Friday, 1 November 2013

AKU ANAK MELAYU - MPKj Disukai Sangat-sangat Robohkan Gerai Peniaga Melayu.


Thursday, 31 October 2013 - Tindakan Zalim : MPKj Dikecam Roboh Gerai Peniaga Melayu.

 

 
OLAK LEMPIT, Khamis 26 Zulhijjah 1434 = 31hb Oktober 2013 - Pasir roboh.... pasir puteh di pinggir kali.....Kasih tidak di jal beli, itu antara Lirik lagu Pasir Roboh. Dengan penuh kebanggaan Penguatkuasa MPKj pun bertempik sakanlah dengan jentolak yang di sewa dari Ah Chai oleh PENCACAI Kafirun untuk merobohkan Gerai-gerai Islamelayu di Kajang kononnya Premis mereka mengganggu entah apa yang di ganggunya bila di lihat berselerak Kedai Kereta Cina di sepanjang Jalan dari UKM hingga ke Pekan Kajang.

Terimakasih kepada Najib, Anwar, Tok Guru, TGHH, Khalid Ibrahim, Muhyiddin dan YDP MPKj kerana sudi memberi "KAMI MENUMPANG DI BUMI KAJANG" ini. Untuk pengentahuan semua nama-nama di atas tu, kami nak maklumkan, yang kami ini sangat-sangat bersyukur kerana layanan mersra yang di berikan pada kami walau pun kami ini adalah "PENDATANG" tempatan. 

Kami juga bersyukur kerana kita sama Ugama, Bangsa, Bahasa, Budaya, Kiblat yang sama dan makanan serta kapaian kita sama...walau pun kami pendatang tempatan. Kami juga berterimakasih dengan YDP yang sudi merobohkan GERAI kami tapi terus mengekalkan Peniaga Kereta Terpakai Bangsa Cina yang hampir menutup jalan antara UKM dan Pekan Kajang. Terima kasih sekali lagi, semuga kita jumpa di Mahkamah Allah nanti.

Sekian.

 Perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.r dan salam sejahtera kepada semua warga MPKj dan penduduk di bawah pentadbiran MPKj...... Mulai 28 Februari 2007, saya telah dilantik sebagai YDP MPKj dan saya menerima tugas ini sebagai satu amanah dan ianya satu tanggungjawab yang saya cuba untuk laksanakan sebaik mungkin. Saya memohon kerjasama dari semua warga MPKj, Ahli-ahli Majlis dan semua penduduk untuk memberi kerjasama dan sokongan dalam melaksanakan tugas saya.
Tanpa kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan-tuan, amatlah susah untuk saya menjalankan tugas saya sebagai YDP MPKj, dimana satu jawatan yang mencabar. Tugas ini akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak. Dalam masa ini, saya cuba memahami dasar-dasar dan pogram-pogram 7 jabatan dan beberapa unit termasuk masalah-masalah yang sedang dihadapi mereka sekarang. Dasar-dasar dan pogram-pogram yang sedang dilaksanakan akan diteruskan jika terbukti keberkesanannya.
Saya juga akan berusaha untuk berkenalan dan bermesra dengan penduduk-penduduk di bawah pentadbiran MPKj melalui program-program yang dianjurkan oleh MPP dan lain-lain badan yang diiktiraf oleh MPKj. Maklumbalas daripada penduduk-penduduk adalah penting. Pandangan-pandangan dan komen-komen yang membina akan diambil kira dalam melaksanakan tanggungjawab MPKj. Maklumbalas boleh disampaikan melalui lisan, bertulis atau terus menggunakan laman web MPKj – www.mpkj.gov.my. Sistem penyampaian perkhidmatan MPKj kepada pelanggan akan terus disemak dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Selangor, perkhidmatan asas MPKj kepada penduduk akan diberi keutamaan.

Di samping itu, MPKj akan berusaha supaya penduduk merasa selesa, selamat dan seronok tinggal di kawasan MPKj. Pembangunan insan, pembangunan infrastruktur dan fizikal serta kemajuan perniagaan dan perpaduan kaum akan terus dipertingkatkan.

SALAM MESRA daripada YDP kepada semua warga MPKj dan seluruh penduduk di bawah pentadbiran MPKj.

