EPISOD PERTAMA - PERBINCANGAN KERANA ALLAH
1 - Haron Din TIDAK REDHA Kalimah Allah Di Guna Bible Melayu
Minggu lepas Datuk Haron Din mempertahankan kalimah ALLAH dari digunakan oleh Bible Melayu, satu perkara yang dituntut oleh Lim Guan Eng pemimpin Dap. Sehingga kini Lim Guan Eng @ Dap @ PR masih BELUM LAGI menarik balik tuntutan itu dan juga pendirian bersama PR seperti yang diumumkan Hadi bulan lepas.
"Saya selama-lamanya akan pertahankan kalimah Allah...tak akan reda sama
sekali kalimah itu diletak (menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa
Melayu).
"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik,"
Maka tidak salah kalau kita andaikan tuntutan Lim Guan Eng itu bakal menjadi kenyataan sekiranya PR mengambilalih tampuk pemerintahan negara.
KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din disahkan akan
bertanding pada pilihan raya umum akan datang di negeri ini.
Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif.
"Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini,"
Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya sudah mengemukakan tawaran bertanding kepada Haron dan mendapat maklum balas positif.
"Kita beri tawaran ini sejak 2011 lagi dan terbaru, tahun lalu. Beliau jawab secara positif menyatakan kesediaan untuk bertanding kali ketiga walaupun sudah tewas dua kali sebelum ini,"
Saya jadi keliru dengan pendirian Haron Din, jika benar sepertimana dakwaan Hashim Jasin yang juga didakwa MEMILIKI SEBUAH KERETA MEWAH BERJENAMA PORSCHE ! KLiK
Tidakkah
dengan bertanding atas tiket Pas yang berpakat dengan Dap parti yang
mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible Melayu merupakan satu bentuk
SOKONGAN kepada tuntutan yang boleh membawa kepada syirik itu ?
TIDAK REDHA dengan tuntutan Dap tapi bersama-sama berjuang dengan mereka ?
Oya, kenapa tidak Datuk Haron Din SENDIRI yang beri kenyataan ? Kenapa harus seorang pemilik Porsche yang bercakap bagi pihak beliau ?
Saya harap Datuk Haron dapat tampil berikan pengesahan.
2 - Kalimah Allah: Dewan Ulama Canggah Mat Sabu
Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS tetap berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam, sekali gus bercanggah dengan pandangan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.Pendirian itu juga bertentangan dengan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ketika berdialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalu.
Khusus untuk umat Islam Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, menegaskan agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan kalimah itu, apatah lagi dalam Bible versi bahasa Melayu.
Penggunaan kalimah hanya untuk umat Islam
“Pendirian saya adalah sama seperti dulu iaitu penggunaan kalimah Allah adalah khusus untuk umat Islam,” katanya kepada BH mengenai isu penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan semula Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, baru-baru ini.
Harun juga mengakui isu penggunaan kalimah Allah bukan lagi isu politik, tetapi membabitkan akidah umat Islam.
Harakah sebelum ini melaporkan Mohamad Sabu menyokong penggunaan kalimah Allah secara umum oleh penganut agama lain.
Mohamad Sabu dipetik sebagai berkata: “Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain selain Islam untuk menggunakan nama Allah. PAS masih kekal dengan pendirian itu”.
Benar guna kalimah
Mujahid dalam sesi dialog di sebuah gereja, pula didakwa berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia diguna bagi mereka yang bukan beragama Islam.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sempena Hari Krismas, bulan lalu, menggesa Kerajaan Pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Ditanya mengenai pandangan pemimpin PAS yang menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, termasuk Mohamad Sabu, Harun berkata, mungkin mereka merasa lebih tinggi dari kepemimpinan ulama dalam parti.
Sebelum ini, Harun pernah dilaporkan berkata, kalimah Allah hanya untuk Tuhan umat Islam, manakala dalam Kristian terdapat Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan roh kudus, selain Nabi Isa disebut sebagai anak Tuhan.
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin mendesak Majlis Syura Ulama PAS menetapkan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.
Bukan sekadar isu politik
Beliau berkata, isu kalimah Allah bukan sekadar isu politik dan sepatutnya dibincangkan Majlis Syura yang dianggotai ulama, bukannya pada peringkat Lajnah Politik Jawatankuasa PAS Pusat.
“Sejak isu ditimbulkan 2010, saya lihat Majlis Syura tidak mengeluarkan apa-apa pendapat mengenai isu ini. Ini melibatkan akidah dan agama. Majlis Syura perlu bincang segera untuk menghentikan spekulasi dan mententeramkan ahli PAS serta umat Islam,” katanya di sini, semalam.
Mohamed Hafiz berkata, tindakan beberapa pihak, termasuk Mohamad Sabu dan Mujahid yang bukan pakar agama tetapi mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu hanya mengeruhkan keadaan dan mengelirukan – BH
3 - Dewan Ulama PAS Tetap Pendirian, Kalimah Allah Untuk Umat Islam Sahaja
Isu kalimah Allah: Dewan Ulama bercanggah pendapat dengan Mat Sabu
Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS tetap berpendirian bahawa penggunaan
kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam, sekali gus bercanggah
dengan pandangan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Pendirian itu juga bertentangan dengan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyokong penggunaan kalimah
Allah oleh agama lain ketika berdialog di sebuah gereja di Prai, Pulau
Pinang, dua tahun lalu.
