENGKI atau KHIANAT atau BERSEKONGKOL dengan KAFIRUN maka tunggulah BALASAN ALLAH seperti yang AMUKANMELAYU memetik beberapa cerita di bawah ini. AMUKANMELAYU  adalah pemerhati bebas dan tidak pernah menganggotai mana-mana PERTUBUHAN POLITIK melainkan hanyalah HAMBA ALLAH dari TANAH MELAYU yang menurut PERINTAH ALLAH dan KATA RASULNYA sahaja. Maaf kalau ada sesiapa yang terasa........

SEJARAH PENUBUHAN

ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو

(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
United Malay National Organisation
UMNO / PEKEMBAR
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو

Diasaskan11 Mei 1946
Ibu pejabatPusat Dagang
WarnaMerah, putih
an Dunia Putra, Kuala Lumpur
KeahlianBumiputera



Ideologi PolitikNasionalisme Melayu, Konservatisme, Islamisme




WarnaMerah, putih

Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan lagi.

Logo UMNO



Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan]): [1] adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.[2] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[3]










Sejarah UMNO

Zaman Dato Onn

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951




Zaman Tunku Abdul Rahman

Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

Zaman Tun Abdul Razak

Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.

Zaman Tun Hussein Onn

Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.
Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi

Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan

DUGAAN PERTAMA UMNO - Dato' Onn Jaafar Keluar UMNO

Dari Kacamata RPK
Pada 21hb Disember 1951, kira-kira empat tahun sebelum Persidangan Perlembagaan Januari Februari 1956, kerajaan Britain telah mengeluarkan satu laporan mengenai kedudukan kaum di Malaya. Nisbah penduduk Cina Melayu adalah 50:50 tetapi oleh kerana ramai orang Cina tidak diberikan taraf kewarganegaraan maka nisbah ini pada akhirnya menyebelahi orang Melayu. Halaman empat daripada laporan ini mendedahkan UMNO menyasarkan untuk memulakan dasar 'Malaya for the Malays' (Malaya untuk orang Melayu) dan itulah sebabnya mengapa Dato Onn Jaafar telah keluar daripada Umno dan membentuk Independence of Malaya Party (IMP) atau Parti Negara.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi85GELC7bK-mcgpgnx6v_5a3wdZ6uFN3oeILE1K3M3Q5WAFxuYkRitzBBZBbWdVdRFyTSp_oaYDrtiu4B1-yqUgazPKMQT4uJDoCpegHi2pC92P9JaUkL6y8uHbCB2KMyPn9hOhP2kjX7F/s1600/2.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4wNJu8vDcIIu2a1Ij0KgtX0poTgP8LZBdHA1i9tspZMYfHC0xEJVv_otTt9verOwurUkj7PJyqpBNIk9eowTQajjoYoEtj7tj35NxDQDy3hYvmRnq9wnNMem-GF10J1SkYFhcw1G36p_3/s1600/3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6-z4K0c-zqS1vttkJCRBn2v_R3jIlRLJ26pI4qdA0QYj8jJ91DexCSEV1_dxT0aki0J2EFHZsQKYy2fgX0mA-wsNHYWU7V8tRkC3nFp178y5WnlQv-Q4yfxAnNQeK467DzuYpo7NHmpGs/s1600/4.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbAbhqqbXeiRhR7X5TANDjghKmWFlq36BkWO3U2TlZ4dwMj-SVpI7RicBHGRYNOKTmhXWY92L2cz9mOCFnas9zU4i_SEF7JLTcZ7iLm2oi6KxlLY7Ysfu_x2U2ycGrPexe_5YKixvlRtld/s1600/5.jpg  


onn jaafar
Dato' Onn lahir pada tahun 1895. Dato' Onn sejak kecil dipelihara oleh Sultan Ibrahim. Beliau mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke England. Dato' Onn pernah bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930. Pada tahun 1934, Dato' Onn menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga. Disamping itu, Dato' Onn juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa Zaman Pendudukan Jepun, Dato' Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai president yang pertama.

Pada 1 Oktober 1946, Dato' Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, Dato' Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO. Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.

Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955.

Dato' Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya selepas meninggalkan UMNO. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Sekali lagi, partinya gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya umum.

SEJARAH HITAM PERPECAHAN ISLAMELAYU BERMULA BILA PAS DI TUBUHKAN


TUN M - Muzium hidup Orang Melayu
Penubuhan asal Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didorong oleh rasa kecewa pemimpin terdahulu parti tersebut yang mahukan jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara.


Mendedahkan perkara tersebut, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ulama-ulama Umno pada ketika itu kecewa apabila Tunku Abdul Rahman tidak melantik mereka dalam majlis legislatif dan majlis negeri.


Justeru katanya mereka berpendapat dengan menubuhkan parti sendiri akan mengatasi Umno selain menggunakan Islam sebagai daya tarikan di kalangan pengundi Melayu.


"Kecewa tidak dapat jawatan maka lahirnya PAS, bukan kerana Islam sebab sebenarnya dia boleh berjuang mengenai Islam dalam parti Umno dan memang pun apabila dia berada dalam Umno kita berjaya lawan British dan kita berjaya," katanya dalam satu wawancara bersama Mingguan Malaysia, hari ini.




PAS ditubuhkan dengan nama asal Persatuan Ulama Se-Malaya pada 1951 dan menyertai Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan.


Bagaimanapun pemimpin PAS ketika itu, Ahmad Fuad Hassan mendakwa kedudukan ulama ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan dan kemudiannya menubuhkan PAS.


Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata PAS kini dalam keadaan terdesak untuk memerintah negara berikutan kerjasama parti Islam itu bersama DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.


Menurutnya, tindakan PAS itu ibarat 'menjilat ludah kembali' apabila mereka pernah mengeluarkan fatwa haram untuk bekerjasama dengan orang bukan Islam.


"Jadi sekarang kerana nak jadi pemerintah, mereka terpaksalah bekerjasama dengan orang bukan Islam. Inilah yang dikatakan kalau kamu kafirkan orang lain mungkin kafir itu kembali kepada kamu," katanya.


Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyelar tindakan politik kotor PAS yang cuba memecah belahkan perpaduan umat Islam di negara ini.


Katanya, umat Islam di negara ini perlu mengambil iktibar daripada negara Timur Tengah yang berpecah belah akibat menganut fahaman agama Sunni dan Syiah.
"Di sini kita semua ahli Sunnah Wal Jamaah tetapi mengapa PAS timbulkan isu mengkafir ini sehingga memecah-belahkan orang Islam. Ini perbuatan yang berdosa," katanya lagi.- by Karipap

JUJUR DALAM PERJUANGAN UMNO, ISLAMELAYU DAN TANAH MELAYU

Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekelian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.(1)

PAYUNG NEGARA - YANG DI-PERTUAN AGUNG

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara. Baginda dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh lima tahun secara bergilir-gilir oleh Majlis Raja-raja mengikut peruntukan jadual Ketiga Perlembagaan Malaysia. Untuk dipilih, baginda mestilah menjadi Sultan yang memerintah sebuah daripada sembilan negeri Persekutuan iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Tahun 2012 telah mencatat sejarah kerana pada 11 April, Pertabalan SPB ke-14 merupakan kali kedua bagi Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah dilantik YDPA Malaysia.
Senarai Yang di-Pertuan Agong sejak 1957:
Yang Dipertuan Agong Pertama Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Yang Dipertuan Agong Pertama – Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Negeri: Negeri Sembilan.  
Tempoh: 3 Ogos 1957 – 1 April 1960

Yang Dipertuan Agong Kedua Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

Negeri: Selangor 
  Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960

Yang Dipertuan Agong Ketiga Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 – 20 September 1965

Yang Dipertuan Agong Keempat Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 – 20 September 1970

Yang Dipertuan Agong Kelima.pg  Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 – 20 September 1975

Yang Dipertuan Agong Keenam Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 – 30 Mac 1979

Yang Dipertuan Agong Ketujuh Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984

Yang Dipertuan Agong Kelapan Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 – 26 April 1989

Yang Dipertuan Agong Kesembilan Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994

Yang Dipertuan Agong Kesepuluh Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999

Yang Dipertuan Agong Kesebelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj

Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001

Yang Dipertuan Agong Keduabelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 – 12 Dec 2006

Yang Dipertuan Agong Ketigabelas Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12 Dec 2006 – 12 Dec 2011
Gambar Yang di Pertuan Agong ke 14 Sultan Abdul Halim Senarai senarai Yang di Pertuan Agong Malaysia
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, 
 berkuatkuasa 13 Dis 2011......
ditabalkan pada 11 April 2012.

7 Wasiat Raja-Raja Melayu



Wasiat Raja-rajaWasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.
Istilah Raja-Raja Melayu disini bukan beerti untuk orang melayu sahaja. Kerana dari sudut sejarah, kewujudan kerajaan-kerajaan awal di negara ini terdiri daripada pemerintahan melayu.
Berikut adalah wasiat raja-raja:  
7 Perkara itu adalah

1> Pertama : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUTAN TANAH MELAYU (Sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)
.
2> Kedua: Kami Isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3> Ketiga: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4> Keempat: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

5> Kelima: Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

6> Keenam: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

7> Ketujuh: Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja-raja02

7 Wasiat Yang Diterjemahkan Dalam Perlembagaan Persekutuan

1> Malaysia- Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)

Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

2> Tanah Simpanan Melayu - Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)

Mana-mana tanah di sesuattu negeri yang menjadi tanah rizab orang melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badang Perundangan Negeri dengan sesuatu Enakmen.

3> Rejimen Askar Melayu - Seksyen Akta Angkatan Bersenjata 1972

Seksyen tersebut menyatakan "Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja". Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance.
Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1942. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Singapura dalam Perang Dunia Kedua.
Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum.
Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.

4> RAJA -RAJA MELAYU - Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan dan Permaisurinya)

Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja selama tempoh jawatan lima tahun.

5> ISLAM - Perkara 3 (Agama bagi Persekutuan)

Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan atau Raja, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

6> BAHASA MELAYU - Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-raja.

7> KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN - Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya Untuk Orang Melayu)

Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuora orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan.
DAULAT TUANKU....

1- DATO' PROFESOR DR. ZULKIFLI MUHAMMAD PEJUANG MELAYU


MENGENALI DATO' PROFESOR DR. ZULKIFLI MUHAMMAD (1927-1964) :

Dato' Profesor Dr. Zulkifli Muhammad ialah Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dari tahun 1956-1964. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan (1959-1964).

Antara jasa dan sumbangan Profesor Dr. Zulkifli Muhammad ialah :

1. Menentang keganasan komunis di Kuala Kangsar, Perak.

2. Bangkit menentang Malayan Union bersama pertubuhan Melayu.

3. Aktif dalam bidang penulisan. Menghasilkan tulisan yang berbentuk rencana seperti Falsafah Akhlak dalam Islam, Umat Islam Sekarang Makin Mundur, Peranan Filem dalam Masyarakat, Economic Justice, dan Kebangkitan Ekonomi Menurut Pandangan Islam. Beliau juga menghasilkan tiga buah buku iaitu Masyarakat dan Syariat, Analisa Tentang Beberapa Masalah Hidup, dan Pegangan Hidup Umat Islam.

4. Menggerakkan penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang (1953). Usaha beliau dalam menggerakkan penubuhan Kolej Islam Malaya telah mendapat pengiktirafan daripada Universitas Sawerigading (UHSA), Indonesia yang telah menganugerahkannya gelaran Profesor Kehormat pada 15 Julai 1957.

5. Mencetuskan idea Penubuhan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (kini KIAS) pada 1965.

6. Memberi perhatian mengenai masalah Bahasa Melayu dan merintis penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Pendeta Za'ba. Beliau menyeru Kerajaan Persekutuan supaya menyegerakan pembinaan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi memastikan Bahasa Kebangsaan terus berkembang pesat.

7. Melahirkan idea-idea kreatif yang progresif melalui sajak-sajak yang diterbitkan dalam majalah-majalah tanah air seperti Medan Masyarakat, Mastika, Qalam, Penghidupan, Hiburan dan Pembangunan. Sajak-sajaknya berunsurkan semangat kebangsaan yang kental serta diadun dengan tuntutan Islam yang kukuh dan mendalam.

8. Menyokong cadangan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai sebuah institusi yang akan memartabatkan Bahasa Melayu - sumber: di sini

PEMERGIAN YANG DI TANGISI SEMUA ISLAMELAYU - Pemergiannya Zulkifli Muhammad meninggal dunia bersama isterinya dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri dekat Kuantan. Kematian mereka berlaku di tengah-tengah kesengitan persengkataan politik di antara PAS dengan UMNO. Bahang kempen pilihanraya 1964 pun masih belum reda.

Zulkifli Muhammad baru saja menang mempertahankan kerusi Parlimen Bachok bagi penggal kedua. Berbagai tanggapan dan sangkaan muncul ketika itu. Untuk mengelakkan desas-desus ini Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.

Kata Tunku Abdul Rahman, ianya adalah satu tragedi kemalangan dan takdir Tuhan. Berita kematian Zulkifli Muhammad dan isterinya disiarkan menerusi Radio Malaysia pada pukul 10:00 pagi, 6hb Mei 1964. Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak mengarahkan jenazah Zulkifli Muhammad dan isterinya diterbangkan dengan kapal terbang khas Tentera Udara Diraja Malaysia dari lapangan terbang Kuantan ke lapangan terbang Ipoh.

Dari lapangan terbang Ipoh jenazah dibawa dengan kereta mayat Jabatan Ugama Islam Perak ke rumah bapa Zulkifli Muhammad di kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Pada hari pengkebumian jenazah Zulkifli Muhammad dan isterinya, lebih dari 10,000 orang termasuk pemimpin-pemimpin negara, para duta negara asing, rakan-rakan seperjuangan, ahli-ahli UMNO dan orang ramai membanjiri tanah pusara tempat mereka disemadikan. Karya Penulisan Zulkifli Muhammad telah menghasilkan tiga buah buku: · Masyarakat dan Syariat ·

2 - TUN ABD. RAZAK TOKOH YANG DI SANJUNG

Liputan awal RTM mengiringi jasad ALLAHYARHAM TUN - YAB Perdana Menterti Ke-2

TUN RAZAK - Di hari Perkahwinannya
YAB Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-2 telah kembali kerahmatullah pada 14hb.Januari 1976 di United Kingdom.
Pada petang hari minggu itu saya terima panggilan telepon dari rakan RTM - Pn Azizah Shahrin kira-kira jam 4.30 petang.Puan Azizah minta saya hubungi suaminya Sdra. Mohd Nor Padidin yang dipercayai sedang bertandang dirumah kawannya dalam kejiranan saya di Ampang Jaya.  
Waktu itu belum ada kemudahan HP peribadi, dan sambungan perhubungan telepon premis-premis kediaman awam juga sangat terhad. Suami Azizah adalah Pegawai Perhubungan, University Malaya. Beliau sedang dicari oleh bosnya - VC Prof Ungku Aziz. Secara jujur Azizah beritau saya akan berita sedih kambalinya kerahmatullah YAB Tun Abdul Razak. Cumanya pengumuman rasmi belum lagi dibuat oleh Kerajaan. Dan bersungguh Azizah minta saya rashiakan.
Sahingga pengumuman rasmi di buat, amat sukar bagi saya untuk berahsia pada sesuatu kejadian sapenting itu. Saya gelisah dan serbasalah, apabila desas desus berita kematian itu sudah mula merebak bagaikan api dalam sekam. Orang ramai mula bertanya. Terdapat juga kalangan jiran tetangga mendakwa penduduk Johore telah memetik berita kematian itu melalui Bulitin Radio dan TV Singapore serta siaran dari BBC Overseas Service. Malah ada yang terang-terang mendakwa sabuah tabloid di England telah menyiarkan obituary aruah Tun keluaran semalam. Dari sumber mana hamba-allah itu dapat berita tersebut, wallahualam.
Yang pasti mereka sangat teruja ingintau kesahihan berita kematian itu dan terang-terang mempersoalkan kenapa RTM masih membisu.    
Saya tidak punya jawapan pasti. Informasi yang saya terima hanya melalui saorang kawan. Selagi tiada pengumuman rasmi dari Kerajaan, sejujur boleh saya perlu simpan rashia itu. 
Saya ambil pendirian berita sademikian perlukan penapisan teliti, perlu melalui process protokal tertentu sabelum Kerajaan mengumumkan kepada rakyat jelata. Alhamdullillah penjelasan saya itu diterima.
------
Saterusnya pengumuman rasmi dari Tim Perdana Menteri, YAB Tun Hussein Onn disiarkan oleh semua saluran RTM lewat senja diikuti dengan siaran bacaan ayat-ayat suci Al'Qur'an. Baru saya berani menghubungi Angkasapuri untuk melaporkan diri.
Rakyat berkabung atas kematian pemimpin negara yang sangat mereka hormati itu. Kesedihan mengelubungi mereka. Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Ke-2, Bapa Pembangunan Negara meninggalkan kita pada waktu-waku kepimpinan Allahyarham sangat diperlukan rakyat jelata dari semua lapisan masyarakat. Allahyarham Tun meninggalkan kita lebih awal dari masanya. Rakyat tidak dapat menerima hakikat itu.
--------

