Wednesday, 16 October 2013

TINGGALKAN MEREKA KERANA LIDAH MEREKA ATAU BERSAMA MEREKA KERANA KEJAHILAN KITA? PILIHAN DI TANGAN ANDA


KETUA DEWAN ULAMA PAS SERU UMAT ISLAM BERSATU PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH!!!



Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, pada masa sama, keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald juga mesti disokong umat Islam.

Beliau menegaskan, walau apa cara sekalipun, umat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu supaya kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak sekali-kali menjadi bahan senda penganut agama lain.

"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun diminta mengulas keputusan mahkamah itu semalam yang tidak membenarkan majalah berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.

Yang turut dinamakan perayu terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah dan Selangor serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Hakim Mohamed Apandi (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) dalam penghakiman bertulisnya setebal 43 muka surat menyatakan, penggunaan kalimah Allah berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.

Pada hemat beliau, penggunaannya memberi kesan terhadap kesucian agama Islam yang termaktub di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan tenteram.

Mengulas lanjut mengenai keputusan Mahkamah Rayuan itu semalam, Harun menjelaskan, perkara berkaitan kalimah Allah sememangnya perlu diberi perhatian serius oleh umat Islam dan keputusan mahkamah itu mesti disokong dan dihormati.

"Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain," ujarnya.

  

3 WAJAH AGEN PERPECAHAN 
"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu. Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih  RM100,000. Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya." Mat Sabu

MEREKA AKAN DATANG UNTUK MEMUSNAHKAN APA YANG ADA LIHAT INI

UKWAH - Mereka akan bertaut jika tidak ada 3 Agen di atas.

 

SURAT AHLI PAS SEUMUR HIDUP KEPADA ABDUL HADI AWANG 



Sulaiman Bin Abdullah,
Ahli PAS seumur hidup,
Kg. Melayu Subang,
4700 Selangor Darul Ehsan
22 Ogos 2012

Tuan Presiden,
Parti Islam SeMalaysia

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
Tuan,
Saya sebagai seorang rakyat biasa negara Malaysia yang tercinta ini, ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan mengenai beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada diri saya selama ini.
Tujuan saya meminta penjelasan ini adalah supaya dapat memudahkan saya membuat pilihan apabila tiba Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Insyaallah.

1. ADAKAH FATWA UMNO KAFIR MASIH BERKUATKUASA LAGI?

2. ADAKAH PIHAK TUAN RASAKAN PENYINGKIRAN YB DATO DR HASAN ALI DARI PAS SEBAGAI MENGIKUT LUNAS – LUNAS ISLAM?

3. MENGAPA PAS MASIH MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN ORANG YANG AKHLAK DAN MORALNYA SANGAT MERAGUKAN? YANG SAYA MAKSUDKAN DI SINI ADALAH DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM DARI PKR. MALAH TUAN LANTIK BELIAU SEBAGAI KETUA PAKATAN RAKYAT.

