Tuesday, 15 October 2013

SEJARAH YANG DI LARIKAN



Kehebatan MELAYU yang sengaja DIGELAPKAN...!


Anda tentu dah biasa melihat menara jam di bangunan Stadhuys ini. Menara Jam Tan Beng Swee dibina pada tahun 1886 oleh Tan Jiak Kim yang berasal dari Singapura sebagai kenangan kepada ayahnya yang bernama Tan Beng Swee. Tidak banyak yang diketahui mengenai Menara Jam selain daripada mekanisme yang menggerakkan jam berkenaan ditukar kepada jenama SEIKO pada tahun 1982 yang menimbulkan kemarahan kepada golongan veteran yang menderitai kekejaman Jepun semasa perang dunia kedua dahulu. 


Kita melihat menara jam ini sebagai sebahagian dari bangunan Stadhuys dan sering terbayangkan bahawa senibinanya adalah berunsurkan Belanda. Bagi memperlengkapkan lagi dakwaan ini dibina pula Victoria Fountain bersebelahannya. 
Air Pancut Ratu Victoria telah dibina pada tahun 1904 kononnya sebagai persembahan rakyat Melaka kepada Ratu Victoria Regina yang memerintah pada 1837 - 1901. 
Kita juga perlu mengaitkan dengan sebuah jambatan berhampiran yang diberi nama Jambatan Tan Kim Seng. Jambatan ini dikatakan dibina pada tahun 1862 oleh Tan Kim Seng, seorang dermawan Singapura bagi menggantikan jambatan yang telah rosak. Asalnya jambatan ini adalah sebuah jambatan kayu namun telah dibina semula daripada batu sebaik sahaja Portugis berjaya menakluk Melaka pada tahun 1511.
Maka hasilnya sekarang terlihatlah sebuah menara jam, air pancut serta sebuah jambatan yang dibina semasa pemerintahan penjajah British di tengah-tengah pusat Bandaraya Melaka bersebelahan dengan bangunan Stadhuys yang dibina Belanda pada tahun 1645.
Kita sendiri menjadi keliru dengan persembahan British ini apatah lagi semua bangunan berkenaan di warnakan dengan warna yang sama! Pernahkah kita terfikir kemungkinannya mereka sengaja merancang sedemikian bagi mengaburi rakyat tempatan?
Kita lihat sendiri bagaimana Amerika memusnahkan tamadun di Iraq dengan mencuri artifak bersejarah di muzium Iraq sebaik saja mereka berjaya menawan Iraq. Kenapa? Apakah mereka sengaja berbuat demikian bagi memadamkan sejarah kegemilangan Iraq supaya akan lahirnya pula satu generasi yang terkapai-kapai tanpa menyedari sejarah gemilang mereka sendiri? Lihat pula bagaimana Jepun menghancurkan Gerbang Gwanghwamun (Namdaemun Gate) yang terletak di pusat bandar Seoul serta mendirikan sebuah gerbang lain semata-mata bagi menghilangkan identiti rakyat Korea yang akhirnya lemah dan takut kepada bayang-bayang sendiri.
Demi memastikan generasi muda Korea sentiasa optimis dan yakin kepada kemampuan sendiri, kerajaan Korea memutuskan mencari semula tapak asalnya yang terletak di tengah laluan terpenting dan tersibuk di Seoul dan membangunkan semula gerbang yang dibina pada tahun 1395. Ajaibnya semua kerja-kerja pembangunan semula dilakukan cukup teliti sehingga hampir menyamai senibina asal.   
Kita tentu tertanya-tanya kenapa hampir tiada apa yang boleh kita banggakan di tanahair kita sendiri? (klik : kota Melayu yang dimusnahkan) Semua tinggalan yang ada adalah milik penjajah. Apa yang kita ada sebenarnya? Kita tewas kerana penjajah telah memusnahkan kegemilangan kita. Bangsa kita tercari-cari identiti sendiri malah dibayangi katakutan lantaran hilang keyakinan diri selepas beratus tahun terjajah. British dengan rakusnya memusnahkan semua tinggalan yang kita miliki agar lahir satu generasi yang bodoh yang hanya mengikut acuan yang diciptakan mereka! 
Salah sebuah rumah yang terdapat di Jalan Meranti, Kelurahan Kampung Dalam Kecamatan Senapelan yang terletak di bawah Jambatan Sungai Siak III di Kota Pekan Baru, Indonesia. Perhatikan senibinanya yang menyerupai tangga rumah Melayu Melaka 
Percayalah bahawa generasi kita sebenarnya telah ditipu tanpa kita sedar kelicikan mereka! Untuk apa mereka menipu kita? Apakah suatu masa dahulu kita sememangnya telah membina sebuah ketamadunan yang agung dan hebat sehingga menggusarkan para musuh Allah ini apatah lagi mereka jelas mengetahui tentang kibaran panji hitam dari timur kelak? 