IMAN TIDAK DAPAT DI WARISI - NAJIB dan adek-adek

RTM satu-satunya rangkaian media elektronik saluran Radio & Television awam - telah mengenepikan segala program berbentuk hiburan dan mengantikan dengan bacaan ayat-ayat suchi Al-Qur'an.
Siaran langsung saluran radio dan tv saterusnya dirancang bermula dari Jenazah Allahyarham sampai di Lapangan Terbang Antara Bangsa Subang kira-kira jam 11.00 pagi berikutnya. Liputan tersebut akan diteruskan sahingga jenazah sampai ke Kediaman Rasmi PM - menjelang Acara Penghormatan Negara di Bangunan Parlimen dan Pengkebumian di Makan Pahlawan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada hari berikutnya.
Sabuah Secretariat Media telah ditubuhkan di Angkasapuri dan segala bentuk liputan siaran adalah dibawah pengawasan terus sabuah Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh YB Menteri dan Timbalannya, dengan dianggotai oleh Pegawai Pegawai Kanan Kementerian Penerangan dan Ketua-Ketua Jabatan di bawahnya.
Tugasan yang kami laksanakan itu 'fragile' dan sangat 'sensitif'. Mencabar kewibawaan kami sebagai penyiar negara. Tiap baris ulasan dan tiap bentuk liputan visual perlu dilaksana sebaiknya tanpa melanggar 'sensitiviti politik semasa' disamping memberikan ulasan fakta-fakta yang bernas dan bertanggungjawab.
Itulah pesanan yang saya terima apabila secara tiba-tiba saya diarahkan untuk membuat ulasan selari secara 'spontan' ketika kereta Jenazah akan melintasi Lebuh Raya Persekutuan berhadapan Angkasaputi, dari LTAS ke Kediaman Perdana Menteri pagi itu. Saya telah diarahkan untuk menyampaikan ulasan pengimbang pada suasana paparan visual liputan peringkat awal ketibaan jenazah Allahyarhan Tun dari London dari venue Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang baru disiarkan secara langsung itu.
Kebetulan Kereta Jenazah yang membawa pulang jasad Allahyarham Tun itu bukannya sabuah Kereta Jenazah khas untuk VVIP. Kenderaan itu hanya sabuah Kereta Jenazah biasa yang sudah separoh umor. Sangat tidak sesuai untuk membawa jenazah saorang pemimpin tertinggi negara. Itulah paparan visual awal yang diterima rakyat di seluruh negara melalui kaca television mereka.
Pelbagai pendapat pro dan kontra telah dibincang kesan dan akibahnya dan pendapat consensus kuat memperakukan bahawa kereta jenazah yang sudah berumor itu sangat tidak sesuai untuk membawa jasad Allahyarham Tun. Sakiranya kedudukan perkara tidak dijelaskan, ia berkemunkinan akan menimbulkan pelbagai reaksi dari rakyat jelata dan dijangkan akan dijadikan kontrovasi politik.
Tugasan itulah arahan yang saya terima pagi itu. Sangat berat untuk saya pikul. Tiba-tiba saya sudah berada di 'bilik hubungan tv' berbekalkan nota rengkas yang sempat saya catat dengan merujuk kandungan berita dan editorial akhbar-akhbar perdana keluaran hari itu. Bolihkah saya?
Kini visual konboi yang mengiringi Kereta Jenazah membawa pulang jasad Allahyarham Perdana Menteri sudah berada di Lebuh Raya Persekutuan. Akan melintas langsung depan Angkasapuri. Penduduk Kampung Kerinchi (kini Bangsar Selatan) dikawasan bersebelahan berupa sabuah perkampungan tradisi Melayu ibukota yang padat dengan rumah stinggan. Rakyat dari perkampungan ini sedang berpusu-pusu dibirai jalan hingga melimpah katengah Lebuh Raya Persekutuan. Dari Kampus Universiti Malaya terdapat sebilangan besar kumpulan pelajar. Kehadhiran mereka ini  menghalang kelancaran perjalan komboi yang mengiringi Kereta Jenazah itu.
Kini suasana pilu dan gambaran kesedihan rakyat terpampar secara langsung di kaca tv. Ia memberikan saya kekuatan untuk membuat ulasan komentar selari - segment hampir 20 minit perjalanan Kereta Jenazah melintasi Kampung Kerinci, melalui depan Angkasapuri dan terus Off Frame menuju arah bandar.
Komen saya.......' Kereta Jenazah sedang dipandu perlahan-lahan. Di sabelah kiri Kampung Kerinci tempat kediaman masyarakat Melayu setinggan,....di sabelah kanan Kampus Ilmu Universiti Malayu, menara gading tempat anak bangsa menerima pendidikan tinggi........pagi ini kedua-dua bentuk masyarakat yang sangat berbedza ini sejujurnya menyambut kepulangan jenazah pemimpin besar mereka. Rakyat sabuah negara Merdeka setara menangisi kembalinya kerahmatullah saorang pemimpin Negara yang sangat mereka kasihi,..................bla..bla..bla....' 
Saya susun ayat-ayat itu secara sempurna dengan mengenegahkan keperibadian Allahyarham sebagai pemimpin Rakyat, untuk rakyat dan senantiasa bersama rakyat...hattta Kereta Jenazah yang membawa jasadnya pulang dari luar negeri ketanah air itu.......sengaja menggunakan Kereta Jenazah yang disamapakai oleh rakyat jelata. Perlambangan pada satu pemaparan yang simbolik, keterampilan Allahyarham semasa hayatnya sebagai pemimpin rakyat melalui pelbagai kemajuan negara yang beliau cetuskan. Secara jujur dan dengan nada emosional saya tuturkan komentar saya itu. Saya akhir ulasan saya itu.."Esok satu penghormatan Negara bertempat di Bangunan Parliman dengan di ikuti Perarakan Jenazah dari Bangunan Parlimen ke Makam Pahlawan di Masjid Negara, selayak perarakan pemakaman saorang Ketua Negara yang merdeka dan berdaulat."
Alhamdullillah. Saya telah sempurnakan tugas yang diarahkan kepada saya pagi itu. Saya rasa bertuah apabila sebahgian dari liputan dan ulasan saya itu diterimapakai sebagai segmen Berita Perdana TV saterusnya.  

--------
Alfatihah untuk YAB Tun Abdul Razak bin Hussein. Samoga Allah mencucuri rahmaNya keatas roh Allahyarham serta ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang soleh. Amin.


3 - PREBET ADAM HERO MALAYA

on May 31, 2012


Pada malam 18 oktober 1987, prebet adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Pada mulanya, prebet adam telah pergi menembak di sebuah stsyen minyak esso disitu yang terletak berhadapan dengan Maybank. Nasib baik tidak meletup. Kemudian dia lari pergi menembak ala-rambo membuta tuli dan telah terkena sorang cina di hadapan Hankyu dan soeorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Yang peliknya, orang Malaysia sedikit pun tidak lari menyelamatkan diri mahupun meniarap ketika ditembak malah pergi mengikut mengejar prebet adam dari belakang sampai ke Kampung Baru. Jika di Amerika Syarikat, tentunya semua sudah menjerit, maklumlah, merekapenakut sebenarnya, haha~

Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chowkit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan dimerata bangunan disitu bagi mengesanprebet adam namun gagal. Cerdik juga prebet adam kerana dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran prebet adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelanh dikepung polis pun, prebet adam tetap enggan menyerahkan diri.

Akhirnya, kehadiran bos prebet adam yang berpangkat kolonel atau jeneral telah berjaya memujuk prebet adam dan kemudian dia pun ditahan. Bagi mengelakkan prebet adam bersuara dan mententeramkan situasi negara pada ketika itu, prebet adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Cerita seterus nya tanya pak cik google.


Al - Marhum UstazFadzil Noor juga adalah PEJUANG MELAYU yang hebat.




MEMBANGUN DAN KEMAKMURAN NEGARA 

 Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.(2)

1 - Rahsia Jutawan Malaysia dibongkar lagi Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa? BERNAS! BERNAS milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar. MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar sepenuhnya!
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? IPP! IPP terbesar di Malaysia Malakoff, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la. Naik motor! Motor Kriss, keluaran MODENAS! Modenas milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Tak nak naik motor, naik kereta! Kereta apa? Proton! Proton milik DRB HICOM! DRB HICOM milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. Honda Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat! Bank Muamalat milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Kereta kena ada insurans coverage! Insurance beli dari siapa? Uni Asia Insurance! Uni Asia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM! Puspakom milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Ok la tak nak naik kereta! Naik keretapi lagi senang! Landasan keretapi siapa buat? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Sekarang, dia pun nak ambil alih KTMB!
Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la. Nak pergi Johor! Senai Airport milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas! Tanjung Pelepas Port milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari! Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port! Johor Port milik siapa? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Ok la. Orang iKL, naik MRT sahaja la. Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? MMC! MMC milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Macam ni la. Tak nak keluar rumah langsung! Duduk rumah, hantar surat sahaja! Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri SyedMokhtar Al Bukhari, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan!
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari is indeed a successful Malaysian businessman. – Only At Malaysia
 

2 - Islam di Malaysia Sinergikan Islam dan Kemajuan
 
 Dasar Pandang Ke Timur
Latarbelakang
Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato`Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara-negara Barat.

Rasional


Seperti yang kita sedia maklum, negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, di beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.

Objektif
Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.
Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita'.*
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu diamalkan kerana ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang dijalankan.
Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya Kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara.
Strategi Pelaksanaan
T.Y.T. Perdana Menteri Jepun, Encik Nakasone, semasa dalam kenyataan akhbar bersama dengan Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir semasa Dato' Seri Dr. Mahathir membuat lawatan ke Jepun pada 23hb. hingga 29hb. Januari, 1983 dan kenyataan bersama Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir dan T.Y.T. Presiden Republik Korea, Encik Chun Doo Hwan semasa Dato' Seri Dr. Mahathir membuat lawatan ke Korea Selatan dari 8hb. hingga 14hb. Ogos, 1983 telah menaruh harapan yang tinggi bahawa Dasar Pandang Ke Timur ini akan mewujudkan kerjasama yang lebih rapat di antara Malaysia dengan kedua-dua negara itu terutamanya dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan-latihan teknikal dan akademik, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan.
Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan, kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pegawai dan kakitangan. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut. Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:-

   a) Perubahan Struktur
   b) Perubahan Sikap
   c) Latihan dan Kursus
a) Perubahan Struktur


i) Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)
ii) Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)
iii) Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)
iv) Konsep Pejabat Terbuka
v) Perkhidmatan Kaunter/Perkhidmatan Pembayaran Bil Setempat
vi) Fail Meja dan Manual  Prosedur  Kerja

b) Perubahan Sikap
i) Perkhidmatan Cemerlang
ii) Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)
iii)Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

c) Latihan dan Kursus
Latihan dan kursus yang dijalankan di bawah Dasar Pandang ke Timur ini adalah seperti berikut:-
 i)   Latihan Perindustrian dan Teknikal

 Tujuan program ini adalah untuk melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dan Korea dalam meninggikan penghasilan kerja.

 ii)  Program Pengajian Akademik

Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Republik Korea.

 iii) Program Pengajian Teknikal

Program ini adalah menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan pada pelajar-pelajar lepasan SPVM dan Politeknik.

 iv)  Program Kemajuan Eksekutif

Objektif program ini adalah untuk menyediakan latihan kepada eksekutif-eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun dan Korea. Mereka akan ditempatkan di beberapa firma dan agensi Kerajaan di Jepun dan Korea. Penekanan-penekanan yang di berikan dalam program ini ialah latihan-latihan dalam bidang pengurusan Sogoshosha, Perjawatan, Q.C.C dan pengurusan am.

 v)   Hubungan di antara Institusi-institusi

Program ini bertujuan untuk menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea.

 vi)  Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Program yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri memberi peluang dan pendedahan, usahawan-usahawan bumiputra terhadap idea baru dan teknologi luar pengetahuan-pengetahuan ini untuk memajukan urusniaga mereka. Program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan peluang 'business contacts' dengan rakan-rakan perniagaan di sana.
Penutup
Sebagai kesimpulannya, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini. Melalui kajian yang telah dibuat oleh pihak INTAN, Dasar ini telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha di atas dan seterusnya Dasar ini dapat membantu usaha Kerajaan untuk meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara ini. Di samping itu ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.