"HEALTH IS WEALTH"

Y.Bhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman
Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Kajang

Haaaa.............Ni baru betoi KEJAM

by Radhi Razak

alt
 
KAJANG 31 Okt - Tindakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merobohkan warung melibatkan 13 peniaga Melayu sekitar Taman Mesra di sini semalam dianggap sebagai perbuatan zalim.

Salah seorang peniaga gerai, Azlina Ahmad, 31, berkata, perbuatan tidak berperikemanusiaan ini bukan sahaja tidak dilakukan secara rundingan, malah pihak MPKj sekadar menghantar notis amaran tanpa disertakan maklumat terperinci berhubung perkara tersebut.
 
alt
 
“Saya anggap tindakan mereka ini sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. Sebenarnya perkara ini boleh dibawa berbincang bagi mengelakkan masalah sebegini timbul.

“Saya sedih dengan tindakan mereka sebab pencarian utama saya hanya meniaga, bila kedai dah kena roboh, macam mana kami nak berniaga. Siapa nak bagi makan anak-anak saya, mereka masih kecil,” katanya memetik laporan yang disiarkan Buletin Utama di TV3 malam tadi.
 
alt
 
Sementara itu, seorang lagi rakan peniaga gerai, Azli Shariff, 45, mempertikai arahan yang dikeluarkan pihak MPKj setelah kesemua 13 gerai telah beroperasi selama lima tahun.

"Kenapa baru sekarang tindakan nak diambil setelah saya berhutang dengan Tekun Nasional, ditambah dengan hutang kereta dan belanja anak di universiti.

“Saya hanya menerima notis amaran sahaja tanpa menyatakan tempoh yang diberikan. Saya hanya dapat tiga notis namun ia hanya notis amaran. Malah orang MPKj sendiri beritahu bila terima notis putih barulah kerja meroboh boleh dijalankan,” katanya.
 
alt
 
Dalam kejadian sekitar jam 8:30 pagi semalam, pihak MPKj secara drastik memulakan kerja-kerja perobohan ketika beberapa peniaga warung sedang menjalankan aktiviti perniagaan.

Ianya telah mencetuskan ketegangan dan pergaduhan sehingga menyebabkan pihak MPKj terpaksa mengerah 70 anggota MPKj bagi meneruskan kerja-kerja perobohan. Foto - TV3





Tahniah Kerajaan Selangor terutama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Ahli-Ahli yang Berhormat yang bertindak merobohkan gerai peniaga-peniaga Melayu di Taman Mesra, Kajang. Mungkin ini istilah Negeri Berkebajikan ala Selangor, menganiaya Rakyat dengan memusnahkan tempat mencari rezeki peniaga-peniaga Melayu. Gerai-gerai di sini memang terkenal dengan nasi lemak dan nasi kerabu di sebelah pagi manakala kuih muih banyak dijual di sebelah petang. 
Tidak ada jalan lainkah yang boleh diambil oleh MPKj selain dari merobohkan gerai-gerai berkenaan? MPKj hanya berani menunjuk jaguh terhadap peniaga-peniaga Melayu. Sedangkan peniaga Cina dibiar bebas tanpa tindakan. Contohnya seperti sebuah kedai buah di simpang di Taman Sepakat Indah yang bertahan berpuluh tahun. Ada tindakan diambil? Dua hari sebelum Hari Raya Puasa, gerai "food court" milik peniaga-peniaga Melayu di Sg Serai, Hulu Langat, dirobohkan. Hari ini di Kajang pula. Sampai bila peniaga-peniaga Melayu akan ditindas di Selangor?

Monday, November 12, 2012 - ZALIM!! KERAJAAN PULAU PINANG ROBOH RUMAH WARGA EMAS!!


Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa menyifatkan pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang sebagai kejam dan tidak berhati perut apabila tergamak meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor.
Menurut beliau, tindakan regim DAP itu adalah satu perbuatan yang begitu melampau dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang konon-kononnya ingin prihatin dan ingin membela rakyat di negeri ini.
“Saya cabar Lim Guan Eng, adakah dia sudah bersedia mahu meruntuhkan semua rumah yang mempunyai masalah undang-undang seperti itu? Saya yakin ada banyak lagi kes-kes seperti itu dan apakah Lim Guan Eng sudah bersedia untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap rumah-rumah lain di dalam negeri ini?
“Biarpun pemilik rumah itu ada kesalahannya, tetapi masih ada jalan lain selain meruntuhkan rumahnya dengan cara yang begitu. Bagi saya, ini adalah satu tindakan yang amat kejam dan tidak berperi kemanusiaan yang dilakukan oleh regim DAP, selain daripada tindak-tanduk mereka yang selama ini bagaikan telunjuk menjolok mata.
“Ternyata hari ini, Lim Guan Eng memperlihatkan belang beliau di mana segala janji-janji DAP ternyata amat bercanggah dengan perbuatan mereka hari ini,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Menurut beliau lagi, sepanjang pentadbiran BN di Pulau Pinang sebelum ini, mereka juga berhadapan dengan kes-kes pelanggaran undang-undang seperti itu.
“Tapi dulu kita tidak bertindak membabi buta seperti itu. Masih ada banyak lagi jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan bukannya dengan mengambil tindakan seperti itu. ? Apakah kerana pemilik rumah itu seorang warga emas yang tidak berdaya dan tidak mampu berbuat apa-apa, maka Guan Eng secara sombong dan angkuh merestui tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkannya,” soalnya tegas.
Tambahnya lagi, apa yang dilakukan oleh regim DAP ini seolah-olah merupakan satu tindakan politik perkauman sempit yang kejam dan sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu di Pulau Pinang .
“Kalau pemilik-pemilik rumah yang ada kaitannya dengan regim mereka, pasti akan terlepas. Mereka, wakil-wakil DAP akan menutup mata sekiranya yang melakukan kesalahan itu adalah orang-orang ataupun kenalan mereka. Tetapi bagi orang miskin dan tidak kenal sesiapa yang berjawatan di dalam pentadbiran negeri, mereka akan diperlakukan dengan hina seperti mana yang berlaku terhadap warga emas pemilik rumah itu,” ujarnya lagi.
Bagi beliau, rakyat di negeri ini seharusnya membuka mata dan melihat bagaimana regim DAP memerintah apabila mereka diberi kuasa.
Katanya, ternyata sepanjang tempoh pentadbiran regim DAP di Pulau Pinang, rasuah, kroni, menindas orang miskin dan putar belit janji menjadi kejayaan terbesar regim tersebut dalam pemerintahan mereka.


Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak seperti singa garang apabila merobohkan gerai-gerai peniaga Melayu semalam. Hari ini, CTS sertakan gambar-gambar kedai kereta terpakai milik peniaga kaum Cina. Adakah binaan kedai menjual kereta terpakai di sepanjang Batu 13, Jalan Cheras, Kajang ini mendapat kelulusan dari MPKj? 

Sekiranya diluluskan, kenapakah tapak kedai tersebut dan binaannya boleh sehingga mencecah gigi jalan, yang boleh mengundang kepada kemalangan? Sekiranya tidak diluluskan, kenapa tiada tindakan yang diambil untuk merobohkan binaan haram ini? Siapakah pemilik kedai-kedai Cina ini sehinggakan MPKj bertukar dari singa garang menjadi kucing manja? 

Kenapakah prosedur yang sama tidak dikenakan sepertimana tindakan meroboh dikenakan kepada gerai-gerai peniaga Melayu yang terletak di tempat yang sama dirobohkan semalam? Ini hanya satu contoh. Banyak lagi kedai-kedai haram didirikan sepanjang Jalan Semenyih, Jalan Reko dan Sungai Chua. Mana MPKj? Hellooooo!!!!

(Kredit dan terima kasih sahabat Facebook, Semenyih Baru di atas perkongsian maklumat)








AMUKANMELAYU  - Jika di roboh KEDAI KERETA ni, tahun depan "Mesyuarat" di Kajang sajalah. Tiadalah peluang untuk buat Lawatan Sambil Belajar ke Autralia ke, Cina ke, Maldiv ke.....atau mungkin boleh di taja untuk menunaikan UMRAH? sapa tahu......