Generasi kita disogokkan dengan gambaran bahawa Melayu adalah ketinggalan zaman dan kolot. Sejarah kegemilangan kita sengaja dihitamkan oleh penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis.Mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja. Rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng untuk meneruskan penipuan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar. 

Sejarah kita direkodkan bermula pada 1403 dengan kewujudan Kerajaan Melayu Melaka. Hanya baru-baru ini beberapa cendiakawan kita berjaya membongkar dan mengesahkan Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada tahun 1262. Bagaimana dengan kerajaan-kerajaan Melayu lainnya yang lebih awal dari Melaka? Mungkinkah telah wujud kerajaan hebat lainnya dan Melaka hanyalah salah sebuah kerajaan lain di dalam kerajaan yang lebih hebat atau mungkinkah Melaka mewarisi kehebatan kerajaan Melayu lainnya?

Kesultanan Melayu Melaka dikatakan tewas di tangan Portugis pada tahun 1511 kerana berperang dengan serba kekurangan. Apakah istimewanya keris, tombak, panah dan pedang kalau nak dibandingkan dengan pistol, senapang dan meriam. Kita juga digambarkan sebagai bangsa yang pemalas dan tinggal di atas pokok. Begitulah bersungguhnya mereka menghilangkan jatidiri bangsa kita!
Lakaran dari sumber Portugis mencatatkan serangan balas Acheh setelah mereka berjaya merampas Kota Melaka.
Catatan Portugis sendiri merekodkan rampasan sebanyak 3,000 meriam milik orang Melayu malah mereka percaya Kota Melaka mempunyai 6,000 pucuk meriam! Dalam Hikayat Hang Tuah ada mencatatkan perjalanan Hang Tuah ke Rom dan membeli 2,000 pucuk meriam untuk kegunaan Kesultanan Melayu Melaka. Persoalannya kenapakah Hang Tuah ke Rom pada masa itu? Cuba kita lihat Hikayat Merong Mahawangsa yang mencatatkan Phra Ong Mahawangsa yang memeluk Islam pada tahun 1136 dan memakai gelaran Sultan Mudzafar Shah. Dicatatkan dengan jelas bahawa Phra Ong Mahawangsa ialah keturunan Iskandar Agung dari Macedonia, Rom. Mungkinkah wujudnya kaitan ataupun hubungan diplomatik dengan kerajaan Rom pada masa itu dengan kerajaan di Tanah Melayu?
Perhatikan senjata yang mereka gunakan! Adakah tombak, keris, panah atau pun pedang? 

Kerajaan Islam Andalusia yang menyinari peradaban manusia tumbang pada 1492. Selepas tumbangnya Empayar Islam barulah kuasa barat terutamanya Portugis dan Sepanyol bangkit dan memperluaskan pengaruhnya. Ketamadunan dan kemajuan Islam dipergunakan untuk kepentingan mereka yang kononnya berdagang. Lahirnya kerajaan Sepanyol yang menyambung legasi Kekaisaran Romawi Suci (Holy Roman Empire), oleh raja yang berketurunan Hasburg. Sepanyol berlumba-lumba dengan Portugis mencari jalan ke Timur untuk memonopoli perdagangan rempah; dan paling utama mahu menghapuskan orang-orang Islam di Timur. Mereka mencipta kapal-kapal yang boleh belayar jauh dan mempelajari teknik pelayaran daripada tamadun Andalusia. Alfonso de Alburqueque, negarawan dan penakluk Katolik Portugis mengatakan:

“Aku akan memancangkan segenap ceruk bumi ini dengan palang-palang salib. Antara cita-citaku ialah kubur Muhammad akan ku selongkar, agar dapat ditukar ganti dengan Jerusalem (tempat kelahiran Nabi Isa alaihis salam)”

Merujuk catatan “Penjajahan Portugis dan Sepanyol ke atas Asia Tenggara : Satu Pengamatan” nukilan Maruwiah Ahmat yang mempersoalkan motif sebenar mereka yang utama bukanlah untuk memonopoli perdagangan, tetapi sangat bersifat keagamaan. Antara hujah yang dikemukakan ialah, rempah bukanlah bahan kritikal yang semakin berkurangan (seperti minyak pada zaman sekarang). Ini kerana perdagangan rempah wujud lama di laut Mediterranean sejak zaman Empayar Rom lagi. Tambahan lagi, ketika abad ke-16, perdagangan rempah bukanlah suatu masalah.