 Visi 2020
Menara Kembar PETRONAS
Visi 2020 mencita-citakan terwujudnya sebuah negara maju yang berlandaskan nilai Islam.
Malaysia adalah salah satu negara dengan tingkat perekonomian paling maju di kawasan Asia Tenggara. Ibu kotanya, Kuala Lumpur, telah menjelma menjadi kota modern, dengan ikonnya menara kembar Petronas (Twin Tower).
Sebagian kalangan di negara jiran itu menganggap, arsitektur kembar dari salah satu bangunan tertinggi di dunia ini, punya arti khusus. Menara kembar merupakan simbol kerukunan.
Tidak berbeda dengan Indonesia, penduduk Malaysia mayoritas adalah penganut Islam. Jumlahnya mencapai lebih 60 persen dari total populasi yang sekitar 27 juta jiwa. Islam pun menjiwai segenap aspek kehidupan. Sejak merdeka dari Inggris pada 31 Agustus 1956, pemerintah menerapkan kebijakan yang senantiasa berlandaskan pada nilai-nilai agama.
Hal tersebut lantas dituangkan dalam konstitusi negara. Berdasarkan definisi pasal 160 undang-undang, segenap warga etnis Melayu dianggap beragama Islam. Meski begitu, konstitusi secara teoretis juga menjamin kebebasan beragama.
”Tantangan Malaysia pada abad ke-21 yakni bagaimana mewujudkan masyarakat Muslim yang demokratis di tengah kehidupan yang multietnis dan agama,” urai pengamat senior dari BBC, Roger Hardy, dalam artikelnya bertajuk Malaysia: Islam and Multi-Culturalism. Kemajuan negara dan kebangkitan Islam. Itulah tema sentral yang diusung jajaran pimpinan pemerintahan. Dan Roger Hardy memiliki sejumlah catatan penting terkait penerapan dua konsep tadi.
Dimulai pada era tahun 80 dan 90-an. Ketika itu, negara seluas 329.847 kilometer persegi ini dipimpin oleh Perdana Menteri (PM), Dr Mahathir Mohammad.
Lebih jauh Hardy menjelaskan, Mahathir menginginkan terwujudnya kemajuan Islam di era modern. Didorong oleh tujuan tersebut, bersama partai berkuasa UMNO, Mahathir mencanangkan program modernisasi berdasarkan dua kebijakan utama.
Pertama, Islam memperoleh keistimewaan dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Ini mencakup upaya penanaman nilai-nilai dan identitas Islam, membangun institusi keislaman serta membuka hubungan lebih luas dengan dunia Islam.
Kedua, meneruskan kebijakan affirmative action yang telah dimulai pada 70-an, yakni memberikan keistimewaan kepada etnis Melayu yang Muslim untuk menduduki pos-pos penting di pemerintahan maupun dalam bidang pendidikan.
Pengamat lain, yakni Hussin Muttalib, juga melihat pemerintah ingin mengembangkan Islam secara lebih kuat. ”Hal ini, misalnya, tampak dari kebijakan di sejumlah negara bagian,” tegasnya dalam buku Islam in Malaysia ; From Revivalism to Islamic State.
Tahun 1987, negara bagian Johor, Selangor, Perlak, dan Malaka, mengeluarkan peraturan antipemurtadan. Bagi kaum non-Muslim yang terbukti melakukan pemurtadan, akan mendapatkan sanksi.
Selain itu, pemerintah menetapkan agar stasiun penyiaran milik negara, Radio and Television Malaysia (RTM), hanya menyiarkan program-program keislaman. Tak hanya itu, kementerian informasi mengimbau kepada seluruh masyarakat untuk menerima Islam sebagai agama resmi negara, dan bisa menerima keistimewaannya di atas agama lain.
Pada 1991, dikeluarkan peraturan baru, yakni mereka yang ingin melamar pekerjaan sebagai pegawai pemerintah, diwajibkan memiliki pengetahuan agama Islam secara memadai. Termasuk kemampuan membaca Alquran.
Warga Muslim tak luput dari sanksi tegas. Bila tertangkap sedang mabuk di muka umum, mereka akan dihukum cambuk (jild). Dan semua ketentuan itu ditujukan sebagai upaya pengembangan dinamika keagamaan.
Sampai kemudian Dr Mahathir mencanangkan visi 2020 sebagai target pencapaian menjadi negara maju di tahun 2020. Tentu saja, kemajuan harus tetap berdasarkan pada moral dan nilai-nilai Islam.
Hanya saja, tidak semua kalangan menerima begitu saja apa yang lantas mereka sebut proses Islamisasi ini. Menurut Hardy, ada dua pihak yang cukup kritis, dan mereka memiliki alasan yang bertolak belakang.
Bagi kaum sekular, liberal, aktivis, dan pemerhati hak-hak asasi manusia, semisal Malik Imtiaz, kebijakan Islamisasi di bidang politik dan masyarakat, sudah terlampau jauh. Secara keras, dia bahkan mengibaratkan bahwa warga minoritas telah dianggap sebagai warga kelas dua.
Akan tetapi, dari sudut Partai Islam se-Malaysia (PAS), langkah itu justru belum cukup bila ingin membentuk negara berasaskan Islam. Memang, setelah memisahkan diri dari UMNO sekitar tahun 50-an, PAS selalu menyuarakan keinginan agar Malaysia menerapkan undang-undang syariah.
Keputusan Pengadilan
Seiring lengser -nya Dr Mahathir dari kursi perdana menteri tahun 2003, sambung Hardy, Malaysia memasuki masa transisi. Semua pihak berharap kepada Abdullah Ahmad Badawi, penerus Mahathir, untuk terus membawa kemajuan pada milenium baru.
Di antara aspirasi tersebut, adalah kesetaraan di antara warga negara dan pemeluk agama. ”Itulah tantangan terbesar pada era post-Mahathir,” papar Hardy.
Dikatakan, perlu ada langkah dan kebijakan yang bisa mengakomodasi keinginan segenap pihak, baik kalangan minoritas maupun Islam. Dan hal itu tidaklah mudah.
Terbukti dari insiden pekan lalu. Tiga gereja di Kuala Lumpur diserang oleh orang tidak bertanggung jawab, yang segera menarik perhatian dunia internasional mengingat selama ini jarang muncul kekerasan berlatar agama di sana.
Pemicu kejadian diduga terkait keputusan Pengadilan Tinggi Kuala Lumpur tanggal 31 Desember 2009, yang membolehkan umat non-Muslim memakai kata-kata ‘Allah’ untuk menyebut Tuhan mereka. Beberapa kelompok Islam kecewa atas keputusan tersebut.
Polemik berawal saat ada pelarangan terhadap surat kabar non-Muslim, The Herald, untuk menampilkan kata-kata ‘Allah’ pada penerbitan edisi berbahasa Melayu. Pelarangan telah diberlakukan selama tiga tahun. Akan tetapi, oleh keputusan pengadilan, pelarangan tadi dicabut. PM Najib Tun Razak menyampaikan keprihatinan seraya mengutuk perusakan gereja-gereja itu. Ia menyebutkan bahwa, ”Tindakan semacam itu akan dapat menghancurkan harmonisasi di negara tersebut.”
Kolumnis kondang, Karim Raslan, berpendapat, insiden ini tidak perlu terjadi di Malaysia yang mayoritas Muslim. Dalam situs The Malaysia Insider, Raslan meminta agar segenap warga dapat mengenyahkan rasa takut dan lebih percaya diri untuk membangun kerukunan.
Konsep Islam Hadhari
Duniawi dan Akhirat berjejaran beriringan

Prestasi yang dicapai Malaysia tak lepas dari penerapan konsep Islam Hadhari. Konsep ini untuk pertama kali diperkenalkan oleh PM Abdullah Ahmad Badawi (kala itu), dalam pidatonya di hadapan Dewan Umum Partai UMNO, September 2004.
Islam Hadhari adalah sebuah konsep tatanan kehidupan beragama untuk mewujudkan kemajuan umat di segala bidang. Menurut Pak Lah, sapaan akrab Badawi, Islam Hadhari merupakan upaya untuk membawa umat Islam kembali ke dasar dan fundamental Islam sesuai Alquran dan hadis tentang dasar-dasar pembentukan masyarakat madani.
Pada era globalisasi dewasa ini, umat Islam dituntut untuk meningkatkan kualitas sumber daya manusia (SDM). Dengan itu maka umat akan mampu bersaing dan mencapai kesejahteraan.
Di negara-negara mayoritas Muslim, segala upaya perlu dilaksanakan guna menuju penguasaan ilmu dan teknologi dengan tetap berlandaskan pada nilai-nilai keislaman. Tantangan itulah yang melandasi munculnya konsep Islam Hadhari.
Ada 10 prinsip Islam Hadhari, antara lain, iman dan takwa kepada Allah, pemerintahan yang adil dan dipercaya, kebebasan dan kemerdekaan rakyat, penguasaan ilmu pengetahuan, perkembangan ekonomi yang seimbang dan komprehensif, serta taraf hidup yang memadai bagi semua golongan.
Selain itu juga perlindungan hak kaum minoritas dan perempuan, integritas moral dan budaya, perlindungan lingkungan hidup, serta pertahanan yang kuat.
Konsep tersebut pernah disampaikan oleh Pak Lah dalam sambutannya di Oxford Centre of Islamic Studies, Magdallen College, University of Oxford, Inggris. Hal serupa dilakukan di depan sidang Jamiah Milliah Islamiyyah di New Delhi, India.
Pada berbagai kesempatan, Pak Lah menjelaskan bahwa pendekatan Islam Hadhari diharapkan dapat membawa kemajuan bagi umat Islam di negara itu dan bermanfaat bagi pembangunan Malaysia. Sehingga, pendekatan Islam Hadhari adalah tujuan jangka panjang untuk memastikan umat Islam serta orang Melayu maju dan berjaya.
”Saya tidak menginginkan bila kita nanti menjadi sebuah negara maju berdasarkan visi Wawasan 2020, semuanya maju tapi bila kita menengok kepada umat Islam di sini, kita masih terbelakang,” katanya pada harian Utusan Malaysia.
Hadhari berasal dari kata hadhara yang maknanya hadhir (hadir). Kupasan dari istilah hadhir ini ialah realitas. Jadi, Islam Hadhari ialah Islam Realitas. ”Realitas adalah yang sebenarnya, yang betul-betul Islam, yang murni dan hakiki, atau Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW,” papar Pak Lah.
Akan tetapi, pada perjalanannya, konsep ini menimbulkan beragam opini di tengah masyarakat. Bahkan, ada yang berpendapat Islam Hadhari adalah Islam sekular.
Menanggapi penafsiran semacam itu, Najib Tun Rajak yang kini menjabat PM Malaysia, meminta umat Muslim Malaysia untuk memahami konsep Islam Hadhari dalam kehidupan sehari-hari. ”Bila sudah memahami, tiada lagi kontroversi, sebab Islam Hadhari berdasarkan ajaran Islam,” ujarnya.

