Thursday, 3 October 2013

NAJIB BERDAULAT - OBAMA GERUN DENGAN BANI THA MIM DAN DAULAT MELAYU BUGIS.


Najib Temui Obama Di Washingston

DAULAT - Najib berdaulat. Obama tidak berani menjejak kakinya di Tanah Melayu

WASHINGTON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Barack Obama pada Isnin mengadakan perbincangan dua hala di sini dalam pertemuan yang dilihat sebagai satu lagi langkah ke hadapan dalam hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Kedua-dua pemimpin itu berbincang di Pusat Konvensyen Walter E.Washington, tempat berlangsungnya Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang bersejarah itu, yang bermula kemudiannya.

Najib dan Obama kelihatan tenang semasa mereka mengadakan perbincangan dua hala itu yang pertama kali diadakan yang berlangsung di pusat tersebut.
Dalam suasana mesra, Najib dan Obama berbincang selama 40 minit, lebih lama daripada yang dijadualkan selama setengah jam, diapit oleh Pemangku Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton.

Turut serta dalam delegasi Perdana Menteri untuk perbincangan dengan Obama, ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Najib adalah antara 46 pemimpin dunia yang diundang ke sidang kemuncak itu. Ia adalah himpunan terbesar ketua-ketua kerajaan atau wakil mereka dari seluruh dunia di Washington bagi membolehkan Obama menggembleng sokongan dalam usaha membanteras keganasan nuklear.
Selain Najib, Presiden Amerika Syarikat itu juga mengadakan pertemuan dengan Raja Abdullah dari Jordan, Presiden Ukraine Viktor Yanukovich, Presiden Armenia Serzh Sargsian dan Presiden China Hu Jintao.

Najib dan Hu merupakan hanya dua orang pemimpin Asia yang mengadakan pertemuan dengan Obama di luar sidang kemuncak itu.
Obama telah menelefon Najib pada Jun tahun lepas untuk membincangkan krisis kewangan global serta isu pengawalan senjata nuklear dan Perdana Menteri juga mengambil peluang itu membangkitkan isu dua rakyat Malaysia yang ditahan di Teluk Guantanamokerana didakwa ada hubungan dengan kumpulan militan Al Qaeda dan Jemaah Islamiah.

Di U.S Naval Observatory, 12 pemimpin asing diraikan pada jamuan makan tengah hari oleh Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, membincangkan komitmen Obama untuk satu dunia yang bebas senjata nuklear dan menangani hasrat Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), menurut White House. Selain Najib, pemimpin asing lain yang turut hadir ialah Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma, pemangku Presiden Nigeria Dr Goodluck E.Jonathan, Presiden Vietnam Nguyen Tan Dung, Perdana Menteri Maghribi Abbas El Fassi, Naib Presiden Indonesia Boediono, Timbalan Perdana Menteri Thailand Trairong Suwankiri, Menteri Luar Mesir Ahmed Aboul Gheit, Menteri Luar Algeria Mourad Medeici, Putera Muqrin Abdul al-Aziz Saud dari Arab Saudi, Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo dan Presiden Chile Sebastian Pinera.

Sebelum itu, Najib dikunjungi Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, James Steinburg, yang melawat Malaysia pada September tahun lepas.
Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari New Zealand John Key pada sebelah petang sebelum sidang kemuncak itu bermula.
Sidang kemuncak itu adalah sebahagian daripada atur cara lawatan kerja Najib seminggu ke Amerika Syarikat, lawatan kedua selepas beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam pada April tahun lepas.-BERNAMA

 

KRISIS BELANJAWAN US, OBAMA BATAL LAWAT KL..... 

Kesan daripada krisis domestik Amerika Syarikat, Presiden BarackObama membatalkan lawatannya ke Malaysia.

OBAMA KALAH BADI DENGAN NAJIB

Belum pasti sama ada pembatalannya merangkumi negara-negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Filipina. Berkemungkinan besar ia juga dibatalkan atas alasan sama.


Rumah Putih telah mengeluarkan kenyataan Obama sebentar tadi.

Dijangka pembatalan lawatannya akan menjimatkan belanja sebanyak USD12 juta (RM38juta) merangkumi kawalan keselamatan dan persediaan luar jangka yang biasanya dinikmati presiden setiap kali lawatannya ke luar negara.



KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang menangguhkan lawatannya ke Malaysia bulan ini, komited untuk berkunjung ke Malaysia kemudian dalam penggalnya.

Presiden Amerika itu telah membuat panggilan telefon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memaklumkan, berikutan penutupan sebahagian agensi pentadbiran negara itu, beliau tidak dapat melakukan lawatan ke Malaysia seperti dirancang.