Abad ke-16 merupakan kemuncak kepada pertarungan dua blok kuasa besar; iaitu Islam dan Kristian. Barnaby Rogerson yang menulis The Last Crusaders merakamkan persengketaan lebih seratus tahun antara Daulah Uthmaniyyah yang dipimpin oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni dan Raja Henry V yang mengepalai Kekaisaran Romawi Suci Hasburg. Orang Eropah menggelarnya sebagai ‘Magnificient’ ataupun yang ‘Agung.’ Daulah Uthmaniyyah yang memayungi umat Islam mencapai zaman keemasan keluasan wilayah dan kekuatan tentera yang ampuh. Kedua-dua pemimpin merupakan figur karismatik agama masing-masing yang menjadi juara di kalangan rakyat mereka.

Meskipun demikian, Daulah Uthmaniyyah pada abad ke-16 bertempur sengit di Eropah Timur dan laut Mediterranean. Beberapa kali pihak Portugis cuba mengepung kota Haramain (Mekah dan Madinah), akan tetapi berjaya dikekang oleh Daulah Uthmaniyyah. Namun demikian, dalam menghadapi serangan bertubi-tubi dari segenap penjuru, Daulah Uthmaniyyah tidak mampu untuk menyelamatkan wilayah-wilayah (imrah-imrah kerajaan Islam) di Timur, terutamanya Asia Selatan dan Asia Tenggara. 

Portugis kemudiannya menawan Goa dan Calicut seterusnya Melaka serta kerajaan-kerajaan Islam Melayu yang lain seperti Demak, Cebu dan Makasar. Di utara pula, kerajaan Islam Melayu Brunei mula digempur oleh Sepanyol dan merampas Manila.

Dikhabarkan, Melaka memohon bantuan kepada baginda Sultan dan ekspedisi armada Daulah Uthmaniyyah dihantar untuk membantu Melaka. Akan tetapi, setelah mengetahui Melaka telah jatuh pada 1511, armada tersebut berpatah balik. Acheh setelah kejatuhan Melaka juga menghantar utusan meminta bantuan kepada Daulah Uthmaniyyah dan berkekalan sehinggalah abad ke-19.

Berbalik kepada Sepanyol, kerajaan tersebut telah mencapai keagungannya cuba mengejar perkembangan Portugis yang telah mendahului mereka. Di Nusantara, kerana telah lambat tiba berbanding Portugis, Sepanyol telah tiba di Filipina dan Brunei melalui jalan Lautan Pasifik. Rombongan pertama tiba di Filipina oleh Ferdinand Magellan. Rombongan yang dipimpin beliau didakwa yang pertama telah mengelilingi dunia. Menariknya juga seorang Melayu yang ditawan dari Melaka dan menjadi orang suruhan turut bersama Magellan.

Setelah Magellan terbunuh dalam satu konflik dengan orang tempatan di Kepulauan Cebu, pemuda Melayu tersebut telah melarikan diri sehingga ke Brunei dan terjumpa dengan Panglima Hitam, seorang panglima yang digelar lanun oleh Portugis yang berjaya mengkucar-kacirkan perdagangan Portugis di sebelah timur. Panglima Hitam kemudiannya membawa pemuda Melayu berkenaan pulang ke Melaka dan sekaligus melengkapkan pelayarannya mengelilingi dunia. Pemuda itulah yang di kenali sebagai Panglima Awang ataupun dikenali dengan nama Henry The Black.

Ketika Sepanyol tiba di Manila, Filipina, Kerajaan Melayu Brunei merupakan kuasa besar di Borneo dan Filipina. Setelah beberapa pertembungan antara Sepanyol dan Brunei, maka Sepanyol telah menawan ibu kota Brunei. Kejatuhan Brunei hanya bertahan selama 72 hari. Sultan dan rakyat Brunei kembali dengan semangat jihad yang tinggi, sekaligus mengusir keberadaan Sepanyol dalam Perang Kastila (1588).

Terlihat jelas kepada kita kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu di Asia Tenggara adalah sezaman dengan keagungan kerajaan Islam. Kita sebenarnya telah terlibat dalam perang Salib ketika itu. Bagaimana mereka menggelapkan tamadun Islam serta mengakui mencipta pelbagai pengetahuan untuk umat manusia sedangkan mereka sebenarnya mencedok dari kebijaksanaan cendiakawan Islam.