AMAN DAMAI
Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan.(3)
 
Patriotisme   dan   Nasionalisme
KEMESRAAN dan MUHIBBAH

Perkataan ‘Patriotismeberasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘patriotes’ bermakna rakan senegara dan ‘patrice’ bermakna tanahair atau negara. Iamembawa maksud keterikatan kepada kumpulan rakan senegara dan padatanahair. Patriotisme juga merujuk pada kesediaan, perjuangan,mengorbanan yang tiada taranya. Seseorang yang mempunyai semangat patriotisme berupaya berbuat apa-apa tanpa ada niat mendapatkan balasandan ganjaran. Selain dari itu patriotisme

9

boleh disamakan dengan merekayang sentiasa sanggup berdepan dengan apa jua rintangan dan permasalahaan. Rintangan dan permasalahan bukan lagi perkara meruncingtetapi perkara biasa.Definisi patriotisme pula disamakan dengan nasionalisme, namunkedua-duanya ada kelainan. Patriotisme biasanya tidak berasaskan ideologi.Ia adalah satu keterikatan promodial terhadap sesuatu wilayah ataumasyarakat, suatu sentimen kepunyaan dan perasaan satu identiti. Walau bagaimana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai kesamaratan semangatdan perjuangannya. Setiap kehidupan memerlukan perjuangan, sama ada perjuangan disertai oleh pengikutnya adanpun perjuangan secara individutanpa bantuan manusia lain.Makanya dalam kontek perbincangan ini nilai patriotisme dannasiolisme yang dipaparkan dalam filem P. Ramlee menjurus; pertama,cinta akan bangsa dan negara, kedua; peka masalah sosial dan rakyat, ketiga; bersatupadu dan bergotong-royong, keempat; muhibah dalam bermasyarakat,kelima; hormat dan menghormati, keenam; bersifat amanah dan ketujuh;mematuhi agama dan undang-undang. Tujuh perkara yang menyangkutmengenai nilai patriotisme dan nasiolisme menjadi tunjung peradabanmasyarakat Malaysia yang didominasi oleh orang Melayu, manakalamasyarakat Cina dan India sebagai masyarakat serumpun majmuk rakyatMalaysia.
Lisa Surihani Bangga Berdarah Cina, India dan Bugis

DARAH KACUKAN
Lisa Surihani
KUALA LUMPUR: Pelakon Lisa Surihani mengakui mempunyai darah kacukan Cina, India dan Bugis memberi kelebihan kepadanya dalam mempelajari pelbagai budaya kaum di negara ini.
Lisa, 26, berkata, dia lebih menghargai hubungan persaudaraan antara kaum yang seharusnya menjadi pegangan kepada setiap rakyat Malaysia.
"Kita hidup bersama dalam satu negara tidak perlu timbulkan apa-apa perkara yang mencetuskan sensitiviti kaum yang mana akhirnya mengundang perkara tidak diingini.
"Saya bersyukur kerana dalam diri saya ada mengalir pelbagai darah daripada kaum Cina, India dan Bugis, ia mungkin kelebihan dapat mendekati dan memahami pelbagai budaya," katanya ketika ditemui pada majlis kempen Hari Merdeka Astro, di sini, Sabtu.
Tambah Lisa, dewasa ini pelbagai isu tentang perkauman yang menimbulkan perpecahan antara kaum seharusnya tidak ditimbulkan.
"Kita patut buka mata dan menyedari isu ini sangat memberi kesan pada perpaduan kaum.
"Sebagai orang dalam industri seharusnya ada cara atau medium untuk kita kembalikan semula keharmonian negara," katanya.
Dalam pada itu, sebagai selebriti Lisa berkata dia positif dalam menyokong segala kempen berkaitan perpaduan negara.
"Saya seorang yang sentiasa bersikap positif, apabila ada sahaja aktiviti yang memberi faedah saya akan berada di hadapan untuk menyokong," katanya.
Sementara itu, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro melancarkan kempen #gobeyond dan #urmalaysianisshowing dan pelancaran muzik video bertajul Excuse me Sir, your Malaysian is Showing.
Melalui kempen ini, rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial.

BALA KEPADA ORANG YANG DENGKI, PENGKHIANAT DAN MUSUH

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan.(4)

ALLAH SEDANG MENZAHIRKAN KEMARAHANNYA PADA MEREKA YANG MELAMPAU DAN YANG MENDATANGKAN KEROSAKKAN, SIAPA LAGI SELEPAS INI?

1 - Kekejaman Komunis Bintang Tiga 

 

Bau hanyir darah, sungai jernih bertukar merah, mayat bergelimpangan

DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik nafas akhir amat gerun dan memilukan.

Tidak cukup dengan itu, walaupun batang tubuh sudah tidak bergerak dan basah bermandi darah, dagingnya ditakik pula sebelum dibakar dan dihumban ke dalam lubang sedalam paras paha.

Perbuatan kejam dan di luar peri kemanusiaan itu adalah gambaran kekejaman komunis yang bermaharajalela ketika era darurat dari 1948 sehingga 1960.

Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri menyifatkannya sebagai tindakan membalas dendam Parti Komunis Malaya (PKM) yang juga dikenali Bintang Tiga terhadap individu yang disyaki menjadi tali barut tentera Jepun.

Tentera Jepun menguasai negara ini untuk tempoh tiga tahun lapan bulan. “Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom pada 6 Ogos 1945. Sebaik mendapat khabar, komunis keluar daripada tempat persembunyian di hutan dan menunjukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai bersekongkol dengan Jepun,” katanya.

Gambaran kekejaman Bintang Tiga dijelaskan beliau pada ceramah program Bicara Tokoh Darurat sempena pameran Darurat-Rentetan Sejarah 1948-1960 anjuran Muzium Negara yang berlangsung dari 30 Jun hingga 30 Ogos lalu.

Shafie berkata, keadaan huru-hara di Malaya ketika itu menyebabkan hubungan antara kaum tegang biarpun keanggotaan PKM bukan di kalangan kaum Cina saja.

“Hubungan antara kaum ibarat paku berselirat. Mereka terlalu berhati-hati baik dalam pergaulan mahupun percakapan kerana takutkan musuh dalam selimut.

“Si penjual sayur yang berjaja setiap pagi menjadi pembelot pada malam hari apabila membawa PKM mengepung kediaman penduduk yang lancang mengkritik komunis,” katanya.

Disebabkan tidak mahu ditimpa kesusahan, masyarakat ketika itu rela bergelap dan berkurung di rumah biarpun Maghrib belum menjelang.

Shafie berkata, ancaman PKM tidak dihadapi orang Melayu saja, bahkan ada kaum Cina terutama suku Tionghua selalu menerima ugutan, diganggu malah harta mereka dirampas menyebabkan mereka memilih mendiami kawasan pinggir hutan.

Perang Vietnam memburukkan keadaan kerana memberi ilham untuk menghasilkan jerangkap samar atau bobby trap kepada pengganas komunis. Pemberontakan komunis ketika ini di seluruh dunia melalui fasa kedua dengan melakukan serangan lebih agresif dan membunuh.

“Permatang (laluan) tentera dan polis dipasang jerangkap samar menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban, kudung kaki dan tangan. Pemilik ladang dan lombong dikelar, tanaman getah ditetak, manakala kereta api yang membawa hasil komoditi itu diserang, diterbalikkan dan dibakar. Hakikatnya, ini cara komunis melumpuhkan ekonomi negara,” katanya.

Namun, kata Shafie, kekejaman komunis meragut kesabaran rakyat, terutama orang Melayu apabila balai polis diserang, dibakar dan menagih korban bukan saja di kalangan anggota bertugas, bahkan anak isteri dibunuh tanpa belas kasihan. Balai Polis Bukit Kepong, Kuala Krai, Simpang Pertang dan Pekeliling musnah dihujani peluru dan bom tangan membangkitkan kemarahan masyarakat,” katanya ketika mengenang semula keganasan dicetuskan anak buah Chin Peng itu.

Bekas Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zaini Mohd Saidi walaupun ketika darurat masih kecil dan berusia dua tahun, namun beliau mengerti kesengsaraan dan ketakutan yang ditanggung orang sekelilingnya.

“Saya membesar dalam kekalutan, hilang kebebasan bahkan lebih teruk, melabelkan suku kaum tertentu sebagai komunis. Keadaan ketika itu sangat menekan perasaan sehinggakan untuk pulang ke kampung saya di Lenggeng, Negeri Sembilan dari Kuala Lumpur harus melalui tidak kurang 10 sekatan jalan raya, perintah berkurung dikenakan selepas jam 6 petang, manakala permit diperlukan bagi beras dan gula mempunyai berat lebih sekati,” katanya.

Namun, paling dikesali beliau ialah kesan pemberontakan komunis yang mencipta sentimen benci di antara kaum, khususnya Melayu dan Cina. “Angka korban darurat dianggarkan mencecah 2,542 orang membabitkan semua kaum terutama Melayu dan Cina.

Pantang silap sikit ketika itu, akan tercetus perkelahian kaum yang berakhir dengan kematian,” katanya. PKM di bawah pimpinan Chin Peng membiak ke angka 10,000 anggota pada akhir 60an berbanding 400 anggota asal. Matlamat awal untuk memerangi kuasa Jepun sebaliknya melahirkan gerombolan gerila yang berniat jahat menimbulkan huru-hara.