PATUNG BUDHA TERBESAR DI ASIA BERADA DI KELANTAN

Tiga patung Budha yang dibina dengan bentuk tersendiri termasuklah salah satunya yang kedua terbesar di dunia, adalah antara produk pelancungan menarik di negeri Kelantan. Ketiga-tiganya ialah patung Budha baring di Wat Phothivihan di Kampong Jambu Batu, Jaln Meranti yang kedua terbesar di dunia selepas Myannmar, Budha duduk di Kampong Jubakar, Bunohan yang kedua terbesar di Asia Tenggara dan Budha berdiri di Kampong Terbok, kesemuanya dalam Jajahan Tumpat.
Difahamkan ramai pelancong asing dan tempatan melawat ke Negeri Cik Siti Wan Kembang yang juga digelar Serambi Mekah semata-mata untuk melihat patung-patung tersebut terutamanya pada musim cuti. Penjaga Wat Phothivihan, Than Hua mengakui patung Budha barin di tokongnya adalah kedua terbesar di dunia selepas patung Budha di Myanmar.
Katanya, patung Budha baring itu sepanjang 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter dalam kawasan kira-kira 2.4 hektar yang dibina dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta. Pembinaan ini dimulakan pada tahun 1973 dan siap dalam tempoh enam tahun melalui sumbangan orang ramai, tidak ada sumbangan kerajaan, katanya ketika ditemui di wat itu. Menurut nya, beliau menjadi penjaga di wat itu sejak lebih 40 tahun lalu.
Timbalan Pengurusi Jawatankuasa Wat Machimmaram Kampong Jubakar, Yong Lai Keng ketika ditemui pula berkata, patung Budha duduk pula mula dibina pada tahun 1991 dan kini suadah 90 peratus siap dengan belanja kira-kira RM3 juta. Katanya, patung Budha duduk itu mempunyai ketinggian 30 meter, panjang 46.9 meter dan luas kawasan dalaman 22.12 meter persegi.
Setahu saya patung ini terbesar di Malaysia, kedua terbesar di Asia dan dibina melalui sumbangan orang ramai, katanya. Beliau mengakui ramai pelancong asing ke Wat itu untuk melihat patung berkenaan. Sementara itu, penjaga Wat Phikul Thong Buddhist, Kampong Terbok, Prak Eak berkata, patung Budha berdiri di Watnya itu dibina 13 tahun lalu dengan belanja kira-kira RM1 juta. Ktanya patung itu mempunyai ketinggian lebih dari 11.5 meter dan besat lebih 3.3 meter juga antara terbesar di negara ini. Wat Phikul ini sudah wujud sejak 200 tahun dan saya berada disini sudah 40 tahun, ujarnya.
Umum mengetahui majoriti penduduk negeri Kelantan adalah orang Melayu yang berugama Islam selain di perintah oleh Kerajaan PAS, namun tidak ramai yang mengetahui terdapatnya beberapa buah patung Budha yang terbesar di Asia Tenggara terletak di daerah Tumpat, Kelantan
Kuil ini diberi nama Wat Photivihan yang terletak di Kampong Jambu menjadi kebanggaan masyarakat berketurunan Siam di Kelantan dan Malaysia. Menariknya terdapat terdapat sebuah patung dalam keadaan tidur didalam wat ini, selain menjadi tumpuan penganut agama Budha, wat ini sering dikunjungi oleh pelbagai kaum untuk tujuan pelancongan. Patung Budha duduk di Kampong Jubakar, Tumpat, Kelantan.
Alkisah bermula apabila 'kekasih' Allah Muhammad SAW bersama sahabat dan tentera Islam ingin memasuki kota Mekah kerana ingin menunaikan haji dan juga ingin membebaskan Kota Mekah dari tangan-tangan musyrik kuffar jahiliyah, Baginda telah memerintah sahabat-sahabat dan juga tenter Islam agar meroboh, menghancur dan membuang semua patung-patung, berhala yang ada sekeliling Ka'abah, dirumah-rumah itu dan diman saja berada, semua berhala (patung) dimusnahkan sama ada yang dibuat dengan batu, tanah liat, batang tamar dan laian-lain lagi, asalkan berbentik berhala semuanya dihapus dan dimusnahkan...
Maha suci Allah SWT, mengutuskan seorang manusia suci untuk memimpin manusia dari kesesataan, memandu manusia kearah keimanan, tanpa sebarang was-was dan wasangka, tiada kepentingan peribadi dan keta'asuban, iman yang sejati dan hakiki..
Tapi kini amat sedih, terharu, hiba dengan manusia akhir zaman, buat kerja Nabi, ikut sunah dan Al-Quran dan negeri mendapat jolokan 'serambi mekah' tetapi pada hakikatnya, jauh dari apa yang disuruh oleh 'Kelasih Allah'. Patung yang dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW hampir 1430 tahun dulu masih 'tidur' megah 'duduk', megah 'berdiri' mengatasi masjid, surau, balaisah dan rumah ibadat Islam. KBE BLOG pohon kepada semua agar menilai semula adakah negeri ini termasuk dalam 'BALDATUN TAIYIBATUN WARABBUL GHAFUR'?
Tinggi patung lebih tinggi dari menara masjid. Janganlah kerana kita ingin pangkat dan kekayaan maka kita sanggup menipu, memutar belit dan menjual agama..jangan jadi Yahudi atau Nasrani
Berhala tertinggi di Asia ada di negeri Cik Siti Wan Kembang yang namanya 'Serambi Mekah'
Tengok!! tingginya mengatasi pokok kelapa dan lebih menyedihkan lagi mengatasiketinggian kubah masjid di seluruh Negeri Cik Siti Wan Kembang, Asakah ini yang Allah suruh?
Rasul SAW suruh buang patung dan menghancurkan patung (berhala), semasa Rasullullah SAW memerintah Makka dan Madinah mana ada patung tak kira kecik ke besar ke tetapi (berhala) ini semankin banyak dan besar dibawah negeri kepimpinan Isalam Kelantan.
4. MENGAPA DALAM TEMPOH 23 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN HANYA SATU MASJID DAPAT DI BINA SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA PIHAK TUAN MEMBINA 2 BERHALA BUDDHA TERBESAR DI NEGARA INI? SEDANGKAN PERKARA PERTAMA BAGINDA RASULLULLAH BUAT SEMASA MEMASUKI KOTA MADINAH IALAH MEMBUAT MASJID.
 