Dikhabarkan juga Portugis menjumpai benda ajaib dalam Istana Melaka, apabila dipandang objek tersebut maka muncullah muka manusia di dalamnya. Sekiranya benar dakwaan ini maka jelaslah orang Melayu telah lama menggunakan cermin berbanding Portugis yang serba kekurangan!

Melaka dikenali sebagai 'Venice di Timur' oleh Tom Pires. Malah terdapat 83 bahasa dipertuturkan ketika itu. Masih kelirukah anda dengan kehebatan Melaka? Kita sebenarnya mempunyai empayar yang agung. Kita menguasai ilmu pelayaran dengan baik malah Portugis sendiri mengakui kapal-kapal Melayu adalah kuat, teguh serta belayar dengan laju! Kita mempunyai hubungan diplomatik dengan lain-lain kerajaan hebat ketika itu dan sering menghantar utusan dan sebagainya.
Bagaimana kita boleh tewas? Tidakkah empayar Melayu Melaka itu luas dan tidak mungkin dengan mudahnya Portugis mampu merapati Kota Melaka dengan mudah. Kita tewas samalah jua dengan kejatuhan tamadun Islam lainnya. Perpecahan adalah punca utamanya. Siapa yang memecahkan kita? Mereka sebenarnya memasuki secara sulit akal dan fikiran kita sehingga kita lalai yang akhirnya memusnahkan keseluruhannya. Tamak, rasuah, dengki, iri hati dan lain-lainnya adalah rencah bagi menjatuhkan kita.
Sumber Portugis yang menceritakan bagaimana mereka disambut ketika kunjungan dagang ke Melaka

Lukisan ini membuktikan betapa kita sebenarnya mempunyai kota yang hebat dan bertepatan dengan gelaran 'Venice di Timur' yang mereka berikan kepada Melaka. Cuba bandingkan Venice ketika itu dengan Melaka. Sebagai sebuah kerajaan yang kuat serta mempunyai pusat perdagangan yang ulung di timur adalah munasabah untuk kita mempunyai sebuah kota yang kukuh. Cuba perhatikan bangunan bertingkat di sebelah kiri? Adakah bertepatan dengan gambaran yang dinyatakan dalam sejarah Melayu yang menyatakan istana Sultan Melaka adalah bertingkat. Perhatikan pakaian para pengawal di luar kota. Apakah itu pakaian panglima kita ketika itu yang memegang sejenis senjata yang pastinya bukan tombak. Perhatikan juga para pengawal yang mengiringi rombongan. Perhatikan pula gajah yang digunakan yang sememangnya mempunyai persamaan seperti yang digambarkan dalam Sulalatus Salatin. Lihat juga gerbang Kota Melaka apakah mempunyai persamaan dengan Kota A'Famosa ataupun Bastion Santiago? Apakah gerbang ini yang kemudiannya diubahsuai Belanda adalah yang kita lihat di Banda Hilir sehingga sekarang?
Lukisan ini juga adalah dari sumber Portugis yang menggambarkan situasi ketika peperangan yang akhirnya menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka tewas pada 1511. Nampakkah berapa ramai askar Portugis yang menyerang dan berapa ramai pula panglima Melayu yang bertahan? Adakah ini adalah situasi terakhir ketika semua pertahanan Melayu telah kalah yang akhirnya memaksa para hulubalang dan pengawal keluar dan mempertahankan Kota Melaka dengan Gajah. Atau apakah di atas gajah berkenaan adalah kumpulan Sultan Melaka sendiri yang turut serta mempertahankan Melaka?
Apakah Portugis menang kerana adanya strategi unggul yang memaksa Melaka berundur ataupun adakah disebabkan senjata yang tidak diketahui oleh kita? Dalam gambaran ini jelas menunjukkan angkatan Portugis yang bersenjatakan senapang manakala Panglima Melayu hanya bersenjatakan tombak. Inilah propaganda yang mereka gunakan sepertimana gambar sebelumnya yang menunjukkan pegawai mereka di atas gajah kelihatan lebih menonjol berbanding orang Melayu yang mengiringinya.
Namun yang paling penting adalah terlihat jelas gambaran Kota Melaka ketika itu. Terlihat Kota Melaka dengan tembok batu dan bukannya kayu yang mengelilingi keseluruhan kota! Cuba lihat bangunan di dalamnya yang kelihatannya seperti binaan batu yang bertingkat! Gaya senibina rumah tradisional Melayu Melaka ataupun nampak agak moden? Cuba lihat pula beberapa buah menara tinjau sekitar kota... cuba anda bandingkan gaya senibinanya dengan Menara Jam Tan Beng Swee yang terdapat sekarang!

