Sunday, 20 October 2013

UMNO - ADEK OH ADEK, RUMAH KITA NAK RUNTUH...... RAK...RAK..RUM


Rasuah Dalam Umno, Bagai Cancer Peringkat Ke 3

Anonymous said...
Rasuah duit untuk kuasa, telah saya alami tahun 80an Selaku Kt.Pemuda Cawangan, saya sentiasa di cari untuk "membantu" kemenangan calon Kt.Pemuda beliau menang besar, kami pula di bawa melancong ke Indonesia.

Calon ini menetap di K.Lumpur dan hanya balik ke bahagian apabila ada majlis dihadiri menteri atau Perdana Menteri sahaja.

Balacinya bertugas dua puluh empat jam untuk Kt.Pemuda ini. Dia mendapat segala2nya. Itu tahun 80an.

Sejak akhirni dia telah tidak lagi menjadi menteri tapi sudah cukup kaya raya. Saya yakin mondus operandinya sama rasuah untuk mendapat kuasa itu.

Saya menyesal dengan apa yang saya laku, sokong membawa rebah.
SEREMBAN – Perwakilan di negeri ini yang mempunyai maklumat tentang berlakunya politik wang pada pemilihan Umno kali ini diminta tampil membuat laporan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Datuk Mohd Khalid Mohd Yunus berkata, aduan itu boleh dibuat kepada jawatankuasa pemilihan Umno atau ibu pejabat parti.
“Kita ada dengar khabar angin yang mengatakan berlakunya politik wang di beberapa bahagian di negeri ini.

“Sesiapa ada maklumat tentang perkara ini diikuti dengan bukti boleh membuat aduan kepada saya ataupun jawatankuasa pemilihan bahagian masing-masing,” katanya.
Menurutnya, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tindakan dan siasatan sekiranya hanya sekadar dakwaan tanpa membuat laporan serta kemukakan bukti.
“Mereka mendakwa ada segelintir terbabit dengan politik wang tetapi sehingga kini tiada siapa yang buat laporan. Bagaimana kita nak siasat jika tidak tampil membuat laporan?,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
MOHD KHALID
KHALID YUNUS - Lapor jika ada berlakunya politik wang
Sementara itu, Mohd Khalid berkata, terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati terhadap senarai nama perwakilan.
“Senarai perwakilan dikeluarkan ibu pejabat parti dan sesiapa yang tidak berpuas hati boleh membuat bantahan di ibu pejabat dan bukannya membuat kecoh di bahagian masing-masing,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, proses mesyuarat pemilihan Umno peringkat bahagian yang diadakan di seluruh negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah serius.
Menurutnya, menerusi lawatan di semua peringkat bahagian, beliau dapati tiada sebarang perkara boleh menjejaskan proses pemilihan.

“Tiada sebarang insiden atau masalah serius berlaku sepanjang tempoh pemilihan serta pengiraan undi, kecuali di Tampin mesin kira undi itu bergerak perlahan. Tapi, ia bukanlah satu masalah besar kerana masih lagi boleh mengira, cuma perlahan,” katanya.
Semalam, sebanyak 4,255 perwakilan di negeri ini membuat pemilihan bagi menentukan barisan pucuk pimpinan tertinggi parti itu, termasuk ketua di peringkat bahagian masing-masing. -SINAR HARIAN


AMUKANMELAYU - Kepimpinan UMNO 2013 baru saja di pilih oleh "PEMILIH" lebih tepat lagi "PEMINTA RASUAH", betulkah begitu? BUKTI?. Sememangnya tiada "BUKTI", sebab kedua-duanya bersetuju. Jadi sukar untuk membenteras gejala POLITIK WANG ini. Hanya ROGOL sahaja yang boleh di sabitkan dengan "JENAYAH ROGOL" walau pun kedua-duanya suka-sama suka.