“Generasi kini patut mengenang semula pahit getir perjuangan dan kesediaan anggota keselamatan berkorban nyawa demi negara. Azab dua tiga bulan berkampung di hutan tidak terungkap dengan kata-kata, namun itu sudah menjadi tugas kami untuk melindungi keselamatan rakyat,” katanya.

Fahami sejarah kemerdekaan

KEMERDEKAAN dikecapi hari ini bukan diperoleh secara mudah tetapi dibina dengan keringat, darah dan air mata. Penghayatan kemerdekaan tidak terhad dengan mengibarkan bendera, menganjurkan perarakan warna-warni, konsert dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ semata-mata tetapi sewajarnya rakyat dilatih mengenang semula perjuangan generasi terdahulu membebaskan negara daripada penjajahan, selain memahami proses bagaimana akhirnya kemerdekaan menjadi milik negara.

Kependudukan Jepun yang bertunjangkan slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya merubah senario politik Tanah Melayu apabila British tidak lagi dianggap kuasa imperialisme kebal. Bertujuan mengembalikan maruah peribadi, namun diuar-uarkan atas nama membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Jepun, British menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 8 Disember 1940.

Namun, British silap perhitungan apabila PKM yang sepatutnya menyebelahi mereka, sebaliknya bermaharajalela mengisi kekosongan ditinggalkan Jepun yang kalut dengan kemelut pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1946.

Pengaruh fahaman komunis semakin meluas menjelang 1948. Malah, untuk merealisasikan wawasan penubuhan Republik Komunis Malaya, PKM menukarkan namanya kepada Malayan People Anti-British Army (MPABA) sekali gus menjadi platform melancarkan serangan lebih agresif untuk melumpuhkan British.

Tiga peringkat strategi dirangka komunis untuk mengambil alih Tanah Melayu bermula dengan menghasut kesatuan sekerja mengadakan mogok.

Usaha ini gagal apabila British meluluskan Trespass Law (undang-undang pencerobohan) yang menyekat kesatuan memasuki ladang bagi tujuan berceramah dan menstruktur organisasi pekerja.

Ordinan persatuan yang mewakili pekerja juga dipinda dan dikemaskini pada 12 Jun 1948 iaitu mewajibkan semua kesatuan sekerja mendaftar dengan pihak berkuasa.

Strategi kedua PKM ialah menguasai bandar kecil, seterusnya mendirikan markas PKM yang diisytiharkan British sebagai kawasan putih. Bagi memastikan dasar dan rancangan mereka berjalan lancar, Gerakan Rakyat (Min Yuen) berciri serampang dua mata ditubuhkan. Gerakan Rakyat ini bertanggungjawab membekalkan makanan kepada ahli PKM yang melarikan diri ke dalam hutan selepas pengharaman parti itu, selain mengumpul maklumat berkaitan strategi kerajaan menghapuskan mereka.

Pemberontakan bersenjata terkandung dalam strategi terakhir. Melaluinya, anggota dilatih menguasai taktik perang gerila, selain menubuhkan unit kecil berfungsi menakutkan penduduk Tanah Melayu membabitkan pertumpahan darah warga British dan sekutunya.

Kekejaman demi kekejaman yang dilakukan memaksa British mengambil pendekatan drastik mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.

Meskipun darurat menyusahkan rakyat kerana mengekang pergerakan, mengorbankan banyak nyawa serta menyebabkan kerosakan harta benda, dari perspektif lain, insiden darurat sebenarnya mempercepatkan lagi proses memerdekakan Tanah Melayu apabila British bersetuju ia ditadbir anak tempatan.

Info Kes-Kes keganasan komunis

· Serang hendap di Kelian Intan - 10 September 1947

Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis. Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah. Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka.

· Pembunuhan di Sungai Siput, Perak - 16 Jun 1948

Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G Christian, A.E Walker dan J.M Allison. Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-undang Darurat di Perak. Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948. Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini.

· Serangan ke atas kampung Jeram Choh, Johor - 18 Jun 1948

Ia dilakukan kira-kira 20 pengganas komunis lengkap bersenjata. Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuat-kuasa serta-merta.

· Tragedi lombong Batu Arang, Selangor - 12 Julai 1948

Lombong ini ditawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara. Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang dimusnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban.

· Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak - 19 Januari 1950

Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari.

· Serang hendap di Seberang Perai - 22 Januari 1950

Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah.

· Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak - 4 Februari 1950

Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

· Peristiwa Bukit Kepong - 23 Februari 1950

150 pengganas komunis yang diketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi. Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak.

· Serang hendap di Sungai Semur, Kelantan - 25 Mac 1950

Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang. Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera.

· Pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu, Bukit Fraser - 6 Oktober 1951

Sir Henry, Pesuruhjaya Tinggi British pada 1948 hingga 1951 diberi tanggungjawab membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Dia dan isteri ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser dari Kuala Lumpur untuk bercuti.

· Serang hendap kereta api, Tampin, Negeri Sembilan - 14 November 1951

Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu. Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira-kira sebatu dari Tebong berhampiran Tampin.

Sabotaj dilakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar, manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira-kira 10 meter ke bawah landasan. Kereta api itu ditembak bertubi-tubi sekali gus mencederakan 20 penumpang. Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda.

· Pokok getah seluruh Tanah Melayu ditetak (1948 - 1951)

Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka. Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah.Berita Harian Online


CHIN PENG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

Chin Peng meninggal dunia dihari kita menyambut Hari Malaysia...apa petanda tu?

Chin Peng pun kalau boleh nak jadi orang Melayu...
Aku petik berita ini dari sahabat blogger Dr.MIM yang Chin Peng dilaporkan Bangkok Post telah meninggal dunia hari ini jam 6.20 pagi kerana sakit tua.

Meninggal dunia ketika kita rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia hari ini.

Apa siknifikasinya...?

Adakah Chin Peng seorang warganegara Malaysia?

KUALA LUMPUR, 28 May 2009: Chin Peng, the former secretary-general of the outlawed Communist Party of Malaya (CPM), is not a Malaysian citizen but a British national, according to historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Khoo said Chin Peng, whose real name is Ong Boon Hua, was born in 1923 in Sitiawan which is in the Dindings District.

He said Dindings then was a part of the Straits Settlements which came under the British colonial administration.

“Dindings was a part of the Straits Settlements since 1826 and was only handed over to Perak in the 1930s. The Straits Settlements comprising Penang, Malacca and Singapore had been under British colonial administration between 1867 and 1941.

“According to these facts of history, Chin Peng is a British national and not a Malaysian citizen,” he told Bernama when asked to comment on calls by several people for the former CPM leader to be allowed to live in Malaysia. 


Penang Gerakan chairperson Datuk Dr Teng Hock Nan had asked the government to allow Chin Peng to return to the country on humanitarian grounds as he was no longer a threat to national security.

Teng’s statement drew strong opposition from various quarters, particularly members of ex-police personnel’s and ex-service personnel’s associations whose relatives and colleagues had fallen victim to the communist brutality during the Emergency between 1948 and 1960.

Chin Peng’s attempt to get to reside in the country through the process of law also failed when the High Court dismissed his appeal because he did notfurnish his identification documents.

The Federal Court in April upheld two lower courts’ decisions compelling him to produce his identification papers if he wanted to enter the country. Chin Peng is believed to live in Bangkok.

“There may be no problems if Chin Peng intends to go to Britain. But if he wants to come to Malaysia, he has to prove that he is a Malaysian citizen,”  said Khoo.

He said many people assumed that only Malays were killed by the communists during the Emergency but many Chinese and Indians were also murdered.

Thousands of civilians and members of the security forces were killed in the guerrilla war staged by Chin Peng and his colleagues from the jungles between 1948 and until the CPM laid down arms in 1989.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday the government would not allow Chin Peng to return to Malaysia as it would lead to

dissatisfaction among the people, especially those who fought the communists and families who lost their loved ones during the Emergency. - Bernama


Jika dia bukan warganegara, boleh tak kita panggil Chin Peng sebagai pendatang asing?

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Chin Peng bukan rakyat Malaysia, sebaliknya bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu adalah rakyat Britain, berdasarkan fakta sejarah kelahirannya.

Fakta mengejutkan itu didedahkan pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim yang berkata Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan pada 1923 yang ketika itu berada dalam Daerah Dinding.

Beliau berkata Daerah Dinding ketika itu adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat yang merupakan tanah jajahan British.

Dinding sejak 1826 adalah sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat dan hanya diserahkan kepada Perak pada awal 1930-an. Negeri-Negeri Selat seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sejak 1867 sehingga 1941 adalah tanah jajahan British.


Mengikut fakta sejarah itu, maka Chin Peng adalah rakyat Britain dan bukannya rakyat Malaysia," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pandangan beberapa pihak yang menyokong hasrat bekas pemimpin PKM itu untuk tinggal di Malaysia.

Untuk makluman pembaca terutamanya golongan muda yang terlepas pandang fakta ini, ketahuilah bahawa Chin Peng tidak pernah memohon kewarganegaraan Malaysia.

“Although he was born in Malaya, Chin Peng was never a citizen of Malaysia. He never applied to be one after Malaya achieved independence in August 1957 but chose to continue to fight the legally elected Government of Malaya simply because he claimed that it was still a lackey of the British Government.

“But his hidden agenda was to install a Communist system of government aligned to the Communist Party of China.

Paul Kiong
“Six years after Malaysia was formed, he sent a group of about 120 communist combatants to the south and into Kedah, Perak and West Pahang. He thought that he could gain the support of the masses after the May 13, 1969, riots. This incursion is termed the Second Emergency and it lasted till Dec 2, 1989, when the Peace Accord was signed.

“He refused to give up his communist ideology and he preferred to remain in Thailand where he believed that he was getting a better ‘deal’ than returning to Malaysia.

“Now, years later, he has realised his mistake after seeing his ex-comrades enjoying good and properous lives here, and decides that ‘home sweet home’ is none other than Sitiawan. Our Government cannot and must not dance to his whim and fancies.

