Friday, 11 October 2013

"PM" BENTANG BAJET "KERAJAAN DALAM PENANTIAN"


 "PM" BENTANG BAJET 21hb. Oktober ini.


anwar-bajet513Dengan  gaya seperti seorang KETUA DARJAH dan dengan muka tak malu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sekali lagi Anwar akan membentang bajet 2013 pembangkang  babitkan peruntukkan berbilion ringgit.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum pun lagi membentang bajet 2013 dan ia mungkin disiar secara langsung untuk didengari rakyat di kala pembentanganya nanti, Ketua Pembangkang Anwar hanya bentang bajet depan media dan ahli-ahli parlimen PKR,DAP dan PAS di dewan khayalannya saja..
Bajet yang kononnya bagi mengekang defesit  daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu didakwa melibatkan penjimatan perbelanjaan berbilion ringgit dan sudah semestinyalah ia lebih baik dari apa yang di bentangkan nanti di dewan Perlimen

Bertemakan ‘Belanja mu belanja ku jua,” bajet pembangkang tidak menyebut peruntukan untuk kementerian-kementerian sebaliknya bajet itu hanya janji-janji bagi menarik sokongan berpendapatan rendah dan golongan miskin.

Itulah Anwar...bukan kali pertama beliau bentang bajet bertujuan potong bajet kerajaan untuk cari publisiti dan kemjudian jika secara kebetulan bajet kerajaan itu  ada hampir sama dengan mereka, maka dituduh kerajaan ciplak bajet pembangkang padahal bukan sehari dua Perdana Menteri menderaf bajet.

Antara janji disebut Anwar dalam bajetnya dulu pada tahun 2012 adalah memberikan bonus kepada warga emas RM1,000 setahun kepada yang layak berdasarkan pendapatan kurang RM18,000 setahun.
Suri rumah juga akan dapat bayaran RM1,000 dalam tahun 2012 bagi yang layak atas alasan kurangkan beban keluarga dan galak suri rumah menabung dalam KWSP.
Tidak dinyatakan kenaikan gaji atau bonus untuk kaki tangan awam sebaliknya hanya memperkenalkan penetapan gaji minima RM1,100 manakala pendidik akan dapat elaun RM500 sebulan seperti dijanjikan dalam Buku Jingga pembangkang.
Menurut Anwar, penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan bagi menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion.

Dalam bajet itu beliau menghentam mantan-mantan perdana menteri terdahulu yang juga jadi menteri kewangan menyebabkan rakyat kononnya terpaksa berhutang hingga kadarnya meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun.
Anwar sempat mencelah, “(sebab itu) Perdana Menteri Pakatan Rakyat akan datang tidak jadi menteri kewangan,”.

Timbul persoalan, kalau Anwar jadi perdana menteri mahukah beliau duduk di kerusinya melihat menteri kewangan bentang bajet bukan idea Perdana Menteri...barangkali, nanti cakap tidak serupa bikin.
Apapun bajet pembangkang 2012 tidak ada yang menarik kecuali retorik politik menjelang bajet sebenar nanti.

Dengan kandungan bajet 3 suku muka surat dan habis dibaca Anwar tidak sampai setengah jam dan tidak sampai separuh daripada 80 ahli parlimen pembangkang mendengar, hanya beberapa kerat bertepuk tangan, bajet itu adalah kesinambungan skrip dan lakonan Anwar dan pembangkang yang sudah hilang arah selepas pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini.

Ahli parlimen PAS Kuala Mimpi yang jadi pengacara sebelum Anwar sampaikan bajet kata ini adalah bajet  “kerajaan dalam penantian”......kesian, kempunan memanjang......
Mendengar bajet Anwar, tak tahulah siapa sebenarnya akan terus menanti nak jadi kerajaan.- artikal asal - OLEH ROSLAN BIAN


AMUKANMELAYU - Ada 99 jenis gila.....yang ni Aki tak tahu gila yang nombor perapa....