5. MENGAPA PIHAK TUAN TIDAK MENJAWAB DAKWAAN AHLI PARTI TUAN SENDIRI, USTAZ SAIDI YANG MENDAKWA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK AMBIL TINDAKAN KES TANGKAPAN ZINA ADUN SELISING? MALAHAN TOK GURU BERKATA ALLAH SWT TELAH AMPUNKAN DOSA ADUN SELISING ITU DALAM USAHA BELIAU MENUTUP KES INI DARI DI KETAHUI UMUM.
 

6. CAKAP SIAPAKAH YANG PERLU AHLI PARTI IKUT? MURSHIDUL AM MENGATAKAN KAFIR BOLEH GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ SEDANGKAN TIMBALAN BELIAU BERKATA ‘GUGUR AKIDAH JIKA BENARKAN KAFIR GUNA KALIMAH ‘ALLAH’.SEHINGGA SEKARANG RAKYAT TIDAK MENDAPAT SEBARANG JAWAPAN.

 

7. MENGAPAKAH MURSHIDUL AM PAS SEOLAH OLAH SERONOK APABILA AHLI-AHLI PAS MENGAGUNG – AGUNGKAN BELIAU MELAMPAUI BATAS ALA ALA ‘CULT OF PERSONALITY’?

 

8. KENAPAKAH APABILA ADA ORANG MENAJA MURSHIDUL AM PAS MENUNAIKAN HAJI TIDAK DI ANGGAP RASUAH PADAHAL ORANG TERSEBUT ADA KEPENTINGAN PERNIAGAAN?

 

9. APAKAH HUKUM JIKA SESEORANG ITU MEMUNGKIRI JANJI-JANJI BELIAU?

9.1 Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am sendiri, juga sepatutnya sedar bahawa negara Islam dan hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini kerana satu jaminan yang diberikan kepada masyarakat bukan Islam satu ketika dulu.
Nik Aziz perlu ingat janji yang dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000, PAS sudah memberi jaminan kepada semua paderi kanan yang hadir dipersidangan tersebut bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud.

Sebagai orang Islam, Nik Aziz wajib berpegang kepada janji-janji tersebut atau beliau akan masuk dalam golongan orang munafik dan dilaknat Tuhan. Soal janji itu dibuat depan paderi atau tidak, itu bukan masalah, yang penting janji itu sendiri dan ia mesti dikotakan.

9.2. Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

10. SIAPAKAH TUNJANG DALAM PAKATAN RAKYAT? SEDANGKAN UMUM MENGETAHUI PARTI DAP MEMPUNYAI PALING BANYAK KERUSI DI PARLIMEN?

Cukup 10 soalan-soalan yang perlu pihak tuan perjelaskan buat masa ini. Ada banyak lagi soalan-soalan yang saya perlu tanya kerana ini membabitkan keputusan yang tepat untuk saya, anak-anak saya dan rakyat marhaen umumnya.

Saya mohon ampun dan maaf jika tuntutan-tuntutan saya ini menyinggung perasaan tuan tetapi saya anggap ini adalah soal-soal pokok dan tidak boleh dipandang ringan.

Sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya, mohon keampunan di bulan Syawal yang mulia ini.Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, dan Allah SWT jua yang menentukan.

Sekian dan terima kasih.

Sulaiman Bin Abdullah



AMUKANMELAYU - Mengikut mereka tanpa bantahan, atau mengkaji setiap ungkapan mereka untk MENOLAK mereka kerana "LIDAH MEREKA"