“Those of us who are against his return to Malaysia are the ones who fought hard and were committed to getting rid of the communist menace so that we, the people of Malaysia, can live in peace and harmony under a democratic system of government.”
Retired superintendent of Special Branch Paul Kiong, 65, one of only 27 recipients of the Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) the country’s highest medal for gallantry

Sumber

Jika dia sendiri tak mahu jadi warganegara Malaysia, perlukan Kerajaan melayan si tua yang angkuh seperti ini? Memang benar Chin Peng pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia tetapi dia tak pernah memohon kerakyatan Malaysia. Masalahnya, isu Chin sering digunakan oleh parti politik yang chauvinis untuk meraih sokongan kaumnya yang ada di antaranya masih melihat Chin Peng atau Komunis sebagai hero.


2 - Amin Al-Ma'unah Di Hukum Gantung  Kerana Melancarkan Perang Ke Atas Yang Di-Pertuan Agong Malaysia

KUALA LUMPUR:  Mohamed Amin Mohamed Razali, Ketua Pertubuhan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma'unah (Al-Ma'unah), yang terlibat dalam insiden Sauk enam tahun lalu, menjalani hukuman gantung hari ini di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Dia digantung sampai mati kira-kira pukul 6 pagi dan mayatnya dituntut keluarganya pada pukul 10 pagi tadi.
Menurut sumber daripada Penjara Sungai Buloh, sebelum Mohamed Amin menjalani hukuman itu, dia meminta untuk berjumpa dengan anggota keluarganya.

"Dia (Mohamed Amin) meminta maaf kepada anggota keluarganya atas kesalahannya dan turut menangis. Semasa hukuman dijalankan Mohamed Amin kelihatan tenang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Difahamkan mayat Mohamed Amin dibawa balik ke kampung asalnya, Kampung Ngor, Sauk, Perak untuk dikebumikan selepas solat Asar hari ini.
Dalam kejadian pada 2 Julai 2000, sekumpulan 15 lelaki daripada kumpulan Al-Ma'unah melarikan pelbagai jenis senjata dari dua kem tentera di Grik, Perak, sebelum menyertai 13 orang lagi anggota kumpulan itu bersembunyi di Bukit Jenalek, Sauk.

Mohamed Amin telah menembak mati R. Sagadevan dan Mathew anak Medan, dua anggota pasukan keselamatan daripada empat tebusan kumpulan itu.
Pada 21 Okt 2002, Mohamed Amin yang dijatuhkan hukuman mati kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong merayu supaya hukuman itu dikurangkan kepada penjara seumur hidup.
Zahit Muslim dan Jamaluddin Darus, dua lagi pemimpin Al-Ma'unah yang juga dihukum mati kerana peranan mereka dalam insiden Sauk itu.
Seramai 16 lagi anggota kumpulan itu yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana kesalahan sama.

Mereka dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati ataupun penjara sepanjang hayat.
Pada 7 Dis 2000, enam anggota Al-Ma'unah masing-masing dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan alternatif membuat persediaan dengan niat untuk melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Mereka adalah antara 14 daripada 29 anggota Al-Ma'unah yang ditawarkan pertuduhan alternatif oleh pihak pendakwa raya.
Tujuh mengaku bersalah tetapi kemudian menarik balik pengakuan bersalah masing-masing. BERNAMA


3 - Pengganas Sulu Di Hukuman Mati Kerana Melancarkan Perang Ke Atas Yang di-Pertuan Agong Malaysia


  by Muka Petang


Pengganas Sulu yang berani melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong boleh dijatuhkan hukuman mati jika sabit kesalahan. 8 orang anggota pengganas Sulu ini telah dihadapkan di mahkamah siang tadi. Malang sungguh kerana terpedaya dengan mainan pemimpin mereka yang menjanjikan tanah, wang dan seluar jeans Levi's!
Oleh STEPHANIE LEE mStar


LAHAD DATU: Seramai lapan orang dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret sementara di sini pada Rabu kerana mempunyai kaitan dengan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai pendakwaan.

Keterangan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Dusun.

Kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Terdahulu, kawalan keselamatan ketat di ibu pejabat polis, di mana mahkamah sementara didirikan untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 135 kilometer dari sini sejak 12 Februari lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tiba di Lahad Datu pada tengah hari, manakala para pemberita menunggu di mahkamah sementara berhubung dakwaan yang berkaitan dengan siasatan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Somsa).

Setakat Selasa, sejumlah 107 orang ditahan di bawah Somsa dan 243 orang lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara.

Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan beberapa bahagian di negeri ini.

4 - MUSA HITAM DAN PERISTIWA MEMALI

Kronologi Memali @ Operasi Hapus

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/



Tarikh: Isnin, 02 Januari 2012 @ 11:14:20
Topik:


Buat tatapan anak-anak muda yang selama ini hanya mendengar tentang nama "Peristiwa Memali" tetapi tidak tahu apakah sebenarnya yang terjadi disebalik kejadian tersebut. Satu peristiwa yang begitu bersejarah dan sejarah ini pula cuba dipadamkan sebagaimana peristiwa Sabra dan Shatila di Palestin. Wahai anak muda, semoga dengan pengetahuan ini, ambillah iktibar.

Kronologi Memali........


Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama asy-Syahid Ibrahim Mahmud. Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri. Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET :

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni 'kem komunis' itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

00418/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas:

Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai 'Operasi Hapus' itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.

Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan 'Operasi Hapus' itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.

Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.

Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan 'syahid' daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri.

Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.

Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.

Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. mereka diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau.....Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan lapuran mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa 'Operasi Hapus' adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.

Dilemma UMNO

Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO? Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai 'haiwan politik' dan juga 'penghapus orang Islam'. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?

Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, dari. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.

Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.

Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.

Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.

Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.

Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah mereka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.

Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.

Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.




TRAGEDI HIGHLAND TOWER



highland tower.tragedy at google png
Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan
HighlandTower-news
Kawasan yang bertanda o merah merupakan khemah khemah bagi petugas penyelamat termasuklah setesen TV tempatan,Bomba,Polis,Jabatan Ukur dan Pemetaan dan badan badan kebajikan
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
DSC00380
Kerja pemantauwan pegerakan bangunan Highland Tower bagi Block A & B.Bacaan pegerakan di ambil setiap 15 minit dan dijalankan 24 jam
Peralatan Ukur yang di gunakan sewaktu Tragedi Highland Tower Tumbang.

PUNCA TRAGEDI
Berihat selepas menjalankan kerja2  cerapan.

Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas
hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.Hutan Hujan Khatulistiwa yang padat memenuhi Banjaran Titiwangsa dengan daunnya yang lebar serta berakar tunjang, sekali gus mampu menampung dan menerima taburan hujan yang lebat dan bertindak sebagai pemangkin kepada tanah. Apabila tidak ada tanaman tutup bumi, air akan meresap ke dalam tanah dan menjadi pelincir kepada gelongsoran tanah dan bangunan di atasnya.
hampir sebulan selepas kejadian
MANGSA TRAGEDI
highland tower.tragedy
Pasukan Penyelamat sedang mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.
highland_tower1
Runtuhan bangunan Highland Tower
mangsa tragedi highland tower 1
Mangsa tragedi sedang di beri pertolongan olih pegawai penyelamat

  • Yap Kien Seng (18) . Dr Mohd Shah Mahmud yang melakukan bedah siasat menyatakan punca kematian adalah traumatic asphyxia akibat tertimbus di bawah bangunan yang runtuh.
  • Wanita Korea, Jung Soon Bahk, 45, selain Daryl Koh Wai Kin, 3, Yap Hsiao Mei, 18 dan ibu Yap, Wong Mee Thai, 35, serta Douglas Ong Tee Ming, 17 . Ahli patologi juga pakar runding di Bahagian Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur, Dr Mohd Shah Mahmud mengesahkan kematian kematian mengejut sebagai punca.

290920091693
SIJIL  PENGHARGAAN

4 - Rumah Adik Nik Aziz Dan Asrama TGHH Terbakar - Ujian Atau Bala?


Kita mengucapkan takziah di atas kemalangan yang berlaku. Apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri. CTS bukannya apa, andai kemalangan di atas berlaku kepada pemimpin atau kaum kerabat BN, pastinya kemalangan tersebut akan dilabel bala oleh peyokong-penyong PR.

Rumah banglo dua tingkat milik adik kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbakar dalam kejadian di Pulau Melaka petang semalam. Rumah Nik Din Nik Mat itu juga dikatakan terletak berhampiran dengan rumah Nik Aziz. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Polis sekarang ini sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Itulah mentaliti mereka yang sentiasa melabelkan yang buruk-buruk ke atas pemimpin dan ahli UMNO/BN. Teringat CTS kepada satu doa dalam satu Solat Hajat yang amat terkenal tahun lepas, oleh seorang lagi Saudara Nik Aziz dan Nik Din iaitu Nik Razi Nik Mat, "K.O BN! K.O BN! BN K.O!" Itu dululah. Sekarang mungkin beliau sudah insaf kot?

ASRAMA HAJI HADI DI RUSILA TERBAKAR?

Asrama terbakar. Pelajar Maahad Darul Quran Rusila Terengganu ada lebih kurang 1000 orang,
1 bangunan kayu 2 tingkat musnah 100%
2 buah lagi berjaya di selamatkan. 80 orang pelajar tinggal sehelai sepinggang.

 

5 - PENDENGKI SETERUSNYA

Anwar nak belot.................?


Pade pendapatan Tok, kalau Datuk Seri ni nak 'belot' ianye adelah satu rahmat yang maha besar kepade umat melayu/islam. Sekarang pun usienya dah mencapay hampir 67 tahun dekat2 sebaye dengan umor Tok. Menjelang PRU 14 kalu umor nye masih lagi panjang make genap lah hampir lebih dari 70 tahun.