"Perdana Menteri Najib menyatakan beliau faham dengan keadaan itu dan beliau berharap presiden dapat melakukan lawatan ke Malaysia dalam waktu terdekat," menurut kenyataan Setiausaha Akhbar Pejabat White House.

Kenyataan itu diedarkan kepada media tempatan oleh Kedutaan AS di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, presiden memperakui hubungan rapat yang dijalinnya dengan Malaysia dan menghormati kepimpinan Najib.

Obama dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2013 di Kuala Lumpur pada 11 Oktoberdalam rancangan lawatan pertamanya ke Malaysia.

"Beliau menyambut baik kepimpinan mantap Malaysia dalam Sidang Kemuncak Keusahawanan Global," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Obama turut memaklumkan perdana menteri bahawa Setiausaha Negara AS John Kerry akan mengetuai delegasi AS ke Kuala Lumpur yang akan turut disertai Setiausaha Perdagangan Penny Pritzker dan wakil perdagangan AS Michael Froman.

Pejabat Pengurusan dan Belanjawan White House semalam mengarahkan operasi sebahagian agensi kerajaan AS ditutup selepas Kongres gagal mencapai kompromi untuk meluluskan satu rang undang-undang perbekalan kerajaan.  - Bernama

Negara ekonomi terbesar didunia boleh terjeremus dlm krisis.. apatah lagi negara seperti Malaysia yg kini mempunyai hutang besar dan fiskal defisit yg out of control...

Kepada Kakitangan Kerajaan Malaysia dan Penerima Pencen Kerajaan Malaysia.. Kalau Dah Negara Terkaya Amerika Pun dah tak Mampu Bayaq gaji, Nampak Gaya.. Kerajaan Malaysia Akan ikut Jejak Tak Lama Lagi.. Amerika Negara kedua Hutang Tertinggi Selepas Malaysia.. Sampai Bila Nak Korek Duit Petronas..

Jangan anggap Malaysia KEBAL kuasa ekonominya,mungkin dalam masa terdakat ianya akan MENJANGKIT keMalaysia,Amerika terkenal dengan Ekonomi didunia yang teguh boleh TUMBANG,jadi Malaysia harus berhati hati,kalau ekonomi Amerika TUMBANG,seluruh dunia akan terasa bahangnya,oleh itu kerajaan harus memberi perhatian kepada perbelanjaan yang perlu saja dilaksanakan,yang mengarut harus diberhentikan,sekarang bukan zaman berbelanja mewah.



Isu belanjawan: K'jaan AS mula hentikan khidmat

Kerajaan Amerika Syarikat menghentikan sebahagian perkhidmatannya bermula hari ini ekoran keputusan Dewan Perwakilan, dikuasai parti Republican, yang enggan meluluskan belanjawan untuk tahun depan.

Laporan agensi menyebut, wakil parti Republican meletakkan syarat agar usaha presiden Barack Obama untuk menambahbaik sektor kesihatan dilengahkan terlebih dahulu sebelum belanjawan itu diluluskan.

Tempoh untuk membuat rundingan tersebut berakhir pada tengah malam semalam tanpa sebarang persetujuan walau Obama menyatakan rayuannya.

Tindakan itu menyebabkan lebih 700,000 kakitangan kerajaan negara tersebut terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, tanpa jaminan pampasan.
Ekoran itu juga, taman negara dan muzium akan ditutup manakala cek pencen dan faedah kepada golongan veteran akan tergendala.

Permohonan visa dan pasport juga tidak akan diproses namun program yang dianggap penting seperti kawalan udara dan pemeriksaan makanan akan diteruskan.

Pejabat belanjawan Rumah Putih mula mengeluarkan notis kepada agensi persektuan untuk memulakan penutupan perkhidmatan secara teratur menjelang tengah malam.

Langkah berkenaan menyebabkan pasaran saham AS terjejas hari ini ekoran kebimbangan pelabur ke atas situasi politik di negara itu.

Beberapa penganalisis bagaimanapun berpendapat bahawa kesan serius ke atas ekonomi hanya akan berlaku sekiranya penutupan perkhidmatan itu berlaku lebih dari beberapa hari.- Agensi




AMUKANMELAYU - Telah Aku katakan, sesiapa saja yang nak membuat onak dan berniat buruk kepada Tanah Melayu ini tunggulah balasanya. Obama batalkan lawatan ke Tanah Melayu adalah kerana kehendak ALLAH lantaran kerana DAULAT Najib dan Tanah Keramat ini.