Apakah menara jam ini adalah binaan asal yang sengaja ditinggalkan British semasa merobohkan Kota Melaka sepertimana Gerbang Selatan Santiago? Sejarah dicatat oleh mereka yang menang, maka dicatatkan pula jam berkenaan dibina pada tahun 1886  bagi mengelirukan kita? Munshi Abdullah dalam hikayatnya yang pro British ada menceritakan bagaimana kesukaran yang dilalui ketika kerja-kerja meruntuhkan tembok Kota Melaka. Cuba baca dan fahami maksud tersirat, Munshi Abdullah memberitahu bahawa Kota Melaka ini sangat sukar dirobohkan malah penduduk Melaka ketika itu tidak yakin bahawa kota Melaka boleh diruntuhkan British. Usaha meruntuhkan dari laut dilakukan sehinggalah kepada menebuk lubang dan mengisi bahan letupan yang banyak sehingga tembok sebesar rumah berterbangan hancur dan membawa kematian di kalangan penduduk.

Munshi Abdullah seolah menggambarkan betapa kota ini akan roboh dan dalam masa yang sama penduduk Melaka tidak yakin British berjaya merobohkan Kota Melaka. Mungkinkah mereka sebagai generasi yang mengetahui asal usul Kota Melaka ketika itu sememangnya mengharapkan agar British gagal meruntuhkan kota warisan kemegahan mereka itu. Kita juga dibodohkan lagi, malah menganggap Stamford Raffles sebagai seorang wira yang berjaya menghalang Kota Melaka dari dirobohkan sepenuhnya. Maka sekarang tinggallah hanya secebis warisan yang kemudiannya dipalsukan pula sebagai warisan dari Portugis? Maka akhirnya kita kehilangan keseluruhan identiti warisan kita.

Perlu diingat bahawa selepas British mengambil alih Melaka pada tahun 1824, mereka dikawal oleh golongan gereja yang kemudiannya mendirikan sebuah sekolah, Melaka High School di bangunan Stadhuys. Begitulah sistem pendidikan kemudiannya dijelmakan beracuankan penjajah sehinggakan hanya bangsawan dan pembesar sahaja yang kebanyakannya belajar di sana. Kenapa? Kerana adalah lebih mudah mennggunakan golongan ini yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Akhirnya sekolah aliran Inggeris yang asalnya adalah ekslusif akhirnya mengukir nama dan menjadi keperluan dan berjaya mengubah keseluruhan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Menerusi pendidikan inilah mereka mengajarkan pembohongan demi pembohongan kepada masyarakat tempatan.

Kesannya? Begitu banyak usaha dilakukan oleh pelbagai pihak namun usaha menyedarkan keseluruhan masyarakat untuk mengenali semula warisan bangsanya dan jati dirinya menjadi semakin sia-sia... majoriti masyarakat dengan mudah menuduh golongan ini pula sebagai pembelit dan pembohong, yang sentiasa berfantasi dalam dunia realiti yang diciptakan oleh musuh kita yang sebenarnya!!!  

  
Satu lagi lakaran serangan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. Jelas kelihatan Kota Melaka yang tersusun hebat dengan binaan bangunan yang bertingkat-tingkat. Bangunannya pula mempunyai unsur senibina China, apakah kaitannya antara Melaka dengan kerajaan China? Apakah senibina sedemikian adalah ditiru dari senibina China ataupun adakah kemungkinannya kita yang membawa senibina tersebut ke China? Terdapat juga binaan berbentuk kubah. Apakah ianya masjid ataupun sebahagian dari Istana Melaka yang berkubahkan emas? 

Akhirnya cuba teliti catatan Portugis yang sukar mengalahkan Melaka sehinggalah mereka memutuskan kekuatan Melaka adalah kerana kedudukan strategik jambatan yang merentangi Sungai Melaka. Portugis menyerang bertubi-tubi jambatan tersebut selama 7 hari sehinggalah jambatan tersebut musnah sehingga berjaya memudahkan proses menawan Melaka. Jambatan kayu takkan Portugis hancurkan sampai perlukan 7 hari?

Terlalu banyak pembohongan dan terlalu banyak kajian yang perlu dilakukan. Biarpun besar mana sekalipun wang ringgit dan usaha perlu dikorbankan, langkah ini sangat-sangat perlu diambil bagi mengembalikan semula kegemilangan kita...Insya Allah


AMUKANMELAYU - Sejarah akan berulang......jika satu ketika ia HEBAT percayalah, ia akan kembali HEBAT.