Khusus untuk umat Islam Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, menegaskan
agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan kalimah itu,
apatah lagi dalam Bible versi bahasa Melayu.
Penggunaan kalimah hanya untuk umat Islam
"Pendirian saya adalah sama seperti dulu iaitu penggunaan kalimah Allah
adalah khusus untuk umat Islam," katanya kepada BH mengenai isu
penggunaan kalimah Allah yang dibangkitkan semula Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng, baru-baru ini.
Harun juga mengakui isu penggunaan kalimah Allah bukan lagi isu politik, tetapi membabitkan akidah umat Islam.
Harakah sebelum ini melaporkan Mohamad Sabu menyokong penggunaan kalimah Allah secara umum oleh penganut agama lain.
Mohamad Sabu dipetik sebagai berkata: "Presiden PAS (Datuk Seri Abdul
Hadi Awang) telah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama
lain selain Islam untuk menggunakan nama Allah. PAS masih kekal dengan
pendirian itu".
Benar guna kalimah
Mujahid dalam sesi dialog di sebuah gereja, pula didakwa berkata, beliau
tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana
Allah membenarkan ia diguna bagi mereka yang bukan beragama Islam.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam perutusan sempena
Hari Krismas, bulan lalu, menggesa Kerajaan Pusat membenarkan penganut
Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi
bahasa Melayu.
Ditanya mengenai pandangan pemimpin PAS yang menyokong penggunaan
kalimah Allah bagi penganut agama lain, termasuk Mohamad Sabu, Harun
berkata, mungkin mereka merasa lebih tinggi dari kepemimpinan ulama
dalam parti.
Sebelum ini, Harun pernah dilaporkan berkata, kalimah Allah hanya untuk
Tuhan umat Islam, manakala dalam Kristian terdapat Tuhan Bapa, Tuhan
Anak dan roh kudus, selain Nabi Isa disebut sebagai anak Tuhan.
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz
Mohamed Nordin mendesak Majlis Syura Ulama PAS menetapkan pendiriannya
berhubung isu kalimah Allah bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.
Bukan sekadar isu politik
Beliau berkata, isu kalimah Allah bukan sekadar isu politik dan
sepatutnya dibincangkan Majlis Syura yang dianggotai ulama, bukannya
pada peringkat Lajnah Politik Jawatankuasa PAS Pusat.
"Sejak isu ditimbulkan 2010, saya lihat Majlis Syura tidak mengeluarkan
apa-apa pendapat mengenai isu ini. Ini melibatkan akidah dan agama.
Majlis Syura perlu bincang segera untuk menghentikan spekulasi dan
mententeramkan ahli PAS serta umat Islam," katanya di sini, semalam.
Mohamed Hafiz berkata, tindakan beberapa pihak, termasuk Mohamad Sabu
dan Mujahid yang bukan pakar agama tetapi mengeluarkan kenyataan
berhubung isu itu hanya mengeruhkan keadaan dan mengelirukan.
Sumber: Berita Harian
Kalimah Allah: Dewan Ulama, Pemuda PAS patuh keputusan Hadi
Ahli PAS tidak perlu gusar dengan keputusan
tersebut kerana penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian
hanya terhad untuk mereka sahaja.
Naib Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamad berkata, sebagai ahli parti, keputusan Presiden perlu dipatuhi.
“Sebagai ahli parti, kita kena menyokong keputusan itu. Persetujuan itu sama seperti yang telah dibuat dan ditetapkan oleh PAS dua tahun yang lalu,” katanya.
Mahfodz menegaskan ahli PAS tidak perlu gusar dengan keputusan tersebut kerana penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian hanya terhad untuk mereka sahaja.
Katanya, orang Kristian boleh menggunakannya di gereja dan di kalangan masyarakat mereka sahaja.
“Orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu kepada orang islam, kerana ia terhad kepada mereka sahaja,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kenyataan Presiden, kenyataan parti
Sementara itu, Pemuda PAS menyokong keputusan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah di kalangan umat Islam.
Ketua pemuda, Nasrudin Hassan yang dihubungi ini berkata: “Kita (Pemuda) anggap apa yang dinyatakan Presiden semalam adalah kenyataan parti.
“Saya tidak perlu komen lagi,” katanya. Nasrudin bagaimanapun, enggan mengulas lebih lanjut.
Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Selasa lalu dilaporkan mempertahankan keputusan yang dibuat dua tahun lalu kerana Islam tidak melarang kalimah mereka dalam amalan mereka walapun tidak mencapai maksud asal dalam al Quran.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mempertahankan keputusan tersebut.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan kalimah Allah adalah khusus untuk orang Islam dan orang bukan Islam di negeri itu dilarang sama sekali menggunakannya.
Polemik pengggunaan kalimah Allah muncul semula apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam peruntusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu dimuatkan dalam Bible bahasa Melayu.
AMUKANMELAYU - Jelas disini, PAS menjual Ugamanya hanya kerana KUASA dan tidak tetap pendirian. INIKAH PEMIMPIN YANG KITA CARI? Amukanmelayu mengajak semua AHLI PAS yang sayangkan PARTI,.....tinggalkanlah pemimpin seperti ini. Memang mereka ULAMAK, tapi mereka tiada ketegasan dan "ALLAH TELAH CABUTKAN PERASAAN BERANI DI HATI MEREKA DAN YANG TINGGAL HANYALAH PERASAAN TAKUT"