Di usie lingkungan inilah keadaan kesihatan selalu terganggu, macam Tok juge selalu mengalami gangguan kesehatan. Ape sangat le yang boleh dilakukan ketike berusie lebih 70 tahun? Mungkin juge pengikut2 dan penyokong2 nye pun dah tambah berkurangan ketike itu.

PRU12 dan PRU13 telah membuktikan bahawe Pakatan Rakyat tidak mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional walaupun dah berusahe se sungguh2 nye sehingge ke tulang hitam. Tok yakin pemimpin2 PR ni dah tahu bahawe menumbangkan BN adelah satu perkare yang mustahil.

Jelas tergambar wajah kekecewean pada dua orang pemimpin PR ni selepas PRU13.
Banyak sebab2 mengape PKR ni harus di bersama kerajaan Barsian Nasional, pertamenye disinilah pemimpin2 melayu yang berkaliber boleh mempertahankan keutuhan kedudukan kaum melayu nye. Dengan kekuatan dan keutuhan perpaduan kaum melayu ini juge akan mengurangkan sikap sombong dan kurang ajar bangse kaum pendatang tu.
Dengan kembali nye PKR kepangkuan kerajaan Barisan Nasional, PAS yang sombong dan angkuh tu pasti  akan menerima padah buruk. Ketike inilah PAS akan sedar langit itu tinggi atau rendah. Seterus nye parti haramjadah DAP akan turut same berkubur. Ketike inilah bangse kaum2 pendatang ini tidak akan berani menyalak itu sesuke hati nye.
  1. Minta dijauhkan Allah PKR dan Anwar kembali bersama Umno.Apakah Tok masih tidak tahu siapa sebenarnya Anwar?.Saya bekas ketua cabang PKR dan penyokong tegar Anwar,dan agak rapat dgn beliau,banyak yg saya tahu mengenai beliau dan putar belitnya.Disamping itu,berkerja dgn syarikat saya sekarang adalah bekas pembantunya semasa di penjara dan juga di rumah beliau selepas beliau keluar dari penjara,segalanya sudah di ceritakan kepada saya ,selain dari apa yg saya sendiri telah tahu.Teruklah tok ni kalau masih bernada begini,tak hairanlah masih ramai yg taksub kepada makhluk seperti Anwar.
    Balas
  2. Padan muka Anwar!! Dia telah rancang bertahun2 lamanya sejak menyertai UMNO lagi untuk merampas kuasa dari Tun dan menjadi pemimpin nombor 1 negara tapi hingga sekarang pun, dia hanya mampu merancang. Dia sepatutnya insaf bahwa manusia merancang tapi ALLAH juga merancang dan ALLAH ada rancangan NYA tersendiri dan tiada kuasa yang boleh ubah taqdir ILLAHI. Sekarang kubur dah kata mari dan rumah dah kata pergi.

    Sekira Tok sayang sangat kat dia, suruhlagh dia insaf dan bertaubat sebelum terlambat.

6 - MOHON ALLAH BERI PETUNJUK KEPADA PEMUDA INI.


Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (gambar) menegaskan, PAS menolak kerajaan perpaduan  antara PAS dan Umno seperti yang diputuskan dalam beberapa mesyuarat parti itu sebelum ini.
Dalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, perkara itu ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ia dipersetujui semua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
“PAS sememangnya bertegas dalam hal ini dan ia bermula sejak awal,” katanya.
Nasrudin berkata, beliau percaya rakan pimpinan PAS yang lain juga akan mengambil pendirian serupa kerana ia dipertegaskan secara bersama sejak sekian lama.
Katanya, ia dibuat melalui  dua siri Muktamar PAS, satu Seminar Politik Khas dan beberapa siri mesyuarat PAS Pusat dan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat.
"Masih segar dalam ingatan saya, selepas menerima keputusan PRU ke-12 pada 2008 dan meneliti keperluan semasa pada waktu itu, Presiden PAS melalui ijtihad politiknya melontarkan idea kerajaan perpaduan," katanya.
Beliau berkata, ijtihad itu dilontar lima tahun lebih awal daripada versi kerajaan perpaduan berkait dengan Datuk Seri Anwar yang sedang hangat dibincangkan pada hari ini.
Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh, berkata, sehingga pagi ini masih ramai wartawan dan orang perseorangan menghubunginya bertanya pendiriannya mengenai isu kerajaan perpaduan.
Isu kerajaan perpaduan berkumandang kembali apabila Anwar mengesahkan melalui Asia Sentinel bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menawarkan kerajaan perpaduan dengan PKR.
Namun sehingga kini Najib belum mengesahkannya tetapi pemimpin Umno menolaknya.
Nasrudin berkata, semua pihak patut mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sebelum ini.
PAS, katanya, tidak perlu terseret dan tidak boleh dibiarkan sesiapa menyeretnya dalam apa jua tindakan melibatkan prinsip, dasar, polisi dan tindakan politik yang akan memulangkan implikasi kepada PAS.
"Jika PAS mahu mengambil bahagian, maka mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Majlis Syura Ulama. Maka, tidak wajar mana-mana pimpinan PAS membuat keputusan awal bagi mengelak konflik serupa berulang kembali. Pengalaman lalu sangat berharga dan mendidik seluruh warga PAS mendepani cabaran politik semasa," katanya. – 4 September, 2013.

7 - InsyaAllah Guan Eng Rasis Akan Terkena TULAH Seterusnya Kerana Haramkan Silat dan Hapuskan Jawi.

LIM GUAN ENG PENJAJAH BARU DI MALAYSIA

 

"Silat juga kami akan haramkan di Pulau Pinang seperti kami haramkan BTN, kerana dengan silat inilah Melayu begitu angkuh dan kejadian Pemuda UMNO menjulang keris amat ketara perkauman. Dengan diharamkan silat di Malaysia, kami warga Cina dan India akan berasa begitu selamat. Kerana kami mementingkan pendidikan daripada membuang masa" kata Guan Eng dalam Lim Guan Eng Blog Channel pada 16 Disember 2009. Siapa yang perkauman? Kenyataan Guan Eng ini jelas membuktikan DAP memang rasis terhadap orang Melayu.
Silat adalah budaya dan adat resam Melayu. Kenyataan Guan Eng ini jelas berbaur hasutan. Dulu kata hendak perintah macam Umar Abdul Aziz, sekarang sudah lain. Berdasarkan tulisan Guan Eng di Blog Channel, amat ketara niat DAP untuk hapuskan silat, jawi dan budaya Melayu. "Ayuhlah bangun Cina, kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu" kata Guan Eng. Sudah tentu selepas ini akan ada penafian tentang tulisan Guan Eng ini. Pihak lain pula akan dituduh sebagai jahat dan pemfitnah. Guan Eng perlu bertanggungjawab. Buat semua orang Melayu, tolak ketepi perbezaan politik, demi agama dan bangsa...ayuhlah bersatu sebelum segalanya terlambat. Orang seperti Guan Eng mempunyai niat lain terhadap agama dan bangsa kita. Sedarlah bangsaku -

8 - Mohon Allah Jauhkan Kartunis Zunar Yang Mengutuk Pengorbanan Wira Negara Dari Balanya


Terdahulu Tian Chua sebelum ini buat kenyataan bangang yang menyatakan kejadian di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO.

Terbaru kartunis puak pembangkang Zunar, melukiskan kartun Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Tun Razak (yang dilukis penuh dengan kebencian) seolah-olah menjadikan insiden di Lahad Datu sebagai alasan untuk melambatkan pembuburan Parlimen bagi membuka laluan untuk pilihan raya umum.

Apa masalah dan bezanya Zunar dengan Tian Chua yang sama-sama mempolitikan situasi di Sabah yang menyaksikan 8 perwira negara terkorban?

Kalau Zunar rasa pembangkang yang disanjungnya sudah pasti menang pilihan raya kali ini pun, tak perlu sombong sangat dan sindir-sindir orang tak kena tempat.


Orang macam Zunar ni sama ada terlalu bodoh atau sengaja buat-buat benda sensasi untuk mendapatkan publisiti.

Tak habis-habis puak pembangkang ni nak rosakkan minda rakyat Malaysia. Tindakan tegas perlu di ambil kepada mereka ini!

Kita kehilangan lapan perwira negara. Mereka berkorban supaya kita dapat hidup aman dan damai. Kita perlu ingat dan balas jasa ini.

Seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan anggota keselamatan dalam isu Lahad Datu.

Tangisan anak dan balu meratapi wira negara yang terkorban. Namun semua itu dianggap sebagai sandiwara lagi oleh puak pembangkang!!!!!

Memang mereka ini melampau. Sampai bila kartun sebegini mahu dibiarkan?

9 - ADAKAH NAJIB AKAN TERKENAN DENGAN SUMPAH DO'A MERDEKA INI?

Blogger pro-BN gelar Najib “sewel”

JIB - "Jangan mudah lupa", pengorbanan MELAYU terlalu besar.
Menjelang perhimpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN) sehingga ada yang menggelarkannya sebagai “sewel”.

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk “Sewel” Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.

Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.


Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk “The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat perlantikan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.

Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun keadaan ekonomi negara semakin teruk sehingga kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-BN.

Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.

Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini. Menurutnya, sekumpulan orang muda dalam Pemandu yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.

Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya. "Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya.

Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.

Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu dan beberapa isu lagi.

"Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini. "Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu.

Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.

Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan."Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka.

Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP.

"Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.

Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.

Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini.~ tmi



AMUKANMELAYU - Bani Tha Mim sudah terlalu banyak bekorban....mereka sedar ada dua KEMERDEKAAN lagi yang masih tertangguh yang perlu di bereska oleh Pemimpin Islamelayu. Jika mereka GAGAL.....Bani Tha Mim akan merdekakan ISLAM dan Bangsanya dari Anak Tinggalan Penjajah yang kini semakin TERLUPA asal usul mereka dan kini mereka pula sedang sebuk untuk MENJAJAH dengan DEMOKRASI yang memberi ruang yang luas untuk mereka BERKURANG AJAR dengan Bangsa dan Ugama Bani Tha Mim kelak BALASAN ALLAH itu amat PEDIH dan tidak tertanggung.